Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Resepi Ayam Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah

 Assalamualaikum, hari ini gee sharekan resepi dan cara memasak ayam masak kicap kuah pekat yang sedap dan semestinya mudah disediakan. Masakan ini memang kegemaran seisi keluarga.

 

Resepi ayam masak kicap
 
 

Bahan - bahan asas untuk resepi ayam masak kicap 


Bahan-bahan asas yang perlu di kisar untuk resepi ayam masak kicap 


Ayam dan kentang yang di gorengkan terlebih dahulu
Resepi ayam masak kicap 
 

Ayam masak kicap kegemaran gee dan keluarga dan kalau dimasak gee suka ayamnya di potong kecil, meresap ke dalam rasa kicap nya . Selain dari bahan - bahan dan gambar - gambar , gee juga sediakan  video cara penyediaan,  ayam masak kicap dari awal hingga siap untuk di hidang. Kepada yang ingin merujuk Cara-cara memasak penyediaan lengkap boleh rujuk di video ini👇

 

 

 

video resepi dan cara memasak ayam masak kicap 

                                   Boleh share resepi ini untuk rujukan memasak di kemudian hari



Ayam masak kicap yang sedap dan mudah

 
Bahan-bahan

300 g ayam
1/2 bj bwg besar- kisar
1/2 bj bwg besar- hiris kasar
3 bj bwg merah- Kisar
3 ulas bwg putih-kisar
1/2 inch halia-kisar
3 sekawan
1 bj kentang- hiris nipis
1 btg serai- ketuk
1 bj cili merah- belah 4
6 tangkai cili padi - potong 2
2 sudu cili kisar
1/2 inch kunyit-kisar
7 sudu kicap manis atas ikut citarasa


Cara cara penyediaan
1. Kisar semua bahan kisar
2. Cuci ayam dan potong kecil
3. Lumurkan dengan kunyit dan garam, gorengkan ayam dan kentang
4. Kurangkan sedikit minak menggoreng, guna kuali sama, tumis bahan kisar hingga naik bau dan agak kering
5. Masukkan 3 sekawan dan serai
6. Masukkan kicap ,kacau rata
7. Masukkan ayam dan kentang, kacau rata
8. Perasakan dengan secubit gula dan perasa
9. Masukkan bawang, cili merah dan cili padi , kacau rata. Biarkan mendidih 1-2 minit, dah ayam masak kicap siap da sedia di hidang
Selamat mencuba



Lepas masak , gee suka mengabadi kan gambar masakan dan simpan untuk rujukan sendiri. Jadi di bawah ni banyak lah gambar ayam masak kicap untuk tontonan semua. Gambar yang di ambil dari pelbagai sudut sisi, tepi , atas :))

Ayam masak kicap yang mudah disediakan


Ayam masak kicap macam masak kenduri pun ada
 

Ayam masak kicap dengan kentang memang sedap sangat
 

Kepada yang belum pernah masak ayam masak kicap style ini , boleh la cuba  memang sedap
 

Ayam masak kicap
 

Ayam masak kicap 

 




Recommended:

 

resepi ayam masak kicap

 

 
 

resepi ayam masak kicap

 

resepi ayam masak kicap


resepi ayam masak kicap

 

resepi ayam masak kicap

 

resepi ayam masak kicap


resepi ayam masak kicap


resepi ayam masak kicap


resepi ayam masak kicap


resepi ayam masak kicap


resepi ayam masak kicap


resepi ayam masak kicap


resepi ayam masak kicap


resepi ayam masak kicap





resepi ayam kicap pedas, resepi ayam kicap sedap  resepi ayam kicap berempah, resepi ayam kicap 3 budak gemok, resepi ayam kicap simple, resepi ayam kicap che nom,  resepi ayam kicap pekat , resepi ayam kicap berkuah resepi ayam kicap ala tiga budak gemuk resepi ayam kicap azie kitchen resepi ayam kicap abc resepi ayam kicap ala thai resepi ayam kicap adam corrie resepi ayam kicap ala 3 budak gemok resepi ayam kicap abc saus manis resepi ayam kicap ala cina resepi ayam kicap budak gemok cara masak ayam masak kicap yang mudah dan senang, simple resepi, resepi ayam kicap berempah azie kitchen resepi ayam kicap berlada resepi ayam kicap cili kering resepi ayam kicap cili padi resepi ayam kicap cili gesek resepi ayam kicap sedap dan mudah resepi ayam kicap simple dan sedap resepi ayam masak kicap dan kentang resepi ayam masak kicap diet resepi ayam masak kicap eira aziera resepi ayam masak kicap facebook resepi ayam kicap goreng resepi ayam goreng kicap sedap resepi ayam goreng kicap pedas resepi ayam goreng kicap madu resepi ayam goreng kicap berkuah  resepi ayam gulai kicap resepi ayam goreng kicap abc resepi ayam kicap halia resepi ayam kicap hitam resepi ayam masak kicap halia chinese style resepi ayam kicap lada hitam resepi ayam masak kicap hitam ayam masak kicap simple ayam masak kicap pedas ayam masak kicap che nom ayam masak kicap sedap ayam masak kicap berkuah ayam masak kicap pekat ayam masak kicap halia ayam masak kicap ala kampung ayam masak kicap asam jawa  ayam masak kicap budak gemok ayam masak kicap berlada ayam masak kicap budak gemuk ayam masak kicap dan kentang yang menjilat jari, ayam masak kicap , ayam masak kicap ringkas, resepo ayam masak kicap paling sedap sangat,resepi ayam masak kicap sedap , ayam masak kicap mudah dan sedap, ayam masak kicappaling sedap, ayamg masak kicap paling nikmat

AYAM BUTTERMILK ( SPICY)

Video detail cara cara memasak Ayam Buttermilk Chicken 

Macamana Nak masak Ayam ButterMilk?  atau yang suka pedas boleh  tambah lebih cili dan jadi Spicy Buttermilk Chicken.  Resepi ini memang popular. Sangat di gemari oleh anak-anak dan orang dewasa. Selain di makan dengan nasi , boleh juga di makan dengan  spaghetti cuma di lebih kan kuah lebih sedap.

Ayam yang di salut dengan telur dan tepung untuk di goreng terlebih dahulu sebelum di curahkan kuah buttermilk.


Nak buat pun sangat senang dan mudah selain rasanya yang sangat sedap. Berbaloi masak sendiri kerana boleh juat banyak dan lebih menjimatkan.

Bahan Bahan resepi ayam buttermilk

RESEPI AYAM BUTTERMILK PEDAS
Bahan bahan Ayam:
300 gram isi ayam- potong kecil
1 pek Tepung Goreng Berempah  
1 biji telur

Bahan bahan Buttermilk:
2 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih - cincang
5-6 tangkai cili padi - hiris halus
1 -2 tangkai daun kari
satu cawan susu (gee bancuh susu tepung)
2 keping cheese
2 tangkai daun kari
Secubit garam


Cara cara memasak Ayam Buttermilk / Buttermilk chicken (spicy)
Bancuh telur,masukkan ayam. 
Masukkan 6 sudu besar serbuk tepung goreng berempah ke dalam mangkuk. 
Alihkan ayam salut telur ke dalam mangkuk tepung.
Kacau rata. Sedia untuk digoreng.
Goreng dan alinkan ke dalam mangkuk. Rehatkan sementara tunggu kuah.

Sediakan buttermilk
Gunakan sedikit baki minyak, masukkan butter, bawang putih, daun kari, 
cili hiris, susu, cheese, garam sedikit. Kacau rata. Setelah mendidih padamkan
api alihkan kuah ke dalam ayam


Ada mungkin juga meminati : 

fried chicken buttermilk spicy 
Mee Goreng Kerang Basah Yang Sangat Sedap Dan Mudah


Butter chicken yang sedap dan mudah

RESEPI : Daging Black Pepper Mudah Dan Ringkas l Tiga Beradik



Butter chicken yang sedap dan mudah
Resepi Carbonara Udang Pedas Sedap dan Mudah l Tiga Beradik


ayam buttermilk spicy
Resepi Ikan Siakap Masak kicap sedap dan mudah Tiga Beradik 





Ikan bilis petai masak cili


k

===================
Spicy Buttermilk Chicken (Malaysian Style)

Chicken ingredients:
300 grams of chicken - cut into small pieces
1 pack of Spicy Fried Flour
1 egg

Buttermilk ingredients:
2 tablespoons butter
4 cloves garlic - chopped
5-6 stalks of green chilies - finely sliced
1 -2 stalks of curry leaves
one cup of milk (gee mix milk powder)
2 pieces of cheese
2 stalks of curry leaves
A pinch of salt


How to cook Buttermilk Chicken / Buttermilk chicken (spicy)
Mix the eggs, add the chicken.
Put 6 tablespoons of spicy fried flour powder into a bowl.
Transfer chicken eggs to a flour bowl.
Stir well. Ready to fry.
Fry and pour into a bowl. Rest while waiting for the gravy.

Prepare buttermilk
Use a little remaining oil, add butter, garlic, curry leaves,
sliced ​​chili, milk, cheese, a little salt. Stir well. After boiling turn off
fire transfer the gravy into the chicken
Instagram:
https://instagram.com/tigaberadik333
Business inquiries: tigaberadik333@gmail.com
Do not reupload our content but you can share our videos. 

Sekian perkongsian Resepi hari ini.  Lebih banyak content yang akan dibawakan oleh Tiga Beradik.

Terus SUBSCRIBE Tiga Beradik dan Like, Comment,  Share sekarang. Salam Ceria dari Gee di Tiga Beradik








RESEPI AYAM PANGGANG MUDAH DAN SEDAP


Resepi ayam panggang kali ini memang super mudah! Resepi penuh ada dalam video ini. 


Klik video untuk melihat resepi mudah ayam panggang yang sedap dan pasti jadi seperti di restoran


AYAM PANGGANG SEDAP DAN MUDAH

Petang-petang ni penat sikit ... Sementara rehat rehat google resepi best . Esok nak tengok Fatimah kat sekolah . Tengok resepi , tengok gambar , teruja sangat nak masak , memang teringin nak masak , end result sama mcam gambar yang tengok tu. Tergoda sangat tengok Resipi Ayam Panggang Blackpepper ala Nandos ni. Ni Norzi tengok di FB . dari FB From the Kitchen of Puspa wangi.



 Cepat cepat entrykan supaya senang nak rujuk next time. Lepas ni dah boleh cuba resepi ayang panggang ni nampak mudah dan senang. Tak sabar nak tunggu Fatimah balik ,nak masak masa Fatimah ada, boleh makan sama sama...   Bila dah berjauhan dengan anak, nak buat apa pun teringat kan dia.. 


masak resepi ayam panggang mudah
Ayam panggang mudah 



Jom cuba resepi ayang panggang yang best ni.


Resepi Ayam Panggang

Ayam seekor. Jangan potong
Sos tiram dalam 4 sudu
Bawang putih satu kelompok tu.
Halia 3 inci
Madu dalam 7 sudu. Lebih pun takpe. Lg sedap.
Garam
Blackpepper yg biji2 tu sila tumbuk atau mesin halus2.
Olive oil/minyak masak (mana yg korg ada)

Cara2
1. Cuci ayam sampai bersih. nak cepat masak belah bahagian tulang dada tu.
2. Mesin bawang putih, halia, garam dan sos tiram sampai agak lumat.
3. Tuang bahan perapan atas ayam. Gosok dan ratakan dgn kasih sayang.
4. Tuang madu dan ratakan lagi. tabur black pepper byk mana ikut suka.
5. last skali sy drizzle olive oil atas ayam.
6. bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 50 minit atau sehingga masak
7. minit ke 40 minit sy bawak keluar dan terbalikkan ayam dan masukkan balik.


Memang kena cuba. Lepas ni Norzi dah cuba kena update entry. Sebelum ni ada cuba tapi mcm tak berapa nak jadi sangat la. mungkin sebab bahan perap tu tak mencukupi...  Tq sangat to owner resepi ni...


ok, ni gambar anak anak Norzi . Semua suka ayam , lagi lagi kalau ayam panggang. Nanti Norzi nak buat sekali sos lada hitam ... untuk makan ngan ayam panggang.


adik beradik di hari raya

Tiga beradik . Gambar kenangan masa hari raya 2016, kalau dah berjumpa ada la yang kena sakat. tapi kalau dah jumpa makanan semua menghadap makanan je.  hihi.



RESEPI AYAM AL BINO

Assalamualaikum, hari ni ada bos share resepi ayang A lbino. Dengan macam pelik resepi ni tapi rasanya sedap . Tahun lepas makan di rumahnya sempena open house memang sedap, Jadi hari ini dah dapat resepinya. Norzi tulis je sini nanti dah siap masak boleh snap pic pula.

Bahan-bahannya : 
ayam seekor
santan
Air
bawang holland
bawang putih
daun kunyit 10 helai racik halus
garam
cili
rebus kesemuanya sehingga lembut, hancurkan dan siap!

tunggu gambar menyusul :) InsyaALlah

RESEPI : KARI AYAM


Assalamualaikum dan selamat malam, hari raya tempoh hari Norzi berhari raya di Puchong pada pagi raya, kemudian selepas bersolat Hari Raya Aidilfitri di Masjid berdekatan, salam-salaman dan makan juadah hari raya , kami sekeluarga bersama emak abah, kakak dan keluarga adik bergerak ke Perak. Kami singgah menziarahi datuk dan opah Norzi (belah emak) di Trolak (Sungkai). Kemudian dari Trolak kami naik ke Teluk Intan dan beraya di rumah embah Norzi (embah tu bahasa Jawa ya...belah bapa Norzi orang Jawa). 


Masa pagi raya pertama tu Norzi masak kari ayam. Kari ayam dengan kentang , tomato dan bendi. Alhamdulillah , kari ayam memang kegemaran anak-anak dan suami. 


Biasanya bila beraya di Puchong dahulu, Norzi masak rendang pada hari raya, tapi tahun ini big bos minta masak kari dengan sayur goreng jawa. Kalau di Teluk Intan, Kampung Selabak , sayur goreng lain sikit dari Johor. Tapi husband Norzi request nak style Johor, so Norzi ikut ajela. Mak masak Panachi (sejenis masakan daging berkuah masakan ni tak pasti samada anda pernah dengar atau tidak. ), rendang ayam, nasi himpit, rendang daging... banyaknya mak masak , sian kat mak.. tapi itulah cara mak gembira, memasak dan menjamu anak-anaknya dan keluarga.... Norzi mencelah masak sikit je hehe..  ,  Norzi masak dua jenis je , nak meriahkan dan pelbagaikan juadah.




Kari ayam 

Sebelum tibanya Syawal, boleh dikatakan semasa Ramadhan Norzi selalu berbuka dengan kari ayam, sayur goreng dengan sambal belacan. Anak-anak dah makin membesar, macam-macam diorang teringin nak makan.. Kari ayam ini biasanya Norzi buat awal sedikit , contohnya masak pagi dan makan tengahari. Tujuannya nak bagi sebati, tapi kalau tiada kelapangan , Norzi siap masak je terus makan. 

Lebihan kari ayam , kalau dipanaskan sekali atua dua kali sedap sangat makan dengan roti. Tak perlu buat scramble egg atau tuna mayo, ada masa yang Norzi cicah roti dengan kuah kari. Kalau ada ayam lagi memang sedap cicah -cicah. Kari ni lagi lama , lagi sebati dan lagi sedap. Maksud lama di sini adalah semalaman .Contohnya masak kari ayam ini malam dan makan keesokannya.



sayur goreng jawa 


Kari ayam dan sambal goreng siap , dan di bawa ke rumah mak Norzi semasa hari raya. Resepi kari ayam simple kali ini menggunakan santan.  Resepi seperti di bawah. Norzi suka ayam potong kecil supaya senang di goreng, senang menyerap dan biasanya Norzi akan beli ayam ikut bahagian sahaja. Norzi elakkan membeli seekor ayam kerana banyak bahagian yang Norzi tak makan.  Tapi kali ni mak Norzi beli ayam segar yang baru lepas sembelih di Sungai Besi , jadi Norzi masak sahaja apa yang ada.


Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam, potong 20 bahagian (ni kalau kedai yang potongkan , dia tanya dua kali ni sebab kecil2, memang norzi suka kari ayam yang bersaiz kecil2 je ayamnya)

12 biji bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
2 inci halia      (kisar)
1/2 inci kunyit hidup  (kisar)

3 biji tomato
7 batang bendi
3 batang cili merah di belah memanjang
4 biji kentang* - setiap biji potong enam
2 kotak kecil santan
2 sudu besar  rempah kari ayam 
1 keping asam keping /gelugor 
Semangkuk air asam jawa
1 1/2 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah (hiris-tumis)
2 ulas bawang putih 
(hiris-tumis) 
1 batang kayu manis (
tumis)
1 kuntum bunga lawang 
(tumis)


Cara-cara

1.Bersihkan ayam, rendamkan ayam dengan air asam jawa seketika dan basuh bersih dan toskan. Taburkan sedikit garam dan kunyit. Gorengkan ayam separuh masak .

2. Panaskan periuk, tumiskan bahan tumis dan masukkan cili kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar- sama naik dengan rempah kari yang telah dibancuh dengan air panas. Tumis sehingga terbit minyak.

3. Masukkan kentang dan air asam jawa. Biarkan hingga kentang empuk  . Biarkan mendidih sebati, masukkan bendi dan ayam goreng tadu, setelah bendi empuk, masukkan masukkan santan dan selepas mendidih masukkan  , perasakan.

Semoga bermanfaat


~ Norzi
Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza”
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.

RESEPI : AYAM MASAK KICAP HALIA DENGAN LADA HITAM

Assalamualaikum dan hi semua, hari ni Norzi masak ayam dengan kicap lagi. Ianya dilakukan dengan kombinasi kicap manis. Resepi ini adalah sedikit berbeza dengan resepi yang telah Norzi published di SINI sebelum ini. Nama sama, cuma cara masakan agak berbeza. 

Cara Norzi masak lebih banyakkan lada hitam. 
Jom semak resepi . Lebih kurang je dengan yang dulu ya.






Resepi ayam masak kicap halia + lada hitam 


Resepi oleh : NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (dipotong kecil, toskan dan ratakan dengan serbuk kunyit)
sedikit rempah 3 sekawan (Kayu manis, bunga lawang , pelaga)
1 biji cili hijau/merah -belah 4 (memanjang)
3 biji cili padi (dipotong 2)*1 biji bawang besar-dihiris
*3 ulas bawang putih dihiris
*3 biji bawang merah di hirissatu inchi halia (ikut suka la nak letak banyak mana ya.. sebab ada yang suka banyak, kali ni Norzi letak satu inchi dan hiris halus)
sebatang serai di ketuk
satu sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
Minyak utk menggoreng ayam
2 sudu besar sos tiram
kicap manis 3/4 cawan (atau ikut citarasa anda nak berkuah ke tak nak ya, kalau nak kuah babyak lebihkan..)
Sekeping asam keping

Cara-cara / langkah memasak
1) Bersihkan ayam, tos sekejap, ratakan kunyit dan goreng dengan minyak panas separuh masak,agak2 dah cantik dan separuh masak ketepikan je di kuali, kali ni Norzi tak angkat.

2) Masukkan bawang kecil, bawang putih bawang besar, halia dan rempah 3 sekawan,serai, lada hitam, kacau2

3) lepas naik bau , masukkan sos tiram  kacau rata dengan ayam hingga cantik dan nampak sebati.

4) Masukkan, asam keping, kicap manis, kacau sekejap, dan masukkan cili merah dan cili padi

5) kacau sampai sebati , mendidih dan cukup masak, perasakan .

Sedia untuk di hidang.

Selamat mencuba!
Salam dari dapur;
~Norzi








Khas untuk ibu-ibu :






RESEPI : AYAM MASAK KICAP





Assalamualaikum... cuti hari tu.. terfikir-fikir apa nak masak .... akhirnya decided masak makanan kegemaran anak-anak and bapa anak-anak heheh.. Masak ayam masak kicap yang sempoi, senang , mudah segera dan sedap!. Suka tak? Kami sekeluarga sangat suka.... ok norzi tulis ringkas je ya ... kalau nak cuba boleh la cuba....sekali lagi diingatkan.. resepi ayam masak kicap ni senang mudah dan ringkas je. Kalau tak berapa nak rajin,satu lauk pun dah cukup dah .. selain itu , ayam masak kicap juga boleh di makan dengan nasi panas, ketupat dan juga roti. Ayam masak kicap juga ada pelbagai versi. Satu lagi Norzi ada masa ayam masak kicap halia dengan lada hitam. Kalau di kurangkan minyak atau tidak memakai minyak semasa memasak, sesuai untuk di makan ketika di dalam proses pantang bersalin. 

Tips untuk memasak dengan rasa mudah dan senang adalah memasak dengan penuh kecintaan kepada NYA dan keluarga, berlapang dada dan bebas dari perkara negatif. Hati yang bersih semasa memasak memberikan rasa gembira, mudah, senang dan yang kita harapkan adalah berlipat ganda pahalanya,Insya Allah dan wallahualam. Semoga setiap hari kita belajar sesuatu yang baru, perbaiki diri dan mengejar yang hakiki.InsyaAllah...  Jom tengok gambar dan resepi ya...

                             
Ayam masak kicap

      
ayam masak kicap



Resepi oleh : NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


1/2 ekor ayam

1 batang Kayu manis
1 bunga lawang 
1 biji cili hijau/merah -potong 4 (memanjang)
*1-2 biji bawang besar-dihiris
*2 ulas bawang putih dihiris
sedikit halia (ikut suka la nak letak banyak mana ya.. sebab ada yang suka banyak, norzi letak setengah inchi je , ketuk, tak hiris)
kentang sebiji , belah 2 dan hiris nipis
sebatang serai di ketuk
setengah sudu kecil lada putih di tumbuk halus
Minyak utk menggoreng ayam dan kentang
sedikit minyak untuk masak kicap
2 sudu besar sos tiram
kicap manis 3/4 cawan (atau ikut citarasa anda nak berkuah ke tak nak ya, kalau nak kuah babyak lebihkan..)






CARA-CARA
1) Bersihkan ayam, tos sekejap, ratakan kunyit dan goreng dengan minyak panas separuh masak,angkat biarkan tepi
2) Guna minyak ayam tadi, gorengkan sekejap kentang, agak2 dah kuning angkat, ketepikan.
2) Panaskan minyak yang guna tadi (kalau banyak sangat, kurangkan, masukkan semua yang dihiris bawang kecil, bawang putih bawang besar, halia dan rempah 3 sekawan
3) lepas naik bau , masukkan sos tiram  kacau
4) Masukkan ayam ,kicap manis, serai, kentang , kacau sekejap, dan masukkan cili.
5) kacau sampai sebati dan cukup masak, perasakan jika perlu (Norzi letak sikit garam kalau tak cukup masin tapi selalunya kalau dah letak kicap manis dah cukup masih dah)..

Ok...dah siap, boleh angkat n hidang kan :)


Tips: Selepas selesai memasak ayam masak kicap tadi atau sebarang masakan , disarankan untuk mengalihkan makanan tersebut dalam bekas lain supaya kicap /  kuah tadi tidak kering di atas kuali panas.Kuali yang panas bersifat menyerap , jadi cecair akan mudah diserap dan hasilnya bila telah sejuk masakan akan mengering.


Selamat mencuba ~

Semak resepi ayam masak kicap lada hitam dan halia di sini.



~ NORZI
“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza"
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.







Khas untuk ibu-ibu :








“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...