Pages

RESEPI : SANDWICH SARAPAN PAGI MUDAH

Assalamualaikum...lama dah draft banyak entri , tunggu masa je nak publish. Bila nak fine tune entry , mata mesti tangkap ngantuk ...  sama macam orang lain juga... kita semua sibuk dengan kehidupan seharian ... jadi Norzi sentiasa cuba buat dan beri yang terbaik..dan.. yang paling penting mencari ruang perbaiki diri..


Owh..nak share ni..sejak buka sekolah hari tu , rutin Norzi bertukar ..setiap pagi Norzi akan masak untuk bekalkan anak-anak utk sesi pagi dan petang. Setiap hari ada dua menu , selalunya Norzi bawakan bekal sekolah makanan yang kering. Selain dari sandwich telur mayo, sandwich tuna mayo, roti telur, roti john.mee goreng, nasi goreng, nugget, Norzi ada cuba yang terbaru sandwich simple tapi special pada selera Norzi la hehehe . Kalau orang lain rasa tak special jangan salah kan i.... :)




Aktivit memasak- penuh kasih sayang Norzi untuk tiga orang cahaya mata yang sentiasa di hati. 




Ok resepi ni memang mudah sangat sesuai utk bawa ke sekolah samada utk sarapan pagi atau untuk makan waktu rehat pada sekolah petang...selain tu nak buat pun mudah dan rigkas. Sesuai utk mommies yg terkejar kejar masa .


First thing first ...buatkan inti. Ambil sekeping daging burger Ramli. (burger lain pun boleh atau kalau korang rajin dan ada buat patty sendiri lagi best..) . Masak kat pan or kuali biasa. Norzi pakai kuali biasa bagi garing sikit, letak lada sulah dan kicap maggi  kat permukaan burger.Bila dah kering angkat dan potong dadu.


Sementara tu ...panas kan kuali yang sama..masukkan sikit minyak..campur je dgn baki minyak daging ...pecahkan 2 biji telur.bila kuali panas masukkan telur. Buat macam scramble egg tu..dan perasakan dengan sedikit garam...n cepat cepat masukkan daging yang dah dimasak tadi..yang telah cincang dadu.. kacau rata ..keringkan sikit..angkat.







Ini la hasil resepi yg norzi bgtau tu.boleh je pakai roti gardenia ni atau pakai roti sosej gardenia. Rotinya sangat sangat lembut dan kegemaran anak anak norzi.. kalau guna roti yg kotak ni kena buang tepi tepinya sebab anak anak norzi tak nak makan yg coklat tu. Jadi norzi kemaskan tepinya supaya tak nampak dah tepi tepinya.











 Ha inila rupanya.. dan boleh transform jadi pelbagai bentuk... triangle.... square ...rectangle... 








bekas yang colorful. pink for my girls, and green utk boy. ni tak masuk semua , total sebenarnya 5 bekas ni . Bila tengok balik gambar ni , nampak cam kena catu je bekalan ni hehe..sebab roti sangat tak cukup pagi tu , so kena agihla..





ni roti yang hari lain,..bila roti sausage tu dah berjaya di beli. Ni antara menu bekal ke sekolah anak-anak juga. Semua nya bergantung kepada availability bahan mentah. So pada mommies, selamat mencuba sarapan pagi yang mudah lagi simple and yummilicious, dan mengenyangkan ni :).


Salam ceria ,

Norzi




Khas untuk ibu-ibu :







No comments:

Post a Comment