Pages

KUIH SEMANG

Assalamualaikum.. lama tak bersiaran.. jadual padat. alhamdulillah , gigihkan juga nak menulis sikit pasal kuih ni. Kuih semang.. pernah dengar tak? Norzi pertama kali dengar .lihat dan makan. Memang tak pernah tahu kewujudan kuih ni . Bila jiran tetangga maklumkan kuih ni, open order, maka Norzi pun tumpang sekaki la nak order. Memang nak rasa sangat ...


Kuih Semang

Kalau orang Terengganu tentu tahulah kuih ni kan. Masa Norzi dapat je kuih ni , terus buka dan makan satu. Memang kuih ni istimewa, nak sediakan pun mungkin susah sebab Norzi perhatikan kuih ni... kuih yang banyak bebenang halus. Anak Norzi kata kuih rambut ahaahah. Mungkin prosesnya susah sikit

Kuih semang adalah kuih tradisional Terengganu atau juga dikenali sebagai semang sarang burung. Rasanya agak manis dan dicampurkan dengan rasa tepung... Tips makan kuih ni adalah bawa keluar satu kuih semang ke pinggan dan makan menggunakan piring asing/berlainan. Ini kerana semasa makan kuih ni banyak tepung yang akan berterabur, kalau pakai piring jadi lantai atau meja makan tak kotor.  Lagi satu, jangan bercakap sewaktu makan , dikhuatiri habuk habuknya bertaburan...

Harga untuk satu bekas kuih semang ni RM5. Layan lah gambar kuih semang ni ya.. dapat satu gambar aje. Ada jiran lain yang dapat warna pink... Seronok dapat makan sesuatu yang baru hari ni...

Sebelum mengakhiri coretan ni , Norzi nak share dan jemput korang like page FB Norzi . Banyak koleksi ibu mengandung , jubah, casual yang boleh didapat di sini. Jadi terus je ke link di bawah ya. terima kasih ..





Salam ceria dari Norzi.

No comments:

Post a Comment