Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label SUP. Show all posts
Showing posts with label SUP. Show all posts

RESEPI SUP TULANG DAN DAGING LEMBU


Assalamualaikum, Norzi masak sup tulang campur daging lembu sedikit. Awal-awal pagi Norzi dah masak. Masak sup ni...  istimewanya masak masakan sup ni, boleh dipanas-panaskan.. makan nasi dengan lauk panas dari kuali / periuk kan memang sedap sangat... jadi sangat memudahkan.. Masak pagi sampai malam boleh ulang makan :) sebab masak dalam kuantiti yang banyak... Selain itu, menu sup pun tak menjemukan... Biasanya kalau sup macam ni Norzi lawankan dengan telur dadar dan ikan masin. Sangat-sangat diminati oleh kami sekeluarga.




 Sup tulang dan daging dengan kentang






Ok, menu ni terlajak lambat entri ni. Norzi masak hujung minggu lalu. Ok jom semak resepi..



Bahan-bahan
1  kg tulang lembu

200 gram daging potong kecil untuk campur dengan tulang
3 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji kentang (sebiji di belah 6)
1 kiub ikan bilis
Air untuk sup
Sedikit minyak untuk menumis bahan kisar
Sedikit daun sup
Garam mengikut citarasa

Bahan kisar halus
3 inch  inci halia
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji buah keras
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam
3/4 sudu besar jintan halus
3/4 sudu besar jintan kasar


Cara-cara :
1. Basuh bersih tulang dan daging kemudian toskan.

2.Panaskan minyak dalam periuk. Setelah  minyak sudah cukup panas, masukkan pelaga, kayu manis , bunga lawang dan bahan kisar halus.  Kacau seketika, masakkan hingga mendidih. Masukkan tulang dan daging, kacau rata dan masukkan air mencukupi / sehingga semua bahan tenggelam.

3. Renehkan sehingga lembut dan jangan lupa untuk menambah air sekiranya kekurangan. Selepas daging benar-benar lembut, boleh masukkan kentang, kiub ikan bilis, daun sup dan seterusnya garam ikut citarasa.

Selamat mencuba.
~Norzi





“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...