Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

RESEPI KEBAB DAGING PITA



Assalamualaikum, selamat berhujung minggu..minggu ni anak sulong Norzi tak balik.. sibuk semalam gotong royong di asrama. Minggu nak cuti raya cina baru balik cuti panjang... melayan dua orang lagi di rumah.. 




anak anak nak makan kebab daging pita
anak anak tercinta


Minggu lepas Norzi pergi Tesco , mencari stok makanan untuk buat sarapan pagi, makan tengahari anak anak. Anak - anak nak bawa bekalan  ke sekolah sebab sekolah dah makin ramai pelajar. Hari pertama tak dapat makan sebab lama beratur...berhimpit di kalangan pelajar akhirnya masa rehat tamat dah tak dapat makan.

Resepi daging black pepper terbaik, mudah dan ringkas. untuk ibu berpantang , tak perlu pakai minyak dan lebihkan halia dan lada hitam. Resepi kegemaran, tetapi bahaya kalau nasi bertambah-tambah. Boleh ke channel tiga beradik atau klik link di bawah


Lesson learn tak nak dah beratur, nak bawa bekal! Sebelum ni puas dah Norzi bagi tahu bawa bekal lah , lagi bagus , bersih dan focus tak terkejar kejar tapi abang dan adiknya tak nak. Tahun ni dua dua susah nak beli makanan , dua dua yang minta nak bawa bekal.  Jadi kat rumah memang bnyk stok dah sedia utk sarapan pagi ... 

Oleh sebab ada roti pita yang di beli minggu lepas, pagi ni Norzi buat sarapan roti pita kebab daging . Ada 5 keping, dah pakai dua keping , bila belah dua dapatla empat... lagi tiga tu akan masak esok untuk bekalan kedua duanya ke sekolah. Mama pun bawa bekal juga sebab dah bosan makan masakan makcik cafe yang masak pun bukan orang Malaysia tapi dari seberang jadi tak berapa penuhi selera.. biasala usia dah makin meningkat ni mcm macam perubahan pada diri sendiri hihi :).


roti pita sedap roti pita murah dan sedap di makan boleh bawa bekal ke sekolah jalan jalan buka puasa dan makan malam 




Resepi kebab daging roti pita


Mudah sangat buat kebab ni. Kalau sebelum ni nak makan kebab daging tunggu bulan ramadhan , sebab banyk jual pada masa tu di param. Sekarang tak perlu dah sebab senang je buatnya.Kepada ibu ibu yang dah ada list menu anak anak untuk bekalan kesekolah, boleh tambah lah menu kebab daging roti pita ni ya... Hanya perlu kan bahan simple di bawah.



Ikan adalah makanan terbaik dengan sumber protein. Di sini ada menu ikan siakap yang mudah di sediakan , hanya beberapa langkah , siap sedia untuk di hidang. Bukan sahaja mudah malah menjimatkan dan boleh di masak selalu.





Bahan-Bahan :
Daging  burger 2 keping (kalau ada daging cincang pun leh guna)
Bawang besar 1/2 biji - Potong Dadu
Tomato ceri 3 biji -potong  Dadu
Sos Tomato- 1 sudu kecil 
Sos Cili- 1 sudu kecil
Mayonis - 2-3 sudu
Celery sedikit potong dadu
kobis dua helai potong halus
carrot 1/2 inch potong dadu
Kalau ada timun boleh hiris dan masukkan 
kalau ada daun salad boleh masukkan salad
roti pita kebab- 2 keping di belah 2 - 


Cara-cara :


1. Masak daging burger , potong kecil sehingga garing (minyak burger akan keluar jadi tak perlu tambah minyak)
2. Masukkan tomato, bawang, carrot, Celery, kacau sampai rata dan puas hati
3. Masukkan sos cili, sos tomato. Masak sampai daging dan sos sekata.tak perlu tambah perasa pun dah sedap
3. Dah agak-agak semua masak, tutup api.. masukkan dalam mangkuk. Masukkan mayonis, gaul sekali
4. Panaskan Roti dalam Kuali Tanpa lekat , lagi kering lagi rangup sedap asalkan tak hangus
5. Masukkan inti dalam roti sampai habis..hidangkan


Selamat mencuba!




Boleh subcribe youtube channel TIGA BERADIK untuk dapatkan banyak video perkongsian makasan, vlog, anak -anak, resepi, melancong dan lain lain.  Boleh terus ke TIGA BERADIK you tube channel.

Boleh tengok koleksi video resepi dan cara memasak yang lain






==============================================

Recommendations:



cara masak serawa durian



Cara Masak Kacang Panjang Tumis Sotong


Resepi Cara Masak Ikan Tenggiri yang sedap dan mudah



Resepi Udang Masak Lemak Cili Api


Cara Masak Resepi Nasi Goreng Udang Simple



Resepi cara masak ikan siakap tempoyak dengan timun



Resepi cara masak ikan jenahak masak hitam







Koleksi Video Masakan yang super mudah, langkah demi langkah, pasti pandai masak. Masak asam pedas favourite family di dapur yang sederhana yang berwarna putih , 


RESEPI : Asam Pedas Ikan Kembung Sedap Dan Mudah l Tiga Beradik



Ini adalah koleksi video unboxing cerruti 1881 luxury pen. Untuk melihat jumlah pen yang di terimadalam satu kotak, click gambar / link di bawah


      
  Unboxing : Cerruti 1881 Luxury Pen l Tiga Beradik

ROTI SARDIN

Assalamualaikum,  Norzi  share resepi  roti sardin.. hanya gunakan sardin dan roti sahaja, dua bahan utama. Pernah makan sardin pastry ? atau karipap sardin. Kalau masa terhad, Norzi cadangkan buat roti sardin.. 

Cara nak buat senang sahaja.. dan mudah , sesuai untuk di buat makan petang. Bukan sahaja minum petang, sarapan pagi pun boleh tau. Bahan-bahan pun ringkas dan mudah didapati.Ianya lebih menjimatkan masa dan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang sentiasa kesuntukan masa. Resepi ringkas dan senang, jadi pendek lah masa berada di dapur, banyak masa untuk anak-anak, diri sendiri, dan lakukan aktiviti lain yang kita minati.

Langkah pertama, sediakan intinya iaitu sardin. Tumis bawang kecil , bawang putih, halia sehingga naik bau dan masukkan sardin , hancurkan , masukkan garam dan masik sehingga  kering sedikit. Itu bahasa ringkas, yang tak berapa ringkas  seperti di bawah :-


ROTI SARDIN

Bahan-bahan :


a.  satu tin besar sardin
b.  3 ulas kecil bawang putih  - hiris
c.  3 biji bawah merah - hiris
d.  setengah sudu besar cili boh
e.  sedikit minyak untuk menumis
f.  1/3 sudu kecil garam
g.  setengah biji bawang besar , potong dadu
h. garam dan gula mengikut citarasa
i.  Roti keping
j.   sedikit tepung gandum



Cara-cara : 


a. Ambil sekeping roti 
b. Letakkan inti sardin 
c. Gulungkan, tekankan dengan hujung garpu - boleh letak putih telur atau bancuhan tepung dengan air diantara roti
d. Ambil 2 sudu tepung gandum , campurkan air, garam, kunyit dan buat doh cair untuk celupkan roti tadi
e. Ulangi langkah di atas sehingga mencapai kuantiti yang di ingini. 
f. Goreng dalam minyak yang panas (2-3 minit shj) 


Norzi tidak guna telur kerana penggunaan telur boleh menyebabkan roti akan menyerap minyak, berbanding tepung,  tetapi pastikan minyak benar-benar panas semasa menggoreng. 


inti yang paling penting
Inti sardin
Inti sardin ni biasanya Norzi gunakan tin yang besar. Sekali masak memang sesuai untuk kapasiti kami seisi keluarga.Kalau ada lebihan atau nak ulang pada esoknya, boleh di simpan di dalam bekas kedap udara- simpan dalam peti sejuk.

Roti sardin


Biasanya panggil roti sardin,.. tapi kali ni tak roll kan dia macam selalu , jadi Norzi tak tulis sebagai sardin roll.  Boleh tengok sardin roll yang Norzi buat di sini.  Yang kali ini pun sama, tapi hasilnya macam karipap sikit. 




   
Roti sardin ala sardin roll sedia di hidang  


Bila dah di goreng, rupa karipap dah tak nampak.. nampak macam pisang goreng pulak. tetapi rasanya memang sedap, rangup , sesuai untuk hidangan petang. Anak-anak laju je makan. Sila jamu selera anak - anak ku..
sardine roll sardin roll sardine roll recipe sardine roll resepi 


Sebelum goreng macam karipap , selepas goreng dah macam pisang goreng.. tak tau nak namakan apa .. :)




Close up roti sardin ala karipap sardin.


Kepada yang buntu nak hidangkan minum petang , lagi-lagi kalau kita dikunjungi tetamu, boleh buat resepi ini . Cuma intinya perlu buat awal sebab perlu disejukkan terlebih dahulu.. Kalau panas-panas letak dalam roti pun boleh juga... semua pun boleh, yang jadi tak bolehnya kalau kita diserang masalah big 'M'  hihi..  





Setelah siap digorengkan hidangkan bersama kopi O panas. Selamat mencuba, dan happy sharing this info.

~Norzi














resepi roti sardin, sarapan pagi sedap murah cepat , ringkas cake receipe
banana cake receipe orange cake receipe carrot cake receipefruit cake receipechocolate cake receipecup cake receipesponge cake receipereceipe cakemarble cake receipesimple cake receipecake receipesred velvet cake receipereceipe for carrot cakecrab cake receipe

ROTI SARDIN ROLL

Assalamualaikum, resepi roti gulung sardin yang di salut dengan telur. Ini memang kegemaran anak-anak Norzi. Resepi roti sardin gulung ini memang sedap dan special.Boleh dijadikan hidangan minum petang atau sesuai juga untuk sarapan pagi. Sesuai juga untuk dijadikan menu / juadah berbuka puasa.

resepi roti sardin roll mudah senang sarapan pagi
                      roti sardin roll resepi mudah 



resepi mudah dan sedap dan paling senang untuk masak
                         roti sardin roll sedap resepi mudah
Bulan Ramadhan bakal menjelang, selain dari persediaan mental dan fizikal untuk menempuh bulan baik ini, ibu-ibu mungkin sudah bersedia untuk membuka semua buku resepi agar urusan persediaan makanan  sepanjang bulan Ramadhan berjalan lancar. Tujuan utama agar menu yang disediakan sesuai untuk menyokong anak-anak yang akan berpuasa , lebih-lebih lagi anak yang masih kecil. 

Ok jom layan resepi sardine roll yang mudah ini.

Bahan-bahan
Roti Gardenia
Sardin tin size besar
Bawang besar-potong dadu
Cili api / merah-potong serong atau kecil-kecil
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi
Telur-dikacau, macam nak buat telur dadar
Sedikit tepung bancuh dengan sedikit air

Cara-cara
1. Hancurkan ikan sardin dengan mengguna garpu. Panaskan minyak. Bila dah panas,  tumis- masukkan sardin. Norzi gunakan sekali sos sardine. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong dadu bersama cili yang telah di hiris tadi,  seterusnya masukkan perahan limau. Perasakan. Biar sampai kering.

2. Gelekkan roti bagi leper. Letakkan inti sardin, gulung. Di bahagian hujung roti, untuk pastikan melekat, boleh letak bancuhan tepung gandum-tapi kali ni Norzi tak letak..nak cepat :).  Celupkan roti tadi dalam telur dan terus goreng. Jangan celup awal, untuk elakkan roti kembang. Celupkan semasa hendak masukkan dalam kuali dan jangan celup terlalu banyak untuk elakkan telur serap minyak banyak. Pastikan minyak panas. Goreng hingga kekuningan dan siap!



roti sardin roll
Roti gulung sardin

Selamat mencuba.
Norzi~

resepi sardin roll, sardine roll istimewa, resepi sardine roll mudah dan simple, cepat , murah, tempahan kuih muih , tempahan cookies untuk hari lahir , tempahan biskut raya taman putra perdana puchong, tempahan kek taman putra perdana 




“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...