Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label BUAH-BUAHAN. Show all posts
Showing posts with label BUAH-BUAHAN. Show all posts

KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BELIMBING BULUH

Buah belimbing buluh memang banyak khasiat dan kebaikannya.  Selain dari juadah masakan dan pelbagai resepi yang menggunakan buah belimbing buluh, seperti sambal belacan belimbing buluh , masak lemak cili padi dengan menggunakan belimbing buluh ,   ianya juga boleh digunakan  bagi merawat tumit pecah. 

Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina. (Sumber)



Buah belimbing buluh




Selain daripada penyedap makanan, buah belimbing buluh juga digunakan untuk mencegah tumit dari pecah-pecah. Ini adalah petua yang diketahui oleh orang tua-tua.. tidak salah untuk mencubanya. Biasanya, bagi wanita yang gemar menggayakan kasut bertumit tinggi akan mengalami tumit pecah akibat menampung berat badan. (Sebaiknya elakkan menggunakan kasut bertumit tinggi kerana jika terlalu memberi tekanan kepada kaki ianya boleh memberikan kesan jangka panjang) Selain itu , kulit sensitif dan tidak tahan pada sabun basuh pakaian juga boleh mengakibatkan tumit pecah. Bagi mengelakkan tumit pecah, buah belimbing buluh dipercayai mampu membantu mencegah kulit pecah. 

Tips terbaik menghindari / merawat tumit pecah ialah , pertama sekali gosokkan tumit dengan buah belimbing buluh sehingga bersih setiap kali mandi. Biarkan tumit seketika, kemudian gosokkannya dengan menggunakan kain untuk menghilangkan rasa kasar pada tumit.  (Sumber : Koleksi Petua)

Selamat mencuba.
Norzi~





KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BELIMBING


Pengambilan buah-buahan dalam diet seharian sangat penting untuk mengekalkan diet yang seimbang. Ini antara buah yang selalu di dalam stok buah-buahan di rumah Norzi. Jom baca tentang khasiat dan kebaikan buah belimbing.





Semasa kecil , pokok buah belimbing hidup segar di belakang rumah Norzi semasa di Kampung Malaysia Tambahan.... buah ni banyak sangat sampai tidak termakan ,jatuh ke lantai, dah sedekah kat jiran pun masih banyak lagi.. rezeki masa itu... tapi sekarang ni , nak makan buah belimbing ke beli.. mana ada tanam dah sekarang... rupanya banyak kebaikan buah belimbing ni atau juga di kenali sebagai star fruit.

Fakta tentang buah belimbing.
Kadar immunity - buah belimbing kaya dengan Vitamin C. Ia mengandungi 34.5 mg Vitamin C yang merupakan 57% daripada keperluan harian. Oleh kerana Vitamin C adalah antioksidan , buah belimbing sangat baik untuk sistem imun bagi melawan sejuk dan selesema. Kandungan makanan yang kaya dengan Vitamin C  mampu meningkatkan kadar imuniti bagi melindungi daripada jangkitan biasa. Biasanya, jangkitan ini adalah disebabkan oleh perubahan bermusim. Oleh itu, pengambilan buah belimbing di dalam diet seharian adalah sangat bermanfaat untuk sistem imun kita.

Keradangan- Oleh kerana ia mengandungi jumlah yang baik antioksidan dan flavonoid ia merupakan buah yang sangat bermanfaat untuk melindungi daripada keradangan. Antioksidan dan flavonoid melawan zarah radang dikenali sebagai radikal bebas .

Mengekalkan Tekanan Darah- buah belimbing mengandungi pelbagai nutrien seperti kalium dan natrium. Nutrien ini dikehendaki membantu mengekalkan tahap bendalir di dalam  badan. Oleh itu ia mengekalkan tekanan darah. Sementara kandungan serat buah belimbing pula menjadikan ia sangat bermanfaat untuk sistem kardiovaskular. Ia juga merendahkan kolesterol tidak baik dalam darah.

Senak- buah belimbing mengandungi serat larut. Serat larut yang tinggi dalam diet mampu membantu meningkatkan penghadaman. Dengan peningkatan dalam penghadaman keupayaan badan untuk mencerna dan menyerap nutrien juga akan meningkat.

Kaya dengan Nutrien- Buah belimbing mengandungi nutrien lain yang penting untuk fungsi badan yang betul. Ia menyediakan besi, kalsium, mangan, magnesium, dan lain-lain nutrien ini penting untuk perkembangan dan fungsi badan.




PANDUAN MAKANAN TERBAIK SEMASA KEHAMILAN

Sepanjang proses kehamilan merupakan detik berharga bagi setiap ibu terpilih. Maka, dalam masa usia kandungan 9 bulan , adalah sangat mustahak untuk para ibu menghargai setiap detik itu dengan memberikan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengambilan makanan demi untuk kesihatan bayi yang dikandung dan juga diri sendiri. Pengambilan makanan yang sihat adalah  sumber terbaik bagi diri anda dan juga bayi di dalam kandungan anda. 

Didapati begitu banyak artikel tentang panduan kehamilan  ada menyentuh tentang jenis-jenis makanan terbaik untuk ibu hamil. Mengapa agaknya makanan terbaik adalah penting pada masa ini? Ini kerana dalam proses kehamilan ini, anda dan bayi anda memerlukan vitamin sebagai keperluan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi yang dikandung. Kedua-duanya memerlukan zat dan nutrien. Oleh itu , antara makanan terbaik dikongsikan untuk para ibu mengandung. Antara makanan terbaik untuk ibu hamil adalah seperti berikut.


1) Makanan sunnah 

Makanan sunnah sangat baik di amalkan sepanjang proses berpantang.  Rasulullah SAW bersabda, “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” Dengan itu sangat jelas , amat baik untuk kita mengamalkan memakan kurma sepanjang proses mengandung. Sebelum ini Norzi pernah menulis tentang khasiat dan kebaikan kurma di sini.  Para ibu boleh segera mendapatkan makanan sunnah lain seperti, madu dan kekacang kerana setiap makanan sunnah ini mengandungi khasiat kebaikan untuk ibu dan bayi yang dikandungnya. Meminum air zam-zam sepanjang 9 bulan ini juga sangat baik. Niatkanlah kerana Allah  agar anak yang dikandung sihat , permudahkan urusan mengandung dan melahirkan serta permudahkan setiap inchi perkara dalam proses kandungan tersebut.







2) Roti bijirin

Selain itu, roti bijirin penuh juga adalah pembekal tenaga jangka panjang dan penuh dengan serat. Ia mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B dan asid folik. Oleh itu, pengambilan roti bijirin sangat baik untuk  diamalkan oleh para ibu hamil . Bukan sahaja pada waktu mengandung, malahan sepanjang proses berpantang juga roti bijirin boleh diambil sebagai salah satu menu harian terutamanya di waktu pagi dan minum petang. 





3) Buah-buahan

Buah-buahan pula sangat baik untuk kesihatan dengan membekalkan kandungan serat dan vitamin C yang tinggi, mineral serta merupakan agen antioksidan. Secara peribadi sepanjang proses kehamilan Norzi jarang memakan buah-buahan. Tetapi tidak dinafikan pengambilan makanan tambahan adalah perlu bagi menggantikan keperluan khasiat seperti buah-buahan. Adalah menjadi tanggungjawab individu untuk mencari mencari alternatif penyelesaian terbaik dengan menggantikan buah-buahan ini sekiranya kurang konsisten dalam mengamalkan pengambilan buah- buahan. Pengambilan vitamin adalah sangat wajar sekiranya perkara ini berlaku. Khasiat dan kebaikan dari buat-buahan ini bermanfaat untuk bayi dalam kandungan dan si ibu. Norzi secara peribadi mengambil Vitamin C secara konsisten. Hasil dari penggunaan sendiri , kini Norzi bersedia berkongsi dengan pembaca kebaikan Vitamin C yang Norzi gunakan, bukan sahaja Norzi malahan ramai lagi di luar sana yang mengamalkan pengambilan vitamin C ini. Norzi mengamalkan Sustained Released Vita-C Plus  dan sangat mudah di ambil.

Semasa kelahiran anak kedua, Norzi memang kurang mengambil berat terhadap keperluan buah-buahan malahan tidak menggantikannya dengan pengambilan vitamin C . Kesannya , kulit tidak sekata, kelihatan tidak bermaya dan juga di serang eczima kecil di kaki sedangkan Norzi tiada eczima sebelum itu. Sejak itu , kesedaran terhadap pentingnya mengambil vitamin sebagai makanan kulit telah meninggi dan dari masa ke semasa Norzi mencari produk yang baik untuk kesihatan , kulit dan kebersihan secara keseluruhan. Norzi mencuba beberapa produk di pasaran, walaubagaimanapun setelah melihat testimoni rakan-rakan , kulit kelihatan lebih bersih dan berseri dengan pengambilan Shaklee Vitamin C atau dengan nama yang lebih dikenali sebagai Sustained Release Vita-C™ Plus, maka Norzi juga mencubanya. Hasilnya sangat memberangsangkan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sustained Released Vita-C Plus , sila baca di sini. Sekiranya berminat membuat belian , sila buat belian dengan menekan BUY NOW. Untuk pesanan terus kepada , sila hubungi Norzi- 019 3177872

Sebuah kajian British yang telah di lakukan di oleh University St Andrews mengatakan bahawa dua hidangan lebih buah-buahan dan sayur sayuran seperti lobak merah dan tomato dapat meningkatkan warna kulit-walaupun daripada pelbagai etnik. Para pengkaji mengatakan bahawa pigment karotenoid yang berwarna oren dan merah boleh membantu kulit untuk kelihatan berseri.


Jaga kesihatan dan salam ceria.
Norzi~

KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH DUKU LANGSAT


Buah-buah adalah baik untuk kesihatan dan merupakan makanan pilihan dalam makanan seharian Norzi . kalau dahulu , untuk membeli buah-buahan sesuatu yang agak luar biasa, jarang-jarang beli.. tetapi kebelakangan ini setiap hari ada sahaja rasa nak beli buah.. sebab mudahnya dapatkan buah-buahan yang boleh di beli di pasaraya berdekatan dengan rumah Norzi. Biasanya epal merah, epal hijau, anggur , pisang , oren adalah buah-buahan yang mudah didapati . Sementara buah duku langsat pula , ianya bermusim. Tidak sepanjang waktu boleh diperolehi. Jika tiba musim duku langsat, macam cendawan tumbuh peniaga buah-buahan menjual buah... kalau dah banyak,,, makin lama buah pun semakin murah .. ada yang 3 kilo RM5 ...memang murah ..pasaraya, kedai, pasar malam dan tepi jalan semua menjual buah yang sama. 

Kami sekeluarga sukakan tekstur dan rasa buat ini lebih-lebih lagi sekiranya isinya baik,cantik dan cukup masak, danmanis. Walau bagaimanapun, jika tidak tahan dengan getah buah ini (jika belum cukup masak) ,  ianya boleh menyebabkan sakit perut atau perut memulas. Jadi hati-hatilah.. kalau makan dan memulas di rumah sendiri memang tiada masalah , yang masalahnya bila berada di luar dari rumah.






Norzi tidak diketahui dengan tepat khasiat dan kebaikan buah duku langsat  . Tetapi berdasarkan pencarian, beberapa fakta saintifik dikongsikan di sini dari sumber laman sesawang lain yang diperolehi. Oleh kerana sumber ini dalam bahasa Indonesia, Norzi alihkan beberapa perkataan ke bahasa malaysia contohnya daging buah-=isi buah.


Buah duku yang memiliki nama kimia Lansium Domesticum Corr berasal dari tanaman berkayu yang hidup menahun. Buah duku dapat tubuh subur di daerah beriklim lembap dengan curah hujan tinggi. Buah duku mentah berwarna hijau, bergetah dan citarasanya sangat asam. Seiring masaknya buah, kulit akan berubah kekuningan dan isi buah akan berasa manis. Buah ini sedap di makan segar, kulit buahnya dapat digunakan untuk menghalau nyamuk dengan cara membakar kulit tersebut. Selain itu, kulit juga dapat digunakan untuk mengubati  diare, batangnya  dan bijinya digunakan untuk ubat malaria. Perasan biji duku memiliki khasiat ubat, terutama bagi masyarakat Malaysia biasa memanfaatkan untuk ubat sakit kepala. Batang kayunya sangat kuat dan digunakan sebagai bahan membuat kotak atau perabot. Sedangkan pohon duku yang berdaun rindang ini juga berfungsi untuk melindungi tanah tererosi air hujan serta menghasilkan humus.


Kandungan kimia yang terdapat pada buah duku
Setiap 100 gram buah duku mengandung kalori 7o kal, protein 1.0 gram, lemak 0,2 gram, karbohidrat 13 gram, mineral 0,7 gram, kalsium 18 mg, fosfor 9 mg dan zat besi 0,9 mg. Untuk kandungan kalori, mineral dan zat besi duku setingkat lebih tinggi dibandingkan dengan buah epal atau jeruk manis.


Manfaat buah duku
Mengandung dietary fiber atau serat yang bermanfaat untuk melancarkan sistem pencernaan, mencegah kanser kolon dan membersihkan tubuh dari radikal bebas penyebab kanser.
Selain isi buah yang segar menyihatkan, bahagian kulit buah dan bijinya juga bermanfaat sebagai anti diare dan menurunkan demam.



BUAH MATA KUCING



Kebelakangan ini buah mata kucing atau juga dikenali sebagai longan banyak di jual di pasaraya, stall buah-buahan dan pasar malam. Pergi ke mana-mana mesti banyak jumpa buah ini. Norzi memang penggemar buah mata kucing , lebih-lebih lagi yang bersaiz besar dan mempunyai isi yang tebal. Sebelum di makan biasanya Norzi akan basuh bersih dan masukkan ke dalam peti sejuk . 







Buah mata kucing yang telah di basuh bersih



Untuk pengetahuan anda, buah mata kucing atau longan ini mengandungi khasiat atau nutrisi iaitu Calcium, Iron, Niacin, Phosphorus, Protein, Vitamin A, B and C.( sumber). . Walaubagaimanapun, tahap kebersihan semasa membasuh buah ini sangat penting untuk memastikan hanya khasiat yang baik sahaja masuk ke dalam badan bukan sebaliknya seperti racun buah-buahan atau bahan pengawet. Kulit buah mata kucing perlu di basuh bersih terlebih dahulu untuk memastikan kulit buah mata kucing tersebut bebas dari bahan kimia / bahan pengawet / sebarang racun serangga yang terlekat dan mengering pada kulit buah mata kucing tersebut sebelum selamat sampai kepada pengguna terakhir (kita adalah pengguna terakhir). Contohnya jika tidak dibasuh bersih, jari yang digunakan untuk membuka kulit buah akan terlekat dengan racun serangga atau seumpamanya dan jika tangan yang sama memegang buah yang telah dikupas, maka kotoran dan bahan-bahan racun akan melekat pada isi buah mata kucing tersebut.

Oleh itu pastikan buah ini dibersihkan terlebih dahulu dan selepas itu toskan buah atau boleh juga gunakan tisu / kain lap untuk mengeringkan buah. Selepas kering boleh di masukkan ke dalam peti sejuk. 



Salam ceria;
~Norzi







WORDLESS WEDNESDAY : BUAH BELIMBING UNTUK KESIHATAN



Buah belimbing penuh khasiat. Norzi explain lain hari. Hari ni jamu mata sahaja ya :) .





~ NORZI

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.

PESTA RAMBUTAN, TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI PADA 6 - 8 OGOS 2014

Bagi penggemar buah rambutan , masih ada peluang lagi pada esok hari (8/8/2014)


Copy paste : Hasan Zakaria, MPP UPM
PESTA RAMBUTAN, TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI PADA 6 - 8 OGOS 2014


Gambar kredit to sumber



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Taman Pertanian Universiti akan mengadakan Program Pesta Rambutan pada 6 - 8 Ogos 2014 ini bertempat di Ladang 5, Taman Pertanian Universiti. Program ini juga terbuka kepada pengunjung luar yang juga bukan kakitangan/pesara UPM yang mana para pengunjung dapat memperolehi pengalaman memetik buah rambutan terus dari ladang dengan harga yang berpatutan iaitu RM1/sekilo (petik sendiri), dan pesta ini dijadualkan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang selama tiga (3) hari berturut-turut. Plastik beg bungkusan tidak disediakan sepanjang program pesta ini.

Untuk keterangan lanjut berhubung program ini sila hubungi saya Pn. Latifah Amir ditalian 03-89468471 / kaunter Pejabat Am TPU 89467288/7284.


Sekian, terima kasih.


Latifah Amir
Penolong Pendaftar
Taman Pertanian Universiti
Jemput datang UPM. 


KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH ANGGUR

Assalamualaikum, bercerita tentang iftar di bulan Ramadhan, alhamdulillah pelbagai nikmat makanan yang Allah berikan, syukur.. Dalam banyak-banyak makanan, suka Norzi kongsikan, kami sekeluarga gemar makan buah anggur hitam. Sebenarnya dah lama dah makan, tapi bulan puasa kali ni pun kami makan. Puasa sebelum ni , jarang sangat makan buah. Selain itu , Norzi perbanyakkan mengambil buah-buahan bagi mengurangkan pengambilan makanan yang berat terutamanya waktu malam. Ini merupakan tips untuk mereka yang ingin kurangkan berat badan. Norzi rasa berat badan dan semakin naik, tetapi masih tidak berminat untuk mengamalkan sebarang diet , contohnya diet-diet yang paling popular seperti atkins diet, detox, diet yang tidak mengambil nasi terus. Norzi hanya kurangkan pengambilan nasi tapi masih makan nasi tau. Nikmat dunia tu .. makan nasi memang sedap :). Norzi kurangkan nasi pada waktu makan dan mengambil buah-buahan. Secara pandangan mata kasar nampaknya berhasil kerana baru-baru ni bila timbang berat badan berkurangan sebanyak 5 kg. Alhamdulillah , tapi masih berat dan angka berat badan masih belum boleh dikongsikan di sini sebab masih tidak mencapai berat yang ideal. 

Bila banyak baju-baju yang Norzi suka dan sayang ...tiba -tiba tidak dapat pakai...kalau korang, apa perasaan korang? Memang la sedih kan.. banyak baju yang Norzi terpaksa simpan .. Sejak Norzi ke Hongkong dan China  bulan April 2014 lalu, bila stok makanan makin kurang, Norzi banyak beli buah-buahan dan antaranya buah anggur.. dan bila banyak makan anggur , alhamdulillah Allah bagi rasa kenyang selain menggalakkan pembuangan air besar pada waktu pagi. Susah nak makan di Hong Kong dan Shenzen , tetapi di Guangzhoua ok , tidak begitu susah.

Anggur menjadi topik utama kerana bukan kerana rasanya sahaja tetapi buah ini mempunyai banyak khasiatnya. Oleh kerana isinya yang pejal , tanpa biji dan juga rasanya yang manis membuatkan bukan Norzi je suka, Norzi sekeluarga pun suka sebenarnya... Di bulan Ramadhan Norzi makan anggur juga, biasanya Norzi akan makan waktu malam..






 .



Bercerita tentang buah anggur ini , Norzi ada terbaca berkenaan anggur di beberapa artikel. Satu penulisan yang di petik di sini  untuk pembacaan kita bersama. 

Kandungan anggur dalam surah Abasa ayat 27-29; Allah SWT berfirman, 

"Lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur, dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu)." 

Allah SWT menciptakan anggur di bumi, dengan memberikan begitu banyak manfaat bagi umat manusia. [1]

Dari sudut perubatan pula, anggur merupakan buah yang rendah lemak, dan disebut-sebut sebagai makanan fungsional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang dikandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular. [1]   Nak tau pengertian 
penyakit kardiovaskular? Ianya merupakan penyakit gangguan pada jantung dan pembuluh darah. Oleh sebab sistem kardiovaskular sangat vital, maka penyakit kardiovaskular sangat berbahaya bagi kesihatan. Ada pelbagai penyakit kardiovaskular, tetapi yang paling umum dan paling terkenal adalah penyakit jantung dan stroke. [3]


Selain dari itu , Norzi juga ada terbaca berkenaan satu artikel yang berdasarkan kajian , tips pemakanan sihat. Menurut artiket tersebut, buah anggur segala warna sebenarnya memang berkhasiat dan turut meransang deria.[2] Berikut merupakan hasil penyelidikan semasa ke atas anggur. Dengan mengetahui khasiat dan kebaikan anggur, elok kiranya selepas ini kita mengamalkan memakan anggur. Elakkan semua makanan ringan, makanan segera / fast food kerana ianya tidak sihat dan banyak mengandungi bahan pengawet dan MSG yang boleh memberikan kesan pada tubuh badan kita dalam suatu jangka masa tertentu.

Hasil penyelidikan semasa ke atas anggur membawa berita baik:[2]

1. Anggur Membekalkan Banyak Antioksidan. Anggur semua warna kaya dengan campuran antioksidan – termasuk polifenol, seperti flavonoid dan resveratrol. Antioksidan yang sangat bermanfaat ini meneutralkan radikal bebas yang membawa mudarat untuk mencegah proses pengoksidaan yang merosakkan sel. Bunyinya memang teknikal, tetapi hakikatnya, peneutralan radikal bebas berlaku secara semula jadi apabila kita makan makanan seperti anggur yang kaya dengan antioksidan. Apabila radikal bebas dibiarkan bermaharajalela, keadaan yang dinamakan "tekanan oksidatif" berlaku. Tekanan oksidatif kini dikaitkan dengan banyak penyakit kronik, dan juga penuaan.


2. Antioksidan Resveratrol Yang Menakjubkan. Anggur adalah makanan sumber utama fitonutrien yang sangat mujarab. Resveratrol adalah komponen dalam kulit anggur yang boleh didapati dalam anggur ketiga-tiga warna. Banyak kajian telah mengenalpasti resveratrol sebagai antioksidan dan antiradang yang sangat mujarab, dan berpotensi untuk memberi kesan ke atas pelbagai isu kesihatan, daripada kanser hingga Alzheimer, dengan keupayaan yang boleh memanjangkan jangka hayat.



3. Resveratrol Menentang Kanser. Banyak kajian berjaya mengesan aktiviti anti kanser daripada resveratrol. Hasil kajian makmal menunjukkan resveratrol menghindari kesan kanser dalam ketiga-tiga peringkat perkembangan: permulaan, pertumbuhan dan kemaraan. Resveratrol dalam anggur – tetapi bukan resveratrol yang terdapat dalam wain – juga dikaitkan dengan keupayaan mengurangkan risiko kanser payu dara.


4. Sayangi Jantung Anda 101: Makan Anggur. Kajian ke atas manusia menunjukkan bahawa pengambilan pelbagai jenis anggur boleh menyokong kesihatan jantung dengan membaiki pengedaran darah, fleksibiliti arteri dan fungsi saluran darah. Komponen anggur juga boleh mencegah pengumpulan platelet, yang boleh menyebabkan pembentukan darah beku.


5. Kolesteral LDL 101: Makan Lebih Anggur. Anggur juga menyokong kesihatan arteri dengan mencegah pengoksidaan kolesterol "LDL" jahat, yang menjadi punca utama mendapan plak dalam arteri.


6. Anggur Baik untuk Kurangkan Tekanan Darah Tinggi. Kajian makmal yang dijalankan baru-baru ini mendapati tekanan darah tikus naik apabila haiwan ini diberi makanan masin. Apabila anggur ditambah ke dalam diet mereka, tekanan darah turun, fungsi jantung bertambah baik, dan keradangan seluruh badan berkurangan. Haiwan ini juga menunjukkan kurang tanda kerosakan jantung berbanding tikus yang tidak diberi anggur dalam diet mereka.


7. Menentang Lemak? Apabila anda teringinkan sesuatu yang menyegarkan – seperti anggur – selepas menikmati makanan berat, sistem pengedaran anda mungkin cuba menghantar isyarat. Satu kajian yang pertama kali dijalankan ke atas manusia baru-baru ini menunjukkan bahawa pengambilan anggur bersama sajian makanan berlemak mencegah kemudaratan yang dibawakan oleh lemak. Peserta kajian yang mengambil sajian makanan yang sama tetapi tidak mengambil anggur mengalami kekurangan pengaliran darah sebanyak 50%.


8. Anggur Baik untuk Kesihatan Kolon. Kajian yang pertama kali dijalankan ke atas pesakit kanser kolon yang makan 2 1/2 cawan anggur sehari selama dua minggu menunjukkan kekurangan 47% gen yang merangsang pertumbuhan tumor dalam kolon. Manfaat ini diamati pada tisu sihat dalam kolon pesakit, iaitu tisu bukan kanser, yang menandakan potensi peranan anggur dalam kesihatan kolon.


9. Anggur Adalah Makanan Otak. Hasil kajian awal nampaknya menunjukkan anggur membantu melindungi kesihatan otak dengan menentang tekanan oksidatif dan keradangan, atau dengan mensasarkan tindakan gen tertentu yang terlibat dalam penyakit otak, seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.


10. Anggur Baik untuk Mata. Anggur mengandungi lutein dan zeaxantin, dua karotenoid penting untuk mengekalkan kesihatan mata bila usia kita meningkat.


11. Anggur atau Ubat Penahan Sakit Artritis? Ini adalah soalan yang baik. Mengapa tidak ambil kedua-duanya? Kajian ke atas haiwan mendapati bahawa diet yang diperkaya dengan anggur mengurangkan banyak kesakitan yang dikaitkan dengan artritis, manakala ubat Meloxicam untuk mengurangkan kesakitan tidak menunjukkan kesan ke atas kesakitan. Namun, rawatan kombinasi anggur dan Meloxicam memberi lebih banyak kelegaan berbanding pengambilan hanya salah satu daripadanya.


12. Menyokong Kesihatan Lelaki: Prostate bengkak amat membimbangkan lelaki pertengahan umur dan lelaki lebih tua. Beberapa kajian ke atas haiwan mendapati bahawa pengambilan anggur melindungi kaum lelaki daripada kehilangan fungsi pundi kencing yang dikaitkan dengan bengkak prostat, yang boleh menyekat sebahagian uretra (salur kencing) dan menyebabkan pundi kencing menjadi lemah. Tambahan anggur ke dalam diet memberi kesan antioksidan yang kuat dan ciri perlindungan membran yang banyak mengurangkan kerosakan pundi kencing dan memulihkan kerosakan pundi kencing yang disebabkan oleh sekatan sebahagian daripada ureta.


13.Anggur. Khasiat Kebaikan Asas: Anggur tidak mengandungi lemak, hampir tidak mengandungi natrium dan rendah lemak. Anggur juga mengandungi kalium. Selain rasanya yang lazat, anggur mudah didapati dan mengekalkan kesegaran serta kegaringannya lebih lama daripada kebanyakan buah-buahan lain!


14.Kanak-Kanak Gemar Anggur: Lihat hasil kajian dan beri kepercayaan kepada naluri anda dan kata-kata yang keluar dari mulut anak-anak kecil anda… "Ibu, saya nak makan anggur!" Ya, kanak-kanak gemar makan anggur. Kanak-kanak menganggap anggur sebagai snek dan manisan yang menyeronokkan. Tidakkah anda lebih suka kalau anak-anak anda makan buah-buahan yang berkhasiat seperti anggur daripada mengambil snek yang kurang mengandungi nutrien dan fitonutrien? Jawapannya ada pada anda. [2]



Salam Ceria ;
~Norzi

KHASIAT DAN KEBAIKAN LEMON

Beberapa tips terbaik hanya dengan sebiji lemon. Amalkan pengambilan buah lemon atau jusnya untuk manfaat tubuh badan anda seperti berikut:

Lemon atau limau kuning baik adalah agen terbaik untuk membantu mengelakkan selsema, demam, lelah, batuk dan kahak. Untuk anti diabetes dan rawatan diabetes pula, elok di makan sebiji sehari dengan kulitnya sekali. Boleh dimakan sebagai ulam atau minum jus lemon sebiji sehari.



Selain itu, banyak lagi khasiat buah lemon. Buah lemon sangat bagus diamalkan dengan setengah biji lemon dicampur dengan sesudu madu bersama air suam. Sekali gus, ianya boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolestrol baik) 



Buah lemon

Buah lemon mampu menghasilkan kulit cantik bersinar. Kaedahnya hanya titiskan beberapa titik jus lemon dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.  Amalkan dan jadikan minuman harian! 

Selain itu, buah lemon juga sangat mujarab untuk menghindar nafas berbau. Kepada perokok, peminum alkohol atau setelah makan laut, cubalah berkumur dengan air suam yang diperahkan lemon. Paling baik kunyah sekali hirisan lemonnya. 

Mahukan kulit cantik ? Ambil sebelah lemon dari sebiji , usapkan setengah potongan lemon pada wajah selama lima hingga 10 minit. Selepas itu , bilas wajah menggunakan air sejuk untuk mendapatkan hasil yang baik, lakukan perawatan ini setiap hari kerana kandungan lemon kaya dengan vitamin C, sangat baik untuk cerahkan wajah.

[Petua ini sangat menarik kerana ianya untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kita boleh lakukan pada kulit muka, kulit tangan dan kaki atau seluruh tubuh]

Baik untuk melembapkan kulit yang kering dan kusam bersisik. Campurkan perahan sebiji lemon dengan dua sudu makan minyak zaitun, sapukan pada wajah dan tubuh. Diamkan campuran berkenaan pada kulit selama lima hingga 10 minit. Kemudiannya, bilaslah dengan air hangat. Kulit akan kembali segar. 

Boleh juga rendamkan jari dan kuku selama lima minit dalam satu bekas air hangat yang dicampur setengah buah perahan lemon. Gosokkan juga pada kuku dengan hirisan lemon dan rendam semula tangan dalam air sejuk. Lemon menjadikan kuku lebih kuat dan lebih putih!

Potongkan sebiji lemon dengan dua bahagian . Gosokkan sebagai skrub pada siku dan ketiak yang kehitaman.

Kandungan citric asid dalam lemon membantu membunuh bakteria. Penggunaan secara teratur boleh mencerahkan warna kulit di tempat tersebut bahkan lemon juga mengandungi zat pemutih yang baik. Elok dicuba seminggu atau dua minggu sekali.



jus lemon untuk muka, masalah atasi kulit berjeragat dengan lemon, khasiat jus lemon, lemon untuk kecantikan dan kehidupan, hindar penyakit, pelbagai kelebihan lemon, kebaikan lemon, khasiat lemon






NBH0234 DALILI JUBAH
to order : whatsapp 019 3177872



POPULAR POSTS







NBH0259 FATEENAH MAXI DRESS
to order : whatsapp 019 3177872


BUAH KELAPA LAUT DI CAMERON HIGHLANDS




Sejak kebelakangan ini , Norzi dapati buah kelapa laut banyak di jual di gerai-gerai tepi jalan. Walaupun agak kerap terjumpa penjual air dan buah kelapa laut , tapi Norzi tidak pernah teringin untuk membeli. Cuma semasa kami bercuti di Cameron Highlands pada bulan Mei 2014 yang lalu, Norzi tiba-tiba ingin mencuba. Sepanjang perjalanan ke Cameron Highlands,  Norzi berharap untuk menikmati makanan yang kami tidak pernah makan atau yang rare... Oleh sebab Norzi tidak pernah makan buah kelapa laut ini jadi kami pun beli la sebiji.. Sekadar ingin merasa.



Dari jauh lagi Norzi sudah nampak banyak buah kelapa laut. Boleh dikatakan banyak gerai yang menjual air kelapa jenis ini. Terlintas juga di hati, dari mana lah agaknya supplier kelapa laut ni ya... susah tentu bukan di kawasan Cameron Highlands :)

Selepas mencari-cari info tentang kelapa laut ini, sedikit informasi tentang kelapa laut yang di perolehi. Agak sukar untuk mendapat fakta lain tentang kelapa laut. Antara yang di perolehi adalah seperti yang dikongsikan oleh penulis sumber.


'Kelapa laut ialah sejenis pokok palma yang juga dikenali sebagai pokok tal, lontar, tah, tai, ental, dan etal. Nama botaninya ialah Borassus flabellifera. Pokok kelapa laut terdapat di India, Myanmar,dan Thailand. Kelapa laut banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula ataupun todi. Daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.'




Penjual air kelapa laut ini memang sudah biasa dengan kerja-kerja memotong buat kelapa. Sangat ngeri melihat teknik mengupasnya. 


Sekadar berkongsi tips, biasanya Norzi tidak membeli air kelapa dan tebu , dikhuatiri kadar kebersihan di permukaan air kelapa atau tebu kurang hygienic. Selain permukaan pisau yang digunakan dikhuatiri tidak begitu bersih. Tetapi ini sekadar pandangan peribadi. .terpulang kepada individu , cuma sebagai pengguna kita boleh observe dahulu sebelum membuat belian. Semasa membeli air kelapa ini , Norzi telah basuh buahnya terlebih dahulu sebelum makan. Norzi makan sedikit sahaja kerana isinya agak keras (tidak pasti disebabkan kelapa itu telah tua atau memang begitu sifat semulajadi buahnya).


Khasiat dan kebaikan buah ini seperti di banner gerai ni ada tertera seperti menghilangkan hingus, mengelakkan sakit tekak, melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan demam panas. Ini apa yang dinyatakan oleh peniaga, mungkin ada benarnya seperti khasiat dan kebaikan air kelapa muda yang dapat menyejukkan badan. Walaubagaimana pun Norzi tiada fakta berkaitannya untuk dikongsikan bersama.





Kalau belum pernah tengok buah kelapa laut, inilah rupa parasnya. Buah yang telah dibelah sebahagian darinya. Sebiji ada dalam 3 ulas sahaja isinya.. Agak leceh sikit untuk makan ,dan rasanya pula  tawar hambar sahaja. Tidak sama dengan buah kelapa muda...  Norzi tak pasti memang begini ke rasanya sebab ini kali pertama kami rasa.  Harga untuk sebihi buah kelapa laut adalah RM7 di pasar pagi Cameron Highlands. Kalau di tempat sendiri tidak pasti kerana Norzi belum pernah beli.




Pergi ke pasar pagi Cameron Highlands ada pelbagai barangan yang dijual. Dengan cuaca sejuk membuatkan aktiviti membeli belah makin rancak.. sebelum sampai ke pasar, jalan sesak dengan kenderaan. Tapi bila dah mula cuci mata, di tambah pula bila ternampak makanan seperti jagung bakar, jagung cup, jagung rebung, ubi rebus, karipap panas, air kelapa laut..strawberry segar..alhamdulillah, ok aje...  suka sangat pergi sini...  


Salam Ceria,
~Norzi 

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...