Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label LANGKAWI. Show all posts
Showing posts with label LANGKAWI. Show all posts

HOTEL DI LANGKAWI

Masih tak abis pasal Langkawi... Pengsan la type tak abis-abis cerita tentang Langkawi..Tengok gambar.. makk..banyak nya nak tulis .. ni lah entry yang sepatutnya di tulis awal-awal lg ..tapi atas faktor kekangan masa yang teramat sangat , maka semua perancangan tidak dapat tertunai. 

Dalam entri ini , berkisar tentang hotel yang kami duduk di Langkawi. Sebelum ini kami pernah ke Langkawi dan menginap di Awana Porto Malai yang terletak di Chenang, tetapi kali ini kami memilih lokasi di Kuah. Kenapa agaknya Norzi memilih Pekan Kuah, kerana sebelum ini Norzi duduk di Chenang dan ada melakukan aktiviti air dan naik bot ke pulau. Perjalanan kali ini Norzi hanya hendak makan, berjalan , shopping coklat...shopping pinggan mangkuk dan shopping bedsheets ... padahal masa di Guangzhou Norzi sudah beli 5 set comforter tapi bila di Langkawi rasa nak shopping lagi .. mula-mula window shopping..lepas tu takde window-window dah.. terus je tembus dari window hehehe..

Dalam banyak banyak hotel di Langkawi , Norzi memilih Dayang Bay Resort and SPA seagai destinasi menginap kami selama 3 hari 2 malam. Kos menginap di sini adalah sekitar RM560++ untuk 3 hari 2 malam. Di sini waktu untuk anda check in adalah pada jam 3 petang..kalau datang awal boleh je lepas lepas di entrance dia ..besar n open area.


Ini promo terlebih je untuk hotel tersebut, hehe selain  berkongsi maklumat kepada yang nak melancong terutamanya dengan keluarga dan anak kecil , Norzi juga rasa sangat berpuas hati dari segi  kebersihan bilik dan semuanya..kecuali makan sarapan pagi yang tak berapa teratur sangat.. Masa datang tu memang orang ramai.. jadi banyak makanan habis.. kalau ada pun spaghetti yang keras dan memang macam tak da standard pula makan macam tu...Bab makan nanti Norzi cerita spesifik di entry Makan di Langkawi.... Tapi kalau tak makan di Dayang Bay, anda boleh je makan di luar .. di kawasan kuah banyak kedai yang jual nasi lemak , nasi berlauk, kuih muih dan lain lain.



Bila dah petang sikit, mula nak mandi pool, sonoknya  nak main air..




Apartment ni ada satu bilik, satu hall , balcony, 2 toilet dan juga ruang mengeringkan/ menyidai pakaian ..



Pool time. Petang - petang sikit lepas jalan-jalan dan rehat sekejap , baru boleh main air. Kali ini percutian di Langkawi banyak habis masa dengan makan, shopping, tengok movie dalam hotel dan mandi pool. mandi pool dapat 2 petang. 





Dah sampai bawah... meriah..




 


Aktiviti mandi manda di petang hari memang menyeronokkan kanak-kanak. Norzi tengok je la... takda maknanya nak terjun sini basah lencun ... lagi pun tak minat la sebab ramai sangat la orangnya.

Kawasan bawah hotel juga luas dan selesa. Petang - petang boleh jalan-jalan hirup udara segar. Selain itu kadar kebersihan di sekitar hotel ini juga sangat memuaskan sepanjang kami berada di sana. 






Petang petang dan malam kitorang boleh turun balik untuk main beberapa mainan di sini. Kami juga main ping pong. Norzi tak main , tapi menonton aje. heheh 



Lokasi bilik adalah pool view dan boleh terus nampak laut.... memang best sangat, selain faktor pemandangan yang indah,  malam-malam dapat udara segar sebab kami buka pintu, sejuk mata memandang air yang kebiruan... rasa jauh sikit dari hiruk pikuk dan kesibukan bekerja seharian .... Island yang disediakan di balkoni  memang memudahkann kerja kerja membasuh. Kalau yang datang  menginap di sini dan stay lama boleh la memasak sekali. 





Pemandangan dari balkoni. 


Sampai sini dahulu. Kalau anda nak mencari hotel di Langkawi  boleh guna tips berikut :


1) Pastikan tujuan ke Langkawi, hendak bershopping atau banyak aktiviti air, jika banyak hendak membuat aktiviti membeli belah sebaiknya duduk di pekan Kuah. Jika  berminat dengan aktiviti air , kerana Langkawi mempunyai banyak pulau - pulau menarik selain ke Tasik Dayang Bunting. Untuk aktiviti air, digalakkan memilih hotel di sekitar Chenang kerana berdekatan dengan kawasan pantai.

2) Sekiranya datang dengan bilangan ahli keluarga yang ramai seeloknya memilih service apartment kerana lebih luas, selesa dan mempunyai ruang untuk memasak, sebaiknya bawalah periuk nasi kecil dan bahan - bahan mentah kering yang memudahkan tujuan tersebut.  Bilangan ahli keluarga kecil boleh memilih hotel.

3) Banyak hotel di Langkawi , tetapi carilah tempat yang selesa dan selamat. Walaupun kita ingin menginap sekejap sahaja tetapi kebersihan dan keselesaan penting bagi mendapatkan rehat yang berkualiti. 

4) Semak semua peruntukan perbelanjaan untuk hotel atau tempat penginapan anda agar ianya bersesuaian dan memenuhi keperluan anda ketika bercuti.

5) Adalah lebih baik mengelakkan cuti pada musim cuti sekolah kerana pada masa ini kebanyakan kawasan sesak, harga hotel lebih mahal. Walaubagaimanapun sekiranya tidak dapat dielakkan, rancanglah sebaiknya agar percutian anda menjadi percutian yang indah untuk di kenang. Selamat bercuti.

Sampai sini dahulu, akhir kata selamat melancong kepada semua. 
Norzi ~







MELANCONG KE LANGKAWI

Assalamualaikum,

Lama sungguh nak update cerita kat Langkawi. Dah berapa musim cuti sekolah... Norzi tak sempat-sempat cerita tentang Langkawi yang sangat sesuai di pilih sebagai destinasi pelancongan bersama keluarga. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di sana.... selain sebagai kawasan bebas cukai..kita pun seronok juga la menyopping sakan.. tapi jangan lupa beli berat luggage manaiki pesawat kerana nanti kena denda pula dah tak untung kan..

Pada cuti sekolah pada Jun 2014, Norzi dah keluarga dapat menjejakkan lagi kaki ke Pulau Langkawi sekali lagi... ini kali 3 kami ke sana, dan kali ini dapat bawa anak Norzi , khalisah turut serta. Terakhir Norzi ke Langkawi masa usia kandungan Khalisah 6 bulan.. Pelancongan ini telah lama dirancang, memandangkan pada 7 Jun 2014 merupakan hari lahir anak Norzi yang pertama, iaitu Fatimah Azzahrah yang ke 11 tahun, jadi Norzi memilih tarikh tersebut dengan harapan akan menjadi kenangan abadi kami sekeluarga dan tentunya sesuatu yang menggembirakan untuk anak-anak.. (sebenarnya tak tahu nak pergi mana lokasi dalam negara dan menaiki kapal terbang... yang paling sesuai Langkawi la) 


Alhamdulillah..Hari Pertama , perjalanan ke Langkawi bermula dengan menaiki penerbangan Air Asia AK6308 pada jam 7.30 pagi . pengalaman menaiki pesawat di KLIA2 .. teruja sangat! Ambil Flight pagi .. jadi kami bertolak dari rumah jam 5 pagi. Keluar awal atas faktor kali pertama Norzi dan keluarga akan menggunakan KLIA2. Ini pengalaman baru, kami risau jika tidak begitu familiar dengan persekitaran baru bangunan , jadi Norzi dan suami membuat keputusan untuk keluar lebih awal. Sampai KLIA2 sekitar jam 6pg.. terus parkir kereta dan turun naik lif.. singgah solat..kejap je masa berlalu.. dan terus je check in beg.

Sedikit review tentang KLIA 2 , lapangan terbang ini lebih besar dari LCCT sebelum ini. Lebih selesa  dari segi toilet dan ruang surau. Lebih banyak kedai / restoran . Tetapi kawasan untuk sampai ke terminal sangat jauh dan memanjat. Maksud memanjat di sini adalah kena menaiki beberapa kali escalator , dan Norzi tidak pasti sekiranya ingin membawa warga emas , jenis perkhidmatan yang disediakan kerana terlalu bnyk escalator. Mungkin ada laluan khas untuk sewaan pengangkutan untuk yang ingin membawa warga emas.

Macam Norzi bagi tahu tadi , kami anak beranak datang awal sikit kerana tidak biasa dan first time menggunakan KLIA 2, jadi seawal pagi .... inilah rupa muka anak-anak.. macam kelat sikit mula-mula ..blur agaknya :) 





Khalisah menunggu kami bergilir-gilir untuk solat subuh di KLIA 2. 



Dah hantar beg semua... masa menuju ke terminal.. 

Selepas check in, kami singgah ke Dunkin Donut. Hanya ambil Tuna Croissant, 2 jenis donut bavarian, dan air teh. Anak-anak ambil juga air Pulpy, sebotol RM6.00 air Pulpy.. , sama dengan harga kalau beli air dalam dalam pesawat Air Asia rupanya... mahal nye.. Pulpy kecil je. Masa hulur RM20 tu untuk air pulpy, baki RM14. Ingatkan cashier tersalah kira, rupanya Norzi yang tak tengok harga hehehe.. pengajaran untuk diri sendiri dan yang membaca ni.. jangan bayar sebelum tengok harga hehe ingatkan harga sama kalau belum atas udara, rupanya masih jejak tanah pun mahal juga :(. 


Sebelum menaiki pesawat, sempat kami makan sekejap. Kami kongsi-kongsi je makan sekadar nak isi perut sebab tiba-tiba sahaja terasa lapar.. mungkin disebabkan kami bangun awal ..dan jarak berjalan kaki dri parking ke terminat kami agak jauh...bukan Norzi seorang yang lapar, big boss dan anak-anak semuanya kelaparan.. jom tengok kitorang membeli. 




Anak-anak yang kelaparan. Lepas makan dah bersedia berangkat. 






Kelaparan lagi..walaupun perjalanan hanya memakan masa 45 minit (lebih kurang) dari KLIA2 ke Pulau Langkawi .. tapi anak-anak Norzi suka makanan dalam pesawat Air Asia. Untuk menikmati 20% diskaun , Norzi dah beli online siap-siap. Sila ke entry order makanan di sini.Khalisah bukan main suka lagi :) mama pun suka :)))))  suka makan, suka jalan...


Tunggu sekejap.. dalam beberapa minit, kami pun sampai ke tanah Langkawi. Tak sabar nak beraktiviti di Langkawi. Alhamdulillah ..selamat sampai. 






Excited tak kanak - kanak ni? hehe Khalisah excited sebab sebelum ni dia mengira hari. Setiap hari dia akan tanya , 'mama, dah boleh naik aeroplane?' :) hehe .. bila tiba hari yang ditunggu-tunggu mestila suka tak ingat...








Sampai sahaja Lapangan Terbang Langkawi, kami bersiap sedia ambil beg dan yang paling penting menyewa kereta di kaunter di dalam kawasan Lapangan Terbang langkawi. Lapangan Terbang Langkawi tidak besar mana, semuanya setempat... ambil beg dan kawasan kaunter sewa kereta berdekatan je. Sementara tengok-tengok kaunter, ternampak iklan ni.. 


Crocodile Adventureland
Open daily: 9am to 6pm
Jalan Teluk Datai Mukin air Hangat
Baru Norzi tahu di langkawi pun ada Crocodile Advantureland...

Norzi ceritakan tentang Sewa kereta di Langkawi,  Hotel yang kami duduk di Langkawi, makan di Langkawi , shopping di Langkawi dan banyak lagi di entry yang berlaianan. InsyaAllah .. 



Selamat melancong bersama keluarga;
Norzi~







MAKAN TENGAHARI DI LANGKAWI

Assalamualaikum ..kali ini Norzi sharekan tips makan di Langkawi... atau dengan kata lain Jalan-jalan cari makan di Langkawi. Dengan beberapa kali pengalaman Norzi ke Langkawi, Norzi akan sharekan beberapa lokasi restoran makan di sekitar Langkawi...tpi untuk entri kali ini kita fokus dekat restoran Trimula sahaja .. dah lewat malam ,Norzi tulis entri by entri ya.. Kalau sampai di Langkawi, terdapat dua bahagian utama yang kita akan pergi satu bahagian pantai sekitar Chenang iaitu di sekitar pantai Chenang Langkawi, dan satu lagi sekitar bandar Kuah , iaitu lokasi terbaik untuk bershopping barang bebas cukai khas bagi mereka yang datang ke Langkawi dengan niat untuk  membeli belah. 

Memandangkan Langkawi adalah tanah bebas cukai dah tentulah barangan yang di jual di Pulau Langkawi bebas cukai,  harga pula tentulah murah, jadi memang Norzi nak beristirehat dan bershopping je kali ni... .. tiada aktiviti air pada kunjungan kami kali ini ... Tetapi kami  ke Chenang juga untuk makan malam sahaja, iaitu makan seafood di Restoran Hj Ramli. Sementara aktiviti mandi manda di pantai dan naik bot Norzi tidak pergi..masa anak Norzi yang kedua berusia enam bulan kami pernah menaiki bot ke Tasik Dayang Bunting / Pulau Dayang Bunting. Pengalaman yang tak akan dilupakan.

Oleh sebab niat nak shopping, Norzi mengambil hotel di sekitar pekan Kuah, iaitu Dayang Bay Resort. Di pekan Kuah juga terdapat beberapa tempat makan tengahari untuk menjamu selera , tetapi Norzi sekeluarga makan tengahari di Restoran Trimula sahaja. Restoran ini berada dekat dengan Poliklinik Perdana Langkawi. Jadi jika ingin mencari lokasi Restoran Trimula ini, boleh sahaja cuba menggunakan aplikasi Waze . Hidangan makanan merangkumi ikan bakar, daging bakar , ayam bakar, lauk pauk yang pelbagai, ulam-ulaman, mee dan bihun sup kedah style, bubur nasi dan macam-macam lagi. Memang best kedai ni selain harga yang ditawarkan juga murah. 




Persekitaran  lokasi restoran Trimula 


Makan di Restoran Trimula ini memang selera kampung, sesuai dengan tekak makanan kampung kegemaran Norzi. Nak ulang lagi sekali.. sepanjang Norzi berada di Langkawi, setiap makan tengahari kami makan di sini. Ini menunjukkan betapa kami suka sangat makan kat sini :).  Malam makan ikan bakar atau seafood yang best dan segar ... seronoknya Langkawi. Sukaa sangat!  

Hari pertama Norzi dapat ayam panggang. Rasa memang best and highly recommended untuk ke restoran ni. Keesokkannya Norzi sekeluarga datang lagi , dan dapat makan daging panggang pula. Kali ini Norzi sempat la tangkap gambar makanan sebelum kehabisan.  Alhamdulillah memang sedap sangat makanan selera kampung ni sangat-sangat memenuhi citarasa dan selera kami sekeluarga.,lagi - lagi masa makan tu memang sah tengah lapar... apa yang masuk mulut ni semuanya sedap.. hihi. Kalau tak percaya, cuba pergi time lapar.. :)



Ini adalah lauk- pauk yang Norzi sempat tangkap.. lain-lain gambar sudah selamat di makan. Hidangn nasi di atas adalah nasi Norzi. Makan memang la banyak.. Norzi ada ambil udang masak kunyit  juga untuk ratah-ratah di pinggan lain.. udang yang di hidangkan di sini besar-besar dan segar. Udang yang dimaksudkan seperti gambar di bawah.





 besar tak udang ni? Sesekali memang tak fikir diet dah.. fikir makan aje :)


Persekitaran di dalam kedai makan. 

Sampai sini dahulu, selamat melancong.
Norzi~

SPAGHETTI CHICKEN BOLOGNAISE AIR ASIA

Assalamualaikum,

Antara makanan yang Norzi pernah order di dalam pesawat Airasia adalah Spaghetti Chicken Bolognaise. Harganya RM12 untuk pembelian secara online. Pembelian online lebih menjimatkan , anda sebenarnya jimat 20% dengan pembelian makanan secara online melalui website Airasia. Tempahan ini di buat semasa penerbangan KL-Langkawi tempoh hari. 


 


Berat untuk sekotak ini adalah 270g.










Selain dari Spaghetti, Norzi juga memesan Nasi Baryani dan Nasi Lemak Pak Nasser. Kedua -dua hidangan nasi ini tidak menghampakan. Kami sekeluarga sukakannya. Walaupun perjalanan memakan masa lebih kurang 45minit ~ 1 jam, tetapi Norzi tetap beli juga kerana kami sukakan rasanya. Kalau perjalanan yang lebih lama,  sangat justify untuk nasi baryani dan nasi lemak .





Spaghetti Chicken Bolognese 



Biasanya Norzi lebih berminat dengan beef bolognaise. Oleh sebab yang dihidangkan di Airasia adalah ayam, jadi kurang memenuhi citarasa Norzi. Walaubagaimanapun, ini terpulang kepada citarasa masing-masing. 


Selamat menjamu selera.
Norzi~



Recent posts

Nasi Lemak Pak Nasser, Pesawat Air Asia..
Rumah Terbalik di Tamparuli , Sabah..
Pokok Kurma Berbuah di Malaysia...
Resepi Sambal Telur Puyuh..



“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...