Pages

RESEPI : KEK LEMON


Assalamualaikum ...Norzi buat kek lemon khas untuk anak-anak yang excited nak menolong di dapur. Oleh sebab cuti hujung minggu, Norzi pun merajinkan diri melayan anak-anak . Sebelum ni Norzi agak rajin sangat buat cakes or dessert, tapi sebab Norzi perasan gula sangat-sangat cepat habis,dan start berfikir, gula-gula ni dalam badan kami sekeluarga..tiba -tiba rasa takut hehe sebab dengan usia yang semakin meningkat, kurang bersukan, peluh tak keluar, duduk makan tidur , ulang lagi duduk makan tidur.. ish sangat-sangat tak sihat... jadi Norzi dah kurangkan buat dessert atas faktor menjaga kesihatan :) . Ha... rasional tak alasan tu ?. heheh.. Sekali sekala Norzi buat juga... special events / occasions or family gathering, Insha Allah buat la mana yang boleh / termampu uhuk uhuk :)

Perancangan awal nak buat kek oren, tapi stok yang ada lemon sahaja, cepat-cepat tukar plan B . Jadila kek lemon sebab ada biji lemon aje. Terima kasih kepada empunya resepi seperti di bawah.. 

Resepi di ambil dari Sini
Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana/loaf tin )
185gm butter-pada suhu bilik
3/4 cawan gula
1 sudu besar parutan kulit limau
3 biji telur-pukul sket
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula (Norzi pun kurangkan ke  1/4 cawan)
1/4 cawan jus lemon (dan Norzi ambil kulitnya, hiris halus

Cara-cara
1.Pukul butter, gula n kulit lemon hingga lembut n rata).
2.Masukkan telur sedikit-sedikit diselang-seli kan dengan 1 sudu besar tepung. kemudian masukkan semua tepung sekali n kacau rata.
3.Masukkan ke dalam loyang/tin bergris dan bakar selama 50-60min.
4.Campurkan gula n jus lemon (x perlu larutkan gula) n siram atas kek masa masih panas. ia akan membentuk lapisan gula kat atas kek n menjadikan kek tu moist dr jus tu.. (Yang ni Norzi tak ikut, Norzi dah masukkan dalam doh siap2...jadi kek Norzi jadi kek biasa sahaja dan takda lapisan gula dan jus lemon tu





Dua orang yang paling xcited nak membantu.. alahai pembantu kecil ni.. makin berlekit la lantai kalau diorang yang 'bertugas' di dapur.. anak..oh anak.. bertuah betul. Selepas usaha mencampurkan bahan-bahan mentah, adunan kek dah siap untuk di bakar. Lepas 30 minit-45minit (bergantung kepada oven masing-masing ya) rasanya empunya oven dah faham 'perangai' oven masing-masing , jadi sentiasa bersedia la dalam 30- 45 minutes tu.. boleh la cucuk-cucuk ngan garpu tengok dalam dah masak ke belum adunan tersebut ya.








Masa dalam oven bukan main naik lagi... lepas beberapa minit Norzi biarkan di dalam oven, baru Norzi bawa keluar. Bila da sejuk sikit, kek pun surut la sedikit... tapi yang penting kek dah siap masak.. alhamdulillah.. suka la kanak-kanak tadi sebab diorang la master chef hari ni. hohoho . masterchef kecil. Berebut-rebut nak masukkan terpung, telur, gula, sorang lagi nak pegang mixer.. yela dah selalu hadap main game cake maker, tu yang tak sabar nak practice kan tu.. 



Alhamdulillah, kek dah  berjaya diterbalikkan... Lepas terbalik dah tak sempat nak snap sebab dua-dua kanak-kanak tadi dah berangan birthday pulak. Masing-masing berebut pisau nak potong. Hii..budak-budak nih.. yang kakak dah besar, sibuk buat aktiviti kerja sekolah... Tapi okla..ni kira aktiviti hujung minggu yang sangat bermakna... buat kek sama-sama... bakar sama-sama .. dan makan sama-sama! Makan lagi.... macam mana nak kurus ni :)

Tip : Norzi ada terbaca agar lepas kek, biskut atau apa-apa yang dibakar menggunakan oven, dibiarkan dalam 5-10 minit setelah oven off. Ini untuk mengelakkan biskut atau kek mengalami perubahan suhu yang mendadak. 

Ok, sampai sini dulu , selamat membaca, mencuba dan semoga bermanfaat!

Salam ceria, 
~Norzi



No comments:

Post a Comment