Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : KARI AYAM


Assalamualaikum dan selamat malam, hari raya tempoh hari Norzi berhari raya di Puchong pada pagi raya, kemudian selepas bersolat Hari Raya Aidilfitri di Masjid berdekatan, salam-salaman dan makan juadah hari raya , kami sekeluarga bersama emak abah, kakak dan keluarga adik bergerak ke Perak. Kami singgah menziarahi datuk dan opah Norzi (belah emak) di Trolak (Sungkai). Kemudian dari Trolak kami naik ke Teluk Intan dan beraya di rumah embah Norzi (embah tu bahasa Jawa ya...belah bapa Norzi orang Jawa). 


Masa pagi raya pertama tu Norzi masak kari ayam. Kari ayam dengan kentang , tomato dan bendi. Alhamdulillah , kari ayam memang kegemaran anak-anak dan suami. 


Biasanya bila beraya di Puchong dahulu, Norzi masak rendang pada hari raya, tapi tahun ini big bos minta masak kari dengan sayur goreng jawa. Kalau di Teluk Intan, Kampung Selabak , sayur goreng lain sikit dari Johor. Tapi husband Norzi request nak style Johor, so Norzi ikut ajela. Mak masak Panachi (sejenis masakan daging berkuah masakan ni tak pasti samada anda pernah dengar atau tidak. ), rendang ayam, nasi himpit, rendang daging... banyaknya mak masak , sian kat mak.. tapi itulah cara mak gembira, memasak dan menjamu anak-anaknya dan keluarga.... Norzi mencelah masak sikit je hehe..  ,  Norzi masak dua jenis je , nak meriahkan dan pelbagaikan juadah.




Kari ayam 

Sebelum tibanya Syawal, boleh dikatakan semasa Ramadhan Norzi selalu berbuka dengan kari ayam, sayur goreng dengan sambal belacan. Anak-anak dah makin membesar, macam-macam diorang teringin nak makan.. Kari ayam ini biasanya Norzi buat awal sedikit , contohnya masak pagi dan makan tengahari. Tujuannya nak bagi sebati, tapi kalau tiada kelapangan , Norzi siap masak je terus makan. 

Lebihan kari ayam , kalau dipanaskan sekali atua dua kali sedap sangat makan dengan roti. Tak perlu buat scramble egg atau tuna mayo, ada masa yang Norzi cicah roti dengan kuah kari. Kalau ada ayam lagi memang sedap cicah -cicah. Kari ni lagi lama , lagi sebati dan lagi sedap. Maksud lama di sini adalah semalaman .Contohnya masak kari ayam ini malam dan makan keesokannya.



sayur goreng jawa 


Kari ayam dan sambal goreng siap , dan di bawa ke rumah mak Norzi semasa hari raya. Resepi kari ayam simple kali ini menggunakan santan.  Resepi seperti di bawah. Norzi suka ayam potong kecil supaya senang di goreng, senang menyerap dan biasanya Norzi akan beli ayam ikut bahagian sahaja. Norzi elakkan membeli seekor ayam kerana banyak bahagian yang Norzi tak makan.  Tapi kali ni mak Norzi beli ayam segar yang baru lepas sembelih di Sungai Besi , jadi Norzi masak sahaja apa yang ada.


Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam, potong 20 bahagian (ni kalau kedai yang potongkan , dia tanya dua kali ni sebab kecil2, memang norzi suka kari ayam yang bersaiz kecil2 je ayamnya)

12 biji bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
2 inci halia      (kisar)
1/2 inci kunyit hidup  (kisar)

3 biji tomato
7 batang bendi
3 batang cili merah di belah memanjang
4 biji kentang* - setiap biji potong enam
2 kotak kecil santan
2 sudu besar  rempah kari ayam 
1 keping asam keping /gelugor 
Semangkuk air asam jawa
1 1/2 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah (hiris-tumis)
2 ulas bawang putih 
(hiris-tumis) 
1 batang kayu manis (
tumis)
1 kuntum bunga lawang 
(tumis)


Cara-cara

1.Bersihkan ayam, rendamkan ayam dengan air asam jawa seketika dan basuh bersih dan toskan. Taburkan sedikit garam dan kunyit. Gorengkan ayam separuh masak .

2. Panaskan periuk, tumiskan bahan tumis dan masukkan cili kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar- sama naik dengan rempah kari yang telah dibancuh dengan air panas. Tumis sehingga terbit minyak.

3. Masukkan kentang dan air asam jawa. Biarkan hingga kentang empuk  . Biarkan mendidih sebati, masukkan bendi dan ayam goreng tadu, setelah bendi empuk, masukkan masukkan santan dan selepas mendidih masukkan  , perasakan.

Semoga bermanfaat


~ Norzi
Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza”
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.

1 comment:


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...