Pages

PETUA : KRIM PISANG ANTI KEDUT

Pisang mempunyai banyak khasiat..hari ini Norzi nak kongsi dengan pembaca tentang pisang dan petua... Petua yang ada kaitan dengan pisang ini khas untuk kecantikan kulit. Ramai nak petua  mendapatkan kulit muka yang tidak berkedut. Dikongsikan kaedah yang murah dan mudah hanya dengan menggunakan buah pisang.. 

Buah pisang ni mudah nak dapat di Malaysia... kadang-kadang ada yang tanam pokok ni.. mudah sangat,, sampaikan bila dah terlalu mudah mungkin ada yang tak berapa nak hiraukan...

buah pisang untuk cantikkan kulit. Petua cantikkan kulit dengan murah
Buah pisang kaya dengan vitamin dan boleh menjadi agen anti kedut

Tahukah anda, pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan. 

Cara-caranya 
Potong pisang dengan saiz kecil dan kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada wajah dan dibiarkan selama 10 minit sehingga 15 minit.


cara mendapatkan kulit anti kedut
bilas muka dengan air suam(sumber)

Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air bersih. Lapkan wajah.


Kekerapan 
Masker pisang ini seelok eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi merasai perbezaannya. Petua ini begitu  baik untuk diamalkan .

Walau bagaimanapun, dengan teknologi terkini, pelbagai penemuan untuk mencantikkan kulit wajah atau produk anti aging di pasaran. Untuk ketahui lebih banyak cara mencantikkan kulit , makanan kulit , keperluan kulit dan tentang kesihatan kulit, klik sini.

Nak tengok Norzi  masak pisang di rumah ,klik entri pisang goreng di sini .


Salam ceria,

Norzi 



No comments:

Post a Comment