Semasa percutian Norzi di Cameron Highlands tempoh hari , kali ini merupakan kali pertama Norzi dan keluarga ke Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Sebelum ini sudah banyak kali Norzi dan keluarga ke Cameron Highlands, tetapi memandangkan di kawasan memakir kenderaan sentiasa sesak, jadi kami selalu batalkan hasrat untuk ke Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Alhamdulillah kali ini kami pergi kadar kesibukannnya acceptable , dan kami dapat parking berdekatan dengan kaunter membeli tiket. Lihat entry Norzi ke Agro Technology Park Mardi Cameron Highlands di sini.
Untuk entry kali ini, Norzi hanya ingin menulis tentang periuk kera. Terdapat Taman Periuk Kera di dalam Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Memandangkan tumbuhan periuk kera ini sangat sukar dilihat, ini merupakan sesuatu yang menarik perhatian Norzi sekeluarga.
Berdasarkan maklumat di Taman Periuk Kera, periuk kera atau nama saintifiknya adalah Nepenthes adalah sejenis tumbuhan tropika yang mempunyai tabiat karnivor (carnivorous). Genus Nepenthes mempunyai lebih kurang 90 spesis di seluruh dunia dan kebanyakannya terdapat di kawasan Nusantara Melayu dan kawasan taburan merangkumi Madagaskar di Barat dan India di Utara.
Terdapat lebih kurang 90 spesis periuk kera ~ periuk kera yang di jaga rapi di Taman Periuk Kera
Di Taman Periuk Kera ini juga adalah sebuah taman koleksi pelbagi jenis (spesis dan hibrid) Nepenthes. Bersesuaian dengan konsep TICER (Technology , Innovation , Conservation, Education and Recreation ), Taman Periuk Kera ini juga menempatkan beberapa jenis Nepenthes luar , terutama dari Borneo (Sarawak), Sumatera dan negara lain seperti Australia untuk dipamerkan kepada pengunjung Taman Agrotechnology. Daripada maklumat yang dinyatakan di Taman Periuk Kera ini juga, contoh jenis periuk kera yang ditempatkan di Taman Periuk Kera ini adalah seperti N. Jokeriana, N. Sibuyanensis x merilliana, N. Veitchii x nepenthes tempatan (Cameron highlands) pula adalah seperti N.macfarlaneo dan N.Abomarginata.
Untuk pengetahuan anda, hasil daripada kunjungan Norzi ke Taman Periuk Kera ini, barulah Norzi ketahui bahawa habitat periuk kera terdiri di pelbagai kawasan termasuklah dari kawasan pantai , gunung batu kapur, hutan hujan (rainforest), dan hutan lumut berawan. Bukan itu sahaja, malahan terdapat juga periuk kera dari spesis yang hidup di kawasan rendah (lowlanders) yang panas manakala yang lainnya hidup di kawasan tinggi yang sejuk atau highlanders (lebih 1000 meter di atas paras laut).
Close up tumbuhan Periuk kera di Taman Periuk Kera
Nepenthes atau periuk kera ini juga adalah tumbuhan herba ( herbaceous ) dan kebanyakannya periuk kera tumbuh sebagai tumbuhan pemanjat dengan tendril yang bergulung tumbuh dari hujung daun dan menjadi alat pemegang untuk memanjat tumbuhan lain . Struktur periuk atau pitcher serta tabiat karnivor tumbuhan ini menjadikannya sangat pelik dan istimewa. Sementara, periuk atau pitchernya mempunyai pelbagai bentuk, saiz, dan warna. Setelah di perhatikan dari dekat , memang benar bahawa tumbuhan periuk kera ini empunyai bibir di permukaan pitcher yang berwarna kemerah-merahan serta mengikut fakta yang ditulis di Taman Periuk Kera tersebut, periuk kera boleh mengeluarkan madu (nectar) untuk menarik perhatian serangga untuk datang lebih dekat di permukaan pitchernya.. berbahaya untuk serangga kerana ini seperti perangkap.. Serangga pula akan terbang ke dalam periuk kera dan akan terperangkap dengan sejenis pelekat dan kemudiannya jatuh ke dalam pitcher yang mengandungi cecair enzim yang akan mencerna (digest) serangga tersebut. Itulah sifat karnivor pada periuk kera ini, iaitu sentiasa mencari mangsa.
Banyak pokok periuk kera di Taman Periuk Kera
Taman Periuk Kera atau Taman Nepenthes di Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands ini berkeluasan 11.5 x 11.5 meter persegi. Berdasarkan maklumat yang terdapat di Taman Periuk Kera itu, taman ini telah didirikan dan mula beroperasi pada Februari 2014 yang lalu. Jadi kepada sesiapa yang tidak pernah melihat tumbuhan periuk kera ini, inilah peluang untuk anda menyaksikan tumbuhan periuk kera ini secara dekat. Lagi-lagi di waktu cuti sekolah, jika memang ada kelapangan untuk ke Cameron Highlands, boleh lah anda membawa anak-anak melihat pokok periuk kera, selain menjana ilmu , pelajari sesuatu yang baru dan memperolehi pengalaman melihat dari dekat, dapat merapatkan silaturrahim antara ahli keluarga .
Selamat bercuti.
~Norzi
No comments:
Post a Comment