Followers

Sponsored Advertisement

.

HIDANGAN UNTUK TETAMU


Assalamualaikum. Semasa cuti peristiwa sempena kemerdekaan Negara yang ke 57 yang di bawa ke hari Isnin lalu, Norzi dikunjungi rakan merangkap jiran lama kami. Terima kasih kepada mereka kerana sudi datang ke rumah. Sebernarnya rakan Norzi ni dah pernah nak datang semasa hari raya, tetapi bila datang mengejut memang Norzi tiada di rumah. Sepanjang hujung minggu semasa Syawal , dipenuhi dengan jemputan rumah terbuka dan jamuan silaturrahim. Alhamdulillah , terima kasih tak terhingga buat yang telah menjemput kami sekeluarga.

Rakan Norzi dapat datang semasa cuti, waktu petang. Jadi Norzi masak sikit sahaja. Norzi hidangkan buah duku langsat. Buah ini jiran Norzi yang beri. Abang nya ada dusun buah-buahan. Norzi juga hidangkan puding kastard. Puding yang Norzi dah selalu buat .. boleh tengok entri ini untuk resepi.



Sempat snap gambar puding kastard dan buah. Sos puding kastard masih di peti sejuk


Rakan Norzi datang dalam jam 6 petang... kerana dia ada jemputan kenduri lain..Jadi Norzi cari resepi yang mudah dan ringkas. Kami hidangkan chappati dan kari ayam. Norzi masak kari ayam dengan kentang, cuma tidak sempat untuk ambil gambar kerana tetamu dah sampai .. owhh... bayangkan tengah masak chappati lagi , diorang dah sampai. Alahai, gagal projek tangkap gambar .. sebab kami dah leka berbual, sebab kami selalu nampak dari jauh, tapi tidak ada kesempatan berbual.. atau berjumpa.. jadi bayangkan bila berjumpa memang berbual yang akhirnya Norzi  lupa tentang gambar.




Chappati Norzi beli yang instant jenama kawan. 


Selain dari chappati , Norzi selalu juga beli roti canai kawan. Makan chappati dengan kari ayam memang kegemaran kami.



Masak chappati tidak memerlukan minyak. Sebab itu dari perspektif kesihatan, makan chappati itu lebih sihat . Rasanya sedap selain ringan sahaja. Chappati ni, kalau dah masak sedap di makan panas-panas, kalau disimpan boleh mengeras. Kalau nak makan juga curahkan kuah kari, buat style banjir untuk melembutkan chappati.

Oleh sebab tidak ada gambar masakan kari, sila rujuk sini untuk resepi kari ayam. Sama sahaja Norzi masak kari , cuma ayam dan kentang Norzi potong kecil untuk memudahkan makan. Bahagian ayam pula semua Norzi ambil yang isi.

Akhir sekali terima kasih kepada rakan atas kunjungan. Sebenarnya kami ada list yang panjang untuk menjemput tetamu ke rumah untuk merapatkan silaturrahim, Insya Allah jika berkelapangan kami jemput batch by batch, kalau serentak takut tidak terlayan.. bersilat la Norzi :) . Insya Allah Norzi akan publish kunjungan rakan lain di entry berlainan. 


Salam XO,
~Norzi

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...