Followers

Sponsored Advertisement

.

PANDUAN RINGKAS PENGAMBILAN MAKANAN UNTUK TUMBESARAN ANAK

Dalam kesibukan menguruskan aktiviti harian, sangat penting bagi ibu-ibu memantau pengambilan makanan anak-anak , lebih-lebih lagi nak-anak yang yang sedang bersekolah. Kajian menyeluruh terhadap lebih dari 11,000 kanak-kanak sekolah rendah mendapati bahawa kira-kira 30 peratus daripada mereka tidak bersarapan. Antara sebab utama adalah tiada masa, tidak lapar, tiada selera. Justeru, ikuti panduan berikut untuk tumbesaran terutamanya sewaktu bersarapan pagi.



Piramid makanan - Pentingnya pengetahuan ibu bapa dalam mengimbangi makanan seimbang dalam kehidupan seharian



Sedikit panduan ringkas pengambilan makanan untuk tumbesaran anak : 

- Cuba kejutkan anak-anak anda setengah jam lebih awal untuk bersarapan.

- Bersarapan dengan bijian penuh seperti sandwich telur dengan roti bijian penuh, susu dan minuman bijian bersama kismis.

-Buah-buahan segar boleh ditambah ke dalam makanan berkhasiat seperti bijirin sarapan   dan yogurt kerana ia lebih berkhasiat dan sedap.

-Berikan anak anda buah-buahan dan sayur-sayuran dari pelbagai warna bagi  mendapatkan kebaikan daripada fitokimia berkhasiat yang berlainan di dalamnya.

-Hidangkan sayuran hijau dengan batang yang boleh di makan seperti sawi dan kailan  serta tomato , peria, bendi , lobak merah , kubis bunga dan brokoli.

-Berikan dua gelas susu sehari.

-Hidangkan ikan dengan tulang yang boleh dimakan seperti sardin dalam tin dan ikan  bilis.

-Tingkatkan penyerapan kalsium dengan menghidangkan telur, marjerin dan makanan    lain yang diperkaya dengan vitamin D.

-Biarkan anak anda bermain di luar kerana cahaya matahari membantu badan  menghasilkan vitamin D.

Sumber panduan : Wanita Sept 2012





No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...