Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE. Show all posts

PETUA : KRIM PISANG ANTI KEDUT

Pisang mempunyai banyak khasiat..hari ini Norzi nak kongsi dengan pembaca tentang pisang dan petua... Petua yang ada kaitan dengan pisang ini khas untuk kecantikan kulit. Ramai nak petua  mendapatkan kulit muka yang tidak berkedut. Dikongsikan kaedah yang murah dan mudah hanya dengan menggunakan buah pisang.. 

Buah pisang ni mudah nak dapat di Malaysia... kadang-kadang ada yang tanam pokok ni.. mudah sangat,, sampaikan bila dah terlalu mudah mungkin ada yang tak berapa nak hiraukan...

buah pisang untuk cantikkan kulit. Petua cantikkan kulit dengan murah
Buah pisang kaya dengan vitamin dan boleh menjadi agen anti kedut

Tahukah anda, pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan. 

Cara-caranya 
Potong pisang dengan saiz kecil dan kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada wajah dan dibiarkan selama 10 minit sehingga 15 minit.


cara mendapatkan kulit anti kedut
bilas muka dengan air suam(sumber)

Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air bersih. Lapkan wajah.


Kekerapan 
Masker pisang ini seelok eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi merasai perbezaannya. Petua ini begitu  baik untuk diamalkan .

Walau bagaimanapun, dengan teknologi terkini, pelbagai penemuan untuk mencantikkan kulit wajah atau produk anti aging di pasaran. Untuk ketahui lebih banyak cara mencantikkan kulit , makanan kulit , keperluan kulit dan tentang kesihatan kulit, klik sini.

Nak tengok Norzi  masak pisang di rumah ,klik entri pisang goreng di sini .


Salam ceria,

Norzi 



SET MENYUSU SHAKLEE

Cadangan set menyusu Shaklee
Set Menyusu Shaklee  2015



Kami kongsikan pula testimoni ini khas untuk anda. Tidak perlu tonton sekiranya tidak berminat tentang penyusuan.









Set menyusu Shaklee ini khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Cadangan set ini adalah mengikut keperluan ibu disamping mengikut kadar kewangan anda.

Selepas proses kelahiran (bersalin) , proses pengeluaran susu pula bermula dan bayi akan diberikan susu ibu selepas proses kelahiran. Menyusukan bayi merupakan pengalaman yang sangat unik. Bermulanya proses menyusu bererti tibalah masa pengambilan makanan mengikut cadangan diet ibu menyusu.


 .



Contoh diet bagi ibu menyusu (sumber )

Ibu menyusu haruslah mengamalkan diet pemakanan seperti yang di cadangkan  :

a) Makan makanan seimbang termasuklah membanyakkan pengambilan buah-buahan,bijirin, sayur-sayuran , protin dan juga makanan tenusu
b) Tambahkan secara konsisten 500 kalori yang sihat di dalam diet harian
c) Makan makanan seperti salmon, nenas dan blueberry untuk penghasilan susu yang tinggi nutrisi
d) Minum sekurang - kurangnya 8 gelas air putih sehari
e) Sekiranya anda penggemar kopi , ianya masih boleh di ambil 2-3 cawan sehari tetapi jika boleh dikurangkan adalah sangat digalakkan


Untuk memudahkan para ibu mengamalkan diet yang sihat sepanjang proses menyusukan bayi, berikut merupakan jadual menu diet ibu  menyusukan sebagai rujukan .




Jadual menu diet ibu menyusu mengikut kategori (sumber)


Dengan menjaga pemakanan dan pengambilan makanan mengikut keperluan (seperti yang dicadangkan), dapat membantu menggalakkan penghasilan dan mengekalkan jumlah penghasilan susu (milk production). Selain itu, pengambilan makanan ini juga adalah penting untuk mengekalkan kesihatan ibu lebih-lebih lagi yang telah melalui proses kelahiran .





Susu ibu merupakan satu keperluan untuk tumbesaran si comel anda

Sekiranya ibu-ibu kurang selera makan, sentiasa terlepas waktu makan dan kurang mengambil makanan seperti yang dicadangkan di dalam diet hierarki makanan ibu menyusu, maka  para ibu wajar membuat pertimbangan untuk mendapatkan vitamin yang boleh di ambil setiap hari bagi memastikan pengambilan nutrisi secara konsisten tidak terganggu.




Kenapa Kita Perlu Vitamin

Selain dari kurang pengambilan makanan berdasarkan keperluan mengikut hierarki makanan, para ibu juga berhadapan dengan beberapa risiko lain yang mana memerlukan vitamin dalam diet seharian. Berikut merupakan sebab-sebab lain mengapa kita perlukan vitamin:

•Makanan yang diambil bukan dari sumber organik. 

•Tanah pertanian yang tidak dirawat dan dipulihkan mengurangkan nilai nutrisi dalam tumbuhan (buah dan sayur). 
•Sayur yang dimasak terlalu lama merosakkan vitamin yang terkandung di dalamnya. 

• Pengendalian buah-buahan dari ladang ke gudang, kilang, kedai dan sebagainya mungkin menjejaskan kandungan vitamin buah-buahan tersebut. 

• Pengambilan ubat-ubatan boleh mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap vitamin dari makanan. 

• Makanan yang disimpan lama mengalami penyusutan vitamin. 

• Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan. 

• Pengambilan makanan rapu membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu contohnya MSG, garam, gula berlebihan dan sebagainya. 

• Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan boleh memudaratkan kesihatan. 


Vitamin dan penyusuan susu ibu

Seandainya para ibu mengambil vitamin untuk tujuan penyusuan, perlu di ingat bahawa tujuan vitamin-vitamin ini diambil adalah demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara tidak langsung membekalkan susu ibu yang mencukupi kepada si manja. Ianya adalah berhubung antara satu sama lain. Ibu yang sihat, bertenaga mampu mengurus dan mengendalikan jadual penyusuan dengan teratur seperti yang di rancang. Sebaliknya, sekiranya kerap sakit, lemah dan kurang tenaga akan menyebabkan jadual penyusuan akan terganggu dan akhirnya menyebabkan penghasilan susu juga boleh terganggu.

Berikut merupakan tip kejayaan penyusuan, yang bergantung kepada:

1) Kesihatan ibu

2) Konsep asas penyusuan iaitu "supply dan demand"
a. Lebih kerap bayi disusukan, atau
b. Lebih kerap sesi perahan

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang ketara pada ibu menyusu sekiranya ibu berdisiplin dan konsisten mengamalkan perkara berikut:

1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara Direct Feeding 

2. Untuk ibu yang bekerjaya, si ibu membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong

3. Si ibu memastikan mengambil bendalir yang mencukupi setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter

4. Si ibu sentiasa bertenang semasa sesi perahan atau ketika sedang menyusukan bayi. Kerana ketenangan dapat melancarkan susu ibu 

5. Si ibu banyak berdoa kepada Pencipta demi seimbangkan keperluan rohani, dan jasmani.

6. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa sesi perahan susu ibu, malah semasa sedang menyusukan bayi


Tiga jenis Set Khas Shaklee untuk Ibu Menyusu


Norzi Beautilicious House membawakan 3 jenis Set khas Shaklee  untuk keperluan ibu menyusu / breastfeeding. Kami kongsikan kebaikan dan manfaat set khas ini agar para ibu dan bayi anda dapat turut sama menikmati kebaikannya.




Selepas fasa mengandung dan bersalin, ibu-ibu akan melalui fasa menyusukan bayi dan memulihkan tubuh badan. Oleh itu nutrisi lengkap adalah penting untuk tujuan pemulihan tubuh badan, penghasilan susu , kesihatan tubuh badan serta emosi secara menyeluruh.


Dalam dunia penyusuan ini, beberapa pengetahuan am perlu diambil kira juga, contohnya seperti pengambilan kalsium semasa menyusu. Para ibu tentu sedia maklum, kalsium amat penting terutamanya kepada ibu yang menyusukan bayi. Sekiranya ibu yang menyusukan bayinya tidak mengambil makanan tambahan atau supplement seperti kalsium atau minum susu, susu badan yang kita hasilkan akan dibekalkan dengan mengambil khasiat kalsium daripada kalsium ibu itu sendiri bukan daripada makanan tambahan yang diambil! Perkara ini boleh menjadikan kebarangkalian osteoporosis semakin meningkat selain mungkin menjadi penyebab berlakunya kehilangan / kerapuhan gigi kerana kekurangan kalsium.

Oleh itu, Norzi Beautilicious House suka berkongsi dengan para ibu dan memberi fleksibiliti terhadap beberapa jenis set untuk pilihan ibu menyusu yang bersesuaian dengan budget kewangan anda. Berikut merupakan beberapa set khas ibu menyusu yang boleh dipilih:



Set B - Set Ibu Menyusu / Breastfeeding Shaklee




Set B - Set Menyusu / Breastfeeding Shaklee



Set  Menyusu / Breastfeeding Shaklee ini merupakan set paling asas yang terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa. Set ini sesuai untuk ibu-ibu menyusu yang masih baru lagi berjinak-jinak dengan produk Shaklee. Ini khas untuk ibu-ibu baru yang nak ingin mencuba tahap keberkesanannya.

Siapa yang perlukannya?


  • Ibu menyusu yang tidak mempunyai masalah penyusuan. Iaitu ibu yang memperoleh hasil perahan susu ibu melebihi 3 oz setiap kali memerah (pump) pada  setiap sesi perahan.
  • Ibu menyusu yang mahu memperkayakan nutrisi susu ibu khas untuk bayinya.
  • Ibu menyusu yang sihat dan mahu mengekalkan kesihatan tubuh badan ibu.

Satu Set Shaklee Ibu Menyusu ini mengandungi 4 item seperti berikut:





Harga Set B - Set Menyusu Shaklee ini adalah seperti di bawah:

Harga Set B - Set Menyusu Shaklee



Untuk membuat belian secara online, sila klik icon beli sekarang.
 








Set B1- Set Ibu Menyusu / Breastfeeding Shaklee
Set B1- Set menyusu Shaklee


Set B1 ini merupakan set asas penyusuan breastfeeding yang digabungkan dengan Ostematrix untuk sumber kalsium optimum untuk si ibu. Siapa yang sesuai mengambil Set B1-Set Menyusu Shaklee ini?
  1. Ibu menyusu yang seringkali merasai keletihan melampau.
  2. Ibu menyusu yang mempunyai alahan atau allergi dengan susu lembu. Sumber kalsium perlu diperolehi dari sumber lain selain susu lembu.
  3. Ibu menyusu yang ada masalah kekurangan kalsium.
  4. Ibu menyusu yang stress dengan kerja seharian.

Set ini terdiri daripada :


Harga Set B1 - Set Menyusu Shaklee ini adalah seperti di bawah:

Harga Set B1 - Set Menyusu Shaklee 

Untuk membuat belian secara online, sila klik icon beli sekarang.









Set TRIPLE M (3M- Make More Milk) - Set Ibu Menyusu / Breastfeeding Shaklee


Set 3M atau 'Make More Milk' -Set menyusu Shaklee yang penuh lengkap dan paling laris



Set ini adalah set ibu menyusu Shaklee penuh lengkap.Set ini menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?

1. Ibu yang mempunyai bayi kembar, anak susuan atau bayi yang kuat menyusu.

2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation (menyuskan tanpa mengandung), relaktasi iaitu ibu yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti.


3. Ibu yang nak ingin mula kumpul stok susu badan.

4. Ibu yang menghadapi masalah di mana berat badan bayi tidak meningkat tetapi berat badan si ibu sendiri semakin bertambah.

5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan terlalu sedikit kurang 1 oz untuk setiap kali perahan digalakkan untuk berikhtiar menggunakan set ini.
Maka, dengan adanya Set Ibu Menyusu / Set B Breastfeeding Shaklee yang berbeza-beza ini, kami dapat menyediakan pakej bersesuaian dengan budget anda. Usah khuatir. Kami juga ibu menyusu sama seperti anda.

Set 3M atau Make More Milk Shaklee ini terdiri daripada :



Harga Set 3M (Make More Milk) - Set Menyusu Shaklee ini adalah seperti di bawah:


                        Harga Set B1 - Set Menyusu Shaklee 



Untuk membuat belian secara online, sila klik icon beli sekarang.










Berikut merupakan fungsi setiap vitamin di dalam setiap set cadangan di atas :


-Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.* 
-Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. 
-Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. 
-Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh 
-Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.* 
-Untuk wanita, ia menggalakkan kesihatan tulang, payudara, imun sistem badan, kesihatan jantung, kesihatan organ pembiakan, kesihatan kulit, kuku dan rambut.


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.  B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.

Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.


1. Mencuci hati, darah dan usus - ia merupakan makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

2. Melawan alahan, allergy - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitif, kurap, bau badan dan kaki yang berbau. 

3. Baik untuk bakteria baik di dalam perut dan usus - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. 

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kerana alfafa mengandungi saponin, serat yang bertindak seperti span untuk menyerap lemak dan kolestrol. 

5. Melegakan keletihan 

Ostematrix yang terbukti secara klinikal membekalkan zat-zat penting yang unik bukan sekadar kalsium untuk membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat. Di samping pembentukan tulang dan gigi, Ostematrix berfungsi:

1. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal

2. Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf

3. Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan


1. ESP mampu membantu sebagai awet muda - Asid amino amat penting untuk membina kuku, otot, rambut, darah, organ, kulit, gland, dan lain-lain. Pengambilan yang konsisten adalah perlu kerana ini merupakan kunci kepada awet muda. 

2. Baik untuk hormon - ESP adalah berasaskan kacang soya. Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, yang mana fungsinya sama dengan hormon estrogen wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 

3. Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti berupaya menghalang pertumbuhan dan penularan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan yang mana sel radikal bebas ini berupaya menukarkan sel DNA asal kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat. 

4. Mengekalkan keremajaan kulit - Pengambilan ESP membantu merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan kelembapan kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. 

5. Pembekal tenaga - Pengambilan ESP mambantu membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun badan, mencegah migrain, imsomnia, dan tekanan. 

6. Membaiki pigmentasi kulit - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan penuaan. 

7. Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan. 




Dengan maklumat yang dikongsikan ini,  keputusan terbaik ibu-ibu menyusu dalam memilih nutrisi lengkap adalah di tangan anda. Pilihan nutrisi lengkap dan terbaik adalah kunci utama kesihatan kerana kesihatan adalah apa makanan yang kita ambil dan  dari dalam. Ingat, perkara paling utama adalah kesihatan merupakan aset yang paling berharga di dalam kehidupan.




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana vitamin Shaklee, Norzi adalah wakil pengedar sah anda.  Sebarang pertanyaan / consultaion / belian online boleh dibuat dengan menghubungi Norzi di talian berikut:





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE




Note : COD sekitar Putra Perdana , Puchong dan kawasan sekitarnya. 







SET MENGANDUNG SHAKLEE (TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG)

Sepanjang proses kehamilan, adalah menjadi lumrah  para ibu mencari-cari produk untuk digunakan sepanjang proses kehamilan.  Vitamin Pra-natal atau lebih dikenali sebagai vitamin ibu mengandung sangat penting untuk kedua-dua , ibu dan bayi yang dikandung.

Pentingnya Asid folik , besi , dan Kalsium sepanjang proses kehamilan


Di awal proses kehamilan, Dr  akan memberikan asid folic selepas anda disahkan hamil. Ianya perlu diambil sepanjang proses kehamilan. Selain itu , para ibu hamil digalakkan mengambil makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau , kacang , kacang , buah-buahan sitrus , dan makanan lain yang seumpamanya . Walaupun begitu, adalah idea yang baik untuk mengambil makanan tambahan dengan jumlah yang dicadangkan lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang kurang selera makan atau sering berasa loya dan hilang selera makan lebih-lebih lagi di awal proses kehamilan.


Maklumat dari American Congress of Obstetricians and Gynecologists menyatakan bahawa ibu hamil perlu mendapatkan diet yang lengkap dan seimbang dengan semua keperluan nutrisi.


Kalsium sangat penting bagi seorang wanita yang hamil kerana sepanjang proses kehamilan, kalsium juga diperlukan oleh bayi yang dikandung bagi pembentukan tulang. Maka, sekiranya ibu kekurangan kalsium, ini boleh meninggalkan kesan kepada ibu seperti kehilangan kepadatan tulang sendiri selain boleh menyebabkan gigi mudah reput. Oleh yang demikian , pengambilan kalsium adalah sangat penting untuk jangka masa pendek dan panjang. 








Set lengkap Shaklee untuk Ibu Mengandung mengandung/ sebelum bersalin


Harga Set Bersalin Shaklee Kandungan / botolHarga (RM)
Vita-C Plus Sustained Released180 bijiRM92.50
Multivitamin Vita-Lea dengan Iron120 bijiRM88.75
Vitamin B-Complex120 bijiRM53.75
Zinc Complex120 bijiRM37


Selepas proses kehamilan, seterusnya para ibu akan melalui proses berpantang pula.





Selepas melalui 9 bulan proses kehamilan. anda akan melalui fasa berpantang selepas bersalin pula. Sepanjang fasa ini , anda perlu menyesuaikan diri dengan merawat diri sendiri selain perlu memberikan perhatian kepada bayi anda dan juga proses menyusukan bayi dan mengepam susu mengikut jadual atau mengikut keperluan. Tahniah untuk para ibu ya mempunyai banyak susu. Tmemudahkan para ibu mengetahui apakah set menyusu Shaklee, anda boleh teruskan membaca di sini.


















TIP PEMAKANAN SIHAT IBU MENGANDUNG

Produk Shaklee ibu mengandung, bayi comel, makan ketika mengandung, vitamin mengandung , elak mual loya hamil

Tatkala para ibu disahkan hamil , tentu sahaja kegembiraan akan terpancar di wajah. Sepanjang proses kehamilan, para ibu digalakkan   mengambil makanan yang seimbang dan teratur sepanjang proses kehamilan / mengandung. 



Tips Pemakanan Sihat buat Semua Ibu Mengandung
 Antara makanan terbaik untuk ibu hamil adalah merangkumi 
-Roti bijirin penuh dengan serat, kalsium dan zat besi , vitamin B dan asid folic

-Semua jenis buah-buahan.Perbanyakkan mengambil buah oren semasa mengandung InsyaAllah kulit ibu dan anak pun cantik kerana tinggi kandungan vitamin c. 

-Selain itu, ibu mengandung sangat digalakkan mengambil makanan tenusu seperti keju, yogurt dan lain-lain

-Ibu mengandung juga digalakkan mengambil sayur-sayuran berdaun hijau gelap sejuk beku dan segar mengandungi vitamic C , serat dan asid folic. 

-Buah-buahan seperti aprikot

-Kekacang juga baik untuk bakal ibu





Buah aprikot baik  untuk ibu mengandung Pic source


Selain dari tip pemakanan sihat, mengamalkan diet yang sihat adalah cara terbaik untuk mendapatkan vitamin dan mineral yang anda perlukan sepanjang proses kehamilan. Walaubagaimanapun , seseorang individu itu tidak semestinya mendapat kesemua khasiat nutrien utama di dalam sesuatu hidangan . Oleh sebab itu , bagi ibu-ibu yang sedang hamil atau berharap dan bersedia untuk hamil , pengambilan vitamin pranatal adalah sangat penting bagi melengkapkan kekurangan nutrien sepanjang proses kehamilan . Lebih-lebih lagi  apabila pengambilan makanan seimbang terganggu apabila ibu mengandung sering berasa loya atau mual sepanjang trimester pertama dan tidak dapat makan dengan teratur. 

Apakah perbezaan  vitamin prenatal  (iaitu vitamin yang perlu di ambil semasa proses kehamilan) dengan vitamin biasa? Vitamin prenatal biasanya mengandungi lebih banyak asid folik dan zat besi daripada melakukan multivitamin dewasa standard . Ini kerana Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub neural. Sementara vitamin zat besi menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi. Zat besi juga membantu mencegah anemia , suatu keadaan di mana kekurangan sel darah merah.


Shaklee Malaysia memberikan pilihan vitamin pranatal atau lebih kenali sebagai Set Bersalin Shaklee atau Set Ibu Hamil Shaklee yang didatangkan lengkap dengan kandungan keperluan vitamin terbaik untuk ibu mengandung (pranatal). Keperluan pada Trimester pertama , kedua dan ketiga adalah seperti di bawah:




   Set Bersalin / Ibu hamil prenatal (Trimester Pertama) 






Set hamil prenatal (Trimester kedua dan ketiga) 
Norzi adalah pengedar berdaftar Shaklee. 


Harga bagi setiap botol berikut adalah seperti di bawah

Set Mengandung Shaklee
Trimester pertama 
1) Vita C Plus     RM92.50
2) 


Sekiranya berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat consultation.dengan SMS/Whatsapp 019 3177871
  


Baca lebih lanjut tentang

Set mengandung Shaklee untuk ibu mengandung














“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...