Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : UDANG BLACK PEPPER

Assalamualaikum.. hari ni Norzi update Udang Black Pepper... senang je resepi ni.. anak-anak gemar aka suka.. tetapi hati-hati , dalam kata udang ni sedap.. udang ni juga berkolestrol tinggi... jadi ada baiknya dikurangkan  kekerapan mengambil udang demi menjamin kesihatan anda... :) . 

Semasa baru berumahtangga, Norzi dan suami selalu ke Klang untuk menikmati masakan udang black pepper.. nama restoran adalah restoran Chendayu. Dah lama sangat dah.. tempat makan tu pun adalah jenis rumah yang di buat kedai makan berdekatan dengan kawasan nelayan dan kita macam di restoran terapung..... Nama kedai Chendayu.. kalau sesiapa pernah pergi, tentu sukakan pemandangan sekitar Chendayu kan .... tidaklh eksklusif mana pun cuma pemandangan memang terbaik , disamping masakan menggunakan bahan mentah udang, ikan , sotong dan ketam yang segar..dan di sekitar tu boleh nampak sampan... ada masa boleh nampak kapal juga.. nanti Norzi selongkar tengok ada tak gambar... 

Kali ni , Norzi pulak nak masak..macam biasala, Norzi akan gunakan mangkuk untuk campur semua bahan, Norzi gaulkan semua sekali...ok sambil-sambil layan gambar, jom semak resepi..!



campurkan bahan2 dalam satu mangkuk.





 

Dah siap.. Udang Black pepper 



Resepi: Norzi Foodilicious House/ Norzi Beautilicious House 

Bahan-bahan udang black paper:

15 ekor udang*
1 biji bawang besar-hiris kasar*
2 biji bawang putih di ketuk*
1/4 lobak merah (potong memanjang)*
1 inch halia dipotong memanjang*
1 Biji cili merah (potong panjang belah 4)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos pepper
1/3 lada hitam di tumbuk
sedikit gula
sedikit garam 


Cara-cara :
1) Campurkan semua bahan  bertanda *di dalam satu mangkuk
2)Panaskan kuali, sedikit minyak dalam kuali..tunggu hingga kuali panas..kalau boleh kawal api.. masa mula-mula api sedikit besar... kemudian di pertengahan memasak boleh di kecilkan sedikit api memasak.

3)Apabila nampak dah panas , masukkan semua bahan dalam kuali.

4) Goreng sekejap, terus masukkan cili kisar, goreng sehingga agak kering

5) Masukkan sos tiram, sos pepper, lada hitam yang telah di tumbuk ..dan kacau rata

6)Masukkan gula , garam dan cili dan kacau lagi hingga mesra dan lepas tu boleh la diangkat...

Semogga membantu 
salam ceria 
~Norzi

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...