Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

5 'Cara' Mudah Hilangkan Kesan 'Peta Dunia' Dan Bau Hancing Pada Tilam Dan Bantal


Pernah alami masalah hendak nyah bau hancing kencing pada tilam dan bantal?  Tentu tak selesa nak menggunakan bantal tilam yang berbau kan. Silap hari bulan boleh buang terus... lupakan je la... tapi jika ada pilihan untuk membersihkan , tak salah untuk kita cuba demi penjimatan. Jom baca tips dan tricks / petua untuk membersihkan dan menyah bau pada tilam dan bantal.

---------------------------------------------------- 


Ramai yang mungkin diantara kita geli atau malas nak basuh kesan kotor atas tilam yang sekian lama digunakan walaupun kondisinya masih baik. Apatah lagi apabila tilam itu dicorakkan dengan geografi peta dunia berabad-abad lamanya. 

cara tips basuh cuci bantal tilam agar tidak bau hancing kencing orang tu atau kencing anak kanak macamana nak bersihkan
Bantal yang bersih dan terhindar dari air kencing hancing dan peta peta 





Umumnya harga sebuah tilam bukan murah. Boleh mencecah ribuan ringgit, dan kerana itulah jangka masa sebuah tilam itu lama. Takkanlah hanya sebab kesan air liur basi, kita sanggup nak buang tilam yang mahal kan? 

tilam yang bersih dan tiada bau hancing menjamin keselesaan
Tilam yang bersih dan tiada bau hancing menjamin keselesaan 


Bukan hanya faktor peta dunia menyebabkan terukirnya geografi semulajadi diatas tilam namun ia juga mungkin disebabkan oleh peluh badan ketika tidur atau kesan tumpahan air daripada sesi 'breakfast in the bed'. 

Tanpa perlu membazir dan mengeluarkan ribuan ringgit lagi untuk meggantikan tilam tersebut, kami berikan anda langkah-langkah terbaik dan higenik untuk menyingkirkan bakteria serta kesan peta itu dengan petua mudah ini. 


Bahan-bahan bancuhan: 

ban bahan bahan bancuhan untuk membersihkan tilan tilam dan juga bantal agar agar tidak berbau hancing dan busuk air liur basi
Bahan Bahan untuk membersihkan tilam dan juga bantal


1 Cawan Hydrogen Peroxide (Boleh didapati di farmasi seperti Watson, Guardian etc. 

3 Sudu besar Baking Soda 

1 Sudu kecil cecair cuci pinggan 

5 Titis pewangi/essential oil



Cara-cara: 

1. Campurkan semua bahan kedalam bekas dan kacau sebati.  Kacau perlahan-lahan, setelah selesai masukkan bancuhan kedalam bekas semburan. 

2. Semburkan bancuhan tersebut pada peta atas tilam.  Biarkan 5 hingga 10 minit.  Anda akan dapat lihat kesan peta itu hilang dalam jangka masa tersebut. 

3. Kalau ada kesan peta yang susah hilang, sembur sekali lagi dan biarkan kering. 

4. Setelah puas menyembur, jemur tilam tanpa perlu kena cahaya matahari secara terus. 

5. Jika kesan baking soda mengering, gunakan vacuum selepas permukaan tilam kering sepenuhnya.


tesrtimoni testomoni sebelum dan selepas cuci tilam ban ban bau hancing tiada lagi bersih sekali
Tilam selepas di cuci dan sebelum di cuci , Memang nampak perbezaannya.


Alhamdulillah terima kasih kepada yang telah sharekan tips tricks petua ni . Sangat membantu ibu ibu, terutamanya norzi sendiri kerana memang ada niat nak basuh tapi tak tau caranya .  Kalau bantal Norzi selalu letak di luar , kena cahaya matahari untuk hilangkan bau dan harapan bakteria tiada kena sinaran mentari yang terik. 


Kepada yang share info ni, Norzi dah sampaikan / panjang panjangkan di sini. Norzi dapat dalam group tele , jadi semoga yang berkongsi dapat manfaat dan kebaikan berterusan . 

Norzi akan cuba hujung minggu ni :) . Nanti kalau sesiapa dah cuba bolehla update di sini keberkesanan nya ya! :)

Semoga bermanfaat. Salam ceria . 


PETUA KURUS DAN ATASI SEMBELIT CARA BARAT

Petua ni Norzi cnp dari #Petua. Terbaik untuk di cuba mereka yang nak kurus dengan cara yang sihat. Semua bahan yang terbaik. Kurma makanan sunnah.  Terima kasih empunya resepi!

Bahan Bahan untuk kurus dan atasi sembelit dengan cara yang mudah dan murah
Bahan Bahan untuk kurus dan atasi sembelit dengan cara yang mudah dan murah


Perbanyakkan makan sayuran untuk mengelakkan sembelit



Petua ni saya dapat kt blog mat salleh. sy try amal mmg ok sgt2 la..sy amal minum malam. sy minum pkl 7 pstu mmg kenyang smpi tido. sembelit mmg dah xde lansung.. susu pun xde masalah..bnyk je utk baby. yg best tu perut rasa kenyang je amal ni...ada bnyk resepi lain tp sy share yg ni dulu la... sapa nak share silakan. sy halalkan ye..
.

Perbanyakkan pengambilan protein . Ini resepi Gee masak ikan siapkap tiga rasa 
Untuk Subscribe, boleh ke : Tiga Beradik

a). rasa pun sedap manis+masam skt. nak minum 2 gelas pn ok je ni
b). Ni bahan2 untuk 1 serving ye. means untuk sekali minum

1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sdt serbuk Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu (sy pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap hehe. nak lagi bagus pilih yang low-fat punya) 


*Saya amal kan Kayu Manis Ceylon tu sebab khasiat dia yang lagi baik dari kayu manis biasa. Dari segi rasa, Aryan Kayu Manis Ceylon ni kurang rasa rempah dia dan lebih manis & sedap sbb gred paling tinggi.

c). Cara buat dia senang je. Potong buah kurma & epal tu kecik2. jangan buang kulit epal ye sbb kandungan Flavonoid yg ada kat kulit tu bagus utk pelihara jantung dan elakkan stroke.

Masukkan susu & buah2 yg dipotong tadi. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dlm ni sy tak masukkan ais. Then masukkan Kayu Manis Ceylon td.

Blender sampai halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali

d). Dah siap. Bole amal stp hari. Buncit2 lps mengandung pn dah kurang bila slalu amal ni hihi..

NI khasiat yg sy baca kat website dia :

  • Kayu manis ceylon mengawal paras glukosa & dan mengawal penyimpanan lemak 
  • Kandungan karbohidrat & kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama
  • Singkirkan toksin dari badan
  • Atasi sembelit & usus tersumbat
  • Bole mencegah masalah perut dan usus
-------------------------------------

Kepada yang ingin mencuba, harap dapat memulakan dan lakukan dengan istiqamah. Semoga membantu :)


kurus mudah resepi murah dan cepat berkesan

Khalisah gembira dapat minum susu. 









PETUA PENAWAR KENCING TIKUS

Jangkitan kencing tikus sangat berbahaya kerana ianya boleh merosakkan organ di dalam badan manusia.

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari [1]:290) merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut dengan bengkak spleen (“splenomegaly”), penyakit kuning dan nephritis". Leptospira pertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat.[2] Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab [3] dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.[4] - Sumber


Cara sesuatu makanan tercemar dengan kencing tikus apabila sesebuah kawasan itu didatangan oleh binatang ini. Binatang ini akan melalui banyak kawasan  dan meninggalkan kencingnya di mana - mana tanpa kita ketahui sehinggalah air kencing tersebut mengering, tetapi kumannya masih melekat.

Contohnya, tikus malalui kawasan air tin, dan meninggalkan kencingnya tanpa kita ketahui. Apabila selesai membeli , air tin di buka dan di minum terus ke mulut tanpa membasuh tin terlebih dahulu. Maka ini memberikan risiko yang tinggi untuk terkena kencing tikus.



Bagi kawasan yang telah didatangi tikus, kebarangkalian tikus  berjalan di atas air tin / air kotak / semua jenis item di kedai adalah tinggi  Sumber gambar 


Salah satu cara jangkitan kencing tikus apabila meminum air di dalam tin tanpa di cuci terlebih dahulu.


Minuman tin antara punca virus kencing tikus

Rawatan penyakit kencing tikus merupakan proses yang agak rumit,  terdiri daripada dua komponen utama: memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan penyakit kencing tikus adalah sangat penting 
bagi menghindari jangkitan ini. 

Kencing tikus : Cara-cara penyebaran , kesan-kesan dan cara atasinya
sumber gambar


Bagaimana jika telah terkena jangkitan kencing tikus? Mungkin ramai yang tercari - cari penawar penyakit jangkitan kencing tikus. Tahukah anda, ada penawar yang mujarab penyakit kencing tikus dengan izin Allah, yang boleh membunuh kuman kencing tikus serta menyembuhkan si pesakit.



Penawar penyakit kencing tikus adalah  serai. Caranya adalah dengan mengambil beberapa batang serai termasuk daunnya, basuh dan kemudian rebus. Beri minum pada pesakit yg terkena virus kencing tikus tu, dgn izin Allah boleh cepat sembuh..! In Sha Allah.

macamana nak sembuhkan penyakit kencing tikus
Serai dan daunnya di rebus dan diberi minum kepada pesakit kencing tikus

Perkongsian ini disampaikan oleh rakan melalui satu gruop whatsapp. Ada pesakit yg telah mencubanya ketika terlantar di hospital dan dengan izin ALLAH beliau sembuh, doktor pun terkejut, hanya air rebusan serai sahaja penawarnya. 


Disharekan untuk makluman dan pengetahuan anda , semoga bermanafaat untuk yang memerlukan dan saudara-saudara, sahabat handai yang memerlukannya. Semua itu adalah ikhtiar. Allah lah yang menyembuhkan. InsyaAllah

penawar penyakit kencing tikus , sakit kencing tikus, bahaya kencing tikus, macamana nak ubati orang demam kencing tikus, organ dan sakit,







PETUA : KRIM PISANG ANTI KEDUT

Pisang mempunyai banyak khasiat..hari ini Norzi nak kongsi dengan pembaca tentang pisang dan petua... Petua yang ada kaitan dengan pisang ini khas untuk kecantikan kulit. Ramai nak petua  mendapatkan kulit muka yang tidak berkedut. Dikongsikan kaedah yang murah dan mudah hanya dengan menggunakan buah pisang.. 

Buah pisang ni mudah nak dapat di Malaysia... kadang-kadang ada yang tanam pokok ni.. mudah sangat,, sampaikan bila dah terlalu mudah mungkin ada yang tak berapa nak hiraukan...

buah pisang untuk cantikkan kulit. Petua cantikkan kulit dengan murah
Buah pisang kaya dengan vitamin dan boleh menjadi agen anti kedut

Tahukah anda, pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan. 

Cara-caranya 
Potong pisang dengan saiz kecil dan kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada wajah dan dibiarkan selama 10 minit sehingga 15 minit.


cara mendapatkan kulit anti kedut
bilas muka dengan air suam(sumber)

Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air bersih. Lapkan wajah.


Kekerapan 
Masker pisang ini seelok eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi merasai perbezaannya. Petua ini begitu  baik untuk diamalkan .

Walau bagaimanapun, dengan teknologi terkini, pelbagai penemuan untuk mencantikkan kulit wajah atau produk anti aging di pasaran. Untuk ketahui lebih banyak cara mencantikkan kulit , makanan kulit , keperluan kulit dan tentang kesihatan kulit, klik sini.

Nak tengok Norzi  masak pisang di rumah ,klik entri pisang goreng di sini .


Salam ceria,

Norzi 



KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BELIMBING BULUH

Buah belimbing buluh memang banyak khasiat dan kebaikannya.  Selain dari juadah masakan dan pelbagai resepi yang menggunakan buah belimbing buluh, seperti sambal belacan belimbing buluh , masak lemak cili padi dengan menggunakan belimbing buluh ,   ianya juga boleh digunakan  bagi merawat tumit pecah. 

Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina. (Sumber)



Buah belimbing buluh




Selain daripada penyedap makanan, buah belimbing buluh juga digunakan untuk mencegah tumit dari pecah-pecah. Ini adalah petua yang diketahui oleh orang tua-tua.. tidak salah untuk mencubanya. Biasanya, bagi wanita yang gemar menggayakan kasut bertumit tinggi akan mengalami tumit pecah akibat menampung berat badan. (Sebaiknya elakkan menggunakan kasut bertumit tinggi kerana jika terlalu memberi tekanan kepada kaki ianya boleh memberikan kesan jangka panjang) Selain itu , kulit sensitif dan tidak tahan pada sabun basuh pakaian juga boleh mengakibatkan tumit pecah. Bagi mengelakkan tumit pecah, buah belimbing buluh dipercayai mampu membantu mencegah kulit pecah. 

Tips terbaik menghindari / merawat tumit pecah ialah , pertama sekali gosokkan tumit dengan buah belimbing buluh sehingga bersih setiap kali mandi. Biarkan tumit seketika, kemudian gosokkannya dengan menggunakan kain untuk menghilangkan rasa kasar pada tumit.  (Sumber : Koleksi Petua)

Selamat mencuba.
Norzi~





PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN

Ibu -ibu di dapur yang ingin menyediakan juadah untuk keluarga tentu tercari-cari petua macamana nak hhilangkan hanyir ikan. Petua ini sangat mudah lakukan. Selain daripada ayam dan daging, kita juga menggemari ikan seperti ikan kembung, ikan merah, ikan siakap dan lain-lain jenis ikan. Walaubagaimanapun, kalau tak kena pada masanya, ikan mengeluarkan bau hanyir . Bau hanyir boleh menyebabkan kita hilang selera makan. 





Tepung gandum


Oleh itu, petua ini boleh la di cuba agar ikan yang di masak tidak berbau hanyir. 
Petua /langkah menghilangkan bau hanyir tersebut :
1)Basuhkan  ikan dengan bersih
2)Lumurkan  tepung gandum 
3)Bersihkan terpung daari ikan 
4)Ikan sedia di masak 


Semoga membantu
Norzi~

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...