Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label ACTIVITIES. Show all posts
Showing posts with label ACTIVITIES. Show all posts

SHOPPING JAM TANGAN


Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016 , kami last shopping di IOI City Mall. Niat nak beli baju n jeans anak anak just nak tambah tambah sebelum beraya... Kebetulan dah di IOI City Mall memang banyak kedai dengan brand menarik. Lalu depan Fossil, mula mula tengok tengok beg, lepas tu cuba jam , dan lepas cuba cuba dengan hubby , terminat la pulak kat jam satu ni. New collection dari Fossil . So mencuba dan decided nak beli la satu sorang , satu untuk Norzi , satu untuk hubby..


beli jam fossil di IOI city mall


Sementara kita memilih , anak Norzi sibuk bergambar... heheh dah besar panjang..




Layan gambar. Latar belakang gambar ni adalah kotak jam yang akan diberikan jika dah beli jam , so boleh la pilih mana mana design kegemaran.

Memang tergoda tengok jam ni ada promo untuk engrave. Jam yang ada tak da engrave so Norzi dan hubby sepakat untuk engrave nama kami sekeluarga. Nak engrave ambil masa dalam satu jam mcm tu , so kami bayar dan jalan jalan dulu, beli baju anak di Parkson dan turun semula untuk collect jam.

 Norzi dan hubby buat pemilihan, Akhirnya kami memilih jam ini. Lepas beli boleh la pilih kotak jam kegemaran kat belakang tu. Macam Norzi bagitau, Jam kali ini special sebab ada engrave kat belakang jam. Beli khas untuk memahat nama nama insan tersayang, alhamdulillah rezeki dari NYA ... Norzi letak nama kami sekeluarga , memang memori indah rasa nak pakai jam ni selalu sebab terpahat nama anak anak dan suami kat belakang jam . 



 Si kecil , Khalisah awal awal lagi dah pergi pilih kotak jam kegemaran. Dia nak kotak tu! dia nak letak jam tangan dia kat dalam tu.. ish ish budak kecit ni ... macam macam..





 Sila lah isi borang.... its mine .. suka sangat jam nih


 Jam hubby, dia pun suka gak jam ni..  kotak kotak semua anak yang pilih.. bukan main suka sangat diorang memilih kotak.


Sampai terduduk khalisah dan Razin... tak tau la apa yang diorang bualkan tu hehe mama dah seronok layan tgk purse .. beg dan jam. Sebelum tu budak budak seronok sangat memilih kotak jam tu yang sampai terduduk tu kepenatan dah menunggu mama. Memang best shopping kali ni sebab bawa semua anak anak . Selain tu kali ni beli dah nak dekat raya , jadi ni merangkap jam raya la pulak... sekarang ni bukan senang nak dapat keluar sekeluarga mcm ni sebab memang kena tunggu hujung minggu sejak anak Norzi bersekolah asrama , jadi hujung minggu banyak melawat anak , outing  makan makan atau pun kalau pulang bermalam sibuk pula nak hantar anak ke asrama semula pada hari Ahadnya. Begitula jadual kehidupan yang mula bertukar sebab itu lah bila dapat keluar mcm ni seronok semuanya..Alhamdulillah.

kat mana butik fossil ada - di IOI city mall , KLCC  jam tangan terbaru fossil


SUKAN SEKOLAH 2016

Alhamdulillah, tahun 2016 di lengkapkan dengan sambutan hari sukan sekolah Taman Putra Perdana , Puchong tempat anak Norzi bersekolah. Sambutan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-13, 2016  ini telah hari Sabtu, 27 Februari 2016 di padang sekolah SK Taman Putra Perdana.  Alhamdulillah , dengan izinNYA, cuaca sangat cantik, panas tetapi sedikit terik. Tahun ini hanya Razin sahaja di sekolah kerana kakak Fatimah telah bersekolah menengah. 


pemandangan indah hari sukan

Pemandangan indah padang sekolah dengan hiasan rumah biru, jingga , kuning , merah dan hijau

Sebanyak empat jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan bagi murid tahap 2, murid tahap 1, murid PPKI dan murid Prasekolah. Razin menyertai larian 4x50 m dan juga 100m. Razin wakil rumah kuning. Jumlah rumah sukan adalah:




BIRU      (Hang Tuah)
HIJAU    (Hang Jebat)
MERAH (Hang Kasturi)
JINGGA (Hang Lekir)
KUNING (Hang Lekiu)








Razin wakil rumah kuning. Ha , tengok best tak rumah kuning punya decoration. Bersemangat anak-anak yang akan masuk pertandingan berlindung dari sinaran matahari.



Hiasan Rumah sukan  SekolahTaman Putra Perdana
tema sukan 2016 taman putra perdana
Anak - anak berteduh di dalam rumah sukan yang telah di hias. 


Seperti tahun - tahun sebelum ini , Razin akan menjadi wakil rumah kuning. Dalam rumah kuning lari dapat la no 1-2-3 , bila wakil rumah, berlawan dengan wakil rumah - rumah lain, saingan makin sengit dan tak la dapat no 1-2-3 tu. hehe . Tak mengapa , walau apa pun Norzi dan suami sentiasa memberikan Razin sokongan moral untuk sentiasa bergiat aktif di sekolah. 





tema sukan 2016 taman putra perdana











Keputusan rasmi kejohanan.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana 2016 kali Ke-13 .


Rumah Sukan

Kedudukan

JINGGA 1
MERAH 2
HIJAU 3
BIRU 4
KUNING 5


Berikut merupakan keputusan rasmi bagi PERBARISAN TERBAIK.

Rumah Sukan
Kedudukan
MERAH 1
JINGGA 2
BIRU 3
KUNING 4
HIJAU 5


Berikut merupakan keputusan rasmi bagi HIASAN KHEMAH TERBAIK.

Rumah Sukan
Kedudukan
MERAH 1
JINGGA 2
KUNING 3
HIJAU 4
BIRU 5


Tahniah untuk semua guru-guru dan anak-anak di Sekolah Taman Putra Perdana yang menyumbang banyak idea, tenaga dan komitmen dalam menjayakan sukan sekolah. 

UKULELE GITAR KECIL


Masa  musim cuti sekolah 2015 ,  macam - macam aktiviti Norzi dah fikirkan untuk anak-anak. Selain aktiviti, Norzi seronok bersama-sama  anak-anak, kalau boleh 24 jam nak bersama satu keluarga..... Biasanya waktu sekolah sibuk, jadi masa cuti sekolah diorang pun  menuntut macam-macam.  Masa jalan-jalan di Alamanda Putrajaya, nampak stall jual Ukulele n Guitar. Belek -belek.. menarik juga sebab Norzi plan nak hantar anak Norzi ke kelas Ukelele.  Tapi sampai cuti sekolah abis , tak terhantar sebab jadual padat sangat... jadi belikan je dulu ukulele ni.


Apa itu Ukulele? Ukulele merupakan alat muzik asal Hawai yang memiliki bunyi yang unik. Ukulele memiliki ukuran yang kecil, mudah dipegang , di bawa ke mana-mana , sebab tu dari pelbagai usia boleh main. Kanak - kanak kecil pun boleh main. 



Pelbagai jenis ukulele

Ukulele ni ada banyak jenis.. design dan kualiti. Setiap satu didatangkan dengan ciri berbeza termasuklah bahan buatan , kehalusan hasil , jenama dan negara pengeluar. Oleh kerana Norzi pun dah tak ingat nak main guitar , jadi lebih prefer dengan ukulele sebab saiznya lebih kecil , dan ada 4 strings sahaja , berbanding guitar ada 6 strings. Dengan harapan , lebih cepat pandai main :).



Sebelum b,eli  ada demo session oleh seller


Lepas tengok demo sales person ni , terus rasa nak beli. Bukan nak main sangat pun, just nak experience petik petik strings tu. Dulu masa zaman di UTM , room mate Norzi pandai main guitar. Hari - hari ajar Norzi sampai naik kematu jari. Pandaila main satu lagu sahaja sebab asyik ulang code yang sama. Tapi sebab Norzi takda guitar , hilang macam tu je , tak ingat dah.. 


Buku kod ukulele





Lepas belek..belek..dan belek lagi. akhirnya jadi juga beli. Norzi beli ukulele yang pertengahan . 



                                                         Ukulele


Paling murah RM160 , dan seterusnya. Norzi beli yang harga RM380 sebab bila buat perbandingan bunyi, yang Norzi beli tu menghasilkan bunyi yang lagi bagus , atau dalam bahasa lainnya , reach my expectation. Kalau yang RM160 pun ok juga, sebab kita bukan pandai main. cuma Norzi suka dengan quality bunyi nya.. Ok sampai sini dahulu. Jumpa lagi di lain kelapangan dengan lebih banyak lagi cerita yang akan menyusul , InsyAllah. 












PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPENG HAIWAN : RAMA-RAMA

Assalamualaikum, mood update hasil kerja seni anak... alhamdulillah hasil kerja banyak, semangat update tinggi dan sentiasa mencari ruang untuk update. 

Tujuan buat topeng ini kerana ini adalah salah satu matapelajaran tahun 2 iaitu Dunia Seni Visual KSSR Tahun 2: menghasilkan topeng haiwan . Tema haiwan kali ini yang jinak iaitu rama-rama. Macamana nak buat topeng haiwan ni? Senang aje... ada 3 aktiviti  sahaja..melukis, menggunting dan mewarna. Dahulu Norzi pernah ajar Fatimah untuk buat topeng muka lembu di sini. Kali ini Razin perlu buat topeng haiwan juga, tapi rama - rama. Budak lelaki tak suka entiti yang melambangkan lembut , jadi dia asik bercakap nakkan topeng rama-rama tapi nampak ganas dan macam ala-ala transformers. Cemana tu.. pening juga dengar request yang dia reka ni..

Lepas ni mungkin akan ada lagi untuk topeng tema  haiwan jinak lain macam arnab , atau topeng muka haiwan liar seperti harimau, singa, beruang dan macam-macam lagi dan semestinya fun sangat menghasilkan kerja seni ni.. kami suka..

Jom layan langkah-langkah atau tutorial ringkas untuk buat topeng kertas ni. Diulangi aktiviti yang dilakukan adalah 3 aktiviti utama : melukis, menggunting, mewarna.





Langkah pertama , lukiskan bentuk , Oleh kerana rama-rama berbentuk symmetrical , jadi lipatkan dua kertas , dan lukis di sebelah bahagian sahaja. Kemudian teruskan menggunting hingga selesai. Norzi ajar dan dedahkan cara ni pada Razin. Kita mula gunting sedikit dan minta dia teruskan menggunting sendiri. Kalau ada sedikit ketidaksempurnaan , perlu di maafkan kerana mereka masih kecil dan mereka tidak nampak apa yang kita nampak . Di sinilah proses pembelajaran bermula. 


macam mana nak buat topeng haiwan
Siap gunting!


topeng haiwan sekolah tahun 2 kssr
Topeng yang telah siap di gunting. Terus bentukkan mata dan kemasan lain
Norzi selalu pesan dengan anak-anak , melukis hanya perlu ambil beberapa minit sahaja, dan mewarna mengambil lebih banyak masa dan usaha yang lebih diperlukan untuk menyelesaikan satu-satu kerja seni sekolah. Jadi jangan ambil terlalu banyak masa untuk melukis, cukup sekadar lukisan ringkas dan halus (skecth).

Topeng rama -rama yang garang dah siap . Razin suka sangat dengan hasil kerjanya. Alhamdulillah

Semoga bermanfaat
Norzi~
topeng muka haiwan lukisan topeng muka haiwanCara Membuat Topeng Kertas Sendiri tutorial lukis dan buat sendiri topeng kertas untuk budak sekolah rendah pendidikan seni visual Cara buat topeng binatang ala muka transformer topeng muka haiwan, topeng muka arnab,topeng muka harimau, topeng muka semut, 

REWARD & RECOGNITION

Minggu lalu Norzi menghadiri sessi reward and recognition day untuk team yang terlibat dengan project khas yang sangat menuntut komitmen yang tinggi kerana bersifat operation. Semasa sesi reward and recognition day, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan , dan ianya sangat-sangat mengujakan kerana kami bermain bowling. Pertama kali pengalaman Norzi bermain bowling. 





A gift

First time pegang bola bowling, macam-macam perasaan datang. Sebab permainan bowling menuntut kita melaksanakan permainan di khalayak ramai. dan sangatlah ramai manusia yang sedang menonton hahaha..  kira Norzi telah mengabaikan orang di sekeliling kerana kalau difikirkan dengan tidak tahu main dan malu , mungkin tak terlontar bola bowling yang mula - mula tersalah perhitungan , telah memilih bola berat dan banyak perkembangan dari satu game ke satu game lain.




Vacuum insulated tumbler

Terima kasih kepada pihak penganjur atas event, cenderahati dan jamuan makan. Semoga perjalanan projek dipermudahkan dan mencapai misi, InsyaAllah. 


Salam Ceria,
~Norzi




KALENDAR TAHUN 2015

Asssalamualaikum. Rasa baru je 2014 menjelang... kini kita menghampiri tahun 2015. Semakin cepat masa berlalu..  untuk mereka yang ingin merancang percutian sepanjang tahun 2015, sila rujuk kalendar tahun 2015 di bawah. 




Selamat merancang cuti anda dengan baik bagi tahun 2015
Norzi~





SENGKUANG KACANG TANAH SOS MERAH

Assalamualaikum, pernah makan sengkuang dengan kacang? ada juga orang gelar ni sengkuang sos merah atau sengkuang calit kacang. Semasa zaman kanak-kanak, jiran Norzi jual sengkuang dan rojak buah. Boleh dikatakan Norzi tiga beradik la pelanggan tetap.. gilir-gilir la tiga beradik..lepas seorang..seorang pergi kedai makcik Eton . Zaman membesar dahulu di Kampung Malaysia Tambahan, nama jiran Norzi ialah makcik Zaiton, tapi nama manja dia makcik eton :) . Oleh sedap kami sangat-sangat suka dengan sengkuang lagi-lagi kalau tambah extra kacang, makan suka sangat makan sengkuang. Cuma masa zaman dahulu sengkuang tak sejuk...tetapi tetap sedap. 

Harga sehiris sengkuang pada zaman 1988,1989,1990 lebih kurang macam itu lah, sehiris sengkuang berharga hanya 30 sen sahaja. Murah sangat.. kami masa kecil kecil siap kutip kutip duit kalau jumpa dalam rumah tu ,biasanya duit syiling boleh jumpa tepi pintu hehe.. tepi tingkap.. .. dapat 30 sen , pergi beli sengkuang. Kenangan yang tidak akan di lupakan. Memang indah sangat zaman kanak-kanak.. sekarang masing-masing dengan kehidupan berkeluarga, dan .. harga sehiris sengkuang pun dah jadi RM2.00. 






Ini lah rupa sengkuang tu. Rasanya walla , sangat marvellous. Sengkuang ni di simpan dengan ais. Jadi sejuk, segar ..kacang macam extra je. Kacang tanah yang ditumbuk or blend ni tidak halus sangat jadi bila makan rasa kasar kacang tanah. I suka la.. lagi satu Norzi suka tengok cara penjual ini menyediakan sengkuang kerana sistematik, kemas dan teratur selain alat-alat yang digunakan pun bersih bersinar-sinar je barang dia.. lulus ujian pemerhatian :) . Cara sediaannya sekali buat dalam 6 hiris secara serentak. Rasa nak tangkap je gambar , tapi takut mengganggu pula selain orang yang ramai beratur , berlayer-layer orang. Norzi layer ke dua, sanggup tunggu tau walaupun dalam keadaan hujan renyai.. hei geleng kepala hubby Norzi :)



This is seriously so yummilicious!


Sengkuang kacang tanah tetap diminati kerana keunikan rasanya.. Tidaklah susah sangat buat sengkuang, cuma kita nak benda ada depan mata bila terasa hendak makan dan penyakit BIG M untuk buat sendiri. Masa jalan - jalan ngan famili , Norzi jumpa sengkuang stall tepi jalan dekat dengan UNITEN. Eii haruslah singgah.. hubby Norzi tidak minat, tapi anak Norzi semua suka.. yeay ada geng nak makan.



Oleh sebab tidakk dapat tangkap gambar dari dekat, dari jauh pun tidak mengapalah. masa hendak balik cepat-cepat tangkap gambar. Ini lah lokasi perniagaan itu . Lokasi di tapak perniagaan tepi jalan Uniten (dekat dengan round about). Jika rajin, boleh buat sendiri, hanya perlu beli sengkuang, kacang tanah dan sos merah dan tabutkan sedikit gula. Resepi mudah sahaja, sejukkan sengkuang dan letak la seberapa banyak kuantiti sos , kacang dan gula ikut selera sendiri. 

Sebelum mengakhiri penulisan ini, tips yang harus Norzi share dengan pembaca. Semasa muda kita tidak tahu atau tidak ambil tahu pun , makanan mana yang tidak sesuai dengan kita (body reaction). Tetapi semakin kita meningkat dewasa, kita mula kenal erti sakit badan , sendi yang selalu kita kaitkan dengan pengambilan makanan. Macam yang pernah Norzi maklum sebelum ini, tentang satu refleksi pengambilan makanan, u are what u eat memang ada benarnya. Makan sengkuang memang boleh trigger angin pada badan bagi anda yang tidak tahan. Cuba eksperimen makan sengkuang, perhatikan ada atau tidak berlaku sengal atau sakit angin atau apa-apa sahaja berkaitan , kalau ya, boleh elakkan pengambilan sengkuang. Ibu berpantang tidak boleh makan sengkuang, sila berpantang untuk menjamin kesihatan badan anda.

Salam Ceria.
~Norzi










 
Each item RM65 Freepostage   
To order : whatsapp 019 3177872








ALAMANDA PUTRAJAYA : SPAGHETTI LAMB ALA KING


Assalamualaikum, aktiviti hujung minggu kami , biasanya jika tidak pulang ke kampuang halaman suami, mengunjung mak dan abah Norzi, kami juga jalan-jalan cari makan. Aktiviti super best misi mencari yang sedap. Tapi akan jadi tidak best kalau lepas makan , resepi tak best. Kali ini kami sekeluarga makan di Food Court Alamanda Putrajaya. Kami pesan Spaghetti Lamb Ala King. Sedap resepi kat sini. Lamb di bakar , dan makan dengan spaghetti . Letak chilli flakes lagi , pedas dan sesuai dengan tekak orang Malaysia. Kami semua memesan menu yang sama kecuali dua orang kanak-kanak yang tak tahan makan pedas ni.



Spaghetti Lamb Ala King

Kalau makan hujung minggu orang sesak sangat di food court ni.  Biasanya Norzi pergi malam. Tapi ada satu malam tu , lamb habis.. tinggal ayam sahaja. Kalau Chicken Alal King , bagi Norzi ianya tidak sesedap resepi Lamb Ala king . Kami tetap order kerana nak cuba.. dan anak-anak Norzi semua suka makan spaghetti di sini. Lepas makan merengek nak masuk Toys R Us. Itu aje la kerja anak-anak ni..selalu Norzi melencong jauh bagi tak ingat Toys R Us , tapi diorang ni ingat juga..alahai anak-anak kecil ni..




Khalisah makan spaghetti carbonara 







Razin tengah sibuk makan, mama sibuk snap pic. 




Fatimah dan Khalisah

 Tips makan di  Food Court Rasa Alamanda Putrajaya adalah , sila dapatkan tempat duduk dahulu. Kemudian buat pesanan dan bayaran makanan. Lepas tu terus pergi beli air di tengah tempat makan. Selesai membeli air, sila ke kaunter makanan untuk mengambil makanan. 







Spaghetti carbonara





Untuk rujukan, ini adalah resit pembelian. Harga sepinggan Lamb Ala king adalah RM15.90 sementara 1 carbonara beef RM12.90. 


Lepas makan ni, Norzi beli lamb macam ni tapi yang frozen. Niat nak buat sendiri tapi tidak pasti bila masanya. Nanti Norzi up entri kalau susah selesai masak lamb. Mungkin panggang sahaja dan makan dengan black pepper sauce. Agak-agak nak makan lamb ala king kami sure datang Alamanda. 


Selamat menjamu selera.
~Norzi

ARNAB DI TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI, CAMERON HIGHLANDS


Kunjungan Norzi dan keluarga ke Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands penuh dengan sessi pembelajaran , selepas penulisan tentang pengenalan tentang Taman Agrotecknologi Mardi Cameron Highlands ,  pokok periuk kera di Taman Periuk Kera juga di Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands dan membeli buah kelapa laut di Cameron Highlands, kini Norzi kongsikan juga tips bagaimana untuk anda handle arnab. Ini khas bagi mereka yang memerlukan maklumat tentang arnab, memelihara arnab, penggemar arnab atau sesiapa sahaja yang sedang membuat penyelidikan atau research tentang arnab. Norzi secara peribadi hanya boleh berkongsi maklumat , selebihnya Norzi ambil sebagai maklumat am kerana Norzi tidak biasa dan takut untuk memegang haiwan seperti kucing dan arnab. Walaupun tidak berbahaya tetapi Norzi tidak berani :). 




Ilmu yang di perolehi di Taman Agroteknologi Mardi ini sangat bermakna. Selain dari memberikan anak-anak pendedahan, pendekatan dan pengalaman, Norzi ingin mereka melihat dari dekat dan anak-anak Norzi sangat teruja melihat haiwan yang comel ini.  



Sedikit maklumat atau perkongsian  tentang yang sempat di muatkan di sini . Tapi sebelum ini Norzi kongsikan sedikit informasi am tentang arnab. 

Arnab atau nama saintifiknya Oryctolagus Cuniculus berasal dari Sepanyol. Perkataan Hispania bermaksud 'negara arab' juga merujuk kepada bangsa Sepanyol. Dikategorikan mengikut saiz badan dan kegunaannyya iaitu :

a) baka besar lebih dari 5 kg seperti Flemish giant dan German Lops (untuk kulit dan daging)
b)baka sederhana 3.5-4.5kg, seperti New Zealand White dan Californian (untuk daging)
c)baka kecil 2.5-3kg, seperti arnab tempatan, Rex dan Angora (untuk bulu)

Arnab adalah mamalia , mampu melahirkan anak selepas berumur 5-6 bulan, bilangan anak setiap kelahiran 5-12 ekor, dengan kekerapan 6 kali setahun. Tempoh bunting antara 28-35 hari. Dalam masa 8-11minggu, arnab boleh dipasarkan (-2kg). Arnab aktif pada suhu sejuk , tidak selsa pada suhu melebihi dari 31darjah celcius . Telinga arnab besar dan banyk saluran darah , oleh itu elakkan daripada memegang telinganya. Arnab menggali lubang untuk persembunyian dan berteduh daripada cuaca panas. 

Daging arnab termasuk dalam golongan daging putih seperti daging ayam dan dading anak lembu. Kandungan protein tinggi dan kandungan lemak rendah. Dagingnya mudah hadam, baik untuk pencernaan , mengurangkan risiko darah tinggi dan gout.


Sedikit maklumat yang Norzi extract dari display yang di letakkan di sekeliling kandang arnab di Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands.



                                                                     How to handle your rabbits 


105. Rabbits must be handled with great care in order not to hurt them

106. When u pick up a rabbit , hold it firmly but gently.

107. Make no sudden movements or you may frighten the rabbit and it will begin to 
struggle or scratch you.

108. Remember , never pick up a rabbit by the legs or the ears or you may hurt it.

109. Now let us learn the right way to pick up rabbits or different sizes and how to carry them.

110. When a rabbit is full-grown the skin over the shoulders at the back if the neck is very loose.

111.Gently grasp this loose skin with one hand to hold the rabbit and put the other hand under the rabbit to pick it up.

112. When you lift the rabbit, the hand under the animal should carry nearly all of the weight.

113. A small rabbit can be lifted and carried by holding it firmly between the hips and the ribs with the head hanging down.

114. With a heavy rabbit, gently grasp the loose skin at the back of the neck with one hand and put the head of the rabbit behind the elbow of the other arm.

115. Hold the heavy rabbit firmly against your side with the lower part of this arm and put the other arm under the rabbit.



Anak Norzi , Khalisah memerhati arnab di dalam kandang


Terlalu banyak ilmu pengetahuan yang dapat di timba di Taman Agrotek Mardi ini. Sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Norzi berpendapat, sangat sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak ke sini jika ada kelapangan dan sangat sesuai jika dapat memenuhi cuti sekolah juga. Biasanya pada musim cuti sekolah ibu bapa tercari-cari lokasi untuk membawa anak menghabiskan masa bersama keluarga , jadi Cameron Highlands adalah salah satu destinasi yang menarik dan boleh di masukkan dalam senarai MUST-GO-PLACES. Sampai sini dahulu , jumpa lagi di lain coretan. Assalamualaikum.



Salam ceria,
Norzi~

HIDANGAN UNTUK TETAMU


Assalamualaikum. Semasa cuti peristiwa sempena kemerdekaan Negara yang ke 57 yang di bawa ke hari Isnin lalu, Norzi dikunjungi rakan merangkap jiran lama kami. Terima kasih kepada mereka kerana sudi datang ke rumah. Sebernarnya rakan Norzi ni dah pernah nak datang semasa hari raya, tetapi bila datang mengejut memang Norzi tiada di rumah. Sepanjang hujung minggu semasa Syawal , dipenuhi dengan jemputan rumah terbuka dan jamuan silaturrahim. Alhamdulillah , terima kasih tak terhingga buat yang telah menjemput kami sekeluarga.

Rakan Norzi dapat datang semasa cuti, waktu petang. Jadi Norzi masak sikit sahaja. Norzi hidangkan buah duku langsat. Buah ini jiran Norzi yang beri. Abang nya ada dusun buah-buahan. Norzi juga hidangkan puding kastard. Puding yang Norzi dah selalu buat .. boleh tengok entri ini untuk resepi.



Sempat snap gambar puding kastard dan buah. Sos puding kastard masih di peti sejuk


Rakan Norzi datang dalam jam 6 petang... kerana dia ada jemputan kenduri lain..Jadi Norzi cari resepi yang mudah dan ringkas. Kami hidangkan chappati dan kari ayam. Norzi masak kari ayam dengan kentang, cuma tidak sempat untuk ambil gambar kerana tetamu dah sampai .. owhh... bayangkan tengah masak chappati lagi , diorang dah sampai. Alahai, gagal projek tangkap gambar .. sebab kami dah leka berbual, sebab kami selalu nampak dari jauh, tapi tidak ada kesempatan berbual.. atau berjumpa.. jadi bayangkan bila berjumpa memang berbual yang akhirnya Norzi  lupa tentang gambar.




Chappati Norzi beli yang instant jenama kawan. 


Selain dari chappati , Norzi selalu juga beli roti canai kawan. Makan chappati dengan kari ayam memang kegemaran kami.



Masak chappati tidak memerlukan minyak. Sebab itu dari perspektif kesihatan, makan chappati itu lebih sihat . Rasanya sedap selain ringan sahaja. Chappati ni, kalau dah masak sedap di makan panas-panas, kalau disimpan boleh mengeras. Kalau nak makan juga curahkan kuah kari, buat style banjir untuk melembutkan chappati.

Oleh sebab tidak ada gambar masakan kari, sila rujuk sini untuk resepi kari ayam. Sama sahaja Norzi masak kari , cuma ayam dan kentang Norzi potong kecil untuk memudahkan makan. Bahagian ayam pula semua Norzi ambil yang isi.

Akhir sekali terima kasih kepada rakan atas kunjungan. Sebenarnya kami ada list yang panjang untuk menjemput tetamu ke rumah untuk merapatkan silaturrahim, Insya Allah jika berkelapangan kami jemput batch by batch, kalau serentak takut tidak terlayan.. bersilat la Norzi :) . Insya Allah Norzi akan publish kunjungan rakan lain di entry berlainan. 


Salam XO,
~Norzi

LOVE STORY

Love Story ini adalah sebuah lagu dari Taylor Swift. Taylor Swift ni cantik... anak Norzi suka penyanyi ni dan Norzi pun suka! Anak Norzi suka bercerita .. dari hal sekolah, berkawan, guru .. banyak lagi perkara yang ingin di kongsikan dengan Norzi. Sehinggakan lagu kegemaran dia pun dia bagi tahu Norzi. Mestilah tahu, sebab setiap kali dia pegang phone mama, ada je music yang dia buka... Salah satu lagu yang dia suka dengar dan hafal liriknya ialah lagu Love Story dari Taylor Swift ni. 

Bila anak kita suka , kita mula ambil tahu...mungkin kerana melodi dan liriknya buat anak Norzi minat. Sama macam zaman Norzi kanak-kanak, Norzi ada buku lirik tau...  Semua lagu-lagu zaman Norzi darjah 5 , darjah 6 , Norzi kumpul lirik nya...tujuan kumpul, tampal, dan tulis dalam buku lirik sebab senang hendak menyanyi bila dengar lagu di radio.. memang tersenyum sendiri kenangkan zaman kanak-kanak..hafal ... 

Antara lagu paling popular zaman Norzi seperti Isabella oleh Amy Search, Taman Rashidah Utama  Awie Wings...lagu-lagu Ella .. lagu-lagu kumpulan Spring seperti Bouganvilla dan banyak lagi ..kebanyakan semua lagu rock aje...kalau kita dalam era yang sama , mungkin anda boleh faham dan tahu situasi zaman itu.. kecuali kita dalam generasi yang berbeza.... 

Norzi cari lagu Tailor Swift dan masukkan dalam entri ini. Kalau yang memang suka lagu Love Story dari Taylor Swift ni boleh tonton di sini. ~Lovely song!~ tetapi ada beberapa bait lirik yang membawa maksud tidak bagus seperti di bawah. Jadi Norzi maklumkan maksudnya tidak bagus . It is ok if she likes the song just because of the melody and solely for the melody , not for certain lyrics. Itulah bagusnya 2 way communications supaya kita dapat menyelami dan pemahami pemikiran anak-anak yang semakin membesar , pantau dan nasihat.


"Romeo, take me somewhere we can be alone.
I'll be waiting; all that's left to do is run.
You'll be the prince and I'll be the princess.
It's a love story, baby, just say, 'Yes.'





 video clip Love Story [sumber]




LOVE STORY

We were both young when I first saw you.
I close my eyes and the flashback starts:
I'm standing there on a balcony in summer air.

See the lights, see the party, the ball gowns.
See you make your way through the crowd
And say, "Hello, "
Little did I know...

That you were Romeo, you were throwing pebbles,
And my daddy said, "Stay away from Juliet"
And I was crying on the staircase
Begging you, "Please don't go"
And I said...

"Romeo, take me somewhere we can be alone.
I'll be waiting; all that's left to do is run.
You'll be the prince and I'll be the princess,
It's a love story, baby, just say, 'Yes.'"

So I sneak out to the garden to see you.
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes... escape this town for a little while.
Oh, oh.

'Cause you were Romeo – I was a scarlet letter,
And my daddy said, "Stay away from Juliet."
But you were everything to me,
I was begging you, "Please don't go."
And I said...

"Romeo, take me somewhere we can be alone.
I'll be waiting; all that's left to do is run.
You'll be the prince and I'll be the princess.
It's a love story, baby, just say, 'Yes.'

Romeo, save me, they try to tell me how to feel.
This love is difficult but it's real.
Don't be afraid, we'll make it out of this mess.
It's a love story, baby, just say, 'Yes.'"

Oh, oh.

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around.
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town.
And I said...

"Romeo, save me, I've been feeling so alone.
I keep waiting for you but you never come.
Is this in my head? I don't know what to think."
He knelt to the ground and pulled out a ring and said...

"Marry me, Juliet, you'll never have to be alone.
I love you, and that's all I really know.
I talked to your dad – go pick out a white dress
It's a love story, baby, just say, 'Yes.'"

Oh, oh, oh, oh, oh.

'Cause we were both young when I first saw you...




XOXO,
~Norzi





“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...