Pages

RESEPI: SAMBAL DAGING DAN KENTANG

Daging dan kentang masak sambal


Salam semua.. hari ni norzi nak tunjuk resepi kegemaran keluarga norzi  , iaitu daging dan kentang masak sambal. Resepi ni dah selalu sangat norzi buat, cuma tidak di dokumen kan sahaja. Ala-ala syarat2 kualiti pula ya kena dokument kan :). Ok , kepada yang nak makan daging masak sambal, bolehla mencuba resepi ini. memang mudah, ringkas.

Daging dan kentang masak sambal (2~3orang)
  • 300gram daging (top side) dihiris
  • *10 biji cili kering
  • *1 biji bawang putih
  • *2 biji bawang merah
  • *1/2 inchi halia
  • 1 biji bawang besar -hiris bulat
  • 1 cawan air asam jawa
  • gula, garam dan perasa sekucupnya
  • 1 biji kentang dibelah dua kemudian dihiris

Cara-cara

  1. Rebuskan cili kering, potong dulu supaya biji cili keluar (Kak zi terrajin pakai yang buat sendiri tapi tiba malas, kakzi hanya pakai yang segera sahaja-)
  2. selepas rebus cili, kisarkan bersama bahan2 bertanda *
  3. panaskan minyak dalam kuali, goreng dulu kentang , angkat dan tumiskan bahan2 yang di kisar tadi hingga naik bau dan agak kering
  4. kemudian, masukkan daging dan air asam jawa
  5. kecilkan api, biarkan dalam 15-20 minit, kalau kering, tambahkan air asam jawa lagi,  hingga daging empuk
  6. bila dah empuk, masukkan kentang dan bawang besar, garam dan perasa , gaul sebati, kemudian masukkan gula secukup rasa .
SIAP! SELAMAT MENCUBA :)

1 comment:

  1. AnonymousJuly 01, 2014

    Good day! I know this is kinda off topic however I'd figured I'd ask.

    Would you be interested in trading links or maybe guest authoring a blog article or vice-versa?
    My website discusses a lot of the same subjects as yours and I
    believe we could greatly benefit from each other.
    If you are interested feel free to shoot me an e-mail.
    I look forward to hearing from you! Superb blog by the way!


    Here is my webpage: accident attorney new york

    ReplyDelete