Followers

Sponsored Advertisement

.

NORZI DI HOTEL HILTON, PETALING JAYA

Assalamualaikum.. selamat malam.sedikit coretan untuk hari ini.. ops sebelum itu, sorry tajuk agak suspense je kan.. ala-ala macam nak buat press conference je.. Belum lagi.. bukan tujuan press conference pun.. ianya urusan dengan beberapa pihak... oh ya, lagi sekali,.. jangan terkejut ya sebab coretan ini juga turut Norzi copy paste dan abadikan di SINI...

Norzi berada di Hilton Petaling Jaya tadi atas beberapa urusan.. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mohon maaf teramat sangat kepada semua yang ada membuat panggilan sebab Norzi tidak dapat menjawab untuk beberapa jam siang tadi atas faktor yang takdapat dielakkan. Kepada yang telah meninggalkan miscalled, pesanan ringkas (sms) di talian telefon, whatsapp , email dan tentunya di Facebook. Semua Norzi dah balas ya... terima kasih..



Memandangkan Hotel Hilton ni first time Norzi ke sini, jadi nak share  review sikit pasal Hilton Hotel. Hotel ni terletak di Petaling Jaya. Maklumat lengkap tentang hotel ni boleh  tengok di SINI . Secara keseluruhannya, hotel ini memang ada kelas yang tersendiri. Sesuaila dengan bayarannya :). Memang selesa dari Lobby , foods, environment sampaila ke public toilet....  i like.. :) . Kalau yang pernah datang tentu setuju kan pilihan makanan di sini sangat pelbagai dan sedap :) 

sumber gambar diambil dari   SINI

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk check in di sini memang sangat-sangat recommended. Ianya merupakan hotel bertaraf 5 Bintang yang terkenal dan terletak di tengah2 Petaling Jaya, dan laluannya sentiasa penuh dengan kenderaan.  Jangan tak tau, Norzi kalau datang sini pakai GPS hehe... bukan apa kadang-kadang penyakit BIG M nak fikir datang, jadi dengar arahan ajela.. Norzi ada PAPAGO and GARMIN tapi dalam kebanyakan masa, Norzi akan pakai Garmin kerana ianya lebih mesra pengguna (ni pendapat peribadi Norzi sebagai pengguna ya). Mungkin sebab pertama kali kenal GPS ni dah kenal Garmin, jadi bila ada Papago , kepala dah sync dengan Garmin ..jadi pilihan tentula menggunakan Garmin. Apapun pilihan Norzi atau pilihan anda, yang penting kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. Ya, alhamdulillah Norzi sampai dengan selamat.


Tu alamat PJ Hilton :
No 2, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor
No Tel: 03-79559122


Jarak antara Hotel Hilton PJ dengan rumah Norzi lebih kurang 28km-35km laluan pergi (sehala) sahaja, bergantung kepada laluan lebuhraya yang digunakan. Kalau guna Lebuhraya Maju Expressway (MEX) lebih jauh tetapi tidak sesak sangat berbanding menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) .
Jom tengok dalam hotel.. cantikkan.. :)   Jadi kalau nak bercuti bolehla mempertimbangkan Hotel ini. :)

sumber gambar diambil dari   SINI

Hari pun dah lewat malam kan.. ingatkan nak entri pendek je , rupanya terlebih suda.. ok setakat ini sahaja coretan Norzi yang dapat dikongsikan bersama... semoga berguna untuk anda semua.. Salam ukhwah dari Norzi . Terima sekali lagi atas sokongan dan perhatian anda. Wassalam

1 comment:


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...