Followers

Sponsored Advertisement

.

PROGRAM HIMPUNAN 101 MAKANAN HAMPIR PUPUS



Assalamualaikum... apa khabar.. esok cuti hujung minggu. Setelah penat dengan rutin harian , dan masing-masing sibuk..  anak-anak sibuk sekolah.. ibu bapa pun sibuk cari rezeki.. jadi hujung minggu adalah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama orang-orang tersayang.  Esok (17 Mei 2014) satu program anjuran Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia iaitu Program himpunan 101 Makanan Hampir Pupus akan berlangsung di Istana Negara Lama. Program ini bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00petang. 

Memandangkan ini adalah kali pertama Program ini dianjurkan, Norzi sangat teruja dengan Program ini kerana Norzi sangat-sangat ingin tahu jenis makanan yang hampir pupus di muka bumi ini... sebanyak 101 jenis.. Insya Allah ada kelapangan Norzi akan bawa anak-anak dan keluarga ke Istana Negara Lama. Kalau ada sesiapa yang belum pernah berkunjung ke sini, sangat digalakkan untuk ke sini. atau dengan kata lain -- highly recommended kerana selain menjana ilmu pengetahuan , masuk pula percuma dan... kita boleh ke persekitaran Istana Lama :) -- bagi yang belum pernah ke istana lama, boleh juga tengok entry Norzi berkaitan 'Pameran Raja Kita ' yang berlangsung di Istana Negara Lama di sini.




www.heritage.gov.my


Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah:
- Demonstrasi Makanan
- Pameran dan Jualan Makanan
- Pertandingan : Mengenal Daun , Teka Berat / Jumlah , Mewarna
- Bengkel Membungkus Makanan Dengan Pelbagai Daun


Berikut merupakan maklumat program anjuran Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia. 


PROGRAM HIMPUNAN 101 MAKANAN HAMPIR PUPUS
TEMPAT         : PERKARANGAN ISTANA NEGARA LAMA, JALAN ISTANA KUALA LUMPUR
TARIKH           : SABTU, 17 HB MEI 2014
MASA             : 10.00 PAGI - 4.00 PETANG
MASUK            : PERCUMA


Sekiranya anda berada luar dari kawasan Kuala Lumpur dan ingin membuat pertanyaan lanjut berkaitan program ini, sila hubungi urus setia program ini di talian telefon berikut:
No Telefon : 03-22609000 ext 9065 (Zaharuddin)

Akhir sekali Norzi mengucapkan selamat bercuti, berhujung minggu dan beristirehat!

Salam Ceria~
Norzi



2 comments:

  1. ala knp lmbt post entry ni. kalau tahu awal2 boleh plan nk pg. esok ada aktiviti dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry liyliz...lambat post ...kalau ada kesempatan jom singgah...kalau x sempat ..kalau x ada rezeki ..leh gi nx ti.e. stay tune..bnyk lg info yg akan d broadcast

      Delete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...