Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label UDANG. Show all posts
Showing posts with label UDANG. Show all posts

UDANG GORENG BUTTER BERKUAH SEDAP DAN SENANG

UDANG GORENG BUTTER BERKUAH SEDAP DAN SENANG UDANG goreng butter mudah simple jimat masa senang sedap resepi udang goreng  butter tempahan udang goreng butter makan di restoran udang goreng butter

Assalamualaikum ,
Kali ini resepi udang goreng butter berkuah, sedap dan senang.. anak-anak Norzi suka sangat dengan udang goreng butter. Banyak kali dah tertangguh dari projek udang goreng butter. Ikut bahan - bahan yang ‘available’ sahaja.


Sebelum meneruskan... Norzi nak share, Norzi ada youtube channel masakan. Kepada yang berminat nak follow Norzi, boleh click Link Tiga Beradik Youtube Channel

Dekat channel tu, Norzi buat video masakan dan ada juga campur2 dgn tips. Yang dah follow tu , terima kasih .. nanti kita jumpa lg dengan masakan yang macam macam , cerita jalan jalan cari makan dan banyk lagi.

Ok , berbalik kepada page ini... walaupun nampak tidak terancang , tapi niat dah lama pasang.. Norzi ada juga baca beberapa resepi, tapi masa nak buat tak baca resepi pun ... sebab nak cepat.. Norzi letak resepi Norzi kat sini..kalau kita teliti betul - betul, resepi ni senang... Ini adalah cubaan Norzi kali pertama..sebelum ni banyak kali juga Norzi masak udang, contohnya udang galah masak lada hitam, resepi udang goreng dengan kentang , udang black pepper version lain sikit,dan paling Norzi suka masak sayur dengan udang...tapi kali ini memang lain resepinya... sebab udang tu Norzi goreng biasa dengan tepung gandum- goreng rangup-rangup.. lepas tu Norzi campur kuah .

Sebelum ni , Norzi pernah ceritakan yang kitorang selalu makan kat Tasik Idaman sebelum ni. Kadang –kadang seminggu sampai dua kali ke tempat ni. Masa tu tentulah sebab ada banyak masa.. kelapangan bersama anak-anak dan keluarga. Tapi sekarang , atas pelbagai tuntutan , banyak aktiviti makan di luar perlu di tangguhkan .. hanya sesekali jika betul-betul ada kelapangan baru boleh tetapkan masa untuk keluar lebih – lebih lagi jika makan jauh dari rumah. 

Oleh sebab semua nak makan udang butter, udang butter dan udang butter lagi, Norzi pun cuba try test la resepi sendiri. Sendiri reka, sendiri masak dan sendiri makan.. boleh la kan..sendiri kena puas hati . Daun kari yang di beli sebelum ni dah beberapa hari tersimpan. Memang niat masa beli tu nak buat udang butter. Udang butter letak daun kari memang sangat aroma. Selain dari masak udang butter dengan daun kari, Norzi juga suka guna daun kari masak dengan ayam ker.. buat ayam goreng.. campur dalam masak kari atau campurkan dalam masak sotong .. Banyak kegunaan daun kari ni.. dan daun kari ni memang baik , sama baik macam bawang putih. Boleh juga baca kebaikan bawang putih di sini dan jangan lupa tengok bagaimana pentingnya bawang putih dalam menjaga kesihatan badan sehinggakan penemuan vitamin bawang putih diperkenalkan. di sini. Orang sekarang makan bawang putih sebagai vitamin tau. Ok time to layan gambar...jom..



Maaf gambar tak cukup pencahayaan , jadi ni sahaja hasil gambar. Norzi nak cepat... Tips buat crunchy sarang, guna telur kuning shj. Tapi Norzi takda telur .. sebab tu goreng dengan tepung .. lain kali insyaALlah Norzi cuba lagi..ok, apa kata kali ni Norzi tayang juga gambar tu..  bahan serba tak cukup , Ok back to story- Since tak ada telur , Norzi goreng udang dengan tepung . Effect tentu la tak sama. tapi still worth try. Anak Norzi sukakan kuahnya , jadi Norzi lebih berat kepada hasilkan kuah. InsyaAllah next try akan ada serabut serabut telur tu :)



Udang ni lepas angkat Norzi terus letak dalam bekas yang nak di hidang kerana Norzi akan terus curahkan kuah. Tak semua orang sukakan butter prawn berkuah . Tapi kami suka sebab boleh cicah cicah.



Yang nak tengok cara Norzi masak ayam buttermilk, boleh tengok di sini . Norzi dah rakam dan videokan . dah upload di channel. Senang je masaknya, korang cubalah nanti.


Masak Ayam Buttermilk sedap dan mudah



Resepi : Udang butter berkuah

Bahan - bahan
Setengah kilo udang sederhana besar
Sedikit tepung gandung (1-2 sudu)
Telur kuning untuk  sarang (Norzi tak pakai)
10-15 helai daun kari
Susu cair satu tin
2 - 3 sudu buttercup
10 biji cili padi hiris halus
4 ulas bawang putih -cincang
1 tin susu cair
sedikit garam
Minyak masak untuk goreng udang

Cara-cara
1. Basuh bersih udang - toskan dan taburkan sedikit tepung gandum , garam , biar sekitar 5 minit
2. Goreng udang hingga kekuningan- ketepikan
3. Untuk kuah, cair kan butter, kemudian  tumis bawang putih dan cili hingga naik bau, bila dah kuning masukkan susu cair (kuantiti ikut keperluan - Norzi pakai satu tin terus sebab tak suka simpan , kalau simpan nanti mesti rosak sebab tak pakai)
4. Didihkan, masukkan daun kari, bila kuah dah cukup masak, curahkan pada udang.




Udang butter berkuah style Norzi. Kalau suka pedas, boleh tambahkan lagi kuantiti cili hiris tu. Kalau 20 biji lagi best. Tapi Norzi kena kurangkan kerana anak kecil nak makan sekali.. 




Siap Udang butter berkuah

Kalau tak berapa suka jenis berkuah , maka korang boleh aje kurangkan kuantiti susu cair tu. Norzi curah semua sebab memang tak nak simpan. Kalau simpan juga memang tak akan makan habis, akhirnya susu akan berkulat dan pembaziran berlaku.. dan memang habis di makan semua. 

Sampai di sini sahaja. 




Salam ceria dari Norzi.

Assalamualaikum


Recommendations:

Cara masak udang kicap



Udang Masak Lemak Cili Padi



Masak Kurma Telur Rebus , Mudah dan Simple

                                        


RESEPI MASAK LEMAK UDANG SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum semua... 
Kali ini Norzi nak sharekan resepi super mudah , sedap dan disukai ramai. Masak lemak udang cili api Norzi style. Norzi campurkan dengan sedikit kacang panjang (jika suka) , jika tak minat, tak perlu campur.

Masak Lemak udang ni memang mudah. Jom tengok resepinya.

Bahan bahan:
400 gm Udang saiz sederhana /kecil 
2 cawan air 
satu kotak santan pekat 
1 keping asam gelugor 
Gula dan garam secukup rasa
1 helai daun kunyit

Bahan tumbuk:
2 inci kunyit 
7 biji cili padi ( jika suka pedas, tambahkan)


Cara-cara:
1-Tumbuk cili dan kunyit
2- masukkan ke dalam periuk bahan tumbuk
3-tuang kan air biar hingga mendidih.
3-Bila mendidih,  masukkan santan dan kacau hingga mendidih.
4-Masukkan udang, garam,  gula dan asam keping. 
5- Masukkan daun kunyit dan kacau perlahan hingga udang masak.
6-sesuaikan rasa. Hidang bersama nasi dan lauk 

Resepi udang masak lemak atau gulai udang yang mudah dan senang ni Norzi dah rakam dan video kan di channel youtube Norzi iaitu Tiga Beradik Youtube Channel. 



resepi Koleksi My Resepi. Memang best resepi ni dah cuba ... kalau berpantang kelahiran tak boleh makan menu ni sebab ada santan dan ada timun, lepas pantang baru boleh ye.. makan dengan nasi panas ni memang sedap sangat, sel mencuba semua dan empunya resepi terima kasih sh


Resepi gulai udang yang mudah dan ringkasare.. saya sambungkan ke sini utk tatapan yang lain semoga platform perkongsian ini dapat dikongsikan dengan lebih ramai orang. .. 





Di bawah ni pula kalau ada yang nak masak ikan, ada resepi ikan siakap masak tempoyak dengan timun.. pun sedap sangat



memang sedap ikan siakap masak tempoyak dengan timun








agak agak ada udang lebih seekor dua tu.. boleh je campak dalam mee rebus.


Mee rebus

tercair pulak mee kali ni . guna udang tak banyak pun campak je.. biasanya Norzi buat pekat sinit sebab banyakkan kentang , 

Mee rebus boleh , mee udang boleh.. apa apa pun boleh kita letak je la tajuk.
kejap je abis ni . kalau nak segera memang buat satu pinggan je ..

Masak mee mudah je.. ringkas tapi tak semua orang tahan makan mee. mee udang senang je nak buat campak campak je terus jadi mee udang tak payah pergi KLCC makan mee udang di sana. Norzi pernah makan mee udang di KLCC food court ada letak kangkung rasanya. hihih macam macam resepi ye. Ok selamat utk semua . Happy cooking u all. and happy searching for the best and most easiest recipe! 







Cara Masak Resepi Udang Kicap

 Assalam semua, hari ni Gee sharekan Cara Masak Resepi Udang Kicap

#udangkicap #resepiudangsimple #udangmasakicap


Bahan Bahan

  • 15-20 ekor udang saiz sederhana
  • 10 tangkai cili pad
  • 2 biji bawang merah -dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dihiris
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 inch halia , belah
  • 1/2 biji bawang holand-potong kasar
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 1 sudu sos tiram
  • 10 sudu makan Kicap manis
  • Sedikit gula
  • Garam
  • Sedikit minyak untuk menumis


Cara cara memasak udang kicap

  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau
  • Masukkan halia dan serai, kacau kan
  • Masukkan sos tiram
  • Masukkan Udang, kacau rata, masukkan bawang holand,kacau rata
  • Masukkan cili padi
  • Masukkan kicap manis
  • Masukkan tomato
  • kacau rata hingga sehingga masak
  • Tutup api, sedia di hidang

Cara masak udang kicap







udang kicap resepi
udang kecap pedas
cara masak udang kicap
resepi udang kecap pedas
kicap cap kipas udang
kicap kipas udang
udang masak kicap ala cina
udang kicap chinese style
udang masak kicap berkuah
udang goreng kecap
udang galah masak kicap
udang masak kicap cili kering
udang masak kicap
udang masak kicap pedas

NASI GORENG DENGAN SHELL OUT HOMEMADE SPECIAL SEDAP DAN MUDAH

Hai semua.. Berjumpa lagi di resepi Nasi Goreng Dengan Shell Out Homemade Special Sedap dan Mudah dari Gee di Tiga Beradik youtube Channel. Teruja tak dengar resepi kali ini? Pada masa ini, shell out merupakan trend terkini, biasanya terdiri dari makanan laut seperti ketam, udang , lala, kerang, kepah dan semua makanan laut yang dalam kategori ini. Walaubagaimanapun, dalam resepi ini Gee hanya ada udang dan kerang untuk di jadikan bahan asas Nasi Goreng Cili Dengan Shell Out Homemade Special yang Sedap dan mudah.
Nasi Goreng Dengan Shell Out Homemade Special Sedap dan Mudah

Terdapat banyak restaurant yang boleh di kunjungi untuk menikmati shell out resepi. Tetapi, di rumah juga adalah tempat terbaik untuk menikmati juadah yang di sediakan sendiri , kerana di dapur kita adalah umpama sebuah kilang yang mampu menghasilkan apa sahaja menu masakan tanpa batasan.



Jom kita terus tengok bahan bahan dan macamana cara cara / langkah menghasilkan nasi goreng shell out terlajak sedap versi Gee. Bila nasi telah sebati , angkat nasi dan asingkan. Teruskan penyediaan telur dadar Nasi Goreng Nasi putih sejuk semangkuk 1 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 sudu cili kisar 1 biji telur (bahan dalam nasi goreng) 1 biji telur (jadikan telur dadar) garam Hirisan timun untuk hiasan dengan nasi nasi Makanan Laut Udang - 10 ekor Kerang - semangkuk kecil (Kerang gee telah rebus dan kupas kan supaya senang di makan dengan nasi goreng) Bahan Tumis untuk shell out 1 ulas bawang merah 1/4 labu bawang besar - hiris kasar 3 ulas bawang putih 1/2 inch halia hiris kasar 1 batang serai-dititik sedikit minyak menumis Bahan Sayur-sayuran 2 kacang panjang - potong Capcicum - di potong dadu besar Carot - hiris Cili padi - 5 biji - hiris 2 helai daun limau purut Sos 1 sudu cili kisar 2 sudu sos tiram 2 sudu sos cili 1 cawan air panas garam gula perasa
Sayuran yang digunakan untuk resepi nasi goreng dengan shell out homemad special sedap dan mudah Nasi goreng Tumbukkan bawang merah dan putih panaskan sedikit minyak , masukkan bahan tumbuk . Bila dah terbit bau , masukkan cili giling Masukkan telur, kacau sebati Taburkan garam Masukkan semangkuk nasi putih Kacau sebati, siap dan ketepikan. masukkan nasi dalam mangkuk dan terbalikkan atas pinggan Gorengkan telur dadar dan hidang di pinggan dengan nasi Shell out Homemade Special Panaskan minyak. Masukkan bahan bahan tumis dan tumis hingga harum dan garing. Bila dah garing, masukkan cili paste. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili Masukkan udang , air panas Kemudian baru masukkan garam dan sedikit gula * berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dah masin. Biarkan kuah merenih sebentar. Masukan sayuran Akhir sekali masukkan kerang (masuk akhir kerana telah di rebus) Shell out homemade special sedia di curahkan di dalam pinggan dengan nasi. Susun timun di sebelah nasi



Nasi Goreng Shell Out Homemade Special Tiga Beradik
RECIPE: Fried Rice with Shell Out Homemade Special , so Delicious and Easy l Tiga Beradik Hi everyone .. See you again in Tiga Beradik youtube Channel. Excited to hear the recipe? Currently, shell out is the latest trend, usually consists of seafood such as crab, shrimp, lala, mussels, mussels and all seafood in this category.However, in this recipe Gee only has shrimp and mussels to be used as the basic ingredient of Nasi Goreng Cili With Shell Out Homemade Special Delicious and easy.Even though only 2 types of seafood , it doesn not stop me to cook. Nowadays, there are many restaurants that can be visited to enjoy shell out recipes. But, at home is also the best place to enjoy the food provided itself, because in our kitchen is like a capable factory produce any culinary menu without limits. Let's start to look at the ingredients and the ways/steps/method to prepare and how to cood fried rice shell out homemade, Gee's version. Again, this is a very simple Shell Out Recipe yet tasty and worth it for you to try. Fried rice A bowl of cold white rice 1 onion 2 cloves garlic 1 tablespoon ground chili 1 egg (ingredients in fried rice) 1 egg (make an omelet) salt Cucumber slices for garnish with nasi nasi Seafood Shrimp - 10 tails Shells - a small bowl (Gee shells have been boiled and peeled so that it is easy to eat with fried rice) Stir-fry ingredients to shell out 1 clove red onion 1/4 squash onion - coarse slices 3 cloves of garlic 1/2 inch roughly sliced ​​ginger 1 lemongrass stem-dotted a little sautéing oil Vegetable Ingredients 2 long beans - cut some Capcicum - cut into large cubes 1.5 inch Carot - sliced 5 green Chillies - sliced 2 pieces of kaffir lime leaves Sos 1 tablespoon ground chili 2 tablespoons oyster sauce 2 tablespoons chili sauce 1 cup hot water salt sugar seasoning Fried rice Mashed onions and garlic heat a little oil, add the mashed ingredients. When it smells good, add the ground chilli Add eggs, stir well Sprinkle with salt Put in a bowl of white rice Stir well, ready and set aside. put the rice in a bowl and turn over on a plate Fry the omelet and serve on a plate with rice Shell out Homemade Special Heat the oil. Add the saute ingredients and saute until fragrant and crisp. When dry, add chili paste. Then add the oyster sauce and chili sauce Add shrimp, hot water Then just add salt and a little sugar * be careful in the use of salt because oyster sauce is already salty. Let the gravy simmer for a while. Add vegetables Finally add the scallop (the last entry because it has been boiled) Shell out homemade special is ready to be poured into a plate with rice. Arrange the cucumbers next to the rice Good luck Instagram: https://instagram.com/tigaberadik333 Business inquiries: tigaberadik333@gmail.com Do not reupload our content but you can share our videos. Sekian perkongsian Resepi hari ini. Lebih banyak content yang akan dibawakan oleh Tiga Beradik. Terus SUBSCRIBE Tiga Beradik dan Like, Comment, Share sekarang. Salam Ceria dari Gee di Tiga Beradik #nasigoreng , #resepinasigorengshellout, #tigaberadik, #resepiringkasnasigoreng, #resepimakanmakan, #howto #resepimudah nasi goreng dah siap, ini adalahh hasil nasi goreng yang gee masak sebentar tadi. Gee akan hidangkan dengan hirisan timun. Seterusnya gee akan gorengkan telur dadar. dan sediakan shell out home made. Bahan bahan ringkas , Bawang holland 1/4, sbawang merah , bawang putih, kacang panjang, carrot , cili hijau , cili merah , serai

RESEPI : UDANG BLACK PEPPER

Assalamualaikum.. hari ni Norzi update Udang Black Pepper... senang je resepi ni.. anak-anak gemar aka suka.. tetapi hati-hati , dalam kata udang ni sedap.. udang ni juga berkolestrol tinggi... jadi ada baiknya dikurangkan  kekerapan mengambil udang demi menjamin kesihatan anda... :) . 

Semasa baru berumahtangga, Norzi dan suami selalu ke Klang untuk menikmati masakan udang black pepper.. nama restoran adalah restoran Chendayu. Dah lama sangat dah.. tempat makan tu pun adalah jenis rumah yang di buat kedai makan berdekatan dengan kawasan nelayan dan kita macam di restoran terapung..... Nama kedai Chendayu.. kalau sesiapa pernah pergi, tentu sukakan pemandangan sekitar Chendayu kan .... tidaklh eksklusif mana pun cuma pemandangan memang terbaik , disamping masakan menggunakan bahan mentah udang, ikan , sotong dan ketam yang segar..dan di sekitar tu boleh nampak sampan... ada masa boleh nampak kapal juga.. nanti Norzi selongkar tengok ada tak gambar... 

Kali ni , Norzi pulak nak masak..macam biasala, Norzi akan gunakan mangkuk untuk campur semua bahan, Norzi gaulkan semua sekali...ok sambil-sambil layan gambar, jom semak resepi..!



campurkan bahan2 dalam satu mangkuk.





 

Dah siap.. Udang Black pepper 



Resepi: Norzi Foodilicious House/ Norzi Beautilicious House 

Bahan-bahan udang black paper:

15 ekor udang*
1 biji bawang besar-hiris kasar*
2 biji bawang putih di ketuk*
1/4 lobak merah (potong memanjang)*
1 inch halia dipotong memanjang*
1 Biji cili merah (potong panjang belah 4)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos pepper
1/3 lada hitam di tumbuk
sedikit gula
sedikit garam 


Cara-cara :
1) Campurkan semua bahan  bertanda *di dalam satu mangkuk
2)Panaskan kuali, sedikit minyak dalam kuali..tunggu hingga kuali panas..kalau boleh kawal api.. masa mula-mula api sedikit besar... kemudian di pertengahan memasak boleh di kecilkan sedikit api memasak.

3)Apabila nampak dah panas , masukkan semua bahan dalam kuali.

4) Goreng sekejap, terus masukkan cili kisar, goreng sehingga agak kering

5) Masukkan sos tiram, sos pepper, lada hitam yang telah di tumbuk ..dan kacau rata

6)Masukkan gula , garam dan cili dan kacau lagi hingga mesra dan lepas tu boleh la diangkat...

Semogga membantu 
salam ceria 
~Norzi

RESEPI : UDANG & KENTANG GORENG CAMPUR



Udang & kentang Goreng Campur versi Norzi


Bahan-Bahan (2 orang makan)

10 ekor udang
Sebiji kentang (di belah panjang )
2 biji bawang merah (dihiris)
2 Ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris tebal sedikit)
Cili api (5 biji- diketuk)
1 biji Cili Merah (Hiris serong)
sedikit Daun Kuchai di potong 1 inch panjang
1/2 inch halia (dihiris)
Sedikit Minyak
1 sudu besar Sos tiram
Sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
serbut perasa

********************************************
Cara-caranya

1. udang -guntingkan bahagian sesungut dan basuh bersih
2. Gaul rata sos tiram, kunyit, garam sedikit serbuk perasa,ketepikan sebentar.

3. Panaskan minyak,.
4. Kunyitkan sedikit kentang, goreng kentang.
TIPS: Mesti tunggu kuali benar2 panas baru masukkan
kentang.

5. Kentang dah masak, angkat, ketepikan.
6. GUna kuali dan minyak yang sama, bila panas , masukkan udang, bawang merah, bawang putih,bawang besar, halia, cili hijau serentak, tetapi kuali mesti benar-benar panas. Kacau-kacaukan, api besar sedikit, kemudian api sederhana.
7. Bila dah kekuningan/agak garing, masukkan kentang, dan daun kuchai serta cili merah serentak. kacau hingga masak/ daun kuchai layu ,rasa dan perasakan ikut selera anda. 
Siap!  

selamat mencuba!

~Norzi ~





“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...