Followers

Sponsored Advertisement

.

BUAH KELAPA LAUT DI CAMERON HIGHLANDS




Sejak kebelakangan ini , Norzi dapati buah kelapa laut banyak di jual di gerai-gerai tepi jalan. Walaupun agak kerap terjumpa penjual air dan buah kelapa laut , tapi Norzi tidak pernah teringin untuk membeli. Cuma semasa kami bercuti di Cameron Highlands pada bulan Mei 2014 yang lalu, Norzi tiba-tiba ingin mencuba. Sepanjang perjalanan ke Cameron Highlands,  Norzi berharap untuk menikmati makanan yang kami tidak pernah makan atau yang rare... Oleh sebab Norzi tidak pernah makan buah kelapa laut ini jadi kami pun beli la sebiji.. Sekadar ingin merasa.



Dari jauh lagi Norzi sudah nampak banyak buah kelapa laut. Boleh dikatakan banyak gerai yang menjual air kelapa jenis ini. Terlintas juga di hati, dari mana lah agaknya supplier kelapa laut ni ya... susah tentu bukan di kawasan Cameron Highlands :)

Selepas mencari-cari info tentang kelapa laut ini, sedikit informasi tentang kelapa laut yang di perolehi. Agak sukar untuk mendapat fakta lain tentang kelapa laut. Antara yang di perolehi adalah seperti yang dikongsikan oleh penulis sumber.


'Kelapa laut ialah sejenis pokok palma yang juga dikenali sebagai pokok tal, lontar, tah, tai, ental, dan etal. Nama botaninya ialah Borassus flabellifera. Pokok kelapa laut terdapat di India, Myanmar,dan Thailand. Kelapa laut banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula ataupun todi. Daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.'




Penjual air kelapa laut ini memang sudah biasa dengan kerja-kerja memotong buat kelapa. Sangat ngeri melihat teknik mengupasnya. 


Sekadar berkongsi tips, biasanya Norzi tidak membeli air kelapa dan tebu , dikhuatiri kadar kebersihan di permukaan air kelapa atau tebu kurang hygienic. Selain permukaan pisau yang digunakan dikhuatiri tidak begitu bersih. Tetapi ini sekadar pandangan peribadi. .terpulang kepada individu , cuma sebagai pengguna kita boleh observe dahulu sebelum membuat belian. Semasa membeli air kelapa ini , Norzi telah basuh buahnya terlebih dahulu sebelum makan. Norzi makan sedikit sahaja kerana isinya agak keras (tidak pasti disebabkan kelapa itu telah tua atau memang begitu sifat semulajadi buahnya).


Khasiat dan kebaikan buah ini seperti di banner gerai ni ada tertera seperti menghilangkan hingus, mengelakkan sakit tekak, melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan demam panas. Ini apa yang dinyatakan oleh peniaga, mungkin ada benarnya seperti khasiat dan kebaikan air kelapa muda yang dapat menyejukkan badan. Walaubagaimana pun Norzi tiada fakta berkaitannya untuk dikongsikan bersama.





Kalau belum pernah tengok buah kelapa laut, inilah rupa parasnya. Buah yang telah dibelah sebahagian darinya. Sebiji ada dalam 3 ulas sahaja isinya.. Agak leceh sikit untuk makan ,dan rasanya pula  tawar hambar sahaja. Tidak sama dengan buah kelapa muda...  Norzi tak pasti memang begini ke rasanya sebab ini kali pertama kami rasa.  Harga untuk sebihi buah kelapa laut adalah RM7 di pasar pagi Cameron Highlands. Kalau di tempat sendiri tidak pasti kerana Norzi belum pernah beli.




Pergi ke pasar pagi Cameron Highlands ada pelbagai barangan yang dijual. Dengan cuaca sejuk membuatkan aktiviti membeli belah makin rancak.. sebelum sampai ke pasar, jalan sesak dengan kenderaan. Tapi bila dah mula cuci mata, di tambah pula bila ternampak makanan seperti jagung bakar, jagung cup, jagung rebung, ubi rebus, karipap panas, air kelapa laut..strawberry segar..alhamdulillah, ok aje...  suka sangat pergi sini...  


Salam Ceria,
~Norzi 

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...