Assalamualaikum, Norzi share resepi roti sardin.. hanya gunakan sardin dan roti sahaja, dua bahan utama. Pernah makan sardin pastry ? atau karipap sardin. Kalau masa terhad, Norzi cadangkan buat roti sardin..
Cara nak buat senang sahaja.. dan mudah , sesuai untuk di buat makan petang. Bukan sahaja minum petang, sarapan pagi pun boleh tau. Bahan-bahan pun ringkas dan mudah didapati.Ianya lebih menjimatkan masa dan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang sentiasa kesuntukan masa. Resepi ringkas dan senang, jadi pendek lah masa berada di dapur, banyak masa untuk anak-anak, diri sendiri, dan lakukan aktiviti lain yang kita minati.
Langkah pertama, sediakan intinya iaitu sardin. Tumis bawang kecil , bawang putih, halia sehingga naik bau dan masukkan sardin , hancurkan , masukkan garam dan masik sehingga kering sedikit. Itu bahasa ringkas, yang tak berapa ringkas seperti di bawah :-
ROTI SARDIN
Bahan-bahan :
a. satu tin besar sardin
b. 3 ulas kecil bawang putih - hiris
c. 3 biji bawah merah - hiris
d. setengah sudu besar cili boh
e. sedikit minyak untuk menumis
f. 1/3 sudu kecil garam
g. setengah biji bawang besar , potong dadu
h. garam dan gula mengikut citarasa
i. Roti keping
j. sedikit tepung gandum
Cara-cara :
a. Ambil sekeping roti
b. Letakkan inti sardin
c. Gulungkan, tekankan dengan hujung garpu - boleh letak putih telur atau bancuhan tepung dengan air diantara roti
d. Ambil 2 sudu tepung gandum , campurkan air, garam, kunyit dan buat doh cair untuk celupkan roti tadi
e. Ulangi langkah di atas sehingga mencapai kuantiti yang di ingini.
f. Goreng dalam minyak yang panas (2-3 minit shj)
Norzi tidak guna telur kerana penggunaan telur boleh menyebabkan roti akan menyerap minyak, berbanding tepung, tetapi pastikan minyak benar-benar panas semasa menggoreng.
Inti sardin |
Roti sardin
Biasanya panggil roti sardin,.. tapi kali ni tak roll kan dia macam selalu , jadi Norzi tak tulis sebagai sardin roll. Boleh tengok sardin roll yang Norzi buat di sini. Yang kali ini pun sama, tapi hasilnya macam karipap sikit.
|
Sebelum goreng macam karipap , selepas goreng dah macam pisang goreng.. tak tau nak namakan apa .. :)
|
Setelah siap digorengkan hidangkan bersama kopi O panas. Selamat mencuba, dan happy sharing this info.
~Norzi
resepi roti sardin, sarapan pagi sedap murah cepat , ringkas cake receipe
banana cake receipe orange cake receipe carrot cake receipefruit cake receipechocolate cake receipecup cake receipesponge cake receipereceipe cakemarble cake receipesimple cake receipecake receipesred velvet cake receipereceipe for carrot cakecrab cake receipe
~Norzi
resepi roti sardin, sarapan pagi sedap murah cepat , ringkas cake receipe
banana cake receipe orange cake receipe carrot cake receipefruit cake receipechocolate cake receipecup cake receipesponge cake receipereceipe cakemarble cake receipesimple cake receipecake receipesred velvet cake receipereceipe for carrot cakecrab cake receipe
No comments:
Post a Comment