Pages

RESEPI KEBAB DAGING PITA



Assalamualaikum, selamat berhujung minggu..minggu ni anak sulong Norzi tak balik.. sibuk semalam gotong royong di asrama. Minggu nak cuti raya cina baru balik cuti panjang... melayan dua orang lagi di rumah.. 




anak anak nak makan kebab daging pita
anak anak tercinta


Minggu lepas Norzi pergi Tesco , mencari stok makanan untuk buat sarapan pagi, makan tengahari anak anak. Anak - anak nak bawa bekalan  ke sekolah sebab sekolah dah makin ramai pelajar. Hari pertama tak dapat makan sebab lama beratur...berhimpit di kalangan pelajar akhirnya masa rehat tamat dah tak dapat makan.

Resepi daging black pepper terbaik, mudah dan ringkas. untuk ibu berpantang , tak perlu pakai minyak dan lebihkan halia dan lada hitam. Resepi kegemaran, tetapi bahaya kalau nasi bertambah-tambah. Boleh ke channel tiga beradik atau klik link di bawah


Lesson learn tak nak dah beratur, nak bawa bekal! Sebelum ni puas dah Norzi bagi tahu bawa bekal lah , lagi bagus , bersih dan focus tak terkejar kejar tapi abang dan adiknya tak nak. Tahun ni dua dua susah nak beli makanan , dua dua yang minta nak bawa bekal.  Jadi kat rumah memang bnyk stok dah sedia utk sarapan pagi ... 

Oleh sebab ada roti pita yang di beli minggu lepas, pagi ni Norzi buat sarapan roti pita kebab daging . Ada 5 keping, dah pakai dua keping , bila belah dua dapatla empat... lagi tiga tu akan masak esok untuk bekalan kedua duanya ke sekolah. Mama pun bawa bekal juga sebab dah bosan makan masakan makcik cafe yang masak pun bukan orang Malaysia tapi dari seberang jadi tak berapa penuhi selera.. biasala usia dah makin meningkat ni mcm macam perubahan pada diri sendiri hihi :).


roti pita sedap roti pita murah dan sedap di makan boleh bawa bekal ke sekolah jalan jalan buka puasa dan makan malam 




Resepi kebab daging roti pita


Mudah sangat buat kebab ni. Kalau sebelum ni nak makan kebab daging tunggu bulan ramadhan , sebab banyk jual pada masa tu di param. Sekarang tak perlu dah sebab senang je buatnya.Kepada ibu ibu yang dah ada list menu anak anak untuk bekalan kesekolah, boleh tambah lah menu kebab daging roti pita ni ya... Hanya perlu kan bahan simple di bawah.



Ikan adalah makanan terbaik dengan sumber protein. Di sini ada menu ikan siakap yang mudah di sediakan , hanya beberapa langkah , siap sedia untuk di hidang. Bukan sahaja mudah malah menjimatkan dan boleh di masak selalu.





Bahan-Bahan :
Daging  burger 2 keping (kalau ada daging cincang pun leh guna)
Bawang besar 1/2 biji - Potong Dadu
Tomato ceri 3 biji -potong  Dadu
Sos Tomato- 1 sudu kecil 
Sos Cili- 1 sudu kecil
Mayonis - 2-3 sudu
Celery sedikit potong dadu
kobis dua helai potong halus
carrot 1/2 inch potong dadu
Kalau ada timun boleh hiris dan masukkan 
kalau ada daun salad boleh masukkan salad
roti pita kebab- 2 keping di belah 2 - 


Cara-cara :


1. Masak daging burger , potong kecil sehingga garing (minyak burger akan keluar jadi tak perlu tambah minyak)
2. Masukkan tomato, bawang, carrot, Celery, kacau sampai rata dan puas hati
3. Masukkan sos cili, sos tomato. Masak sampai daging dan sos sekata.tak perlu tambah perasa pun dah sedap
3. Dah agak-agak semua masak, tutup api.. masukkan dalam mangkuk. Masukkan mayonis, gaul sekali
4. Panaskan Roti dalam Kuali Tanpa lekat , lagi kering lagi rangup sedap asalkan tak hangus
5. Masukkan inti dalam roti sampai habis..hidangkan


Selamat mencuba!




Boleh subcribe youtube channel TIGA BERADIK untuk dapatkan banyak video perkongsian makasan, vlog, anak -anak, resepi, melancong dan lain lain.  Boleh terus ke TIGA BERADIK you tube channel.

Boleh tengok koleksi video resepi dan cara memasak yang lain






==============================================

Recommendations:



cara masak serawa durian



Cara Masak Kacang Panjang Tumis Sotong


Resepi Cara Masak Ikan Tenggiri yang sedap dan mudah



Resepi Udang Masak Lemak Cili Api


Cara Masak Resepi Nasi Goreng Udang Simple



Resepi cara masak ikan siakap tempoyak dengan timun



Resepi cara masak ikan jenahak masak hitam







Koleksi Video Masakan yang super mudah, langkah demi langkah, pasti pandai masak. Masak asam pedas favourite family di dapur yang sederhana yang berwarna putih , 


RESEPI : Asam Pedas Ikan Kembung Sedap Dan Mudah l Tiga Beradik



Ini adalah koleksi video unboxing cerruti 1881 luxury pen. Untuk melihat jumlah pen yang di terimadalam satu kotak, click gambar / link di bawah


      
  Unboxing : Cerruti 1881 Luxury Pen l Tiga Beradik

No comments:

Post a Comment