Pages

JALAN-JALAN CARI MAKAN : RESTORAN BAYU MALAM, BAGAN LALANG


Assalamualaikum.. :) Hujung minggu hari tu ke mana..? Norzi dan keluarga ke Bagan Lalang.Bagan lalang lagi... hehehe pergi pun dah petang. Plan nak check in kat situ, call semua hotel n Resort. Hotel Seri Malaysia penuh, Resort berdekatanpun penuh, so malas nak call lagi kitorang pun terus kan je aktiviti laut dan berjimba sekeluarga,  ahaks. Sempatla budak-budak main air.. dan pasir. Air kat Bagan Lalang macam biasala agak keruh. Masa datang tu air surut.. seronok sangat tengok Razin, anak lelaki Norzi yang ketakutan dengan anak-anak ketam yang banyak... pergi ke mana saja kat kawasan laut tu penuh dengan anak ketam kecil-kecil.. hahaha kesian anak mama , menjerit sakan.bila dia takut..adik dan kakak pun takut... tapi bila dah dapat pijak air... semua lupa kejap pasal si ketam.. Seronoknya.. hari tu memang meriah.. seronok sangat la... love love love spending time together with them.

Oleh sebab takda hotel untuk check in, kami decided bersih2 kan badan , budak2 mandi bersihkan badan dan tukar baju.. dan kami solat maghrib dekat surau berdekatan. Lepas selesai semua, agenda seterusnya ialah memburu makanan laut . Pusing-pusing, nampak banyak kedai seafood. Sebelum ni Norzi dan keluarga datang mesti makan dekat Restoran Bayu Malam .  Cuba-cuba juga nak ke beberapa restoran lain, tapi lepas buat pemerhatian sekali lalu, rasanya Bayu Restoran juga lah yang memenuhi citarasa dari segi persekitaran, makanan dan parking lot kereta haha.

Oleh sebab tengah cuti sekolah, orang jangan cerita la ramainya.... kedai tu ada banyakkkk meja makan dan semuanya penuh... wahaha... memang sangat2 ramai and happening. Alhamdulillah ada satu lagi meja yang kosong dan berkhemah..cepat-cepat kejar meja hehe.Norzi pergi pilih ikan dan order menu. Hubby jaga meja n budak2 sebab kalau hubby order memang selalu over quantity dan akhirnya pembaziran akan berlaku . Tengok anak-anak Norzi sempat la beli mainan yang dijual dekat je ngan meja makan kitorang. Apalagi layan la mainan sementara menunggu makanan tiba....





Ok berbalik pada pergi order makanan tadi..hehe Norzi pegi order sebab bg Norzi  biarla orang dapur yang pergi sebab kebanyakan masa, estimation yang Norzi buat In sha ALLAH selalunya tak berlaku pembaziran ehehehe. Lepas tengok punya tengok, ikan segar dan seafood segar, Norzi pilih ketam 2 ekor, sotong besar 2 ekor, ikan pari 2 kerat, udang kapas saiz besar 10 ekor.  Masa kat dalam bakul memang rasa sikit, tunggu dah transfer dalam pinggan karang, mesti yang tukang makan tak abis. Ni menu  kami hari tu..


Nasi putih------------3 pinggan
ketam sweet sour---2 ekor
Pari bakar-------------2 kerat
sotong goreng tepung-2ekor
udang masak cili-------10 ekor udang kapas besar
telur 2 biji
sayur kailan 2 orang makan
air horlicks ais--1
horlick suam----1
teh o suam -----1
milo suam-------1

dengan semua yang kami order ni, Jumlah yang perlu di bayar ada RM104 sahaja. Murah nya... dahla makan sedap sangat2.. terbayang-bayang la sotong goreng tepung tu. SOtong tu lembut sangat2 dan rasa fresh sangat.. ei Norzi dan anak2 n hubby suka sangat2. Jom layan gambar makanan yang kitorang order tu. 

Ni ikan pari . Memang sedap cicah dengan kicap cili.



ni pula ketam sweet sour... sedap juga..kegemaran razin mama

ni favourite semua orang. masa menunggu makanan perut masing2 dah berkeroncong. sampai aje sotong ni. sepantas kilat kena serbu dan memang nak puji pandai la cook dia  masak . Apala resepi dia supaya tepung tu crunchy ya. walaupun di goreng , sotong tetap lembut dan manis serta segar.



Tengok ni main dishes yang Norzi order. Masa ni kan pari bakar belum sampai.

Makan memang habis. cuma ada  satu kerat pari tak habis . yang lain-lain alhamdulillah  habis.. semua kekenyangan. Lepas je makan,hujan turun dengan lebatnya.. musim-musin tengkujuh ni ... alhamdullah Allah izinkan kami anak beranak makan dengan tenangny tadi sebab masa hujan tu mula membasahi lantai dan bila tak rata ,ada yang kena pijak air.  Selesai buat bayaran, Norzi sekeluarga pun naik kereta dengan  berlari-larian ke keretas sebab hujan sangat lebat ... tpi alhamdulillah semua ok. perut pun masin-masing dah kekenyangan... so lepas beberapa minit bergerak pulang ke rumah, razin dengan kakaknya pun zzzz. dalam kereta.kalau dah kena aircond... memang macam tu la ..

ok kepada yang nak makan seafood di bagan lalang boleh la cuba ke Restoran Bayu Malam ni. Memang servis pun cepat, harga berpatutan dah masakan sedap-sesap ok . Smpai sini dulu..wassalam

No comments:

Post a Comment