Pages

MASAK TUMIS IKAN BILIS PETAI CILI API



Hai semua, Assalamualaikum. Hari ni Gee nak share tutorial atau macamana nak masak tumis ikan bilis petai cili api yang pedas dan memang sedap .  Resepi ini memang sedap, kalau makan dengan nasi putih memang terbaik, boleh bertambah tambah makan.


Ikan Bilis Petai Masak Cili


Kalau suka lagi pedas, boleh tambahkan sahaja kuantiti cili atau cabainya. Untuk kurangkan rasa pedas, boleh tambah dengan gula nisse atau gula pasir.

Resepi ini biasanya Gee makan sendiri di rumah. Takda kawan nak makan sebab hubby tak berapa minat makan petai. Tapi Gee suka sebab dari kecil di ajar makan petai. Kepada yang suka, boleh cuba resepi ini.


Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
Petai - belah dua
1 Sudu besar sos tiram
Air asam paste
1/5 biji bawang holand - hiris kasar
Garam 
Gula nisse/gula pasir 

Bahan kisar:
5-7 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih 
1 biji bawang merah
1/5 biji bawang holand
1/2 inchi kunyit


Cara cara memasak:
Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis. Guna minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kering sedikit
. Masukkan air asam jawa paste dan kacau lagi. Masukkan sos tiram, kacau.
Masukkan Petai, bawang perasakan garam dan gula. 
Kacau sebati , bila kering sikit sedia untuk di angkat.


Instagram:
https://instagram.com/tigaberadik333
Business inquiries: tigaberadik333@gmail.com
Do not reupload our content but you can share our videos. 

Sekian perkongsian Resepi hari ini. 









#ulampetai , #masakpetai #tigaberadik #masaksambalpetaiikanbilis  




Anda Mungkin juga meminati:



Daging Black Pepper Istimewa mudah dan senang , bertambah makan nasi




Baju MEngandung
Asam Pedas Ikan Kembung






Maternity Top Baju Mengandung murah dan cantik
Mee Goreng Kerang Basah Yang Sangat Sedap Dan Mudah





Maternity Blouse
Ikan Siakap Masak Kicap Sedap dan Mudah




Baju Mengandung Cantik
Nasi Goreng Shell Out





Udang Masak Lemak Cili Api dengan Kacang Panjang



Ikan SIakap Tiga Rasa Mudah dan Senang






Spaghetti Carbonara Udang Pedas 





Kari Daging terbaik dan nikmat






Terung Kicap Ikan Bilis


No comments:

Post a Comment