Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label CUCUR. Show all posts
Showing posts with label CUCUR. Show all posts

RESEPI : CUCUR UDANG GERAGAU DAN UDANG KERING



Assalamualaikum, Norzi ada masak kebelakangan ini, cumaupdate je kurang.. hari ni akan tambah post mana yang sempat.. Norzi ni jenis yang mudah sangat, kalau masak tu tidaklah complicated... mudah-mudah sahaja berbanding orang2 lain.. masak pun yang paling ringkas dan sempoi.. yang penting pantas ..sedap dan mengenyangkan.. :) anak2 seperti biasa dah macam mulut burung dah minta di suap makan... cucur pun diorang kata sedap..sedap..selain nama cucur, ada juga orang gelar sebagai cekodok, jemput-jemput owh lapar sungguh ... tapi cucur udang geragau dan udang kering ni memang kegemaran anak2 dan suami... dah bnyk kali buat , tapi untuk yang ini masa makan petang kelmarin..(lambatnye entrii hihi)..selain udang kering, Norzi juga tukar-tukar dengan udang basah, ikan bilis tengok mood dan bahan mentah yang ada. Masakan resepi cucur ini sangat ordinary, tapi Norzi nak juga letak sebagai rujukan anak2 kelak.. kalau dah dewasa nanti boleh la rujuk nota-nota mama di sini... InsyaAllah
Norzi buat cucur selalunya sedikit je adunan dalam 2 cawan tepung.. so bila sikit, takda la membazir... anak2 pun layan makan laju sampai la licin .. :)) 





doh adunan cucur udang geragau dengan udang kering


Norzi suka buat cucur dalam mangkuk besar,, sebab senang nak kauk kan tepung tu..selain tu, kemas sebab tak terkeluar adunannya berbanding mangkuk kecil..resepi ini amat mudah dan pantas nak disediakan. Emak Norzi cerita, generasi mak-mak Norzi selalu makan cucur tapi cucur zaman dahulu adunan basic sahaja , mungkin tambah bawang dan ikan bilis , garam. Sekarang cucur dah dipelbagaikan resepi atau dalam bahasa moden improvisation , bermacam longgokan resepi boleh diperolehi pada masa kini. Ok jom kita tengok resepi.



Resepi oleh : Norzi Foodilicious House / Norzi Beautilicious House

Cucur Udang Geragau dan Udang Kering



Bahan-bahan:
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1 sudu kecil baking powder atau 6gm mauripan
3) 3 tangkai daun sup
4) 1 biji cili merah*
5) 2 biji bawang putih *
6) 3 ulas bawang merah*
7)2 sudu udang kering*
8)2 sudu udang geragau*
9)sedikit garam


Cara-cara

1) Masukkan tepung , garam dan baking powder di dalam mangkuk
2) Rendam dan basuh udang kering dan udang geragau, tapis dan masukkan dalam blender.
3) Masukkan semua bahan bertanda* dan kisar halus dengan sedikit air.
4) Masukkan bahan kisar dalam mangkuk dan hiris daun sup , masukkan dalam mangkuk.
5)Jika air tidak cukup, tambah tapi jangan cair sangat nanti cucur lembik sangat . kacau hingga sebati.
6)Bila doh sudah sebati, biarkan seketika. Sambil tunggu, panaskan api dalam kuali, dan bila minyak telah benar-benar panas, gorengkan doh secara menjemput guna tangan or sudu. Angkat bila gebu kekuningan.

Makan dengan sos cili.


TIPS: gunakan air suam atau panas untuk hasil terbaik.. sebaik2nya biarkan doh sebati sekurang-kurangnya 10~15minit...







Hasil selepas di goreng...Norzi gemarkan sos cili yang dibuat macam dalam gambar... anak sulong Norzi sangat gemar sos ini, sementara hubby pulak suka cicah cili kicap.. :)






Siap dah..masa untuk makan pula. Cucur ni sesuai di buat masa sarapan pagi.. atau waktu petang pun sedap .. terima kasih membaca dan selamat mencuba :)










RESEPI : CUCUR IKAN BILIS

Salam dan selamat pagi semua, pagi ini resepi ringkas lagi ordinary untuk orang melayu kan tapi ini je yang sempat buat untuk santapan keluarga . Norzi buat  cucur ikan bilis sebab stok ikan bilis ada sekilo, banyak, beli  jenis yang besar2 so tak best la kalau masak dengan sayur.. norzi hanya guna untuk buat cucur ikan bilis, tapi norzi akan rendam sekejap, bagi lembut dan blend kan. Jom tengok resepi yang ringkas ini tapi tetap disenangi dan sentiasa habis bila digoreng.

Cucur Ikan Bilis




Cucur ikan bilis siap digoreng
Bahan2 (2orang makan)

2 cawan tepung gandum
*segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut , tu kalau yang besar2)
*sebiji cili merah
*3 ulas bawang putih
*4 biji bawang merah
*2/4cawan air suam
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam (bergantung pada tahap kemasinan anda ingini)
sedikit perasa (jika suka)
sedikit air panas /suam(bancuh tidak terlalu keras atau cair -sedang2 aje)

Cara2


1.Blend semua bahan bertanda * hingga lumat

2. Campurkan tepung , kunyit ,garam, bahan perasa dan semua bahan yang telah dikisar
3. Ratakan dan masukkan air sedikit2
4.sambil tu panaskan kuali +minyak
5. Gorengkan, balik2,bila kekuningan angkat dan siap untuk dimakan.





“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...