Pages

RESEPI : PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTARD

Assalamualaikum...Norzi ingin sharekan resepi puding roti dengan sos kastard. Sebelum itu,just nak maklum, Norzi masak masa ada ramai tetamu di rumah. Pada hari minggu yang lalu tetamu ramai datang rumah Norzi..keluarga belah suami datang... Alhamdulillah semua berjalan baik walaupun kesihatan Norzi tak berapa ok hari tu dilanda sinus pula... tapi aktiviti memasak tetap dijalankan dengan jayanya alhamdulillah.. aktiviti makan-makan bila ramai-ramai kan seronok... bukankah makanan merupakan subjek penting untuk pertemuan keluarga?  Hari raya, bermaaf-maafan , subjek utama tentula ketupat rendang, lodeh, mee , kari , ayam dan segala lauk pauk lain..  kenduri kendara pun , mesti ada makan-makan... birthday , gathering, dan apa sahaja makanan adalah subjek utama kerana kan ke makan tu untuk kita teruskan kehidupan, merapatkan silaturrahim ..dan kehidupan ini perlu diteruskan dengan mengambil makanan dan tidak manis pula kalau kita sebut  'hidup untuk makan' sebab itu bukanlah satu-satunya matlamat untuk kita hidup kan.... 

Macam-macam la Norzi merapu,.ok. patah balik pada family gathering last week. Masa ramai2 lepas makan tengahari, Norzi sempat buat puding roti yang senang, simple dan mudah tu.Selain nama puding roti, nama lain yang associate dengan resepi ini adalah dikenali dalam bahasa inggeris ' Bread Butter Pudding with Custard Sauce ' . Ada juga resepi yang menggunakan resepi vanilla sos tetapi Norzi lebih gemarkan custard sauce. Sejak dari beberapa tahun lalu , style kegemaran kami sekeluarga tentulah yang ada sos kastard. Puding roti ni Norzi dapat inspirasi selepas makan di Hotel Marriot.. . dan lepas tu suka sangat setiap kali pergi hotel atas faktor kerja atau bercuti , Norzi akan cari puding roti... dari situ lah Norzi mula cari resepi dan cuba yang terbaik dan memebuhi selera.. Puding roti ada pelbagai versi.. ada yang letak buah-buahan dalam puding.. tengok selera dan kreativiti.. Norzi buat paling basic sahaja. Setiap orang buat mesti tidak sama, selain kerana cara memasak , bahan-bahan yang digunakan dan air tangan memainkan peranan dalam mendapat hasil bahan yang di masak.

Untuk resepi puding roti ini sama sahaja dengan enty yang pernah Norzi tulis satu masa dulu , boleh rujuk resepi di siniIanya memang mudah sebab lepas siapkan dohnya, hanya tinggal untuk di bakar di dalam oven dan anda bebas untuk lalukan sebarang aktiviti anda sehingga makanan siap di masak :) . Tapi versi kali ini , Norzi tidak letakkan kismis kerana anak Norzi memang tidak gemar kismis dalam puding roti...
Inilah roti yang telah dikoyak-koyakkan :)



Selepas siap adunan, dan bila ketuhar telah di panaskan dalam 15-20 minit, kita masukkan loyang dan lepas 45 minit membakar, hasilnya akan bertukar seperti di bawah.... masa di dalam oven, adunan ini akan mengembang macam kita buat kek .. memang cantik, tetapi selepas kita bawa keluar dan sejukkan , saiz akan kembali normal macam seperti gambar di bawah ni. Tengok sos puding ni dah tersiap sedia.. selamat mencuba :)







No comments:

Post a Comment