Pages

TELUR GORENG KICAP PALING CEPAT DAN MUDAH

Dalam kesibukan seharian, kadangkala kita perlukan sesuatu yang cepat , ringkas dan mudah. Ada masa-masanya kita hanya boleh sediakan telur goreng sahaja sebab faktor masa. Ni Norzi masak goreng telur , letak kicap dan letakkan hirisan bawang dan juga hirisan cili. Telur tu kalau lagi garing lagi best. Kalau makan dengan nasi panas memang best sangat, gigit sikit cili rangup-rangup, walla.

masakan paling cepat dan ringkas
telur goreng dengan kicap + hirisan bawang besar + hirisan cili
Sibuk je letak goreng telur. Apala sangat goreng telur kan.. tapi sebab entri-entri masakan lain sangat memerlukan masa, jadi Norzi skip kejap..  letak yang mudah - mudah.. asalkan dapat share story. Entry -entry ni , bila dah dua tiga bulan lepas publish, sangat seronok untuk di baca semula .. kenangan untuk diri sendiri.




telur goreng kicap yang sedap
Telur goreng masak kicap

Biasanya kalau masak style ini, Norzi akan goreng sikit hirisan bawang besar dan juga cili hiris. 


masakan paling simple telur goreng kicap
Telur goreng


Masak telur goreng ni memang super simple dan sangat mudah. Sangat membantu ketika terdesak contohnya kalau masa bulan puasa, ala-ala terlajak dan tak sempat dah nak masak , resepi ni paling membantu, cukup syarat sebab ada bawang besar dan cili. Ok, coretan kena serba ringkas, waiting list untuk tugasan sangat panjang hari ini.


Assalamualaikum,
Salam ceria.
Norzi~






No comments:

Post a Comment