Assalamualaikum,
Lama sungguh nak update cerita kat Langkawi. Dah berapa musim cuti sekolah... Norzi tak sempat-sempat cerita tentang Langkawi yang sangat sesuai di pilih sebagai destinasi pelancongan bersama keluarga. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di sana.... selain sebagai kawasan bebas cukai..kita pun seronok juga la menyopping sakan.. tapi jangan lupa beli berat luggage manaiki pesawat kerana nanti kena denda pula dah tak untung kan..
Pada cuti sekolah pada Jun 2014, Norzi dah keluarga dapat menjejakkan lagi kaki ke Pulau Langkawi sekali lagi... ini kali 3 kami ke sana, dan kali ini dapat bawa anak Norzi , khalisah turut serta. Terakhir Norzi ke Langkawi masa usia kandungan Khalisah 6 bulan.. Pelancongan ini telah lama dirancang, memandangkan pada 7 Jun 2014 merupakan hari lahir anak Norzi yang pertama, iaitu Fatimah Azzahrah yang ke 11 tahun, jadi Norzi memilih tarikh tersebut dengan harapan akan menjadi kenangan abadi kami sekeluarga dan tentunya sesuatu yang menggembirakan untuk anak-anak.. (sebenarnya tak tahu nak pergi mana lokasi dalam negara dan menaiki kapal terbang... yang paling sesuai Langkawi la)
Alhamdulillah..Hari Pertama , perjalanan ke Langkawi bermula dengan menaiki penerbangan Air Asia AK6308 pada jam 7.30 pagi . pengalaman menaiki pesawat di KLIA2 .. teruja sangat! Ambil Flight pagi .. jadi kami bertolak dari rumah jam 5 pagi. Keluar awal atas faktor kali pertama Norzi dan keluarga akan menggunakan KLIA2. Ini pengalaman baru, kami risau jika tidak begitu familiar dengan persekitaran baru bangunan , jadi Norzi dan suami membuat keputusan untuk keluar lebih awal. Sampai KLIA2 sekitar jam 6pg.. terus parkir kereta dan turun naik lif.. singgah solat..kejap je masa berlalu.. dan terus je check in beg.
Sedikit review tentang KLIA 2 , lapangan terbang ini lebih besar dari LCCT sebelum ini. Lebih selesa dari segi toilet dan ruang surau. Lebih banyak kedai / restoran . Tetapi kawasan untuk sampai ke terminal sangat jauh dan memanjat. Maksud memanjat di sini adalah kena menaiki beberapa kali escalator , dan Norzi tidak pasti sekiranya ingin membawa warga emas , jenis perkhidmatan yang disediakan kerana terlalu bnyk escalator. Mungkin ada laluan khas untuk sewaan pengangkutan untuk yang ingin membawa warga emas.
Macam Norzi bagi tahu tadi , kami anak beranak datang awal sikit kerana tidak biasa dan first time menggunakan KLIA 2, jadi seawal pagi .... inilah rupa muka anak-anak.. macam kelat sikit mula-mula ..blur agaknya :)
Khalisah menunggu kami bergilir-gilir untuk solat subuh di KLIA 2.
Dah hantar beg semua... masa menuju ke terminal..
Selepas check in, kami singgah ke Dunkin Donut. Hanya ambil Tuna Croissant, 2 jenis donut bavarian, dan air teh. Anak-anak ambil juga air Pulpy, sebotol RM6.00 air Pulpy.. , sama dengan harga kalau beli air dalam dalam pesawat Air Asia rupanya... mahal nye.. Pulpy kecil je. Masa hulur RM20 tu untuk air pulpy, baki RM14. Ingatkan cashier tersalah kira, rupanya Norzi yang tak tengok harga hehehe.. pengajaran untuk diri sendiri dan yang membaca ni.. jangan bayar sebelum tengok harga hehe ingatkan harga sama kalau belum atas udara, rupanya masih jejak tanah pun mahal juga :(.
Sebelum menaiki pesawat, sempat kami makan sekejap. Kami kongsi-kongsi je makan sekadar nak isi perut sebab tiba-tiba sahaja terasa lapar.. mungkin disebabkan kami bangun awal ..dan jarak berjalan kaki dri parking ke terminat kami agak jauh...bukan Norzi seorang yang lapar, big boss dan anak-anak semuanya kelaparan.. jom tengok kitorang membeli.
Anak-anak yang kelaparan. Lepas makan dah bersedia berangkat.
Kelaparan lagi..walaupun perjalanan hanya memakan masa 45 minit (lebih kurang) dari KLIA2 ke Pulau Langkawi .. tapi anak-anak Norzi suka makanan dalam pesawat Air Asia. Untuk menikmati 20% diskaun , Norzi dah beli online siap-siap. Sila ke entry order makanan di sini.Khalisah bukan main suka lagi :) mama pun suka :))))) suka makan, suka jalan...
Tunggu sekejap.. dalam beberapa minit, kami pun sampai ke tanah Langkawi. Tak sabar nak beraktiviti di Langkawi. Alhamdulillah ..selamat sampai.
Excited tak kanak - kanak ni? hehe Khalisah excited sebab sebelum ni dia mengira hari. Setiap hari dia akan tanya , 'mama, dah boleh naik aeroplane?' :) hehe .. bila tiba hari yang ditunggu-tunggu mestila suka tak ingat...
Sampai sahaja Lapangan Terbang Langkawi, kami bersiap sedia ambil beg dan yang paling penting menyewa kereta di kaunter di dalam kawasan Lapangan Terbang langkawi. Lapangan Terbang Langkawi tidak besar mana, semuanya setempat... ambil beg dan kawasan kaunter sewa kereta berdekatan je. Sementara tengok-tengok kaunter, ternampak iklan ni..
Crocodile Adventureland
Open daily: 9am to 6pm
Jalan Teluk Datai Mukin air Hangat
Baru Norzi tahu di langkawi pun ada Crocodile Advantureland...
Norzi ceritakan tentang Sewa kereta di Langkawi, Hotel yang kami duduk di Langkawi, makan di Langkawi , shopping di Langkawi dan banyak lagi di entry yang berlaianan. InsyaAllah ..
Selamat melancong bersama keluarga;
Norzi~
No comments:
Post a Comment