Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label HONG KONG. Show all posts
Showing posts with label HONG KONG. Show all posts

SYMPHONY OF LIGHTS, HONG KONG

Sepanjang di Hong Kong, ada satu tempat yang Norzi, anak Norzi dan kawan-kawan ingin pergi iaitu Symphony of Lights, Victory Harbour Light show. Symphony of Lights atau Simfoni Cahaya adalah pertunjukan cahaya beserta bunyi di Hong Kong. Mengikut Guinness World Records, ia adalah satu pertunjukan cahaya dan bunyi yang tetap  dan terbesar di dunia ...jadi agak teruja la untuk melihat secara dekat.. Sebelum ni baca sahaja jadi tidak boleh nak judge.





Berdasarkan pembacaan, pertunjukan ini dilakukan setiap malam  pada pukul 8 malam Hong Kong sekiranya cuaca  baik. Kami tiba awal sedikit, dalam jam 6 petang dah sampai dan berlegar legar di sepanjang Avenue of Stars. Puas tangkap gambar. Macam-macam gambar ambil, boleh dikatakan semua orang cameraman... klik klik klik tak sudah. Tujuan kami datang awal sedikit sebab malas nak jalan kaki balik ke tempat menginap Reliance Inn. Selain kalau dah masuk bilik , jangan harap la nak keluar semula, dah dapat mandi dan baring mesti la terus rasa nak tidur.. jadi kami sepakat terus je tunggu. Datang awal sikit dapat tempat hadapan sekali, dengan harapan pemandangan tidak terganggu hehe. Oleh sebab pemandangan cahaya lampu dipancarkan dari bangunan yang menyebarangi persisiran Tsim Sha Tsui, maka kami semua tersadai la di tepi tembok..





Dapat tempat depan sekali. Ini kaki Norzi dan anak Norzi. Berbaloikah penantian itu 







Bila makin gelap , diikuti dengan cuaca semakin sejuk.. kena dengan angin ..sangat sejuk.. Oleh sebab kami sentiasa bawa light jacket, terus je sarungkan light jacket.


Pertunjukan Symphony of lights ini merupakan Satu teknik mengarang muzik, lampu hiasan, memaparkan cahaya laser, dan bunga api piroteknik, cahaya multimedia dan persembahan bunyi berlangsung selama kira-kira 14 minit.. Semasa persembahan yang kami saksikan , cahaya , projection , music semuanya tak synchronized. Selain itu sound system pun agak poor. Norzi tidak pasti itu memang standard sebenar persembahannya atau kebetulan pada hari itu memang persembahan itu bermasalah. Ha , masa pertunjukan tu dah selesai , Norzi ingatkan yang di tunjuk sebelum ni intro rupanya itu memang main show.  Rupanya dah boleh balik bila orang mula bersurai... Rasa agak tidak berbaloi menunggu. Kalau tengok iklan macam outstanding sangat. lagi lagi kalau tengok gambar kat bawah ni..... 




Teruja nak tengok pertunjukan simfoni cahaya dan bunyi macam dalam gambar ini :)

Tapi alang-alang dah sampai Hong Kong, kena la saksikan sendiri... rugi pula tak tengok. Kebanyakan tempat utama pelancongan di Hong Kong Norzi pergi , hanya Ladies Night Market je Norzi tak pergi.. 

Ok nantikan kisah Hong Kong yang lain di lain entri. 

Salam ceria.
Norzi~


MENGINAP DI RELIANCE INN DI HONG KONG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Musim-musim cuti sekolah ni mesti ramai yang ambil kesempatan melancong , bawa anak anak jalan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim antara anak dan ibubapa... kalau tidak sibuk sekolah dan bekerja.. masa bersama amat terhad. 


Ok, sedikit cerita tentang perjalanan Norzi , anak dan rakan rakan Norzi. Kami telah ke Hong Kong April 2014 yang lalu. Amboi..bukan main lama punya cerita , baru boleh up . Kami menaiki penerbangan Air Asia. Kami teruja sangat . Pengalaman percutian di Hong Kong benar-benar buat kami teruja kerana cuaca pada masa itu adalah 19 degree. Memang sejuk , kalau malam lagi sejuk. Jadi kami tak ketinggalan bawa light jacket sebagai persediaan menghadapi cuaca di sana. 

15 April 2014 
Penerbangan jam 7.10 am dan tiba di Hong Kong pada jam 11.05am . Jumlah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong adalah hampir 4 jam.

Dari air port Norzi naik bas ke destinasi penginapan. Check -in , Kami menginap di Reliance Inn. Alamat penuh Reliance Inn  (Reception @ C1, 17/F, Block C) Flat 7, Block B, 13/F, Chungking Mansion, 40 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong





Reliance Inn Hong Kong - Bilik Tetamu
source : Agoda


Ini lah gambar yang hotel semasa beli di Agoda. Tak sempat nak tangkap gambar hotel, Sebab hotelnya sangat kecil.. Mula-mula teruja.. Bila dah sampai Reliance Inn kamit erkejutekejap dengan suasana nak masuk ke Hotel. Di Hong Kong, biasa la semuanya mahal.. Jadi dengan rate RM175 sehari , inilah hotel yang boleh di diami.

Sedikit review tentang hotel .

Kebaikan hotel ini adalah hanya 5 minit perjalanan ke MTR Tsim Sha Tsui, dan 10 min tempoh masa jika berjalan kaki ke Avenue of Star. Memang dekat tapi cuma bangunan hotel yang kami duduk ni ramai orang Negro dan Bagla jadi agak nampak kelam kabut dan tak selesa. Persekitarannya menakutkan. Bayangkan bila Norzi masuk sahaja ke Relian Inn ini , Norzi menangis.. tak tahan rasanya melihat tempat ni. Tempat ini kawan Norzi yang tolong book kan kerana Norzi terikat dengan jadual yang ketat semasa proses booking hotel..p jadi memang tiada masa untuk surf dan baca review... 

Sambung balik,, kenapa kami semua terkejut dan bercampur takut,yang buat Norzi sangat takut ialah di reception orang yang tolong bukakan pintu adalah seorang lelaki yang mempunyai sangat banyak tattoo di badannya sehingga lah ke leher. SANGAT TAKUT dan benar benar menakutkan! Mula mula kami ingatkan salah tempat. Tapi bila tunjuk slip Agoda, dia terus suruh masuk.. Kawan-kawan semua buat muka berani.. ini back packer punya style .. Norzi tak biasa ,  tambahan pula bawa anak seorang, kalau boleh nak tempat yang selamat dan benar benar selamat..Jika percutian keluarga tentu ini bukan pilihan Norzi.Pada masa tu Allah je tahu perasaan, ... Alhamdulillah semuanya ok walaupun selalu berdebar.. pintu bilik sentiasa kunci dan tak pernah guna pantry yang mereka sediakan kerana pekerja mereka semua spesis sama.. orang lelaki yang bertattoo... 

Selain itu, kami agak lega kerana di dalam lif  ada CCTV dan semua yang beratur boleh melihat TV orang yang naik lif . Jadi semua alert dengan keadaan dalam lif. Kalau sesiapa yang ada niat nak duduk di Reliance Inn Hong Kong , elok jangan teruskan. Carilah tempat lain .. bacalah review dahulu. Ambillah sedikit masa untuk buat research yang mendalam kerana kita nak ke negara orang.. menyeberangi lautan ... dah lagi satu , biarlah mahal sedikit asalkan terjamin. Syukur tiada apa yang terjadi cuma terkejut sahaja dengan Reliance Inn ini yang tidak mesra pelanggan, persekitaran, suasana dan semuanya pakej lengkap yang mengerikan... Penyambut tetamu sewajarnya perempuan dan menyambut pelanggan dengan senyuman... sekurang-kurangnya rasa selamat dan mesra pelanggan. 

Selepas ini ada sambungan Norzi ke Disneyland Hong Kong. 

Salam ceria.
Norzi~

MELANCONG KE HONG KONG (THE PEAK)

Sambungan melancong aka holiday di Hong Kong...ini adalah pakej percutian yang dirancang dan dipatuhi sendiri, Norzi tidak menggunakan perkhidmatan agen. Kebaikannya.. masa lebih fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, kekurangannya adalah perlu faham banyak aspek dan membuat research sebelum menjejakkan kaki di tanah Hong Kong dari pelbagai aspek terutamanya pengangkutan awamnya iaitu MTR dan laluan-laluanya. Salah seorang rakan Norzi pernah ke Hong Kong sebelum ini, jadi beliau agak familiar dan sangat membantu especially bila buka map laluan MTR dan berjalan kaki di subway, ada juga la yang tersesat-sesat.. tapi yang penting, kaki kena kuat untuk berjalan jauh... ops tips untuk anda, kalau kaki tak berapa kuat, bawalah minyak urut panas, malam-malam boleh urut kaki sendiri atau kaki anak- anak


Beberapa destinasi atau tempat-tempat  menarik di Hong Kong yang mesti di lawati seperti Disneyland Hong Kong, Ocean Park, The Peak dan jika masa mengizinkan boleh juga ke Macau... . seperti yang telah Norzi tuliskan di  entri sebelum ini.. kini destinasi seterusnya adalah The Peak Hong Kong. Untuk ke The Peak Hong Kong, terdapat beberapa cara untuk sampai tetapi kami memilih untuk menaiki feri untuk perjalanan pergi, sekurang-kurangnya kami dapat merasa naik feri di Hong Kong :) . Norzi menaiki Star Ferry Hong Kong dari Tsim Sha Tsui-Central route menuju ke Pulau Hong Kong. Kad Octopus ini boleh digunakan semasa menaiki Feri juga. Norzi hanya touch kan sahaja pada mesin membaca cip kad dan jumlah di tolak secara automatik.




   Kad Octopus , Hong Kong



Dari penginapan kami iaitu di Reliance Inn, Hong Kong , kami berjalan kaki ke tempat menaiki feri. Tips untuk share dengan anda, makan makanan berat pada pagi hari supaya anda bertenaga untuk berjalan dengan jarak yang jauh. Selain itu, pakai kasut yang paling selesa untuk menyokong tapak kaki sepanjang perjalanan anda. 







Sepanjang perjalanan sempat snap gambar sign board ini.




Gambar -gambar di bawah juga merupakan beberapa tempat dengan pemandangan yang menarik perhatian Norzi pada masa itu. Dengan suhu 19 degree pada waktu siang, ianya memang sejuk dan nyaman lebih - lebih lagi jika ada angin yang bertiup. Pada waktu pagi memang rasa segar, bersih dan sejuk. Rasanya masih rindukan suasana di Hong Kong.








The Peninsular Hotel yang famous dan terkenal ini juga terletak di Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong. Alamat The Peninsula Hotel - Salisbury Road, Hong Kong. Untuk pengetahuan anda, hotel ini telah di buka sejak 11hb December 1928 dan mempunyai sebanyak 38 tingkat. Hotel ini sangat cantik , di maintain dengan baik sekali dan berjaya menarik perhatian Norzi kerana ciri-ciri Modern architecture.


The Cruise Hong Kong


Berlatarbelakangan cruise di Hong Kong. Teruja sangat -Tak dapat naik, bergambar pun kira ok.


Untuk ke The Peak, Kami menaiki Feri dengan kadar tambang HK$2 untuk setiap orang . 

Kos menaiki feri seperti di bawah:
Upper deck fare (Tambang duduk di tingkat atas):
Isnin hingga Jumaat: HK$2.50
Sabtu, Ahad dan cuti umum: HK$3.00

Lower deck fare (Tambang duduk di tingkat bawah):

Isnin hingga Jumaat: HK$2.00
Sabtu, Ahad dan cuti umum: HK$2.40


Norzi dan anak ambil tiket duduk di tingkat bawah iaitu dengan harga HK$2.00 bersamaan dengan lebih kurang wang Ringgit Malaysia RM0.80 sehala untuk seorang.


Selepas turun dari feri, Norzi dan yang lain-lain menuju  ke The Peak. Kami ke the Peak sahaja semasa di Pulau Hong Kong, tetapi tidak ke Ocean Park. Tentu anda tertanya-tanya , apa yang ada di The Peak, kan? Ianya satu destinasi pelancongan yang besar meliputi The Peak Tram, Peak Tram Historical Gallery, THe Peak Tower, Sky Terrace 428, The Sky Gallery dan  Madame Tussauds Hong Kong. Semasa Norzi, anak dan rakan yang lain ke sini, kami perlu beratur panjang untuj membeli tiket.

Opening hours atau waktu operasi The Peak  adalah seperti di bawah

The Peak Tram

7 am to 12 midnight
(Mon - Sun & Public Holidays) General Enquiry :

Peak Tram Historical Gallery

7 am to 12 midnight
(Mon - Sun & Public Holidays) General Enquiry :


The Peak Tower
10 am to 11 pm (Mon - Fri)
8 am to 11 pm
(Sat, Sun & Public Holidays) General Enquiry :
Tel : (852) 2849 0668

 Sky Terrace 428

10 am to 11 pm (Mon - Fri)
8 am to 11 pm
(Sat, Sun & Public Holidays) General Enquiry :
Tel : (852) 2849 0668


 The Sky Gallery
10 am to 11 pm (Mon - Fri)
8 am to 11 pm
(Sat, Sun & Public Holidays) General Enquiry :
Tel : (852) 2849 0668

Madame Tussauds Hong Kong
9 am to 10 pm
(Mon – Sun & Public Holidays) General Enquiry :
Tel : (852) 2849 6966

Sebelum dapat masuk ke The Peak territory, anda perlu mendapatkan tiket . Sewaktu membuat belian, passport diperlukan sebagai pengenalan diri, jadi boleh bersedia dari awal.  Harga tiket seperti di bawah.


Peak Tram Sky Pass
(The Peak Tram & Sky Terrace 428)
ReturnSingle
AdultHK$ 80HK$ 68
Child (aged 3-11)
Senior (aged 65 or above)
HK$ 39HK$ 32
Source 

Sementara menunggu tram, sempat juga kami menyaksikan the Peak Tram Historical Gallery. Bahan sejarah berkaitan tram di Hong Kong.


   

Di Gallery ini banyak menunjukkan teknologi dan sistem terdahulu yang pernah  digunapakai untuk pengangkutan Tram ini. 'The Early Ticketing System' merupakan antara info yang dimuatkan di Gallery tersebut. Ianya berada di sepanjang ruang beratur, iaitu ruang selepas belian tiket di buat. Ada juga yang memaparkan  pakaian pekerja-pekerja tram terdahulu.


Masing-masing menunggu tram.  Terlalu ramai manusia dari pelbagai negara termasuklah rombongan budak sekolah yang datang melawat..




Ini sewaktu kami di The Peak Tram. Tram dah sampai dan semua teruja tangkap gambar. Kami bersedia untuk naik Tram menuju The Peak Tower seterusnya naik ke Sky Terrace 428



The Peak Tram. 


Di Peak Tower ada banyak outlet barangan berjenama. Norzi dan anak singgah ke Hard Rock Cafe boutique. Norzi dapatkan sepasang baju t-shirt Hard Rock Cafe utk suami dan anak lelaki serta satu cap  Hard Rock Cafe sebagai buah tangan. Selepas itu terus menuju ke Madame Tussauds. 





Norzi singgah di ruang legar Madame Tussauds Hong Kong. Apa itu Madame Tussauds? Madame Tussauds adalah sebuah Muzium lilin yang terkenal dan hanya terdapat di beberapa buah negara seperti di Amerika ianya terdapat di Los Angeles, Las Vegas, Washington, D.C. dan New York. Di Eropah boleh didapati di Blackpool, London, Amsterdam, Berlín dan Vienna. Sementara di Asia terdapat di Bangkok, Hong Kong, Shanghai dan Tokyo.


Madame Tussauds di Hong Kong merupakan sebahagian daripada rantaian muzium lilin yang terkenal dan untuk pengetahuan pembaca, muzium ini diasaskan oleh Marie Tussaud Perancis. Ia adalah yang pertama di Asia.



Madame Tussauds di Hong Kong membawakan hampir 100 personality terkenal daripada lilin. Norzi dan anak bergambar di depan ni sahaja, free je tak perlu bayar :) tapi jika ingin menyaksikan sendiri seolah oleh berjumpa dengan begitu ramai celebriti terkenal kaku ini, bolehla membeli tiket untuk masuk ke gallery pameran . Oleh sebab kesuntukan masa, kami tidak masuk ke muzium ini , terus sahaja naik ke Sky Terrace 428.



Ya kami telah berada di Sky Terrace !














Melihat pemandangan Hong Kong dari Sky Terrace . Perlu masukkan HK$5 untuk gunakan alat ini ya.  Tips untuk anda yang ingin ke sini pada waktu malam, pastikan jangan lupa bawa baju panas / sweater / jacket kerana pada waktu siang cuaca pada pertengahan April adalah sejuk, dan pada malam hari bertambah lagi kesejukannya. 


Pemandangan Hong Kong dari Sky Terrace.


The Peak.. I Love You . Mungkin ini tema tahun 2014 .



Di satu sudut terdapat  The Sky Gallery. Masa untuk menambah pengetahuan dengan membaca sedikit penerangan di The Sky Gallery.


Tips melancong di Hong Kong : 


1) Membeli terlebih dahulu kad Octopus. KH$50 adalah deposit dan akan dikembalikan semasa anda telah selesai menggunakan kad tersebut. Pastikan tidak di beli di 7 eleven kerana kawan Norzi tidak dapat refund HK$50 tersebut walaupun deposit telah di bayar. Pastikan kad tidak hilang kerana sangat menyukarkan keadaan dan ini akan meningkat kos sedangkan duit Hong Kong Dolar yang telah di tukar adalah terhad. Walaubagaimanapun, sekiranya duit HKD habis , anda boleh menukar lagi di mana - mana Money changer berdekatan.


2) Di sarankan membawa makanan dalam tin / makanan segera/ 3 in 1 / periuk nasi elektrik, beras, roti dan bekalan makanan lain  secukupnya. Sukar mencari makanan halal dan restoran halal sangat sedikit, kebanyakannya hanya boleh di dapati di Masjid.

3) Cuaca sejuk menyebabkan Norzi dan anak mudah lapar. Tambahan pula kami menaiki train dan melalui subway, tram , feri, maka banyak tenaga di perlukan. Digalakkan   membawa roti Gardenia yang 50 sen tu letak kat dalam beg sebagai bekalan. Atau boleh beli sebarang biskut  atau coklat bar sebagai bekalan. In case lapar semasa tengh berjalan-jalan tu, tak perlu balik hotel, terus makan. Sekurang-kurangnya dapat tenaga segera. Kalau bawa anak, bawa la roti lebih kerana ianya lebih ringan dan mudah untuk di bawa samada hand carry atau di luggage semasa menaiki pesawat.

4) Bawa botol mineral kosong sebagai persediaan untuk proses pembuangan di toilet. Di sana, toiletnya tiada paip , jadi sila bersedia untuk digantikan sebagai gayung. 

5) Sukar mendapatkan makanan halal . Baca entry seterusnya tentang tips untuk makan di Hong Kong.

Sedikit mengenai Hong Kong yang perlu diketahui.
Pulau Hong Kong (Cina: 香港 岛) adalah sebuah pulau di bahagian selatan Hong Kong Wilayah Pentadbiran Khas. Ia mempunyai penduduk 1289500 [1] dan kepadatan penduduknya ialah 16,390 / km ², [2] pada 2008. Pulau ini mempunyai penduduk 3,000 penduduk yang bertaburan di kampung-kampung nelayan dozen apabila ia telah diduduki oleh United Kingdom pada Perang Candu. Pada tahun 1842 pulau itu secara rasmi diserahkan buat selamanya ke UK di bawah Perjanjian Nanking dan Kota Victoria kemudian ditubuhkan di pulau itu oleh Tentera British . Pulau ini telah dikembalikan kepada China pada tahun 1997 di bawah 1984 China-British Deklarasi Bersama.

Kawasan Tengah di pulau itu merupakan pusat sejarah, politik dan ekonomi Hong Kong. Pantai utara pulau membentuk pantai selatan Victoria Harbour, yang sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk pembangunan Hong Kong kerana perairan yang mendalam digemari oleh kapal-kapal dagangan yang besar.

Pulau ini adalah rumah bagi banyak tempat-tempat yang paling terkenal di Hong Kong, seperti "The Peak", Ocean Park, banyak tempat bersejarah dan pusat-pusat membeli-belah yang besar. Banjaran gunung di seluruh pulau ini juga terkenal dengan mendaki. Bahagian utara Pulau Hong Kong bersama-sama dengan Kowloon membentuk kawasan bandar teras Hong Kong. Kawasan gabungan mereka adalah kira-kira 88.3 km2 (34.5 persegi mi.) Dan penduduk gabungan mereka (dari bahagian utara pulau dan Kowloon) adalah lebih kurang 3156500, mencerminkan kepadatan penduduk 35,700 / km ² (91.500 / persegi mi. ).

source: wiki
Selamat melancong, 
Norzi~




Anda mungkin juga berminat : 


 Makan di Hong Kong





“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...