Pages

IKAN SIAKAP STEAM LIMAU YANG SANGAT #SEDAP DAN #MUDAH, MENU DIET YANG NIKMAT








Hai semua. selamat datang ke Tiga Beradik Channel.Hari ini Gee akan kongiskan tutorial untuk memasak satu menu masakan yang berasaskan steam. Beberapa hari lalu , Gee merancang untuk masak ikan siakap steam limau dan Gee telah sediakan bahan -bahannya.  Ikan siakap memang sedap di buat masak steam. Selain rasanya yang enak , masak steam ini juga masakah sihat kerana masakan yang bebas minyak. Cara masakan begini sesuai juga  untuk ibu yang dalam berpantang, hanya perlu tambahkan penggunaan lada hitam dan  juga halia serta bawang putih. 

Untuk menyediakan Ikan Siakap masak steam, 
Bahan bahan yang di perlukan adalah:

1 ekor ikan Siakap - kelar kelarkan 
Serai - potong-potong masuk dlm perut ikan
halia - hiris masuk dalam perut ikan

Bahan Kuah:
4 ulas bawang putih - potong dadu kecil kecil
6 tangkai cili padi - hiris halus
4 biji limau kasturi - ambil jus sahaja
4 sudu besar sos ikan
1 1/2 mangkuk air panas
Daun ketumbar - tabur perhiasan
4 hirisan  lemon -  hiasan
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara cara sediakan ikan:
Bersihkan ikan terlebih dahulu, masukkan serai dan halia ke dalam perut ikan,perahkan sedikit lemon jus . Kukuskan / steam ikan sekitar 15-20 minit. Angkat, masukkan ke dalam pinggan. 

Cara Cara menyediakan kuah
Masukkan airpanas dalam kuali, masukkan bawang putih, kiub ayam, cili hiris, sos ikan , jus limau kasturi , garam , gula sehingga mendidih sebati . Tuang bahan bahan kuah ke atas ikan. Taburkan daun ketumbar dan susunkan hirisan lemon.  
Sedia untuk di hidang

Sekian sahaja perkongsian tutorial pada hari ini. Semoga selalu bermanfaat untuk   sahaja yang memerlukan . Sharekan dengan rakan , keluarga atau saudara mara bagi memanjangkan perkongsian.

Sekiranya ada pendapat, perkongsian , cadangan, boleh tulis di komen. Gee akan  mengambilkira dan memperbaiki berdasarkan komen komen anda.  Kalau ada resepi yang di kehendaki, komen sahaja. 

Ikan Siakap Masak Steam Lemon, menu sedap , mudah di sediakan dan terbaik untuk yang sedang diet.


Ikan Siakap Steam (SEA BASS) 
masakan steam juga sesuai untuk ibu berpantang 

Instagram:
Youtube Channel : TIGA BERADIK
https://instagram.com/tigaberadik333
Business inquiries: tigaberadik333@gmail.com
Do not reupload our content but you can share our videos. 

Jangan lupa subsribe untuk lebih banyak content yang akan dibawakan oleh Tiga Beradik. Jangan lupa juga Like, Comment,  Share. Salam Ceria dari Gee di Tiga Beradik. 

#ikansiakapsteam  #ikansiakap  #resepisiakapstim #siakapsteamlemon
#ikansiakapistimewa  #ikansiakapmenuthailand



Anda mungkin meminati:








masak ikan siakap sedap dan mudah ala Thai steam limau 


Macamana nak masak ikan siakap steam ya
ng mudah dan sena
ng








No comments:

Post a Comment