Assalamualaikum, hujung minggu lalu Norzi masak ikan Siakap masak Asam. Ikan Siakap ni selalu juga beli selain masak kukus, siakap goreng tiga rasa, masak merah , masak cili , bakar dan lain-lain...dengan nama masakan pun dah rasa sedap...itulah nikmat makan yang Allah beri. Alhamdulillah.. kita masih di berikan selera makan. Cuma kita perlu selalu beringat untuk mengawal pengambilan makan an kerana apabila umur semakin meningkat, kadar metabolisma makin menurun. Kalau 10 tahun dulu, makan dan proses, sekarang mungkin makan dan prooooseeessss... uhh lambat nya nak prosess... itulah analogy paling tepat.
Kadar metabolisma sudah tidak seperti dahulu lagi. Itu adalah faktor utama mengapa badan semakin, naik dan naik. Jika anda sering mendengar orang berkata , badan naik tanda bahagia, itu tidak semestinya tepat kerana badan naik itu mungkin kerana kurang bersenam atau bersukan, di tambah pula dengan kadar metabolisma yang makin menurun maka semua lemak terhasil.. harap-harap kita tidak ambil mudah bila berat badan semakin naik. Cuba ikut kadar BMI berdasarkan ketinggian ada. Oleh itu, ada baiknya jika kita audit diri kita demi mengekalkan jantung yang sihat.. In sha Allah.. Ini adalah peringatan untuk diri Norzi.. dan Norzi sendiri pun kurang bersenam..
Norzi ada kenalan yang diserang penyakit atas faktor berat badan dan kurang senaman. Olh sebab Norzi sendiri pun kurang bersenam natijahnya, baju kegemaran dah tak boleh pakai dah..sedih sangat.. memang tak sangka Norzi ni jenis metabolisma tinggi sebab susah nak naik badan.. tapi sekarang cepatnya angka-angka itu bertambah.. sekarang baju-baju kegemaran hanya boleh ditengok dan gantung sahaja ... cik abang pulak hari-hari nasihat kurangkan berat badan .. owh .. emosi sekejap.. pernah rasa tak situasi ni .. ok, from now on, ... Slow2 la kurangkan makan malam...dan kurang kan pengambilan makanan..
Ok sambung balik pasal ikan. Goreng ikan ni garing2 dan lepas tu angkat. Tumis bawang merah, bawang putih, cili , tambah Jus asam jawa atau asam keping, masukkan bawang besar hiris, perasakan dan masukkan ikan goreng tadi, kacau rata dan angkat!
Resepi campak-campak memang cepat je.. maaflah kepada yang nak ukuran tepat , Norzi memang estimate sahaja.
Tapi tak dinafikan..resepi ikan siakap masak asam ni memang senang kan, tulis resepi pun dah macam karangan, laju je menaip.. dijamin kawan-kawan lagi la mahir masak macam ni.
Ikan ni kegemaran Fatimah.. Ni Norzi letak utk rujukan diri sendiri dan untuk anak-anak Norzi baca.. pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu... sekurang-kurangnya bila anak-anak dah besar, kami ada kenangan untuk diceritakan dan boleh melihat blog mama walau di mana sahaja. Selamat membaca!
Love three of u ~ Fatimah, Razin dan Khalisah.
Salam XOXO
~Norzi
No comments:
Post a Comment