Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label SAYUR. Show all posts
Showing posts with label SAYUR. Show all posts

RESEPI : KOBIS SAYUR AIR ATAU TUMIS AIR


Masakan yang simple tapi menyelerakan atau dengan kata lain boleh menaikkan selera makan ialah lauk pauk dengan sayur air atau bening dan digandingkan makan dengan sambal belacan . Masak sayur air bening kali ni adalah campuran kobis dan lain-lain sayur-sayuran seperti carrot . Boleh dikatakan Norzi kerap memasak sayur goreng , kali ini Norzi cuba masak bening air dan ikan goreng sahaja serta sambal belacan. Masakan air ni jarang juga Norzi masak , biasanya kalau ibu mertua datang ke rumah, ibu mertua Norzi suka masak air aje atau disebut bening . Oleh sebab sudah kerap masak sayur goreng , now Norzi tukar selera kepada masak air yang lebih ringan dan segar dan yang lebih penting ialah masakan jenis rebus ini lebih sihat kerana masakan ini tidak menggunakan minyak.

updated pada 4.2.2021


Kobis sayur air kali ini Norzi makan dengan ikan sardin goreng. Ikan sardin di sini maksudnya ikan segar yang di beli di wet market. Hanya gorengkan dengan kunyit dan garam.. dan sambal belacan.. anak-anak suka sangat ikan sardin sebab isinya yang lembut dan manis. best! 

video cara memasak di 




Resepi Kobis masak bening air

Baiklah jom lihat resepi yang paling senang ni, tak perlu letak pun tak apa rasanya sebab terlalu mudah.. Tapi letak juga untuk lengkapkan entry kali ini :) 


Kobis masak bening / masak Air

Bahan-bahan 
3 biJi bawang merah -digiris
1 biji bawang putih-dihiris
1/3 kobis bulat-potong kasar
1 biji kentang - belah i 8 bahagian
1/3 Carrot potong memanjang (belah kecil-kecil)
sedikit soon -dicuci dan direndamkan dahulu
Cili merah satu biji -hiris serong
setengah genggam ikan bilis
3-4 cawan air masak (kalau suka banyak kuah, lebihkan)
Garam secukup rasa


Cara-cara 
1. Masukkan air ke dalam periuk,Apabila sudah sedikit panas, masukkan bawang putih , merah dan ikan bilis, kentang hingga mendidih dan apabila sudah sedikit empuk. 


2. Masukkan semua sayuran lain diikuti dengan soon yang telah dipotong -potong. Perasakan dan tutup sekitar 2 minit dan sedia di hidang dengan nasi panas. 

Selain resepi kobis masak air, kobis goreng pun sedap dijadikan juadah menu hidangan. Di sini di sediakan goreng kobis yang sangat sedap.




Resepi dan cara goreng kobis




masak bening begini pun sedap dan segar





sup sayur cendawan pun sedap 


selamat mencuba






Sampai sini dahulu, salam ceria!



~Norzi









Recommendations:


                                      Resepi Puding Roti Guna Air Fryer yang paling mudah



                Lala Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap 




Resepi Daging Cili Kicap Paling Istimewa, sedap dan mudah




Serawa Durian yang Sedap dan Mudah


Mee Goreng Basah



Ikan Siakap Masak Steam Lemon



Asam Pedas Ikan Kembung yang Sedap dan Mudah




Cara Masak Udang Kicap


Perjalanan menggunakan highway MEX dan makan mee kari yang sedap


Daging Masak Kicap yang sedap dan mudah




Cara Masak Ikan Pelaling Masak Kicap Yang Mudah dan Sedap


Ikan Siakap Masak Kicap Istemewa Seperti di Restoran



Ikan Siakap Tiga Rasa yang senang dan mudah,
resepi seperit di restoran




Resepi Daging Blackpepper ,
makan sekali pasti nak buat lagi

















TERMAKAN BATANG KELADI MIANG

Kali ni Norzi bukan nak share resepi asam rebus batang keladi, tapi Norzi nak kongsi pengalaman termakan batang keladi asam rebus yang miang. Norzi beli di cafe pejabat masa Jumaat tengahari. Terus balik sebab anak balik nak makan tengahari. Nampak memang menyelerakan masakan asam rebus batang keladi ni. Kali terakhir Norzi makan masa kecil dahulu bila mak buat,  memang suka sangat..makan dengan sambal belacan lagi best. Jadi bila ada yang jual , Norzi cuba la beli.. first time kena... rasa mencucuk-cucuk di bahagian lidah, pipi , tekak.. makan satu je , terus rasa macam kena sengat. Mula-mula ingat tu rasa nak pitam ke.. tak tahu pun itu rasanya. 

Tak pasti la ni disebabkan cara memasak / handle batang keladi masa nak masak atau pun disebabkan batang keladi tu sendiri yang miang. Aduhai , nasib baik anak Norzi tak makan.. sebab dia pelik , tak pernah makan.. jadi Norzi tunjuk la cara makan. Memang rasa bersyukur sebab anak tak rasa sebab kasihan kat dia, kecil lagi .

kalau nak tengok batang keladi , ni Norzi sharekan pic . Source dari sini.

batang keladi masak asam miang
batang keladi yang belum di masak


Norzi kongsikan gambar batang keladi masak asam yang telah pun di masak. Tapi bukan Norzi yang masak. Tak berapa pandai sangat masak sayur ni, tambahan pula husband Norzi tak makan masakan ni, jadi semangat nak masak   resepi ni takda sangat...  so Norzi google je gambar dan ehsan dari tuan punya gambar , Norzi ambil dari sini.



Keladi masak asam rebus

Kepada yang nak makan batang keladi ni berhati-hati lah. Kalau kita yang masak , lebih cermat dan teliti. Kalau dah terkena , rasa perit tekak, so dah takda pilihan, kena bertahan je kalau gatal - gatal. Norzi tak rasa gatal tapi rasa macam tak selesa dan perit. Lepas ni, Norzi memang selagi boleh akan cuba elakkan sayuran ni  .. Kepada peminat sayuran ini, hati-hati ya kalau nak beli, pastikan rasa satu terlebih dahulu sebelum hidangkan juadah kepada yang lain .



tua tua keladi tanaman keladi anggun c sasmi tua tua keladi tua keladi tua tua keladi anggun pohon keladi keladi hutan biang keladi keladi kanmani pondok keladi manfaat keladi khasiat keladipokok keladi masakan keladi keladi maju gambar keladi keladi hitam buah keladi jenis keladi keladi merah jenis jenis keladi khasiat batang keladi cara menanam keladi keladi maju berhad cara memasak keladi macam macam keladi keladi putih keladi ungu khasiat keladi hitam jenis pokok keladi 

KACANG BUNCIS GORENG DENGAN UDANG DAN TELUR



Memasak sayur-sayuran hijau memberikan warna menarik dalam menu masakan seharian. Kombinasi warna hijau, merah, oren sangat menarik perhatian dan masakan menjadi menyerlah dengan gabungan warna ini. 

Memasak sayur kegemaran kali ini sangatlah mudah apabila Norzi hanya memerlukan 1-2 sudu minyak masak,  segenggam kacang buncis , sedikit udang kecil atau di gelar udang sayur, cili merah dan gabungan bawang putih, bawang merah dan bawang besar dan sebiji telur, Sangat-sangat unik rasanya sehingga mampu memberikan rasa manis sayur...jenis sayur ini sesuai dengan selera Norzi sekeluarga. Teknik memasak adalah dengan menggorengkan sayur dengan bahan-bahan asas masakan , dan di akhiri dengan perasakan mengikut kesesuaian atau selera anda. Sangat-sangat digalakkan untuk kurangkan penggunaan garam / gula dalam masakan untuk mengelakkan penyakit seperti darah tinggi atau kencing manis. 

Selain resepi kacang buncis goreng dengan udang sayur, kacang buncis juga sesuai dan seringkali di masak seperti resepi seperti kacang buncis goreng dengan soon, kacang buncis masak lemak, kacang buncis goreng telur masin , kacang buncis goreng udang dan yang paling ringkas adalah  kacang buncis sos tiram .  

Ok , mari tengok gambar.,,versi masakan Norzi..




Kacang buncis goreng dengan udang sayur. 


Sambil tengok resepi , elok juga kita baca serba sedikit tentang kacang buncis ini.


Dipetik dari satu penulisan tentang kacang buncis, kacang buncis (Phaseolus vulgaris) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (dulu ia adalah famili Leguminoceae) iaitu jenus tumbulan menjalar dan ditanam diseluruh dunia. Nama panggilan lain kacang buncis ialah French Bean (English), Pinto Bean, Kidney Bean dan sebagainya. Negera China merupakan pengeluar utama Kacang Buncis hijau didunia dengan dengan pengeluaran sebanyak purata 2.47 juta metrik tan setahun di ikuti dengan Indonesia (0.87 juta mt) dan Turki (0.53 juta metrik tan setahun). Kebanyakkan penanaman di negara mereka adalah untuk penghasilan Biji Kacang Buncis untuk tujuan kegunaan komersial.
  (sumber)




                     Kacang buncis goreng dengan udang sayur. 




                    Kacang buncis goreng dengan udang sayur. 


Resepi kacang buncis goreng ni memang favourite. Nak lain sikit, biasanya Norzi tambahkan dengan sedikit soon dan tambah kicap manis, lebihkan cili api potong halus. Macam - macam boleh buat. 




Sayur kacang buncis dengan udang dan telur


Resepi Kacang Buncis Goreng dengan udang dan telur

Bahan-bahan 

Secekak Kacang Hijau , siang dan potong ikut suka
*2 biji bawang kecil
*2 ulas Bawang putih 
*1/2 biji bawang besar-hiris kasar 
sedikit udang sayur 
1 biji cili merah-hiris
sebiji telur
dua sudu sos tiram
sedikit garam
sedikit minyak masak

Cara-cara
Tumis bahan bertanda *
Kemudian masukkan udang , kacau rata
masukkan sos tiram, kacau lagi
Masukkan telur , kacau rata
Masukkan sayur, cili ,  perasakan dan gaul rata.
#kalau suka berkuah boleh tambahkan sedikit air panas.



Norzi juga kongsikan  maklumat tambahan untuk  penggemar-penggemar sayur kacang buncis. Banyak khasiat kacang buncis ni rupanya... Sumber maklumat yang di perolehi di sini.

Nama Tempatan : Kacang Buncis
Nama Saintifik : Phaseolus vulgaris


Komposisi Nutrien bagi kacang buncis :


KandunganAmaun/100g
Protein2.3 g
Karbohidrat6.2 g
Lemak0.2 g
Serabut 1.5 g
Kalsium 54.0 mg
Zat Besi1.8 mg
Fosforus6.0 mg
Kalium75.0 mg
Natrium34.0 mg
Karotena beta1036.0 ug
Vitamin B10.1 mg
Vitamin B20.2 mg
Vitamin C15.8 mg
Niacin0.1 mg




Sampai sini dahulu. 
Salam ceria.
Norzi 



RESEPI KOBIS GORENG DENGAN DAUN BAWANG

Kobis adalah sayur kegemaran Norzi sekeluarga. Dalam seminggu mesti ada masakan yang berasaskan kobis. Kobis goreng, kobis masak air adalah dua menu yang selalu menjadi hidangan keluarga Norzi.  Kobis kaya dengan antioksidan, vitamin C, dan vitamin lain. Selain itu, sayur kobis juga tidak mudah layu jika tidak dimasak dalam 2-3-4 hari jika di simpan di dalam peti sejuk berbanding sayur daun hijau yang mudah layu jika tidak segera di masak.

Kali ini Norzi masak sayur kobis ni dengan menggunakan daun bawang. Campuran dengan daun bawang ada aroma tersendiri. Resepi kobis goreng yang mudah ini Norzi entrikan di sini walaupun ianya resepi yang amat mudah, mudah-mudahan boleh juga menjadi rujukan anak-anak Norzi apabila mereka dewasa kelak..Insha Allah. 






Kobis goreng dengan daun bawang



 Kobis goreng dengan daun bawang

Daun bawang di gunakan sedikit sahaja , yang dominan adalah sayur kobis.



Resepi kobis goreng

Resepi Kobis Goreng

Bahan-bahannya:
Sayur kobis secukupnya, potong ikut size kegemaran , basuh bersih
*1/2 biji bawang besar di hiris kasar
*1 biji bawang merah - basuh bersih-hiris
*2 ulas bawang putih - basuh bersih- hiris
1 biji cili merah - basuh bersih - hiris
*sedikit ikan bilis basuh bersih
sedikit daun bawang potong kecil
2 sudu sos tiram cendawan
sedikit minyak
garam secukupnya

Cara-cara:
Panaskan minyak
Tumiskan bahan bertanda * higga naik bau
Masukkan sos tiram 
Setelah sebati  masukkan garam, sayur kobis- kacau rata
Masukkan daun bawang dan cili merah - kacau rata dab setelah cantik sebati boleh angkat untuk di hidangkan.

Salam ceria;
~Norzi







NBH0259 FATEENAH DRESS - TO ORDER WHATSAPP 019 3177872 

RESEPI : SAYUR CAMPUR MUDAH

Resepi sayur campur ni versi simple, mudah dan sedap. Sayur masak campur ni ada macam-macam versi sayuran , kali ini Norzi kombinasikan carrot, taugeh , sawi dan udang. 
Resepi sayur campur yang semestinya senang , menjimatkan masa dan sesuai di makan dengan nasi panas. Selain masakan begini , boleh je tukar menjadi sayur masak air bening atau sayur macam ni gantikan dengan kuah lemak. Memang best sangat makan dengan ikan goreng n sambal belacan.


Resepi sayur campur



Norzi masak ni agak kelam kabut sikit sebab hari pertama sekolah. Jadi nak bagi budak-budak makan sebelum ke sekolah , buat simple je sebab tak cukup masa...  masak sayur ni dan ikan goreng cicah cili api + perah limau kasturi + dan kicap manis. 

 Resepi sayur campur

Sayur campur ni biasanya masa memasak memang sekejap , tapi proses penyediaan lambat sikit. So kena bersabar sikit bab - bab masak ni. Memang sebagai seorang ibu, kita kalau boleh hari - hari nak memasak,tetapi adakalanya tak semua perkara kita boleh lakukan pada satu masa. Kalau ada kelapangan kita masak, kalau tiada kelapangan , itulah yang keluar resepi super simple dan pantas. Kalau betul - betul tak boleh adjust dah, jom la menikmati saat-saat makan bersama di restoran pula.. masa tu kita sebut je nak makan apa, hehe... Sebenarnya tukar-tukar ikut keadaan semasa. Yang penting semua saling memahami dan happy.. kan kan kan :) . 



Resepi sayur campur


Ok , entry ni pun kena super pantas. So tak nak cerita panjang.. tengoklah resepi n dan cara-cara membuat sayur goreng campur . 



Bahan-bahan:

*2 biji bawang merah - dihiris halus
*1 ulas bawang putih-dihiris halus
*1 labu bawang besar - di hiris kasar
1 biji cili merah di hiris
Sedikit udang kecil (udang sayur) di buang kepala dan ekor
Setengah batang carrot- di belah dua dan hiris
Segenggam taugeh
Sedikit sawi
2 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit minyak


Cara-cara:
Tumiskan bahan bertanda * sehingga naik bau
Masukkan udang , kacau 
Masukkan carrot
Masukkan sos tiram, Kacau rata 
Masukkan semua sayur (boleh letak sedikit air kalau terlalu kering, tapi Norzi tak letak air)
Perasakan, ratakan, angkat dan sedia di hidang.

Salam ceria,
Norzi~

RESEPI : SAYUR GORENG BERSAMA DAGING

BLOG FASHION ANGGUN, SOPAN, CANTIK DI SINI



Assalamualaikum... selamat malam.. mengantuk nya mata ni,,,.. entri ni Norzi buat semalam petang... masak dengan ala kadarnya untuk makam malam dengan masakan yang simple saja.. masak sayur dan ikan goreng je.. cuma nak letak masakan sayur goreng yang menggunakan daging dan juga kentang dan sawi yang dicampur, terhasillah sayur goreng  yang bercampur campur ni.. semua benda Norzi masukkan..rasanya okla..(hehe takkan nak masuk bakul angkat sendirikan )hahaha ...mengikut anak tekak hubby dan anak.. kira approved la... mana tidaknya.. licin je masakan tu hihihi... cuba2 je ni sebab tak pernah masak macam  ok ..taknak bnyk merapu dah sebab lewat malam dah ni.. 



Straight to the point la ya.. Norzi cerita sikit bahan-bahan dan cara-cara..


BAHAN-BAHAN


Bahan tumis

1. Sebiji bawang besar di belah dan di hiris kasar
2. 2 Biji bawang putih
3.2 biji cili di ketuk

4. Sebiji kentang , belah 2 dan dihiris halus, gorengkan

5. 2 ikat sawi , di basuh bersih dan potongkan
6. Sesenduk daging hiris yang telah direbus (ni sebab norzi ada lebihan dari daging rebus masa buat bihun sup, norzi simpan dalam peti beku)
7. Sedikit sos tiram
8. Sedikit garam
9. Sedikit minyak utk menumis
10. Sedikit air NORZI letak sesenduk

Kaedah:


1. Panas kan minyak, tumis kan bawang besar, bawang kecil.

2. Lepas naik bau, masukkan cili, kacau kejap
3. Masukkan sos tiram, kacau
4. Masukkan daging, kacau2 seketika, dan buka api kuat sikit masukkan sayur sawi , kacau2 dan masukkan kentang...
5. Seterusnya masukkan kentang, kacau2..masukkan garam ikut keperluan dan masukkan kentang, kacau2 dan masukkan sesenduk air. Biarkan api besar seketika... dan siap..senang kan? :)
  

Kentang ni Norzi goreng dahulu supaya senang nak masak sebab kalau dah empuk mudah untuk campur dan sayur lain dan lebih cepat kan ,,..Norzi hiris halus supaya cepat kering... 



Kentang ni memang favourite makan begitu sahaja.. selalunya hubby akan beli sekotak.. kira banyak sangat la stok kentang... sekali goreng 3 biji ..2 biji untuk di ratah begitu sahaja sebab anak2 semua suka .. lebihannya saja akan diambil untuk masuk dalam sayur..



ni pulak masa lepas menumis.. masukkan sayur,,..




Ini la rupanya masakan ini.. memang licin dimakan..tinggal pinggan sahaja.. Lawan makan dengan ikan kembung goreng cicah kicap bercili dan nasi putih .... memang sedap kat tekak kami sekeluarga..ni kira tekak orang melayu ya hihi .... ok akhir kata..selamat mencubA resepi sempoi lagi ordinary ..:) salam ceria.. jumpa lagi di lain kelapangan.. IsyaAllah..wassalam

RESEPI : SAYUR CAMPUR UDANG (CHAP CHAI)



Memasak sayur campur udang atau chap chai ni menjadi favourite kami sekeluarga. Resepi ordinari la juga.Maaflan Norzi agak lama tak update blog ni, bukan tak masak ..banyak Norzi snap dah tinggal nak masukkan aje.. cuma masa tak berapa mengizinkan pada masa ni.Kali ini Norzi masukkan entry Sayur chap chai , tapi masakan ini biasanya norzi suka sebut sayur campur dengan udang..dan gelaran lain adalah chap chai ,dan semestinya masakan yang mudah dan simple.... 


Norzi buat chap chai dua versi. Tengok dua versi gambar di bawah ya. Dua-dua adalah menggunakan bahan yang sama cuma yang gelap sikit tu Norzi tambah sos tiram , yang lagi satu tu tak pakai sos tiram. Masakan sayur campur chap chai adalah masakan kegemaran kami. Style gambar atas tu kalau dimakan memang rangup , hubby suka yang macam tu. Biasanya Norzi masakkan dengan ikan goreng, ikan sambal ayam dan seumpamanya. 




Sayur campur aka chap chai ... sayur segar dan rangup! Anak-anak suka brokoli.







Ni norzi letakkan resepi dari CMG, norzi ikut sebijik macam ni cuma tak letak putik jagung dan kacang peas sebab hubby tak suka, tapi campur kacang buncis sikit. Ni dah jadi resepi kesukaan hubby norzi , selagi stok sayur tak habis, dia akan suruh buat chap chai..hehe sedap sangat.. makan ngan ikan goreng pon sodap. Kalau perasan norzi ada tambah 3 keping crab stick potong2 sebab anak2 boleh makan crab stick tu.

ni resepi asal oleh CMG.

BAHAN-BAHANNYA :-)
Bunga kobis, potong sekuntum2
Broccoli, potong sekuntum2
3 - 4 batang putik jagung, hiris serong
15 tangkai kacang peas, kerat 2
1/2 biji capsicum merah, hiris
1/2 biji capsicum hijau, hiris
1/2 biji capsicum kuning, hiris
1/4 biji kobis, potong kasar
1/2 cawan isi udang
1 biji bawang besar, hiris kasar
3 ulas bawang putih, dititik
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan
Garam secukup rasa (jika perlu)
Secubit gula (resepi asal letak, tapi kakzi tak letak )


cara-caranya 
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan tambah udang, lobak merah, bunga kobis dan tuang sedikit air. Kacau dan masak sekejap. 
Masukkan semua jenis capsicum, kobis, broccoli dan juga sos ikan. Masak hingga sayur lembut tapi masih rangup. Tabur sedikit garam kacau dan rasa, jika kurang masin boleh letak garam atau renjiskan dengan sos ikan. Hidangkan panas2 

ok selamat mencuba dan menjamu selera.. 

“Jazaakumullah Khairan Katsiran

~norzi~







RESEPI : UDANG & KENTANG GORENG CAMPUR



Udang & kentang Goreng Campur versi Norzi


Bahan-Bahan (2 orang makan)

10 ekor udang
Sebiji kentang (di belah panjang )
2 biji bawang merah (dihiris)
2 Ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris tebal sedikit)
Cili api (5 biji- diketuk)
1 biji Cili Merah (Hiris serong)
sedikit Daun Kuchai di potong 1 inch panjang
1/2 inch halia (dihiris)
Sedikit Minyak
1 sudu besar Sos tiram
Sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
serbut perasa

********************************************
Cara-caranya

1. udang -guntingkan bahagian sesungut dan basuh bersih
2. Gaul rata sos tiram, kunyit, garam sedikit serbuk perasa,ketepikan sebentar.

3. Panaskan minyak,.
4. Kunyitkan sedikit kentang, goreng kentang.
TIPS: Mesti tunggu kuali benar2 panas baru masukkan
kentang.

5. Kentang dah masak, angkat, ketepikan.
6. GUna kuali dan minyak yang sama, bila panas , masukkan udang, bawang merah, bawang putih,bawang besar, halia, cili hijau serentak, tetapi kuali mesti benar-benar panas. Kacau-kacaukan, api besar sedikit, kemudian api sederhana.
7. Bila dah kekuningan/agak garing, masukkan kentang, dan daun kuchai serta cili merah serentak. kacau hingga masak/ daun kuchai layu ,rasa dan perasakan ikut selera anda. 
Siap!  

selamat mencuba!

~Norzi ~





“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...