Pages

HARI TERAKHIR SI SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI MERAB LUAR (SAMSMEL)

Assalamualaikum. hari ni Norzi pergi ke SAMSMEL untuk urusan pertukaran sekolah dan juga proses keluar asrama . Hari ini hari terakhir persekolahan Fatimah di SAMSMEL. Banyak kenangan di SAMSMEL walaupun Fatimah sempat duduk selama genap 29 hari sahaja, tetapi banyak kenangan yang tidak dapat di lupakan.

Sepanjang melalui kehidupan berasrama di SAMSMEL , Fatimah mula belajar cara berdikari. Hidup dengan menguruskan masa sendiri. Perlu untuk Fatimah belajar dan memahami cara pengurusan yang betul, selain membina dan mengukuhkan kekuatan mental, fizikal dan juga peningkatan ukhwah sesama rakan sebayanya. 

Mula-mula masuk asrama, perasaan anak dan mama sangat bercampur baur. Seronok ada, sedih pun ada. Malam - malam boleh mengalir air mata mengenangkan anak yang selalu di sisi di asrama.Tetapi mengenangkan lebih banyak kebaikan duduk di asrama berbanding di sekolah biasa, Norzi memilih untuk yang lebih baik. Masa terurus dan anak lebih focus. 



sekolah agama sungai merah luar

Fatimah dah ada ramai kawan, alhamdulillah


Macam-macam pengalaman Fatimah di asrama. Seronok dengar celoteh Fatimah. Dia dah ada ramai kawan, dari Puchong , Beranang dan Bangi. Nampak ketara sangat Fatimah semakin boleh adapt kehidupan di asrama. Semoga dengan pengalaman yang ada, dapat membantu memudahkan hari - hari Fatimah di Semashur kelak. Untung juga permulaan dapat asrama dekat,  Norzi pun senang nak ulang alik. Mula mula duduk asrama macam- macam ragam, minta datang hari-hari..mungkin dia rindu mama papa.. kami semua pun rindu Fatimah. 


Mengaimbas kenangan hari pertama Fatimah di asrama, , baru sehari dua duduk dah menangis nak balik. Terima kasih kepada En Din kerana banyak membantu, memberi kata semangat dan motivasi kepada Fatimah, terus tak jadi untuk keluar ..



tingkatan 1 SAMSMEL
Fatimah dan rakan-rakannya 


Tetapi kali ini Fatimah perlu keluar untuk menerima tawaran ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Syukur dapat juga tawaran... bukannya mudah untuk mendapat tawaran. 



hari terakhir di samsmel




Fatimah perlu berpisah dengan rakan pada hari ini, InsyaAllah jika ada umur lagi, boleh bertemu di lain waktu. Lebih banyak lagi cabaran yang Fatimah perlu hadapi selepas ini. As always , mama selalu bagi tahu Fatimah to be positive, be strong and stay stronger so that u can face all kind of challenges. Never give up and give the best InsyaAllah Fatimah boleh lakukan. Semoga Fatimah sentiasa success, dan mendapat Rahmat NYA . InsyaAllah , Amin .

Sampai jumpa lagi di lain kelapangan. Assalamualakum.





No comments:

Post a Comment