Followers

Sponsored Advertisement

.

SENGKUANG KACANG TANAH SOS MERAH

Assalamualaikum, pernah makan sengkuang dengan kacang? ada juga orang gelar ni sengkuang sos merah atau sengkuang calit kacang. Semasa zaman kanak-kanak, jiran Norzi jual sengkuang dan rojak buah. Boleh dikatakan Norzi tiga beradik la pelanggan tetap.. gilir-gilir la tiga beradik..lepas seorang..seorang pergi kedai makcik Eton . Zaman membesar dahulu di Kampung Malaysia Tambahan, nama jiran Norzi ialah makcik Zaiton, tapi nama manja dia makcik eton :) . Oleh sedap kami sangat-sangat suka dengan sengkuang lagi-lagi kalau tambah extra kacang, makan suka sangat makan sengkuang. Cuma masa zaman dahulu sengkuang tak sejuk...tetapi tetap sedap. 

Harga sehiris sengkuang pada zaman 1988,1989,1990 lebih kurang macam itu lah, sehiris sengkuang berharga hanya 30 sen sahaja. Murah sangat.. kami masa kecil kecil siap kutip kutip duit kalau jumpa dalam rumah tu ,biasanya duit syiling boleh jumpa tepi pintu hehe.. tepi tingkap.. .. dapat 30 sen , pergi beli sengkuang. Kenangan yang tidak akan di lupakan. Memang indah sangat zaman kanak-kanak.. sekarang masing-masing dengan kehidupan berkeluarga, dan .. harga sehiris sengkuang pun dah jadi RM2.00. 






Ini lah rupa sengkuang tu. Rasanya walla , sangat marvellous. Sengkuang ni di simpan dengan ais. Jadi sejuk, segar ..kacang macam extra je. Kacang tanah yang ditumbuk or blend ni tidak halus sangat jadi bila makan rasa kasar kacang tanah. I suka la.. lagi satu Norzi suka tengok cara penjual ini menyediakan sengkuang kerana sistematik, kemas dan teratur selain alat-alat yang digunakan pun bersih bersinar-sinar je barang dia.. lulus ujian pemerhatian :) . Cara sediaannya sekali buat dalam 6 hiris secara serentak. Rasa nak tangkap je gambar , tapi takut mengganggu pula selain orang yang ramai beratur , berlayer-layer orang. Norzi layer ke dua, sanggup tunggu tau walaupun dalam keadaan hujan renyai.. hei geleng kepala hubby Norzi :)



This is seriously so yummilicious!


Sengkuang kacang tanah tetap diminati kerana keunikan rasanya.. Tidaklah susah sangat buat sengkuang, cuma kita nak benda ada depan mata bila terasa hendak makan dan penyakit BIG M untuk buat sendiri. Masa jalan - jalan ngan famili , Norzi jumpa sengkuang stall tepi jalan dekat dengan UNITEN. Eii haruslah singgah.. hubby Norzi tidak minat, tapi anak Norzi semua suka.. yeay ada geng nak makan.



Oleh sebab tidakk dapat tangkap gambar dari dekat, dari jauh pun tidak mengapalah. masa hendak balik cepat-cepat tangkap gambar. Ini lah lokasi perniagaan itu . Lokasi di tapak perniagaan tepi jalan Uniten (dekat dengan round about). Jika rajin, boleh buat sendiri, hanya perlu beli sengkuang, kacang tanah dan sos merah dan tabutkan sedikit gula. Resepi mudah sahaja, sejukkan sengkuang dan letak la seberapa banyak kuantiti sos , kacang dan gula ikut selera sendiri. 

Sebelum mengakhiri penulisan ini, tips yang harus Norzi share dengan pembaca. Semasa muda kita tidak tahu atau tidak ambil tahu pun , makanan mana yang tidak sesuai dengan kita (body reaction). Tetapi semakin kita meningkat dewasa, kita mula kenal erti sakit badan , sendi yang selalu kita kaitkan dengan pengambilan makanan. Macam yang pernah Norzi maklum sebelum ini, tentang satu refleksi pengambilan makanan, u are what u eat memang ada benarnya. Makan sengkuang memang boleh trigger angin pada badan bagi anda yang tidak tahan. Cuba eksperimen makan sengkuang, perhatikan ada atau tidak berlaku sengal atau sakit angin atau apa-apa sahaja berkaitan , kalau ya, boleh elakkan pengambilan sengkuang. Ibu berpantang tidak boleh makan sengkuang, sila berpantang untuk menjamin kesihatan badan anda.

Salam Ceria.
~Norzi










 
Each item RM65 Freepostage   
To order : whatsapp 019 3177872








No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...