Pages

IKAN SIAKAP MASAK KICAP SANGAT SEDAP DAN MUDAH



Hai semua.. Apa khabar.. masak apa hari ni? Resepi kali ini adalah berasaskan ikan siakap. Hari ini Gee akan sharekan cara memasak ikan siakap masak kicap yang sedap dan mudah.  Resepi ini bukan sahaja mudah dan sedap tetapi sangat simple  kerana memerlukan bahan-bahan yang sedikit sahaja, tetapi  resepi ini sering menjadi juadah yang  membuka selera. Menu kali ini Gee gunakan ikan siakap sebagai bahan utama untuk juadah makan tengahari. 


Ikan siakap masak kicap



Gee dan keluarga sangat sukakan ikan siakap. Ikan siakap ini juga senang di dapati. Sebelum ini Gee ada masakkan ikan siakap 3 rasa yang sedap dan sangat mudah , rasanya macam kita order di kedai restoran Thailand. Boleh tengok resepi dan bagaimana cara memasak di sini .


Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa


Kalau nak tahu , Ikan Siakap dikenali dengan nama Pla Krapong di Thailand dan ianya juga adalah antara ikan paling popular untuk masakan  Thai di Thailand Thai cuisine.  Sebab itu mudah kita dapati menu berasaskan ikan siakap di restaurant tom yam . Ikan siakap sering dimasak stim dengan  air limau lime dan bawang putih , atau digoreng bersama serai  dan lain-lain cara masakan. Tetapi hari ini Gee sharekan cara  mudah masak ikan siakap dengan berasaskan kicap.




Tengok cara-cara memasak / tutorial bagaimana memasak ikan siakap masak kicap


Gee keringkan ikan dengan tisu dapur. kemudian lumurkan dengan garam dan kunyit

Ikan Siakap masak kicap mudah dan sedap l Tiga Beradik

Bahan Bahan
1 ekor ikan siakap (si siang dan dikelar)
1-2 sudu kecil serbuk kunyit ;lumurkan pada ikan
1-2 sudu kecil garam ;lumurkan pada ikan

1/4 labu bawang besar (hiris kasar)
3-4 tangkai cili kering (dipotong kasar)
5-6 tangkai cili api (dihiris)- yang sukakan lebih pedas boleh tambahkan lagi
3 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
1/ inci halia (dihiris halus)
1 sudu busar kicap pekat
1 sudu busar kicap manis 
1 cawan air panas
2 helai daun limau purut
sedikit daun sup utk hiasan jika ada daun ketumbar boleh gunakan 
tambahkan perahan limau kasturi/ lemon atas permukaan ikan untuk rasa yang lebih sedap
minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak ikan siakap kicap
1. Keringkan ikan dgn tisu , Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit 
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng ikan hingga hampir garing dan angkat.
3. Panaskan kuali, guna kuali sama , ambil sedikit baki minyak goreng,dan
 tumis bawang besar, cili,cili kering, halia, bawang putih hingga terbit bau.
4. Masukan kicap pekat
5. Masukan kicap manis dan sedikit air panas
6. Didihkan 
7. Tuangkan kuah atas ikan 

#ikansiakap #ikansiakapmasakkicap #resepiikan #masakikan

====================------------------------------------------
Hi everyone .. Today's recipe definitely a simple and delicious way of cooking sea bass with soy sauce.
This recipe is not only simple and easy, but also requires very little ingredients, but
remains as an appetizing dish.  Gee uses sea bass fish for lunch our lunch menu.


Ikan siakap lazat dan sedap
Daging Masak Black Pepper
U know what, Gee really loves sea bass because sea bass or Siakap fish . It has a white, fluffy content, 
although larger freshwater fish usually have a lot of body fat. 

Siakap fish is known as Pla Krapong in
Thailand and it is also one of the most popular fish for Thai cuisine in Thai Thai cuisine.
That's why we can easily find sea bass recipes/menu at tom yam restaurant
Sea bass are often steamed with lime juice and garlic garlic, or fried with lemongrass
and other ways of cooking. But today Gee shares an easy way to cook sea bass

Easy and tasty soy sauce fried sea bass l Three Siblings

Ingredients 
1 sea bass (sliced)
1-2 teaspoons turmeric powder; spread on fish
1-2 teaspoons of salt; spread on fish

1/4 squash onion (coarse slices)
3-4 stalks of dried chilli (roughly cut)
5-6 stalks of hot chili (sliced)
3 cloves of garlic - cut into small cubes
1 inch ginger (finely sliced)
1 tablespoon thick soy sauce 
1 tablespoon sweet soy sauce 
1 cup hot water
2 pieces of kaffir lime leaves
a little soup leaves for garnish if there are coriander leaves also good to use
add the lemon juice on the surface of the fish for a tastier taste
oil for frying

How to cook soy sauce sea bass
1. Dry the fish with a tissue, Mix the fish with salt and turmeric
2. Heat a frying pan with a little oil and fry the fish until almost crisp and lift.
3. Heat a frying pan, use the same pan, take a little of the remaining cooking oil, and
 saute onion, chilli, dried chilli, ginger, garlic until fragrant.
4. Add thick soy sauce
5. Add sweet soy sauce and a little hot water
6. Boil
7. Pour the gravy over the fish


Instagram:
https://instagram.com/tigaberadik333
Business inquiries: tigaberadik333@gmail.com
Do not reupload our content but you can share our videos. 

Sekian perkongsian Resepi hari ini.  Lebih banyak content yang akan dibawakan oleh Tiga Beradik.
Terus SUBSCRIBE Tiga Beradik dan Like, Comment,  Share sekarang.
Salam Ceria dari Gee di Tiga Beradik

No comments:

Post a Comment