Assalamualaikum.. selamat malam.. lamanya tak berkesempatan untuk blogging.. bila masa terasa singkat , kita mula merindui masa-masa yang tidak terlalu padat dengan pelbagai aktiviti seharian... Makan dekat mana kali ini? Norzi tentula kawasan berdekatan dengan rumah... bukanlah sebelah rumah tapi kawasan berhampiran. Kalau korang mencari tempat makan di Cyberjaya, memang sangat senang jumpa restoran Arab, dah banyak kali dah Norzi sebut ni . Selain tu ada juga Mat Ayam kampung, Ayam Penyet, restoran-restoran mamak, kedai masakan Kelantan pun ada tau. Salah satu restoran makanan Arab yang ada di Cyberjaya ni adalah restoran Mr Kabab dan Biryani yang terletak di Neo Cyber atau dekat kawasan bangunan Mustapha Kamal.
Sebelum ni Norzi dah pernah makan di Mr Kabab dan Biryani seperti entri di sini.. dan beberapa sesi makan lain di restoran ini yang tak sempat Norzi entrikan. Kali ini Norzi snap gambar terlebih sikit, jadi boleh layan gambar :)
Kalau anda gemarkan kebab , di sini ada hidangan kebab daging dan kambing. Norzi suka kebab kambing. Harga sekitar RM8 untuk satu hidangan.
Hidangan yang nampak berat ni tentula Mr. hubby yang punya. Norzi on diet , kurangkan pengambilan makanan berat seperti nasi.... Kalau berdegil juga nak makan nasi malam hari, alamatnya badan pun berdegil nak mengecil.. Owh tidakk...
Sebelum ni, Norzi pernah datang makan dengan keluarga mertua.. Makan nasi... dan rasa Cili hijau dalam hidangan ini sangat rangup... apa petua nak bagi cili ni rangup ya.. rasa macam baru di petik atau baru di ambil dari peti ais.. tapi cili tidak sejuk.
Ini Norzi punya. Hehe berdietla sangat. Makan roti naan dengan topping cheese. sangat sedap! Makan dengan kari kambing.
Inilah kari kambing yang di sebut sebut dan diidamkan selalu. Kari kambing, kebab kambing, nasi arab kambing, biryani kambing,... apa-apa aje yang berasaskan kambing semua Norzi suka. Selera je makan... Alhamdulillah masih berselera. Kalau tak berselera pun takut juga.. cuma sekarang ni terover selera, jadi kena kawal sikit...
Kali ini keluar Norzi bawa sekali anak saudara Norzi ... Saffiya namanya. Lamanya dah tak pegang baby, baru teringat saat-saat makan di luar ketika mempunyai baby. Memang cabaran sungguh...Makan pun bergilir-gilir sebabnya dia terlalu excited..melompat-lompat baru nak dapat kaki.. jadi kena gilir-gilir makan dengan hubby. Perjanjiannya.. hubby makan dahulu... Norzi layan baby, lepas hubby dah kenyang, Norzi pula makan.. dan orang yang dah kenyang tu kena gunakan tenaga untuk dukung si kecik Safiya...tiba giliran Norzi makan dengan tenangnya :) ...
Dia suka sangat kalau orang tangkap gambar dia... Norzi pula memang suka tangkap gambar dia. Elok la tu kan... Anak bujang tak minat bergambar.. Baru 7 tahun dah tak minat bergambar .. Yang diminatinya mainan... mainan... sebut sikit nak pergi shopping mall , terus keluar segala B Daman, Kapal , kereta semua benda yang dia nak di sebutnya..
Smile !
Salam ceria,
~Norzi
No comments:
Post a Comment