Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label TRAVEL WRITING. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL WRITING. Show all posts

SYMPHONY OF LIGHTS, HONG KONG

Sepanjang di Hong Kong, ada satu tempat yang Norzi, anak Norzi dan kawan-kawan ingin pergi iaitu Symphony of Lights, Victory Harbour Light show. Symphony of Lights atau Simfoni Cahaya adalah pertunjukan cahaya beserta bunyi di Hong Kong. Mengikut Guinness World Records, ia adalah satu pertunjukan cahaya dan bunyi yang tetap  dan terbesar di dunia ...jadi agak teruja la untuk melihat secara dekat.. Sebelum ni baca sahaja jadi tidak boleh nak judge.





Berdasarkan pembacaan, pertunjukan ini dilakukan setiap malam  pada pukul 8 malam Hong Kong sekiranya cuaca  baik. Kami tiba awal sedikit, dalam jam 6 petang dah sampai dan berlegar legar di sepanjang Avenue of Stars. Puas tangkap gambar. Macam-macam gambar ambil, boleh dikatakan semua orang cameraman... klik klik klik tak sudah. Tujuan kami datang awal sedikit sebab malas nak jalan kaki balik ke tempat menginap Reliance Inn. Selain kalau dah masuk bilik , jangan harap la nak keluar semula, dah dapat mandi dan baring mesti la terus rasa nak tidur.. jadi kami sepakat terus je tunggu. Datang awal sikit dapat tempat hadapan sekali, dengan harapan pemandangan tidak terganggu hehe. Oleh sebab pemandangan cahaya lampu dipancarkan dari bangunan yang menyebarangi persisiran Tsim Sha Tsui, maka kami semua tersadai la di tepi tembok..





Dapat tempat depan sekali. Ini kaki Norzi dan anak Norzi. Berbaloikah penantian itu 







Bila makin gelap , diikuti dengan cuaca semakin sejuk.. kena dengan angin ..sangat sejuk.. Oleh sebab kami sentiasa bawa light jacket, terus je sarungkan light jacket.


Pertunjukan Symphony of lights ini merupakan Satu teknik mengarang muzik, lampu hiasan, memaparkan cahaya laser, dan bunga api piroteknik, cahaya multimedia dan persembahan bunyi berlangsung selama kira-kira 14 minit.. Semasa persembahan yang kami saksikan , cahaya , projection , music semuanya tak synchronized. Selain itu sound system pun agak poor. Norzi tidak pasti itu memang standard sebenar persembahannya atau kebetulan pada hari itu memang persembahan itu bermasalah. Ha , masa pertunjukan tu dah selesai , Norzi ingatkan yang di tunjuk sebelum ni intro rupanya itu memang main show.  Rupanya dah boleh balik bila orang mula bersurai... Rasa agak tidak berbaloi menunggu. Kalau tengok iklan macam outstanding sangat. lagi lagi kalau tengok gambar kat bawah ni..... 




Teruja nak tengok pertunjukan simfoni cahaya dan bunyi macam dalam gambar ini :)

Tapi alang-alang dah sampai Hong Kong, kena la saksikan sendiri... rugi pula tak tengok. Kebanyakan tempat utama pelancongan di Hong Kong Norzi pergi , hanya Ladies Night Market je Norzi tak pergi.. 

Ok nantikan kisah Hong Kong yang lain di lain entri. 

Salam ceria.
Norzi~


MENGINAP DI RELIANCE INN DI HONG KONG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Musim-musim cuti sekolah ni mesti ramai yang ambil kesempatan melancong , bawa anak anak jalan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim antara anak dan ibubapa... kalau tidak sibuk sekolah dan bekerja.. masa bersama amat terhad. 


Ok, sedikit cerita tentang perjalanan Norzi , anak dan rakan rakan Norzi. Kami telah ke Hong Kong April 2014 yang lalu. Amboi..bukan main lama punya cerita , baru boleh up . Kami menaiki penerbangan Air Asia. Kami teruja sangat . Pengalaman percutian di Hong Kong benar-benar buat kami teruja kerana cuaca pada masa itu adalah 19 degree. Memang sejuk , kalau malam lagi sejuk. Jadi kami tak ketinggalan bawa light jacket sebagai persediaan menghadapi cuaca di sana. 

15 April 2014 
Penerbangan jam 7.10 am dan tiba di Hong Kong pada jam 11.05am . Jumlah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong adalah hampir 4 jam.

Dari air port Norzi naik bas ke destinasi penginapan. Check -in , Kami menginap di Reliance Inn. Alamat penuh Reliance Inn  (Reception @ C1, 17/F, Block C) Flat 7, Block B, 13/F, Chungking Mansion, 40 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong





Reliance Inn Hong Kong - Bilik Tetamu
source : Agoda


Ini lah gambar yang hotel semasa beli di Agoda. Tak sempat nak tangkap gambar hotel, Sebab hotelnya sangat kecil.. Mula-mula teruja.. Bila dah sampai Reliance Inn kamit erkejutekejap dengan suasana nak masuk ke Hotel. Di Hong Kong, biasa la semuanya mahal.. Jadi dengan rate RM175 sehari , inilah hotel yang boleh di diami.

Sedikit review tentang hotel .

Kebaikan hotel ini adalah hanya 5 minit perjalanan ke MTR Tsim Sha Tsui, dan 10 min tempoh masa jika berjalan kaki ke Avenue of Star. Memang dekat tapi cuma bangunan hotel yang kami duduk ni ramai orang Negro dan Bagla jadi agak nampak kelam kabut dan tak selesa. Persekitarannya menakutkan. Bayangkan bila Norzi masuk sahaja ke Relian Inn ini , Norzi menangis.. tak tahan rasanya melihat tempat ni. Tempat ini kawan Norzi yang tolong book kan kerana Norzi terikat dengan jadual yang ketat semasa proses booking hotel..p jadi memang tiada masa untuk surf dan baca review... 

Sambung balik,, kenapa kami semua terkejut dan bercampur takut,yang buat Norzi sangat takut ialah di reception orang yang tolong bukakan pintu adalah seorang lelaki yang mempunyai sangat banyak tattoo di badannya sehingga lah ke leher. SANGAT TAKUT dan benar benar menakutkan! Mula mula kami ingatkan salah tempat. Tapi bila tunjuk slip Agoda, dia terus suruh masuk.. Kawan-kawan semua buat muka berani.. ini back packer punya style .. Norzi tak biasa ,  tambahan pula bawa anak seorang, kalau boleh nak tempat yang selamat dan benar benar selamat..Jika percutian keluarga tentu ini bukan pilihan Norzi.Pada masa tu Allah je tahu perasaan, ... Alhamdulillah semuanya ok walaupun selalu berdebar.. pintu bilik sentiasa kunci dan tak pernah guna pantry yang mereka sediakan kerana pekerja mereka semua spesis sama.. orang lelaki yang bertattoo... 

Selain itu, kami agak lega kerana di dalam lif  ada CCTV dan semua yang beratur boleh melihat TV orang yang naik lif . Jadi semua alert dengan keadaan dalam lif. Kalau sesiapa yang ada niat nak duduk di Reliance Inn Hong Kong , elok jangan teruskan. Carilah tempat lain .. bacalah review dahulu. Ambillah sedikit masa untuk buat research yang mendalam kerana kita nak ke negara orang.. menyeberangi lautan ... dah lagi satu , biarlah mahal sedikit asalkan terjamin. Syukur tiada apa yang terjadi cuma terkejut sahaja dengan Reliance Inn ini yang tidak mesra pelanggan, persekitaran, suasana dan semuanya pakej lengkap yang mengerikan... Penyambut tetamu sewajarnya perempuan dan menyambut pelanggan dengan senyuman... sekurang-kurangnya rasa selamat dan mesra pelanggan. 

Selepas ini ada sambungan Norzi ke Disneyland Hong Kong. 

Salam ceria.
Norzi~

AGROTECHNOLOGY PARK MARDI CAMERON HIGHLANDS


Semasa percutian Norzi di Cameron Highlands tempoh hari , kali ini merupakan kali pertama Norzi dan keluarga ke Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Walaupun sebelum ini sudah beberapa kali Norzi dan keluarga ke Cameron Highlands, tetapi seringkali tidak menjadi kerana di kawasan memakir kenderaan yang sentiasa sesak. Alhamdulillah kali ini kami pergi kadar kesibukannnya sangat berkurangan berbanding kunjungan -kunjungan kami sebelum ini.. dan yang seronoknya kami dapat parking berdekatan dengan kaunter membeli tiket. Kaunter belian tiket berada di hadapan entry Agrotechnology Park. Jadi sebelum masuk , anda perlu membuat belian tiket ya.







Contoh Tiket masuk ke Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands


Ini merupakan salah satu lubuk ilmu, mengenali dan mempelajari pelbagai maklumat  untuk spesis pelbagai tumbuh-tumbuhan. Sangat menyeronokkan lebih lebih lagi bagi pencinta tumbuh-tumbuhan. Keindahan alam semula jadi, menikmati pandangan dengan pepohon dan tumbuhan yang pelbagai dengan kadar penyenggaraan yang baik  di tambah pula dengan cuaca sejuk memberikan kepuasan bagi sesiapa sahaja yang ke sini



Secara amnya , Agrotechnology ini terbahagi kepada enam kawasan utama yang merangkumi The English Garden, Herb Garden, Orchid Garden , Rose Garden, Orchid Garden , Pusat Penyelidikan (Research Center) dan Pusat Informasi (Information Center). 


Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Taman Agrotechnology ini menempatkan 40 varieties bunga rose, 10 strawberries, 100 citrus fruits, at least six types of anthuriums, four varieties of apples, and pears and persimmons.

Taman ini merupakan pusat penyelidikan tertua di Malasya sejak Cameron Highlands menjadi lokasi pelancongan yang sangat di kenali, dan MARDI pula dengan idea menjadi Agrotecnology Park.


Alamat penuh Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands adalah seperti di bawah KR266, Jalan Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Tanah Rata, Pahang
No telefon :05-491 1255


Pemandangan yang cantik dan sejuk mata memandang si sekitar Taman Agrotechnology. Warna bunga-bunga segar menarik perhatian anak-anak.

Harga tiket ke Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands adalah seperti di bawah:
Dewasa: RM5.00
Kanak-kanak: RM3.00

Waktu buka seperti di bawah

Isnin hingga  Khamis  8.00 pagi hingga 12.45 tengahari / 2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat                        8.00 pagi hingga 12.45 tengahari / 2.30 petang hingga 5.00 petang
Santu dan Ahad          8.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup pada Aidilfitri and Aidiladha




Bagi yang akan ke Cameron Highlands, selamat bercuti !
~Norzi





Related posts
Taman Periuk Kera di Cameron Highlands
Buah Kelapa Laut











PERIUK KERA DI TAMAN PERIUK KERA, CAMERON HIGHLANDS


Semasa percutian Norzi di Cameron Highlands tempoh hari , kali ini merupakan kali pertama Norzi dan keluarga ke Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Sebelum ini sudah banyak kali Norzi dan keluarga ke Cameron Highlands, tetapi memandangkan di kawasan memakir kenderaan sentiasa sesak, jadi kami selalu batalkan hasrat untuk ke Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Alhamdulillah kali ini kami pergi kadar kesibukannnya acceptable , dan kami dapat parking berdekatan dengan kaunter membeli tiket. Lihat entry Norzi ke Agro Technology Park Mardi Cameron Highlands di sini.





Untuk entry kali ini, Norzi hanya ingin menulis tentang periuk kera. Terdapat Taman Periuk Kera di dalam Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Memandangkan tumbuhan periuk kera ini sangat sukar dilihat, ini merupakan sesuatu yang menarik perhatian Norzi sekeluarga.





Berdasarkan maklumat di Taman Periuk Kera, periuk kera atau nama saintifiknya adalah Nepenthes adalah sejenis tumbuhan tropika yang mempunyai tabiat karnivor (carnivorous). Genus Nepenthes mempunyai lebih kurang 90 spesis di seluruh dunia dan kebanyakannya terdapat di kawasan Nusantara Melayu dan kawasan taburan merangkumi Madagaskar di Barat dan India di Utara.



Terdapat  lebih kurang 90 spesis periuk kera ~ periuk kera yang di jaga rapi di Taman Periuk Kera


Di Taman Periuk Kera ini juga adalah sebuah taman koleksi pelbagi jenis (spesis dan hibrid) Nepenthes. Bersesuaian dengan konsep TICER (Technology , Innovation , Conservation, Education and Recreation ), Taman Periuk Kera ini juga menempatkan beberapa jenis Nepenthes luar , terutama dari Borneo (Sarawak), Sumatera dan negara lain seperti Australia untuk dipamerkan kepada pengunjung Taman Agrotechnology. Daripada maklumat yang dinyatakan di Taman Periuk Kera ini juga, contoh jenis periuk kera yang ditempatkan di Taman Periuk Kera ini adalah seperti N. Jokeriana, N. Sibuyanensis x merilliana, N. Veitchii x nepenthes tempatan (Cameron highlands) pula adalah seperti N.macfarlaneo dan N.Abomarginata.

Untuk pengetahuan anda, hasil daripada kunjungan Norzi ke Taman Periuk Kera ini, barulah Norzi ketahui bahawa habitat periuk kera terdiri di pelbagai kawasan termasuklah dari kawasan pantai , gunung batu kapur, hutan hujan (rainforest), dan hutan lumut berawan. Bukan itu sahaja, malahan terdapat juga periuk kera dari spesis yang hidup di kawasan rendah (lowlanders) yang panas manakala yang lainnya hidup di kawasan tinggi yang sejuk atau highlanders (lebih 1000 meter di atas paras laut).





Close up tumbuhan Periuk kera di Taman Periuk Kera



Nepenthes atau periuk kera ini juga adalah tumbuhan herba ( herbaceous ) dan kebanyakannya periuk kera tumbuh sebagai tumbuhan pemanjat dengan tendril yang bergulung tumbuh dari hujung daun dan menjadi alat pemegang untuk memanjat tumbuhan lain . Struktur periuk atau pitcher serta tabiat karnivor tumbuhan ini menjadikannya sangat pelik dan istimewa. Sementara, periuk atau pitchernya mempunyai pelbagai bentuk, saiz, dan warna. Setelah di perhatikan dari dekat , memang benar bahawa tumbuhan periuk kera ini empunyai bibir di permukaan pitcher yang berwarna kemerah-merahan serta mengikut fakta yang ditulis di Taman Periuk Kera tersebut, periuk kera boleh mengeluarkan madu (nectar) untuk menarik perhatian serangga untuk datang lebih dekat di permukaan pitchernya.. berbahaya untuk serangga kerana ini seperti perangkap.. Serangga pula akan terbang ke dalam periuk kera dan akan terperangkap dengan sejenis pelekat dan kemudiannya jatuh ke dalam pitcher yang mengandungi cecair enzim yang akan mencerna (digest) serangga tersebut. Itulah sifat karnivor pada periuk kera ini, iaitu sentiasa mencari mangsa.





Banyak pokok periuk kera di Taman Periuk Kera

Taman Periuk Kera atau Taman Nepenthes di Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands ini berkeluasan 11.5 x 11.5 meter persegi. Berdasarkan maklumat yang terdapat di Taman Periuk Kera itu, taman ini telah didirikan dan mula beroperasi pada Februari 2014 yang lalu. Jadi kepada sesiapa yang tidak pernah melihat tumbuhan periuk kera ini, inilah peluang untuk anda menyaksikan tumbuhan periuk kera ini secara dekat. Lagi-lagi di waktu cuti sekolah, jika memang ada kelapangan untuk ke Cameron Highlands, boleh lah anda membawa anak-anak melihat pokok periuk kera, selain menjana ilmu , pelajari sesuatu yang baru dan memperolehi pengalaman melihat dari dekat, dapat merapatkan silaturrahim antara ahli keluarga . 



Selamat bercuti.
~Norzi




Related posts: 
Air kelapa laut 



ARNAB DI TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI, CAMERON HIGHLANDS


Kunjungan Norzi dan keluarga ke Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands penuh dengan sessi pembelajaran , selepas penulisan tentang pengenalan tentang Taman Agrotecknologi Mardi Cameron Highlands ,  pokok periuk kera di Taman Periuk Kera juga di Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands dan membeli buah kelapa laut di Cameron Highlands, kini Norzi kongsikan juga tips bagaimana untuk anda handle arnab. Ini khas bagi mereka yang memerlukan maklumat tentang arnab, memelihara arnab, penggemar arnab atau sesiapa sahaja yang sedang membuat penyelidikan atau research tentang arnab. Norzi secara peribadi hanya boleh berkongsi maklumat , selebihnya Norzi ambil sebagai maklumat am kerana Norzi tidak biasa dan takut untuk memegang haiwan seperti kucing dan arnab. Walaupun tidak berbahaya tetapi Norzi tidak berani :). 




Ilmu yang di perolehi di Taman Agroteknologi Mardi ini sangat bermakna. Selain dari memberikan anak-anak pendedahan, pendekatan dan pengalaman, Norzi ingin mereka melihat dari dekat dan anak-anak Norzi sangat teruja melihat haiwan yang comel ini.  



Sedikit maklumat atau perkongsian  tentang yang sempat di muatkan di sini . Tapi sebelum ini Norzi kongsikan sedikit informasi am tentang arnab. 

Arnab atau nama saintifiknya Oryctolagus Cuniculus berasal dari Sepanyol. Perkataan Hispania bermaksud 'negara arab' juga merujuk kepada bangsa Sepanyol. Dikategorikan mengikut saiz badan dan kegunaannyya iaitu :

a) baka besar lebih dari 5 kg seperti Flemish giant dan German Lops (untuk kulit dan daging)
b)baka sederhana 3.5-4.5kg, seperti New Zealand White dan Californian (untuk daging)
c)baka kecil 2.5-3kg, seperti arnab tempatan, Rex dan Angora (untuk bulu)

Arnab adalah mamalia , mampu melahirkan anak selepas berumur 5-6 bulan, bilangan anak setiap kelahiran 5-12 ekor, dengan kekerapan 6 kali setahun. Tempoh bunting antara 28-35 hari. Dalam masa 8-11minggu, arnab boleh dipasarkan (-2kg). Arnab aktif pada suhu sejuk , tidak selsa pada suhu melebihi dari 31darjah celcius . Telinga arnab besar dan banyk saluran darah , oleh itu elakkan daripada memegang telinganya. Arnab menggali lubang untuk persembunyian dan berteduh daripada cuaca panas. 

Daging arnab termasuk dalam golongan daging putih seperti daging ayam dan dading anak lembu. Kandungan protein tinggi dan kandungan lemak rendah. Dagingnya mudah hadam, baik untuk pencernaan , mengurangkan risiko darah tinggi dan gout.


Sedikit maklumat yang Norzi extract dari display yang di letakkan di sekeliling kandang arnab di Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands.



                                                                     How to handle your rabbits 


105. Rabbits must be handled with great care in order not to hurt them

106. When u pick up a rabbit , hold it firmly but gently.

107. Make no sudden movements or you may frighten the rabbit and it will begin to 
struggle or scratch you.

108. Remember , never pick up a rabbit by the legs or the ears or you may hurt it.

109. Now let us learn the right way to pick up rabbits or different sizes and how to carry them.

110. When a rabbit is full-grown the skin over the shoulders at the back if the neck is very loose.

111.Gently grasp this loose skin with one hand to hold the rabbit and put the other hand under the rabbit to pick it up.

112. When you lift the rabbit, the hand under the animal should carry nearly all of the weight.

113. A small rabbit can be lifted and carried by holding it firmly between the hips and the ribs with the head hanging down.

114. With a heavy rabbit, gently grasp the loose skin at the back of the neck with one hand and put the head of the rabbit behind the elbow of the other arm.

115. Hold the heavy rabbit firmly against your side with the lower part of this arm and put the other arm under the rabbit.



Anak Norzi , Khalisah memerhati arnab di dalam kandang


Terlalu banyak ilmu pengetahuan yang dapat di timba di Taman Agrotek Mardi ini. Sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Norzi berpendapat, sangat sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak ke sini jika ada kelapangan dan sangat sesuai jika dapat memenuhi cuti sekolah juga. Biasanya pada musim cuti sekolah ibu bapa tercari-cari lokasi untuk membawa anak menghabiskan masa bersama keluarga , jadi Cameron Highlands adalah salah satu destinasi yang menarik dan boleh di masukkan dalam senarai MUST-GO-PLACES. Sampai sini dahulu , jumpa lagi di lain coretan. Assalamualaikum.



Salam ceria,
Norzi~

RESTORAN HALAL DI GUANGZHOU (2014)


Assalamualaikum..salam sejahtera, akhirnya Norzi  berjaya juga mencari -cari waktu untuk mengupdate blog dengan cerita-cerita travel tahun 2014. Semakin lama dah tersimpan cerita di negara orang... sekejap je berjalan tapi banyak yang dipelajari..pengalaman-pengalaman yang menarik. Kali ini, Norzi entrikan di sini supaya ianya dapat menyimpan kenangan Norzi ketika di Guangzhoa, China. Cerita tentang makan adalah sesuatu yang perlu Norzi dikongsikan di sini. 

Makan di Guangzhoa tidaklah sesusah di Hong Kong. Walaupun masih dikategorikan susah berbanding makan di Malaysia , tetapi di sekitar tempat tinggal Norzi terdapat restoran halal masakan Cina Muslim. Walaubagaimana pun, tidak lah sesenang melangkah keluar terus boleh makan. Masih menuntut misi pencarian dan penggunaan kenderaan awam adalah perlu untuk sampai ke destinasi restoran.

Semasa tiba di Guangzhoa , segala bekalan makan Norzi bawa telah habis di makan semasa berada di Hong Kong dan Shenzen. Jadi memang sangat memerlukan kedai untuk membeli makanan. Sebagai back up, Norzi beli beberapa jenis buah-buahan untuk di makan di kala kelaparan, lepas makan buah mungkin lebih lapar , atau kena cepat-cepat tidur sebab takut lebihlapar  lebih -lebih lagi waktu malam. Tapi bagus kalau nak menurunkan berat badan ni.. Antara buah-buahan yang dibeli adalah seperti anggur, epal dan pear. 

Niat utama semasa di Guangzhoa adalah untuk bershopping. Selain dari alat  IT , langsir , baju-baju  dewasa, Norzi bercadang membeli pakaian untuk anak-anak (sebab ingatkan murah) . Tetapi bila berada di sana, Norzi berpendapat  tidak sesuai bershopping di Guangzhao kerana mereka tidak jual dengan kuantiti kecil ,untuk nikmati kadar harga yang murah semuanya dalam kuantiti besar... banyak yang tak dapat beli sebab bila hendak beli retail , harga jauh lebih mahal dan lebih baik beli di Malaysia kerana rasa beban pula nak bawa masuk luggage.. silap-silap boleh kena beli xtra luggage sebab overload.. itulah kesannya tak habis study / buat research pasal Guangzhoua... tapi tetap menarik.. 

Semasa perjalanan di kedai-kedai baju, Norzi terjumpa restoran  Bareka. Restoran ini menyediakan makanan arab dan bila lalu di restoran ini , teringat restoran Saba' di Cyberjaya memang sama je bau masakan... Lapar sangat so kami pun masuk la untuk makan tengahari.


Bareka Restaurant 

Masa Norzi ke The Fu Li Children's World , tempat borong kanak-kanak punya pakaian jumpa restoran Bareka Restoran.  Ini alamat kedai.

Zhong ShanBa Road No 41-8
(Next to The Fu Li Children's World)
Tel 020-81220389



Pilihan menu yang pelbagai ...masa tengah lapar rasa nak oder semua ni... tip : sangat  berbahaya  masuk kedai ketika perut kosong..abis nak beli semua.

Antara menu yang di jual di sini adalah nasi arab,  BBQ Chicken with liver rice meal, Kofta Sandwich  dan pelbagai lagi resepi burger dan ayam.Oleh sebab malam semalam Norzi banyak makan buah anggur, jadi siang je lapar sangat...sa jumpa kedai ni rasa lapar sangat... akibatnya rasa ingin order semua dalam gambar tu.. ei bernafsu makan tak ingat..  






Ini nasi yang Norzi pesan. Nasi arab kambing, nama menu tak ingat... sedap tau... yum yum yum.. lapar terus tengok nasi ni



Close up sikit nasi arab di Restoran Al Baraka di Guangzhou.





Sebagai bekalan , Norzi juga bungkus satu burger untuk dimakan di dalam bilik . Masa bungkus tu,perut dah kekenyangan, rasa tak perlu la dua pcs , tapi bila dah sampai bilik , rasa lapar.... memang kena beli lebih sebab jarak dari rumah ke restoran sangat lah jauh...memerlukan cab untuk ke sana.




Informasi yang terdapat pada plastik restoran. Kalau korang nak pergi Guangzhou , boleh la makan di sini jangan lupa restoran halal di Guangzhou Al Bareka .


Tunggu entri berkenaan dengan sate kambing di Guangzhou. Sedap tau!


Salam ceria.

Norzi~

MELANCONG KE HONG KONG (THE PEAK)

Sambungan melancong aka holiday di Hong Kong...ini adalah pakej percutian yang dirancang dan dipatuhi sendiri, Norzi tidak menggunakan perkhidmatan agen. Kebaikannya.. masa lebih fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, kekurangannya adalah perlu faham banyak aspek dan membuat research sebelum menjejakkan kaki di tanah Hong Kong dari pelbagai aspek terutamanya pengangkutan awamnya iaitu MTR dan laluan-laluanya. Salah seorang rakan Norzi pernah ke Hong Kong sebelum ini, jadi beliau agak familiar dan sangat membantu especially bila buka map laluan MTR dan berjalan kaki di subway, ada juga la yang tersesat-sesat.. tapi yang penting, kaki kena kuat untuk berjalan jauh... ops tips untuk anda, kalau kaki tak berapa kuat, bawalah minyak urut panas, malam-malam boleh urut kaki sendiri atau kaki anak- anak


Beberapa destinasi atau tempat-tempat  menarik di Hong Kong yang mesti di lawati seperti Disneyland Hong Kong, Ocean Park, The Peak dan jika masa mengizinkan boleh juga ke Macau... . seperti yang telah Norzi tuliskan di  entri sebelum ini.. kini destinasi seterusnya adalah The Peak Hong Kong. Untuk ke The Peak Hong Kong, terdapat beberapa cara untuk sampai tetapi kami memilih untuk menaiki feri untuk perjalanan pergi, sekurang-kurangnya kami dapat merasa naik feri di Hong Kong :) . Norzi menaiki Star Ferry Hong Kong dari Tsim Sha Tsui-Central route menuju ke Pulau Hong Kong. Kad Octopus ini boleh digunakan semasa menaiki Feri juga. Norzi hanya touch kan sahaja pada mesin membaca cip kad dan jumlah di tolak secara automatik.




   Kad Octopus , Hong Kong



Dari penginapan kami iaitu di Reliance Inn, Hong Kong , kami berjalan kaki ke tempat menaiki feri. Tips untuk share dengan anda, makan makanan berat pada pagi hari supaya anda bertenaga untuk berjalan dengan jarak yang jauh. Selain itu, pakai kasut yang paling selesa untuk menyokong tapak kaki sepanjang perjalanan anda. 







Sepanjang perjalanan sempat snap gambar sign board ini.




Gambar -gambar di bawah juga merupakan beberapa tempat dengan pemandangan yang menarik perhatian Norzi pada masa itu. Dengan suhu 19 degree pada waktu siang, ianya memang sejuk dan nyaman lebih - lebih lagi jika ada angin yang bertiup. Pada waktu pagi memang rasa segar, bersih dan sejuk. Rasanya masih rindukan suasana di Hong Kong.








The Peninsular Hotel yang famous dan terkenal ini juga terletak di Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong. Alamat The Peninsula Hotel - Salisbury Road, Hong Kong. Untuk pengetahuan anda, hotel ini telah di buka sejak 11hb December 1928 dan mempunyai sebanyak 38 tingkat. Hotel ini sangat cantik , di maintain dengan baik sekali dan berjaya menarik perhatian Norzi kerana ciri-ciri Modern architecture.


The Cruise Hong Kong


Berlatarbelakangan cruise di Hong Kong. Teruja sangat -Tak dapat naik, bergambar pun kira ok.


Untuk ke The Peak, Kami menaiki Feri dengan kadar tambang HK$2 untuk setiap orang . 

Kos menaiki feri seperti di bawah:
Upper deck fare (Tambang duduk di tingkat atas):
Isnin hingga Jumaat: HK$2.50
Sabtu, Ahad dan cuti umum: HK$3.00

Lower deck fare (Tambang duduk di tingkat bawah):

Isnin hingga Jumaat: HK$2.00
Sabtu, Ahad dan cuti umum: HK$2.40


Norzi dan anak ambil tiket duduk di tingkat bawah iaitu dengan harga HK$2.00 bersamaan dengan lebih kurang wang Ringgit Malaysia RM0.80 sehala untuk seorang.


Selepas turun dari feri, Norzi dan yang lain-lain menuju  ke The Peak. Kami ke the Peak sahaja semasa di Pulau Hong Kong, tetapi tidak ke Ocean Park. Tentu anda tertanya-tanya , apa yang ada di The Peak, kan? Ianya satu destinasi pelancongan yang besar meliputi The Peak Tram, Peak Tram Historical Gallery, THe Peak Tower, Sky Terrace 428, The Sky Gallery dan  Madame Tussauds Hong Kong. Semasa Norzi, anak dan rakan yang lain ke sini, kami perlu beratur panjang untuj membeli tiket.

Opening hours atau waktu operasi The Peak  adalah seperti di bawah

The Peak Tram

7 am to 12 midnight
(Mon - Sun & Public Holidays) General Enquiry :

Peak Tram Historical Gallery

7 am to 12 midnight
(Mon - Sun & Public Holidays) General Enquiry :


The Peak Tower
10 am to 11 pm (Mon - Fri)
8 am to 11 pm
(Sat, Sun & Public Holidays) General Enquiry :
Tel : (852) 2849 0668

 Sky Terrace 428

10 am to 11 pm (Mon - Fri)
8 am to 11 pm
(Sat, Sun & Public Holidays) General Enquiry :
Tel : (852) 2849 0668


 The Sky Gallery
10 am to 11 pm (Mon - Fri)
8 am to 11 pm
(Sat, Sun & Public Holidays) General Enquiry :
Tel : (852) 2849 0668

Madame Tussauds Hong Kong
9 am to 10 pm
(Mon – Sun & Public Holidays) General Enquiry :
Tel : (852) 2849 6966

Sebelum dapat masuk ke The Peak territory, anda perlu mendapatkan tiket . Sewaktu membuat belian, passport diperlukan sebagai pengenalan diri, jadi boleh bersedia dari awal.  Harga tiket seperti di bawah.


Peak Tram Sky Pass
(The Peak Tram & Sky Terrace 428)
ReturnSingle
AdultHK$ 80HK$ 68
Child (aged 3-11)
Senior (aged 65 or above)
HK$ 39HK$ 32
Source 

Sementara menunggu tram, sempat juga kami menyaksikan the Peak Tram Historical Gallery. Bahan sejarah berkaitan tram di Hong Kong.


   

Di Gallery ini banyak menunjukkan teknologi dan sistem terdahulu yang pernah  digunapakai untuk pengangkutan Tram ini. 'The Early Ticketing System' merupakan antara info yang dimuatkan di Gallery tersebut. Ianya berada di sepanjang ruang beratur, iaitu ruang selepas belian tiket di buat. Ada juga yang memaparkan  pakaian pekerja-pekerja tram terdahulu.


Masing-masing menunggu tram.  Terlalu ramai manusia dari pelbagai negara termasuklah rombongan budak sekolah yang datang melawat..




Ini sewaktu kami di The Peak Tram. Tram dah sampai dan semua teruja tangkap gambar. Kami bersedia untuk naik Tram menuju The Peak Tower seterusnya naik ke Sky Terrace 428



The Peak Tram. 


Di Peak Tower ada banyak outlet barangan berjenama. Norzi dan anak singgah ke Hard Rock Cafe boutique. Norzi dapatkan sepasang baju t-shirt Hard Rock Cafe utk suami dan anak lelaki serta satu cap  Hard Rock Cafe sebagai buah tangan. Selepas itu terus menuju ke Madame Tussauds. 





Norzi singgah di ruang legar Madame Tussauds Hong Kong. Apa itu Madame Tussauds? Madame Tussauds adalah sebuah Muzium lilin yang terkenal dan hanya terdapat di beberapa buah negara seperti di Amerika ianya terdapat di Los Angeles, Las Vegas, Washington, D.C. dan New York. Di Eropah boleh didapati di Blackpool, London, Amsterdam, Berlín dan Vienna. Sementara di Asia terdapat di Bangkok, Hong Kong, Shanghai dan Tokyo.


Madame Tussauds di Hong Kong merupakan sebahagian daripada rantaian muzium lilin yang terkenal dan untuk pengetahuan pembaca, muzium ini diasaskan oleh Marie Tussaud Perancis. Ia adalah yang pertama di Asia.



Madame Tussauds di Hong Kong membawakan hampir 100 personality terkenal daripada lilin. Norzi dan anak bergambar di depan ni sahaja, free je tak perlu bayar :) tapi jika ingin menyaksikan sendiri seolah oleh berjumpa dengan begitu ramai celebriti terkenal kaku ini, bolehla membeli tiket untuk masuk ke gallery pameran . Oleh sebab kesuntukan masa, kami tidak masuk ke muzium ini , terus sahaja naik ke Sky Terrace 428.



Ya kami telah berada di Sky Terrace !














Melihat pemandangan Hong Kong dari Sky Terrace . Perlu masukkan HK$5 untuk gunakan alat ini ya.  Tips untuk anda yang ingin ke sini pada waktu malam, pastikan jangan lupa bawa baju panas / sweater / jacket kerana pada waktu siang cuaca pada pertengahan April adalah sejuk, dan pada malam hari bertambah lagi kesejukannya. 


Pemandangan Hong Kong dari Sky Terrace.


The Peak.. I Love You . Mungkin ini tema tahun 2014 .



Di satu sudut terdapat  The Sky Gallery. Masa untuk menambah pengetahuan dengan membaca sedikit penerangan di The Sky Gallery.


Tips melancong di Hong Kong : 


1) Membeli terlebih dahulu kad Octopus. KH$50 adalah deposit dan akan dikembalikan semasa anda telah selesai menggunakan kad tersebut. Pastikan tidak di beli di 7 eleven kerana kawan Norzi tidak dapat refund HK$50 tersebut walaupun deposit telah di bayar. Pastikan kad tidak hilang kerana sangat menyukarkan keadaan dan ini akan meningkat kos sedangkan duit Hong Kong Dolar yang telah di tukar adalah terhad. Walaubagaimanapun, sekiranya duit HKD habis , anda boleh menukar lagi di mana - mana Money changer berdekatan.


2) Di sarankan membawa makanan dalam tin / makanan segera/ 3 in 1 / periuk nasi elektrik, beras, roti dan bekalan makanan lain  secukupnya. Sukar mencari makanan halal dan restoran halal sangat sedikit, kebanyakannya hanya boleh di dapati di Masjid.

3) Cuaca sejuk menyebabkan Norzi dan anak mudah lapar. Tambahan pula kami menaiki train dan melalui subway, tram , feri, maka banyak tenaga di perlukan. Digalakkan   membawa roti Gardenia yang 50 sen tu letak kat dalam beg sebagai bekalan. Atau boleh beli sebarang biskut  atau coklat bar sebagai bekalan. In case lapar semasa tengh berjalan-jalan tu, tak perlu balik hotel, terus makan. Sekurang-kurangnya dapat tenaga segera. Kalau bawa anak, bawa la roti lebih kerana ianya lebih ringan dan mudah untuk di bawa samada hand carry atau di luggage semasa menaiki pesawat.

4) Bawa botol mineral kosong sebagai persediaan untuk proses pembuangan di toilet. Di sana, toiletnya tiada paip , jadi sila bersedia untuk digantikan sebagai gayung. 

5) Sukar mendapatkan makanan halal . Baca entry seterusnya tentang tips untuk makan di Hong Kong.

Sedikit mengenai Hong Kong yang perlu diketahui.
Pulau Hong Kong (Cina: 香港 岛) adalah sebuah pulau di bahagian selatan Hong Kong Wilayah Pentadbiran Khas. Ia mempunyai penduduk 1289500 [1] dan kepadatan penduduknya ialah 16,390 / km ², [2] pada 2008. Pulau ini mempunyai penduduk 3,000 penduduk yang bertaburan di kampung-kampung nelayan dozen apabila ia telah diduduki oleh United Kingdom pada Perang Candu. Pada tahun 1842 pulau itu secara rasmi diserahkan buat selamanya ke UK di bawah Perjanjian Nanking dan Kota Victoria kemudian ditubuhkan di pulau itu oleh Tentera British . Pulau ini telah dikembalikan kepada China pada tahun 1997 di bawah 1984 China-British Deklarasi Bersama.

Kawasan Tengah di pulau itu merupakan pusat sejarah, politik dan ekonomi Hong Kong. Pantai utara pulau membentuk pantai selatan Victoria Harbour, yang sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk pembangunan Hong Kong kerana perairan yang mendalam digemari oleh kapal-kapal dagangan yang besar.

Pulau ini adalah rumah bagi banyak tempat-tempat yang paling terkenal di Hong Kong, seperti "The Peak", Ocean Park, banyak tempat bersejarah dan pusat-pusat membeli-belah yang besar. Banjaran gunung di seluruh pulau ini juga terkenal dengan mendaki. Bahagian utara Pulau Hong Kong bersama-sama dengan Kowloon membentuk kawasan bandar teras Hong Kong. Kawasan gabungan mereka adalah kira-kira 88.3 km2 (34.5 persegi mi.) Dan penduduk gabungan mereka (dari bahagian utara pulau dan Kowloon) adalah lebih kurang 3156500, mencerminkan kepadatan penduduk 35,700 / km ² (91.500 / persegi mi. ).

source: wiki
Selamat melancong, 
Norzi~




Anda mungkin juga berminat : 


 Makan di Hong Kong





“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...