Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label SENARAI RESTORAN. Show all posts
Showing posts with label SENARAI RESTORAN. Show all posts

CENDOL BAKAR DENGKIL

Sessi JJCM atau Jalan Jalan Cari Makan kali ini adalah di warung Cendol Bakar Dengkil. Kawasan ni dekat untuk yang berada di sekitar Cyberjaya, Dengkil , Putrajaya.. walaupun putrajaya tak adalah dekat sangat sebenarnya. Norzi memang tak pernah nak singgah sini. Tapi ada satu hari tu, balik dari Johor, oleh sebab sesak sangat kerana sempana cuti panjang ..suami bawa jalan lama. Jadi nampakla kedai Cendol Bakar. Dari jauh dah nampak dah banner. Kedai makan ni ada di kedua-dua belah kiri dan kanan bahu jalan. Oleh sebab panas ...jadi nampak iklan cendol ni memang menarik perhatian. Norzi tanya hubby cendol bakar tu macamana rupanya... bila tanya pekerja dia , dia bagi tahu air gulanya di bakar... rupanya bila tanya kawan-kawan nama cendol bakar ni sebenarnya Bakar tu nama orang. Tergelak sebab percaya kata-kata pekerjanya.



Warung ni kecil sahaja . Menyediakan pelbagai resepi cendol. Antara resepi cendol yang boleh di dapati di sini adalah Cendol Bakar atau CB Durian harganya RM4.00 , Cendol Bakar (CB) RM2.50, Cendol Bakar Pult RM3.00, Cendol Bakar Tapai RM 3.50, Cendol Bakar Jagung RM3.00


  Cendol jagung yang kami order


 Cendol durian . Tapi cendol durian ni terlalu manis...  dan rich sangat




  Anak Norzi pesan nasi ayam. .



 dan menu rojak ... rojak campur campur Norzi tak pernah makan ni .. cicah dengan sos merah macam sos cucur udang.


Ada lagi satu pasal makan cendol di Melaka. Betul betul di Bandar Melaka, Nanti Norzi entrikan . Salam ceria di pagi Rabu . Semoga Allah mempermudahkan urusan kita seharian.


Salam ceria,
Norzi~

MAKAN DI MR KABAB DAN BIRYANI, CYBERJAYA

Assalamualaikum.. selamat malam.. lamanya tak berkesempatan untuk blogging.. bila masa terasa singkat , kita mula merindui masa-masa yang tidak terlalu padat dengan pelbagai aktiviti seharian... Makan dekat mana kali ini? Norzi tentula kawasan berdekatan dengan rumah... bukanlah sebelah rumah tapi kawasan berhampiran. Kalau korang mencari tempat makan di Cyberjaya, memang sangat senang jumpa restoran Arab, dah banyak kali dah Norzi sebut ni . Selain tu ada juga Mat Ayam kampung, Ayam Penyet, restoran-restoran mamak, kedai masakan Kelantan pun ada tau. Salah satu restoran makanan Arab yang ada di Cyberjaya ni adalah restoran Mr Kabab dan Biryani yang terletak di Neo Cyber atau dekat kawasan bangunan Mustapha Kamal. 


Sebelum ni Norzi dah pernah makan di Mr Kabab dan Biryani seperti entri  di sini.. dan beberapa sesi makan lain di restoran ini yang tak sempat Norzi entrikan.  Kali ini Norzi snap gambar terlebih sikit, jadi boleh layan gambar  :) 




Kalau anda gemarkan kebab , di sini ada hidangan kebab daging dan kambing. Norzi suka kebab kambing. Harga sekitar RM8 untuk satu hidangan.




Hidangan yang nampak berat ni tentula Mr. hubby yang punya. Norzi on diet , kurangkan pengambilan makanan berat seperti nasi.... Kalau berdegil juga nak makan nasi malam hari, alamatnya badan pun berdegil nak mengecil.. Owh tidakk... 





Sebelum ni, Norzi pernah datang makan dengan keluarga mertua.. Makan nasi... dan rasa Cili hijau dalam hidangan ini sangat rangup...  apa petua nak bagi cili ni rangup ya.. rasa macam baru di petik atau baru di ambil dari peti ais.. tapi cili tidak sejuk. 




Ini Norzi punya. Hehe berdietla sangat. Makan roti naan dengan topping cheese. sangat sedap! Makan dengan kari kambing. 






Inilah kari kambing yang di sebut sebut dan diidamkan selalu. Kari kambing, kebab kambing, nasi arab kambing, biryani kambing,... apa-apa aje yang berasaskan kambing semua Norzi suka. Selera je makan...  Alhamdulillah masih berselera. Kalau tak berselera pun takut juga.. cuma sekarang ni terover selera, jadi kena kawal sikit...



Kali ini keluar Norzi bawa sekali anak saudara Norzi ... Saffiya namanya. Lamanya dah tak pegang baby, baru teringat saat-saat makan di luar ketika mempunyai baby. Memang cabaran sungguh...Makan pun bergilir-gilir sebabnya dia terlalu excited..melompat-lompat baru nak dapat kaki.. jadi kena gilir-gilir makan dengan hubby. Perjanjiannya.. hubby makan dahulu... Norzi layan baby, lepas hubby dah kenyang, Norzi pula makan.. dan orang yang dah kenyang tu kena gunakan tenaga untuk dukung si kecik Safiya...tiba giliran Norzi  makan dengan tenangnya :) ... 




Dia suka sangat kalau orang tangkap gambar dia...  Norzi pula memang  suka tangkap gambar dia. Elok la tu kan... Anak bujang tak minat bergambar.. Baru 7 tahun dah tak minat bergambar ..  Yang diminatinya mainan... mainan... sebut sikit nak pergi shopping mall , terus keluar segala B Daman, Kapal , kereta semua benda yang dia nak di sebutnya.. 



Smile !


Salam ceria,
~Norzi





LUNCH DI SECRET RECIPE

Assalamualaikum, hari ini Norzi lunch di Secret Recipe. Minggu ini sudah beberapa kali makan di sini memandangkan lokasi makanan yang paling dekat adalah Secret Recipe (SR), San Francisco (SF), Sombrero (Makanan Mexico) , Level 3, river side. Dapat teka tak di mana lokasi ini :) . Ini adalah kata kunci paling popular di sini. OK, secara ringkas, hari ini Norzi lunch dengan rakan Norzi.



Dalam banyak - banyak resepi lasagne , Norzi paling suka lasagne yang di Secret Recipe. Bun yang diberi sekali dengan lasagne ini lembut sangat dan sesuai di makan dengan lasagne. Cheesenya not so cheesy , biasa-biasa sahaja tetapi kombinasi daging , sos dan cheesenya just perfect untuk taste Norzi. Selain dari Lasagne, menu lain yang Norzi gemar dan selalu ulang makan adalah Vietnamese noodles, spaghetti aglio olio dan  spaghetti carbonara with crispy beef strips. Menu Vietnames noodles dan spaghetti carbonara ni dihidangkan dalam portion yang besar sangat. Memang 2 orang makan pun boleh. 



Close up  beef  lasagne di Secret Recipe 

Norzi dan rakan makan sekejap sahaja kerana banyak komitmen lain yang perlu didahulukan. Kalau ikut perancangan awal, 30 minutes sahaja not more than that, tapi lasagne lambat sampai pula.. akhirnya terlajak masa. Rasa nak cancel je mula-mula sebab lambat. Terima kasih kepada rakan  yang belanja pada hari itu. Semoga Allah melipatgandakan rezeki dan permudahkan segalanya.


Terima kasih ; Jazakallah.
~Norzi

ALAMANDA PUTRAJAYA : SPAGHETTI LAMB ALA KING


Assalamualaikum, aktiviti hujung minggu kami , biasanya jika tidak pulang ke kampuang halaman suami, mengunjung mak dan abah Norzi, kami juga jalan-jalan cari makan. Aktiviti super best misi mencari yang sedap. Tapi akan jadi tidak best kalau lepas makan , resepi tak best. Kali ini kami sekeluarga makan di Food Court Alamanda Putrajaya. Kami pesan Spaghetti Lamb Ala King. Sedap resepi kat sini. Lamb di bakar , dan makan dengan spaghetti . Letak chilli flakes lagi , pedas dan sesuai dengan tekak orang Malaysia. Kami semua memesan menu yang sama kecuali dua orang kanak-kanak yang tak tahan makan pedas ni.



Spaghetti Lamb Ala King

Kalau makan hujung minggu orang sesak sangat di food court ni.  Biasanya Norzi pergi malam. Tapi ada satu malam tu , lamb habis.. tinggal ayam sahaja. Kalau Chicken Alal King , bagi Norzi ianya tidak sesedap resepi Lamb Ala king . Kami tetap order kerana nak cuba.. dan anak-anak Norzi semua suka makan spaghetti di sini. Lepas makan merengek nak masuk Toys R Us. Itu aje la kerja anak-anak ni..selalu Norzi melencong jauh bagi tak ingat Toys R Us , tapi diorang ni ingat juga..alahai anak-anak kecil ni..




Khalisah makan spaghetti carbonara 







Razin tengah sibuk makan, mama sibuk snap pic. 




Fatimah dan Khalisah

 Tips makan di  Food Court Rasa Alamanda Putrajaya adalah , sila dapatkan tempat duduk dahulu. Kemudian buat pesanan dan bayaran makanan. Lepas tu terus pergi beli air di tengah tempat makan. Selesai membeli air, sila ke kaunter makanan untuk mengambil makanan. 







Spaghetti carbonara





Untuk rujukan, ini adalah resit pembelian. Harga sepinggan Lamb Ala king adalah RM15.90 sementara 1 carbonara beef RM12.90. 


Lepas makan ni, Norzi beli lamb macam ni tapi yang frozen. Niat nak buat sendiri tapi tidak pasti bila masanya. Nanti Norzi up entri kalau susah selesai masak lamb. Mungkin panggang sahaja dan makan dengan black pepper sauce. Agak-agak nak makan lamb ala king kami sure datang Alamanda. 


Selamat menjamu selera.
~Norzi

MAKAN MALAM DI SYSABAN , CYBERJAYA


Destinasi menjamu selera makan malam Norzi dan keluarga. Kali ini kami makan di Cyberjaya lagi. Kami memilih restoran Sysaban iaitu restoran makanan dengan juadah Arab.  Dahulunya restoran ini dikenali sebagai Dima. Sekarang ianya telah bertukar pihak pengurusan dan dikenali sebagai Sysaban. Ianya teletak di bangunan berdekatan dengan Bank Islam di Cyberjaya, bezanya Bank Islam menghadap ke hadapan jalan utama tetapi Sysaban adalah menghadap belakang..  Jika sebelum ini Norzi pernah menulis makan di Cyberjaya di restoran Saba',  Mr Kabab and Biryani, burger bakar, ayam penyet, Mat Ayam kampung dan ikan bakar. Sebenarnya memang banyak restaurant makanan di Cyberjaya. 




Ini adalah menu terbaru di sini. Spaghetti daging. Rasa spaghetti ini sama macam restoran Arab semasa Norzi makan di Guangzhoa, China .  Anak Norzi pun suka... ini kali pertama order spaghetti dan sangat sedap. Ada hari lain order , terpedas pulak tukang masak buat. Kalau resepi asal sangat highly recommended.










Khalisah suka sangat spesis roti arab. Selain roti arab, roti nan dan semua roti seangkatan ini dia suka. Kalau di resoran Saba Norzi suka menu Lam Aoukdah . Daging Lamb yang di hidangkan dengan roti arab. Teksturnya agak keras tapi sedap. Suami Norzi tak suka roti arab, jadi kongsi dengan anak-anak, sebab anak-anak Norzi semua sama citrasa.




Nasi Khabsah daging kambing

Berlainan dengan restoran arab yang pernah kami kunjungi, Restoran Sysaban menyediakan makanan dengan hidangan mengikut kuantiti yang diperlukan oleh orang Malaysia, small portion. Oleh itu , pesanan didatangkan dengan saiz mini, small, medium, Large. Untuk hidangan di atas dan di bawah ni sesuai la dengan perut Norzi dan suami , kami makan mini sahaja. Kalau orang arab makan mungkin lebih.






Nasi zurbiyan ayam. Mini size. 



Anak Norzi

Oleh kerana ni adalah dinner, Norzi sekeluarga terus je makan lepas balik sekolah. Mandi pun tak sempat. Kebelakangan ini, kalau dah masuk rumah , tiba-tiba rasa malas nak keluar. Kalau penyakit big M dah bertandang jawapannya memang memerap di bilik la.... dan sebenarnya banyak benda perlu di buat... 


Pernah minum aiir lemonade?. Setiap kali datang sini Norzi mesti order lemonade. Anak-anak pun suka. Nak tau kenapa Norzi suka minum lemonade, tentulah kerana khasiat dan kebaikan lemon. Baca entry  khasiat dan kebaikan lemon di sini.


Kesimpulannya, makan sedap. Alhamdulillah... masa kami datang tidak ramai pelanggan lagi, jadi cepat makanan sampai... dan kami dapat diskaun makan di sini. Alhamdulillah. 

Salam ceria,
~Norzi

MAKAN DI RESTORAN MR KABAB & BIRYANI CYBERJAYA

Assalamualaikum , selamat malam.. suka tak makanan Arab? Kalau sekitar Cyberjaya , memang mudah untuk ke restoran - restoran makanan Arab. Selain di Cyberjaya, sekarang restoran-restoran Arab juga mudah didapati di sekitar Wangsa Maju, Ampang, Kota Damansara , Shah Alam dan banyak lagi lokasi yang mudah kita dapati Restoran Arab. Masakan Arab ni kebanyakannya memang sedap . Kalau tak sedap .. tu bukan salah makanan,tetapi mungkin salah tukang masak :)


Tengahari tadi Norzi dan rakan-rakan makan di Restoran Mr Kabab & Biryani di Cyberjaya. Restoran Mr Kabab & Biryani ini juga ada di Putrajaya . Untuk lokasi di Cyberjaya, Mr Kabab & Biryani terletak di Domain Berdekatan dengan bangunan Mustapha Kamal [Emkay], bertentangan dengan restoran Mat Ayam Kampung dan sebaris dengan Restoran Singgoti , Tutti Fruity. Kalau yang selalu ke Cyberjaya tentu familiar dengan restoran ini. Ini bukan kali pertama Norzi ke sini, tetapi sudah dah beberapa kali.. Kalau makan tengahari sesuai makan di sini kerana restoran yang dilengkapi dengan penghawa dingin jadi sangat selesa.


Norzi order Roti Nan cheese + come with kuah dal. Rakan Norzi order nasi . Lupa la nak capture nama nasi-nasi yang diorang order. Oleh sebab Norzi kawal pemakanan , jadi sekeping roti nan cheese , kuah dal dan secawan air buah tembikai sudah memadai., walaupun sebenarnya rasa macam nak makan banyak hehe. Tapi mengenangkan berat badan ni, kena la cekal sikit. Tetapi dengan menu Norzi yang super simple tu , Norzi rasa senak dan kenyang mungkin disebabkan minum terlalu banyak air batu. Gelas besar sangat , sesuai untuk orang bersaiz besar. Tapi orang bersaiz ordinary pun minum kasi habis...suka menikmati serat air tembikai.



Naan cheese dengan kuah dal. Nan cheese memang terbaik , sesuai dengan selera Norzi.



Ni pula nasi arab dengan daging

Sebelum ni Norzi pernah makan nasi Arab dan juga nasi Pakistan. Cuma Nasi Pakistan tu teksture nasinya macam beryani kita... tapi rasanya biasa-biasa sahaja. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Nak memudahkan rakan-rakan yang nakke Restoran Mr Kabab ni ; alamatnya seperti di bawah:
Mr. Kabab & Biryani
Jalan Diplomatik 3/1, Presint Diplomatik Putrajaya
62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 




Salam ceria,
“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) adalah “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.



~Norzi




roti nan , roti nan cheese , nan cheese sedap cyberjaya , roti naan , tempat makan selesa cyberjaya, nasi arab cyberjaya



JALAN-JALAN CARI MAKAN : RESTORAN MEE TARIK WARISAN ASLI , SUNGAI BESI



Assalamualaikum. Norzi nak update  tentang Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Sungai Besi.. Lepas je Norzi tengok siaran  Jalan-Jalan Cari Makan di TV3, yang menyiarkan tentang Restoran Mee Tarik Warisan Asli ni, rasa nak pergi restoran ni hari tu juga. Terliur sungguh tengok pengacaranya makan.. hehe..Hasrat ni memang nak sangat makan hari tu.. tapi tak berkesempatn , hihi. Rupanya bila call mak Norzi, mak pun tengok siaran yang sama... lepas beberapa hari, abah Norzi call ajak untuk makan di sini pada hujung minggu dan yang paling terharunya abah nak belanja kitorang anak beranak..weee :) ...owh sayang abah. Kalau nak tahu, kami memang biasa dengan kawasan pekan Sungai Besi, sebab masa kecil, Norzi menetap di Kampung Malaysia Tambahan , Sungai Besi..mana lagi nak pergi, Sungai Besi la tempat yang kita selalu kunjungi  sebab ianya pekan terdekat...cuma kawasan restoran  ni, adalah di bangunan baru iaitu di Medan Niaga Tasik Damai,  yang lebih teratur dan bersih persekitarannya. Semua jenis restoran makanan segera boleh didapati di sekitar kawasan ini...kalau nak datang, bolehla cari dalam gps ya...dan ni adalah alamatnya:


Restoran Mee Tarik Warisan Asli
51A Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.






Lepas maghrib je, Kami bertolak dulu dari Puchong Ke Sg Besi, meet point untuk jumpa mak abah ialah di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi ni.. Norzi  cari dan pusing sekali dua, akhirnya jumpa la juga , tak susah mana.. Ha nak tau papan tanda perniagaan Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi  ni macamana, tu seperti di atas tu ya. Masuk je kedai ni memang rasa macam kat China la , heheh . hihihi Oleh sebab mak abah lambat lagi , so kitorang anak beranak order dulu apa yang patut dan sebelum dapat order , kena la buru meja nak dijadikan port kami sebab orang terlalu ramai dan semua meja penuh. Norzi tidak pasti memang macam tu ke crowd Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi begitu setiap hari atau penangan lepas masuk Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

Selepas 5-10 minit menunggu , ada juga la hamba Allah ni bangun selesai makan...Alhamdulillah kami dapat meja! Jadi kami memesan apa yang patut,sebab takut lambat ... sebelum kami order, order yang sedia ada pun memang super banyakss..nak tau banyak mana..jom tengok tempelan order ni... tak termasuk order kami lagi..sebab masa usha2..tunggu meja sempatla snap pic ni... Kalau datang kedai tengah lapar, boleh cepat naik darah ni ...  memang agak lambat servis Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi  mungkin kerana jumlah pekerja yang sedikit berbanding dengan yang datang makan.



dan semua order ni menggunakan tenaga seorang tukang buat mee.. kebanyakan menu adalah noodle based..memang authentic mee dia, tarik sana tarik sini kejap dah jadi , bukan mesin ok..memang seorang ni kepakaran dia buat mee,,, memang skillful betul.. Norzi dan anak-anak teringat cerita Mr Nice Guy lakonan Jackie Chan , pernah tengok tak? Dalam cerita tu, Jackie jadi chef dan dia buat mee macam ni juga, masa tengok tu impressed habis..dah dapat tengok live.. masih tertanya-tanya dengan diri sendiri macamana doh buat mee hingga memudahkan ia terlerai dan tidak melekat antara satu sama lain ....anak-anak pun terpegunlah menengok tukang buat mee.. selain risau tengok peluh nya yang banyak tu... Tengok gambar kat bawah ni 





Ni Mr buat mee di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi  tu.. orang penting ni, kalau demam tak dapat la jual mee.. kecuali ada pekerja simpanan dengan skill yg sama :). Business strategy mestilah dah lengkap ye tak..pada hemat Norzi tidak mungkin kerana seorang pekerja boleh lumpuh perniagaan yang telah memakan investment yang tinggi . Sudah tentu backup plan yang rapi telah pun difikirkan terlebih dahulu. Itu adalah lumrah dalam perniagaan dan ini adalah sekadar pendapat dan perkongsian.



Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi 
Bandingkan dengan gambar di bawah


Ini adalah Mr Nice Guy Jackie chan buat mee dalam movie tu... memang sama la, tapi ni lepas mee dah siap , sebelum siap dia tarik n pusing-pusing juga ..


Ok, lepas dapat meja , apalagi macam-macam di order walaupun mula-mula tengok kat menu, serious kami tiada idea nak order apa..kerana cara pengiklanannya dan cetakan menu terlalu chinese look. di tambah dengan tulisan cina tiba-tiba rasa terbantut selera.....Cuma yang Norzi ingat adalah hot item di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi  masa tengok siaran JJCM , Toothpick Lamb memang hot item...rata-rata setiap meja memesanmenu ni.. Jadi, apa lagi, kami order la pinggan satu pinggan..harga dalam RM24 ..nak tengok cemana rupanya, macam gambar kat bawah senarai menu.




senarai menu di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi 



                      

Toothpick lamb di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi 

Toothpick lamb ni macam sate juga konsep dia cuma ada rasa pedas n ada bijan.. rasanya biasa-biasa sahaja..cuma kalau nak dibandingkan dengan sate, tentulah Norzi memilih sate..sesekali kita tukar selera..


kitaorang semua tunggu dengan tenangnya sebab nak bagitau sekali lagi mmg peak hour kot masa tu, dan anak kecil ni seronoknya main chopstick . Tak sabar dah nak makan.  





Dan ni la rupanya bila mee dah sampai... anak Norzi seronok makan mee ni. Set ni memang tak pedas dan sesuai untuk budak2 . By the time makanan kitorang sampai..orang pun dah kurang...ok la tu..mak abah pun sampai masa tu :)


Khalisah Humaira menikmati mee di restoran mee tarik warisan asli 



Dan ni la rupa mee Norzi. Yang ni agak pedas sikit sebab ada cili. Norzi lebih suka yang pedas ni berbanding yang tak pedas.. Nama menu ni dah lupa la... tak dapat nak share kat sini... tapi harga dalam RM8 / plate.






Owh gambar nasi kat bawah ni dengan daging black pepper. Ini anak sulong Norzi punya, Fatimah Azzahrah.. Dia tergoda tengok nasi tu masa kat menu , sebab tu dia sorang makan nasi... orang lain semua makan mee.. :) sedap juga nasi ni , sebab tu licin dia makan..



Kesimpulannya, makan di sini ordinary sahaja. Ianya citarasa masakan cina muslim .. Bergantung kepada selera masing-masing. Tetapi servisnya agak lambat dan mengecewakan. Jumlah bayaran untuk makan pada hari tu habis sekitar RM120 untuk beberapa pinggan mee, toohthlamb, nasi dan minuman. Kami datang 7 orang dewasa. 


Salam ceria,
“Jazaakumullah Khairan Katsiran
Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” 

(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) 

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.

~Norzi




“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...