Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label SARAPAN PAGI. Show all posts
Showing posts with label SARAPAN PAGI. Show all posts

ROTI SARDIN

Assalamualaikum,  Norzi  share resepi  roti sardin.. hanya gunakan sardin dan roti sahaja, dua bahan utama. Pernah makan sardin pastry ? atau karipap sardin. Kalau masa terhad, Norzi cadangkan buat roti sardin.. 

Cara nak buat senang sahaja.. dan mudah , sesuai untuk di buat makan petang. Bukan sahaja minum petang, sarapan pagi pun boleh tau. Bahan-bahan pun ringkas dan mudah didapati.Ianya lebih menjimatkan masa dan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang sentiasa kesuntukan masa. Resepi ringkas dan senang, jadi pendek lah masa berada di dapur, banyak masa untuk anak-anak, diri sendiri, dan lakukan aktiviti lain yang kita minati.

Langkah pertama, sediakan intinya iaitu sardin. Tumis bawang kecil , bawang putih, halia sehingga naik bau dan masukkan sardin , hancurkan , masukkan garam dan masik sehingga  kering sedikit. Itu bahasa ringkas, yang tak berapa ringkas  seperti di bawah :-


ROTI SARDIN

Bahan-bahan :


a.  satu tin besar sardin
b.  3 ulas kecil bawang putih  - hiris
c.  3 biji bawah merah - hiris
d.  setengah sudu besar cili boh
e.  sedikit minyak untuk menumis
f.  1/3 sudu kecil garam
g.  setengah biji bawang besar , potong dadu
h. garam dan gula mengikut citarasa
i.  Roti keping
j.   sedikit tepung gandum



Cara-cara : 


a. Ambil sekeping roti 
b. Letakkan inti sardin 
c. Gulungkan, tekankan dengan hujung garpu - boleh letak putih telur atau bancuhan tepung dengan air diantara roti
d. Ambil 2 sudu tepung gandum , campurkan air, garam, kunyit dan buat doh cair untuk celupkan roti tadi
e. Ulangi langkah di atas sehingga mencapai kuantiti yang di ingini. 
f. Goreng dalam minyak yang panas (2-3 minit shj) 


Norzi tidak guna telur kerana penggunaan telur boleh menyebabkan roti akan menyerap minyak, berbanding tepung,  tetapi pastikan minyak benar-benar panas semasa menggoreng. 


inti yang paling penting
Inti sardin
Inti sardin ni biasanya Norzi gunakan tin yang besar. Sekali masak memang sesuai untuk kapasiti kami seisi keluarga.Kalau ada lebihan atau nak ulang pada esoknya, boleh di simpan di dalam bekas kedap udara- simpan dalam peti sejuk.

Roti sardin


Biasanya panggil roti sardin,.. tapi kali ni tak roll kan dia macam selalu , jadi Norzi tak tulis sebagai sardin roll.  Boleh tengok sardin roll yang Norzi buat di sini.  Yang kali ini pun sama, tapi hasilnya macam karipap sikit. 




   
Roti sardin ala sardin roll sedia di hidang  


Bila dah di goreng, rupa karipap dah tak nampak.. nampak macam pisang goreng pulak. tetapi rasanya memang sedap, rangup , sesuai untuk hidangan petang. Anak-anak laju je makan. Sila jamu selera anak - anak ku..
sardine roll sardin roll sardine roll recipe sardine roll resepi 


Sebelum goreng macam karipap , selepas goreng dah macam pisang goreng.. tak tau nak namakan apa .. :)




Close up roti sardin ala karipap sardin.


Kepada yang buntu nak hidangkan minum petang , lagi-lagi kalau kita dikunjungi tetamu, boleh buat resepi ini . Cuma intinya perlu buat awal sebab perlu disejukkan terlebih dahulu.. Kalau panas-panas letak dalam roti pun boleh juga... semua pun boleh, yang jadi tak bolehnya kalau kita diserang masalah big 'M'  hihi..  





Setelah siap digorengkan hidangkan bersama kopi O panas. Selamat mencuba, dan happy sharing this info.

~Norzi














resepi roti sardin, sarapan pagi sedap murah cepat , ringkas cake receipe
banana cake receipe orange cake receipe carrot cake receipefruit cake receipechocolate cake receipecup cake receipesponge cake receipereceipe cakemarble cake receipesimple cake receipecake receipesred velvet cake receipereceipe for carrot cakecrab cake receipe

BIHUN GORENG SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum, setelah sekian lama tak update blog ni, kini Norzi tambah entri santai memasak makanan mudah. Bihun goreng ni sangat sesuai sarapan pagi, makan petang. Biasanya Norzi akan masak waktu pagi untuk sarapan.

 Bihun goreng ni kalau dah selalu masak , memang senang aje. Walaupun sekali pandang bihun goreng semuanya sama sahaja , tapi rasanya sangat berbeza.. ada rasa kering, basah... Bila diamati rupanya bihun goreng takkan sama rasanya walaupun resepinya sama. Tu la yang di panggil air tangan orang memasak..


Bihun goreng untuk sarapan pagi


Sarapan pagi bihun goreng ...mudah sahaja.. takda accesori sebab nak cepat..kalau masak petang ada la potongan cili , telur dadar potong2, daun sup sebagai hiasan. Ni nak cepat , mana yang sempat aje.  





Dalam kesibukan seharian ni , Norzi tetap mencari masa untuk memasak , mengemas rumah, dan melalukan kerja rutin lain. Indahnya hidup kalau semuanya dalam keadaan teratur.. memang itulah impian setiap orang.. Berniatlah untuk melakukan semua kerja dan tanggungjawab kita hanya kerana Allah , InsyaAllah kita akan terpelihara dari segala gejala yang merosakkan hati ... 



bihun goreng yang sedap dengan ayam
bihun goreng semple aka sempoi

kalau nak beli bihun , pilihlah yang bila di rendam tidak lembik . Kalau yang jenis mudah lembik bila memasak tak best sangat.  kalau keras sikit ok, taknak lembut, kita boleh letak air panas masa masak. Resepi ni Norzi dah pernah share di sini.






Masa untuk makan bihun goreng 



bihun goreng sedap



Bihun goreng ni kalau tak habis , anak-anak bawa bekal pergi ke sekolah. Biasanya sebungkus sesuai untuk sekali hidangan seisi keluarga (5orang). 


Kalau yang nak berdiet atau kurangkan pengambilan nasi, sesuai makan bihun .Sumber nutrisi bagi hidangan bihun adalah seperti di bawah.


Kandungan nutrisi dalam bihun goreng
sumber


Kalori untuk satu hidangan adalah 197.. tapi tiada kandungan lemak dan kolestrol.. Serba sedikit tentang bihun atau dalam English bihun bererti rice vermicelli. Cukup untuk entri kali ini, entri awal setelah lama sangat berehat , mulakan dengan entri masakan yang mudah... selamat berehat semua. Selamat berhujung minggu. 




resepi bihun goreng resepi bihun goreng singapore resepi bihun goreng sedap resepi bihun goreng putih resepi bihun goreng tomyam resepi bihun goreng singapura bihun goreng resepi
bihun goreng singapore bihun goreng putih bihun goreng sedap resipi bihun goreng
bihun goreng simple bihun goreng tomyam cara masak bihun goreng masak bihun goreng bihun goreng cina resep bihun goreng kampung bihun goreng basah cara goreng bihun bihun goreng ayam bihun goreng special bihun goreng jawa bihun goreng resepi kampung resepi paling sedap



















TEMPAHAN ROTI SARANG LEBAH DAN BUTTERSCOTCH

Pernah rasa atau mencuba roti sarang lebah dan butterscotch? Roti sarang lebah dan butterscotch ini sangat popular pada masa ini dan rasanya sangat sedap . Kombinasi bahan buatannya sangat sempurna membuatkan sentiasa inginkan roti ini di dalam stok. 


Selain untuk dimakan sendiri, roti sarang lebah dan butterscotch ini juga boleh dijadikan sebagai hidangan untuk sebarang majlis keraian. Untuk majlis hari lahir di sekolah atau di rumah juga sesuai dihidangkan roti ini. Selain dari resepi yang enak, roti sarang lebah dan butterscotch ini juga berkhasiat. Seperti yang kita sedia maklum, roti menyediakan nutrien penting termasuk karbohidrat untuk tenaga , dan juga mineral, seperti selenium dan besi yang diperlukan untuk kesihatan tisu .


Norzi Foodilicious House kini membuka tempahan roti sarang lebah dan butterscotch kepada umum. Kepada yang berminat membuat tempahan, maklumat tempahan adalah seperti di bawah : 

Tempahan di buka untuk sebarang majlis seperti di bawah

- tempahan individu
- majlis perkahwinan
- majlis akikah
- open house
- majlis hari lahir
- majlis di pejabat
- majlis akhir tahun sekolah 
dan lain lain

Harga : RM6 sebekas
Berat : 215g
COD dan by post . 
Jika by post, harga belum  termasuk kos pos
Min order 4 pcs dan ke atas
Untuk kuantiti pukal / banyak sila maklumkan sekurang-kurangnya  3 hari awal dari tarikh majlis.


Untuk tempahan :
SMS / whatsapp / sms : 019 3177872
email ; norzibeautilicioushouse@gmail.com









 
Roti sarang lebah dan butterscotch







 Roti sarang lebah dan butterscotch dengan bungkusan





         Menerima tempahan Roti sarang lebah dan butterscotch




SARAPAN PAGI YANG SEDAP

Assalam­­ualaikum,selain masak sendiri resepi kegemaran keluarga untuk juadah saparan pagi... tentu kita ada makanan favourite yang ikut selera dan citarasa sendiri kan.. Alhamdulillah Sabtu lalu penuh dengan jemputan Kenduri Kesyukuran dan Jamuan Hari Raya, pagi-pagi dah siap masak sarapan dan masih masak juga untuk makan malam. Ahad Norzi masak bihun goreng dan puding kastard kerana adik ipar datang beraya. Kemudian Norzi ke rumah kakak ipar beraya dan makan tengahari di sana. ermm... tak abis-abis type makan, makin besar la badan ni nampak gaya nye :(


Ok, bercerita pasal makanan dan masakan, hari ni Norzi share sarapan kegemaran Norzi . Norzi suka kombinasi Nasi putih, sotong goreng tepung dan juga kerang sambal ni. Ni favourite Norzi. Kalu boleh tiap-tiap pagi nak makan sotong goreng tepung ni. Sedap sangat. Ianya kelihatan sangat  bebas minyak , kering dan rangup dan sangat sedap! Sebelum ni kalau nak makan sotong goreng tepung yang best kena ke Bagan Lalang. Sekarang ni kalau teringin je pagi-pagi dah tangkap yang dah siap ni..


Kepada yang teringin nak buat sendiri boleh la.. Norzi ada tanya tukang masak tu resepi sotong ni .  Mengikut kata tukang masak tu hanya gunakan tepung biasa, telur dan garam. Sukatan adunan yang tepat Norzi tak tanya...tapi yang dah biasa masak boleh agak-agak la kasi adunan tak begitu cair. Norzi belum pernah cuba lagi .. jadi tak pasti ingredients ni betul atau tidak. 

Apa-apa pun selamat bekerja dan bersarapan untuk semua yang membaca.








Salam ceria,

Norzi~

RESEPI : KARIPAP KENTANG DAGING DAN TELUR ALA MINI MURTABAK

Assalamualaikum, very fast entry ni. Entry minggu lepas... alalalala tak sempat nak update sini... last weekend, lepas berurusan di siang hari, sempat makan di Bangi lagi ...; ni gara-gara d Limau Nipis ni heheh semua teringin makan sotong bakar dan ikan bakar...nanti norzi masukkan entry d Limau Nipis ya ..ok petang2 tu hujan... so Norzi pun checked in dapur... takut anak2 lapar  sebab mamanya dah mula lapar hehe..so apalagi.projek nak buat karipap ala Ikea sebenarnya.

Pernah makan tak karipap yang dijual kat ikea tu? Alah ..waktu dah buat bayaran bertentangan dengan kaunter tu kan ada jual karipap panas RM1 satu rasanya, sori tak perasan harga. Bila makan, rasa kari dia rich , cukup rasa...dan dia tambah telur rebus. Hari tu beli, so sekarang dah teringin kadar melampau la.. so Norzi pun buat la ..tak susah pun.. cuma doh nya tu Norzi tak buat tapi gantikan dengan yang lebih instant iaitu guna kulit popia. Hati berbelah bahagi nak buat mini murtabak ke ..karipap. Nak buat mini murtabak tapi daun ketumbar pulak tak ada. So tukar plan buat inti karipap tapi guna kulit popia dan masak atas flat pan , buat macam mini murtabak,agak mengelirukan la ..orang yang tengok agak konflik sikit la identitinya..rupa mini murtabak.. tapi rasa karipap. Sah keliru!.. heheh 




Macam biasa Norzi gunakan kentang, potong siap2 kecil2 ... Norzi pun gunakan daging burger yang telah dikukus terlebih dahulu. Kemudian norzi cincangkannya macam kat bawah ni. Masa buat ni, budak2 pun apa lagi suka sangat n semua sibuk nak tolong, tak dapat kacau tolong tengok pun ok la kan... so layan aje la, kasi diraong happy :)




Masak ni memang seronok... yang tak berapa seronoknya bila kena clean up every mess sebab masak tadi ... penat sikit la.. tapi kena positive ... barula tak boring... Anak2 Norzi memang excited kalau ada projek kat dapur. Sibuk la nak tolong... so bagi juga la tolong mana yang boleh kan.. asalkan diorang rasa part of the team yang memasak.. Tengok ... sibuk kacau kari..yang sorang lagi observer..hihi


Tugas pertama....mestila kena siapkan inti kentang ni... cabaran menghasilkan  karipap atau mini murtabak tu sedap, key word nya ialah inti yang sedap, Kalau sedap insyaAllah sedapla... ok, so cuba la godek2 kasi sedap gak hihi... and tengok inti yang Norzi buat dah siap! yee haa semua pun suka..Norzi sejukkan sekejap...then baru start buat... resepi macam kat bawah ya sayang-sayang semua :)


1) 3 biji kentang --dipotong dadu kecil
2) 3 keping daging burger-dikukus dan potong kecil-separuh di kisar
3) 3 biji bawang merah-dikisar
4) 2 biji bawang putih -dikisar
5) Setengah cawan udang kering
6) 3/4 mangkuk serbuk  kari 
7)  Kulit popia secukupnya
8) 3 biji telur rebus-belah 6 untuk di masukkan dalam inti
9) Sedikit garam dan gula 
10) 3 biji telur -pukul untuk campur dengan inti kentang


CARA CARA :
1) Kisarkan bawang putih, bawang merah, udang kering, daging cincang.
2) Panas kan api dengan sedikit minyak , bila cukup panas,.. masukkan semua bahan kisar.
3) Bila cukup masak, masukkan kentang,daging, kari, kacau-kacau sikit
4) Lepas beberapa minit, cuba rasa kentang samada telah cukup masak atau sebaliknya, kalau belum lembut, tambah 1 cawan air masak  ( kuantiti yang anda buat)
5) Setelah masak, sila perasakan dengan sedikit gula dan garam

Lepas masak biarkan sejuk seket ya ..macam gambar kat bawah ni..

Lepas semua ready , n inti dah  tak panas lagi , boleh la start nak letak dalam kulit popia. Penerangan seperti di bawah ni ya..








sebelum jadi macam kat dalam pan tu, ambil mangkuk letakkan semangkuk inti tadi dan letakkan dengan sebiji telur ya, kacau rata sebab kita nak ensure structure antara inti tadi kukuh masa masak, jadi ianya firm bila dimasak,.. lepas tu baru letak kat dalam kulit popia  masa letak tu, letak la telur rebus tu sekali ya...yang dah di belah2 6 bahagian, so satu tu boleh letak satu atau 2 belah ,,, ikut suka ya....ok , tengok la karipap ala murtabak mini dah hampir siap. Memang mudah berbanding nak buat doh karipap, tambahan pula norzi dah tak jumpa acuan kulit karipap tu sebab si kecil Norzi dah bawak main... ada kebaikannya guna kulit popia ni, tak payah goreng (deep-fry) tapi kita hanya guna sikit minyak aje..., tak bnyak la minyak yang kita gunakan untuk memasak...and tak oily..dan pada satu masa memasak boleh masak banyak.. jadi jimat masa...



karipap ala mini murtabak



karipap ala mini murtabak





karipap ala mini murtabak


Selamat mencuba! Salam dari Norzi ~





To order : whatsapp 019 3177872



“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...