Pages

UKULELE GITAR KECIL


Masa  musim cuti sekolah 2015 ,  macam - macam aktiviti Norzi dah fikirkan untuk anak-anak. Selain aktiviti, Norzi seronok bersama-sama  anak-anak, kalau boleh 24 jam nak bersama satu keluarga..... Biasanya waktu sekolah sibuk, jadi masa cuti sekolah diorang pun  menuntut macam-macam.  Masa jalan-jalan di Alamanda Putrajaya, nampak stall jual Ukulele n Guitar. Belek -belek.. menarik juga sebab Norzi plan nak hantar anak Norzi ke kelas Ukelele.  Tapi sampai cuti sekolah abis , tak terhantar sebab jadual padat sangat... jadi belikan je dulu ukulele ni.


Apa itu Ukulele? Ukulele merupakan alat muzik asal Hawai yang memiliki bunyi yang unik. Ukulele memiliki ukuran yang kecil, mudah dipegang , di bawa ke mana-mana , sebab tu dari pelbagai usia boleh main. Kanak - kanak kecil pun boleh main. 



Pelbagai jenis ukulele

Ukulele ni ada banyak jenis.. design dan kualiti. Setiap satu didatangkan dengan ciri berbeza termasuklah bahan buatan , kehalusan hasil , jenama dan negara pengeluar. Oleh kerana Norzi pun dah tak ingat nak main guitar , jadi lebih prefer dengan ukulele sebab saiznya lebih kecil , dan ada 4 strings sahaja , berbanding guitar ada 6 strings. Dengan harapan , lebih cepat pandai main :).



Sebelum b,eli  ada demo session oleh seller


Lepas tengok demo sales person ni , terus rasa nak beli. Bukan nak main sangat pun, just nak experience petik petik strings tu. Dulu masa zaman di UTM , room mate Norzi pandai main guitar. Hari - hari ajar Norzi sampai naik kematu jari. Pandaila main satu lagu sahaja sebab asyik ulang code yang sama. Tapi sebab Norzi takda guitar , hilang macam tu je , tak ingat dah.. 


Buku kod ukulele





Lepas belek..belek..dan belek lagi. akhirnya jadi juga beli. Norzi beli ukulele yang pertengahan . 



                                                         Ukulele


Paling murah RM160 , dan seterusnya. Norzi beli yang harga RM380 sebab bila buat perbandingan bunyi, yang Norzi beli tu menghasilkan bunyi yang lagi bagus , atau dalam bahasa lainnya , reach my expectation. Kalau yang RM160 pun ok juga, sebab kita bukan pandai main. cuma Norzi suka dengan quality bunyi nya.. Ok sampai sini dahulu. Jumpa lagi di lain kelapangan dengan lebih banyak lagi cerita yang akan menyusul , InsyAllah. 












No comments:

Post a Comment