Pages

RESEPI MASAK LEMAK UDANG SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum semua... 
Kali ini Norzi nak sharekan resepi super mudah , sedap dan disukai ramai. Masak lemak udang cili api Norzi style. Norzi campurkan dengan sedikit kacang panjang (jika suka) , jika tak minat, tak perlu campur.

Masak Lemak udang ni memang mudah. Jom tengok resepinya.

Bahan bahan:
400 gm Udang saiz sederhana /kecil 
2 cawan air 
satu kotak santan pekat 
1 keping asam gelugor 
Gula dan garam secukup rasa
1 helai daun kunyit

Bahan tumbuk:
2 inci kunyit 
7 biji cili padi ( jika suka pedas, tambahkan)


Cara-cara:
1-Tumbuk cili dan kunyit
2- masukkan ke dalam periuk bahan tumbuk
3-tuang kan air biar hingga mendidih.
3-Bila mendidih,  masukkan santan dan kacau hingga mendidih.
4-Masukkan udang, garam,  gula dan asam keping. 
5- Masukkan daun kunyit dan kacau perlahan hingga udang masak.
6-sesuaikan rasa. Hidang bersama nasi dan lauk 

Resepi udang masak lemak atau gulai udang yang mudah dan senang ni Norzi dah rakam dan video kan di channel youtube Norzi iaitu Tiga Beradik Youtube Channel. 



resepi Koleksi My Resepi. Memang best resepi ni dah cuba ... kalau berpantang kelahiran tak boleh makan menu ni sebab ada santan dan ada timun, lepas pantang baru boleh ye.. makan dengan nasi panas ni memang sedap sangat, sel mencuba semua dan empunya resepi terima kasih sh


Resepi gulai udang yang mudah dan ringkasare.. saya sambungkan ke sini utk tatapan yang lain semoga platform perkongsian ini dapat dikongsikan dengan lebih ramai orang. .. 





Di bawah ni pula kalau ada yang nak masak ikan, ada resepi ikan siakap masak tempoyak dengan timun.. pun sedap sangat



memang sedap ikan siakap masak tempoyak dengan timun








agak agak ada udang lebih seekor dua tu.. boleh je campak dalam mee rebus.


Mee rebus

tercair pulak mee kali ni . guna udang tak banyak pun campak je.. biasanya Norzi buat pekat sinit sebab banyakkan kentang , 

Mee rebus boleh , mee udang boleh.. apa apa pun boleh kita letak je la tajuk.
kejap je abis ni . kalau nak segera memang buat satu pinggan je ..

Masak mee mudah je.. ringkas tapi tak semua orang tahan makan mee. mee udang senang je nak buat campak campak je terus jadi mee udang tak payah pergi KLCC makan mee udang di sana. Norzi pernah makan mee udang di KLCC food court ada letak kangkung rasanya. hihih macam macam resepi ye. Ok selamat utk semua . Happy cooking u all. and happy searching for the best and most easiest recipe! 







No comments:

Post a Comment