Petang-petang ni penat sikit ... Sementara rehat rehat google resepi best . Esok nak tengok Fatimah kat sekolah . Tengok resepi , tengok gambar , teruja sangat nak masak , memang teringin nak masak , end result sama mcam gambar yang tengok tu. Tergoda sangat tengok Resipi Ayam Panggang Blackpepper ala Nandos ni. Ni Norzi tengok di FB . dari FB From the Kitchen of Puspa wangi.
Cepat cepat entrykan supaya senang nak rujuk next time. Lepas ni dah boleh cuba resepi ayang panggang ni nampak mudah dan senang. Tak sabar nak tunggu Fatimah balik ,nak masak masa Fatimah ada, boleh makan sama sama... Bila dah berjauhan dengan anak, nak buat apa pun teringat kan dia..
Ayam panggang mudah |
Jom cuba resepi ayang panggang yang best ni.
Resepi Ayam Panggang
Ayam seekor. Jangan potong
Sos tiram dalam 4 sudu
Bawang putih satu kelompok tu.
Halia 3 inci
Madu dalam 7 sudu. Lebih pun takpe. Lg sedap.
Garam
Blackpepper yg biji2 tu sila tumbuk atau mesin halus2.
Olive oil/minyak masak (mana yg korg ada)
Cara2
1. Cuci ayam sampai bersih. nak cepat masak belah bahagian tulang dada tu.
2. Mesin bawang putih, halia, garam dan sos tiram sampai agak lumat.
3. Tuang bahan perapan atas ayam. Gosok dan ratakan dgn kasih sayang.
4. Tuang madu dan ratakan lagi. tabur black pepper byk mana ikut suka.
5. last skali sy drizzle olive oil atas ayam.
6. bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 50 minit atau sehingga masak
7. minit ke 40 minit sy bawak keluar dan terbalikkan ayam dan masukkan balik.
Memang kena cuba. Lepas ni Norzi dah cuba kena update entry. Sebelum ni ada cuba tapi mcm tak berapa nak jadi sangat la. mungkin sebab bahan perap tu tak mencukupi... Tq sangat to owner resepi ni...
ok, ni gambar anak anak Norzi . Semua suka ayam , lagi lagi kalau ayam panggang. Nanti Norzi nak buat sekali sos lada hitam ... untuk makan ngan ayam panggang.
Tiga beradik . Gambar kenangan masa hari raya 2016, kalau dah berjumpa ada la yang kena sakat. tapi kalau dah jumpa makanan semua menghadap makanan je. hihi.
No comments:
Post a Comment