Assalamualaikum, resepi roti gulung sardin yang di salut dengan telur. Ini memang kegemaran anak-anak Norzi. Resepi roti sardin gulung ini memang sedap dan special.Boleh dijadikan hidangan minum petang atau sesuai juga untuk sarapan pagi. Sesuai juga untuk dijadikan menu / juadah berbuka puasa.
roti sardin roll resepi mudah |
Roti Gardenia
Sardin tin size besar
Bawang besar-potong dadu
Cili api / merah-potong serong atau kecil-kecil
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi
Telur-dikacau, macam nak buat telur dadar
Sedikit tepung bancuh dengan sedikit air
Cara-cara
1. Hancurkan ikan sardin dengan mengguna garpu. Panaskan minyak. Bila dah panas, tumis- masukkan sardin. Norzi gunakan sekali sos sardine. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong dadu bersama cili yang telah di hiris tadi, seterusnya masukkan perahan limau. Perasakan. Biar sampai kering.
2. Gelekkan roti bagi leper. Letakkan inti sardin, gulung. Di bahagian hujung roti, untuk pastikan melekat, boleh letak bancuhan tepung gandum-tapi kali ni Norzi tak letak..nak cepat :). Celupkan roti tadi dalam telur dan terus goreng. Jangan celup awal, untuk elakkan roti kembang. Celupkan semasa hendak masukkan dalam kuali dan jangan celup terlalu banyak untuk elakkan telur serap minyak banyak. Pastikan minyak panas. Goreng hingga kekuningan dan siap!
Roti gulung sardin |
Selamat mencuba.
Norzi~
resepi sardin roll, sardine roll istimewa, resepi sardine roll mudah dan simple, cepat , murah, tempahan kuih muih , tempahan cookies untuk hari lahir , tempahan biskut raya taman putra perdana puchong, tempahan kek taman putra perdana
No comments:
Post a Comment