Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label JALAN-JALAN CARI MAKAN;. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN CARI MAKAN;. Show all posts

SENARAI TEMPAT MAKAN DI KELANTAN


Kalau berjalan ke Kelantan , nah ni tempat - tempat best korang boleh pergi... betul ke ni.. Norzi check beberapa nama kedai  tu memang wujud heheeh.. Kepada yang nak jalan-jalan cari makan, nak senarai kedai best , jangan lupa print screen or share ya. Selamat melancong dan makan-makan!


SENARAI TEMPAT MAKAN BEST UTK YG BERCUTI KE KELANTAN..

Kelantan.. kaya dengan budayanya yang tersendiri.. satu satunya negeri yang Norzi belum sampai... Insya Allah kalau ada rezeki sampai juga di sini.
Hari Pertama Relax dulu..

- Hari ke2
Bfast : Din Tokyo sebelah Hotel Temenggung (Telur Taliban)
Lunch: Sup Air Asam Suliza (Perut Air Asam) dekat Wisma KB 
Dinner: Ikan Bakar Air Asam depan MML (Sotong Celup Tepung)

- Hari ke3
Bfast: Nasi Kerabu Panji Depan Caltex (Nasi Kerabu Kambing Bakar)
Lunch: Rest. The Ritz Cherang (Ketam Telur Masin Cheese)
Dinner: Ikan Bakar Hj Zakaria, Pengkalan Petah (Ketam Phadkari)

- Hari ke4
Bfast: Nasi Tumpang Pasar Kubang Pasu
Lunch: Nasi Paku Berek Dua Belas
Dinner: Pizza Gino Cherang

- Hari ke5
Bfast: Nasi Dagang Ziela Pohon Kekuk Bayam (Gulai Ike Ayo)
senarai restoran di kelantan
Tengok di Foursquare...
Lunch: Nasi Sup Moksu Taman Maju (Ado Air Nyior)
Dinner: Maggi Tiram Same Parang Puting (Maggi Telur Sotong)


- Hari ke6
Bfast: Pokloh Milo Tunggeng belakang KTC
makan makan di kelantan senarai kedai
Ni dia Milo Tunggeng. Hehe kita bukan orang kelantan jadi tak berapa faham maksudnya.. tapi banyak feedback bagi tau makan kat kelantan ni memang best belaka..

Lunch: Sup Perut Bismillah Panji (Air Asam Siam)
Dinner: Char Kuew Tiaw Dusun Muda (Sebelah Kukup)

- Hari ke7
Bfast: Nasi Kerabu Awang Salor (Daging Bakar Berlemak)
Lunch: Nasi Arab Pulau Melaka (Kebab Kambing)
Dinner: Burger Mat Saleh Jalan Gajah Mati (Spagetti/Burger Sedap)

- Hari ke8
Bfast: Kedai Pati dekat MPI Jalan Hospital (Gulai Ikan Kering)
Lunch: Kedai Sup Gearbox Teluk Panji (Kerabu Perut)
Dinner: Maggi Belut Bukit Marak Bachok 


Kepada yang nak  ke kelantan.. selamat melancong, jangan lupa singgah ke kedai kedai menarik dalam Malaysia ni... 

Selamat
Makan best di kelantan , senarai restoran best di kelantan, nak makan di mana di kelantan

PEARL RIVER NIGHT CRUISE GUANGZHOU

Sepanjang di Ghoungzhou, tak banyak yang Norzi dapat kongsikan melalui penulisan .. cuma perkongsian pengalaman tentang restoran halal di Guangzhou di entry ini . Banyak benda yang ingin di sampaikan tapi masa belum mengizinkan sepenuhnya buat masa ini... beberapa tuntutan lain telah mendahului.. tak apa sikit-sikit Norzi tulis juga.. Entri ini adalah kisah Norzi di Pearl River Night Cruise Guangzhou. Kalau semasa di Hong Kong Norzi berangan nak naik cruise di sini akhirnya dapat juga naik cruise standard biasa-biasa di Guangzhou hehe.





Map Pearl River Cruise di Guangzhou (source)


Sepanjang di Guangzhou, China, pengalaman menaiki Night Cruise Pearl River pada waktu malam merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Memang terbaik dan best! ....Ini merupakan satu pengalaman indah lebih - lebih lagi waktu tu waktu malam.. lagipun sudah lama menyimpan hasrat nak naik cruise tapi tak berkesempatan dan untuk naik cruise yang high class, memamg belum masanya..  :) 



Ini lah pemandangan di waktu malam (sumber gambar)


Untuk pengetahuan. semasa di Guangzhou juga, Norzi dan anak berada musim cuaca suhu biasa, sama macam di Malaysia. Jadi, tentu sahaja berbeza melancong ke Guangzhou pada musim sejuk . Ada beberapa pengalaman dari rakan lain mengatakan musim sejuk bukan masa yang terbaik untuk ke Guangzhoa mungkin sebab banyak aktiviti perlu ditangguhkan kerana faktor cuaca. 

Alhamdulillah perjalanan Norzi ok sahaja , syukur Allah permudahkan. Antara perjalanan di sana yang boleh dikongsikan adalah melihat pemandangan Guangzhou pada waktu malam, membeli belah, makan sate kambing dan menaiki cruise. Norzi dan anak serta rakan-rakan naik cruise agak lewat malam setelah selesai bershopping di Beijing Lui dan beberapa lokasi membeli belah. 




Beli tiket pearl river night cruise


Bayaran tiket yang dikenakan sekitar RM60 seorang . Beli tiket dan beratur seketika... dan Norzi duduk di bahagian bawah. Jika ingin duduk di bahagian atas kapal , ianya open air dan pandangan lebih jelas.


Duduk di salah satu meja 

Pemandangan di sepanjang Pearl River Guangzhou sangat mengujakan kerana penuh dengan lampu yang menyinari persisiran sungai.






Norzi dan anak 

Lewat malam , kapal tidak berapa sesak. Pemandangan pada waktu malam sangatlah indah kerana diterangi dengan lampu. Kami menikmati pemandangan di waktu malam dan perjalanan ini amat menyenangkan. Ramai naik ke atas, kerana atas kapal adalah kawasan terbuka (open air). 



naik kapal di Guangzhoa
Kami menikmati pemandangan pelayaran malam, sangat-sangat  menarik.. ampu-lampu berkilauan di kedua-dua tebing sungai



Cruise ini ada serve makan , ada buffet set, mungkin ada session tertentu yang sediakan makan, masa session kami memang tiada serve food sebab dah lewat.


Selepas menikmati pemandangan nan indah hingga hampir terlelap ( sebab penat bershopping) , maka bila selesai sahaja , kami turun dan siap sedia untuk pulang. Barang pun banyak kiri kanan tangan... ish ish..



Sate kambing di luar port kapal


Selepas kami menaiki cruise , di bahagian luar  bangunan boleh jumpa orang jumpa sate kambing, yang di jual oleh orang muslim. Norzi beli beberapa batang sate... memang sedap sangat sate kambing ni... dan saiz satenya besar.


Selesai makan sate , kami pulang ke hotel kami menginap...
Kepada yang hendak ke Guangzhoa, jangan lupa masukkan Pearl River Night Cruise sebagai salah satu aktiviti di sana. Selamat melancong. Jazakallah.



~Norzi



MAKAN MALAM SATE DAGING (SATAY)

Hari ni Norzi sampai rumah sedikit lewat. Oleh sebab itu, aktiviti memasak tidak dapat diteruskan. Kelewatan Norzi adalah disebabkan telah menghadiri majlis perpisahan seperti yang Norzi maklumkan di sini. Sampai rumah sahaja, hubby ajak makan di luar.Kami makan di SK Corner , Puchong. Walaupun pada mulanya kami hendak makan char kuey teow di Puchong Intan , tapi bila fikir semula, lebih baik di SK Corner kerana pada waktu malam terdapat stall seafood tomyam masakan panas dan juga stall menjual sate.

Norzi makan 3 cucuk sate daging. Tiga sahaja tau, sebab perut Norzi dah terlalu kenyang, banyak sangat minum di Secret Recipe sebelum itu.  Bagi Norzi dan keluarga, resepi sate daging yang di jual di sini memang sedap, setanding dengan sate daging yang dijual di Batu Pahat Johor. Rasa sate dagingnya lembut, rempah perapan rasa di seluruh daging. Harga untuk set sate seperti gambar di bawah adalah RM9.00/ .Macam biasa, Norzi kurangkan  kuantiti pengambilan makanan pada waktu malam. 




Sate daging , kuah kacang dan nasi himpit


Anak-anak order merapu. Maggi adalah antara makanan yang dilarang dibeli di rumah. Tapi oleh sebab sudah lama tak makan maggi, hari ini anak-anak minta 2 pinggan 'maggi baby'.  Satu untuk Khalisah dan satu pinggan lagi untuk Razin. Istilah maggi baby ni ialah code untuk dapatkan resepi maggi yang di goreng tidak pedas dan tanpa sayur-sayuran. Dari situlah lahirnya istilah maggi baby kerana hanya baby sahaja yang tidak makan pedas dan tidak mahu makan sayur... dan baby tersebut pada masa itu adalah baby khalisah. Tukang ambil pesanan tu suka sakat anak Norzi :) 




Sabar menunggu 



Makan time



Lepas makan semua kembali ceria..kembali bertenaga... barulah si manja comel intan payung mama boleh senyum :)



Salam  XO,
~Norzi

NASI ARAB KABSA DAGING KAMBING

Alhamdulillah , hari Rabu pertengahan minggu, masa berlalu terlalu pantas sekali. Menghitung hari sahaja , menjelang detik 31 Ogos 2014 , hari kemerdekaan Negara yang ke 57 tahun...   
Just nak share aktiviti Norzi hari ini , makan tengahari Norzi sedikit istimewa, menu  nasi arab. Siapa yang tidak suka nasi Arab kan... Kalau di Cyberjaya , restoran makanan Arab mudah untuk ditemui. Antara restoran makanan arab yang popular adalah Restoran Saba' , Restoran Sysaban (yang dahulunya dikenali sebagai Dima). Kedua-dua restoran Arab ini sangat popular walaupun ada perbezaan ketara dari segi harga yang ditawarkan dan menu yang berbeza. 

Hari ini menu tengahari makanan Arab Norzi adalah Nasi kabsa kambing serta ayam. Oleh sebab Norzi penggemar daging kambing, jadi cepat-cepat Norzi pilih kambing. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Oleh sebab phone tertinggal, terima kasih juga kepada individu atas bantuan khidmat mengambil gambar dan  kiriman gambar-gambar nasi arab ini :) . Jasamu dikenang.




 Menu Nasi Aeab Kabsah Ayam



Menu Nasi Arab Kabsa Kambing



 Makan beramai-ramai

Hari ni layan gambar sahaja, tiada resepi sebab tuan badan sendiri tidak pernah buat nasi arab :) . Tapi kalau anda ada menonton siaran memasak Chef Ammar, banyak resepi-resepi makanan arab yang dikongsikannya. Norzi tengok chef buat nasi kabsa macam senang sahaja... Memang kena hands-on sekali baru boleh jugde senang ke susah .. 

Norzi ada terima rempah kabsa dari seorang rakan yang balik dari Istanbul beberapa bulan lalu, tapi sampai hari ini tersimpan lagi rempah kabsa tu...harap-harap belum sampai tarikh luput.  Insya Allah ada kelapangan atau cuti panjang Norzi nak cuba juga buat masakan arab dan ada kelapangan Norzi update di blog ini.

Semasa menulis entry ini, Norzi masih rasa kenyang makanan tengahari tadi ..lambatnya makanan tengahari tu di proses.. Malam ini Norzi makan sedikit  roti dan air.. kawal sedikit pengambilan makanan pada waktu malam ; kerana dikhuatiri pembiakan lemak. :)

Selamat malam.
~Norzi

MAKAN DI RESTORAN MR KABAB & BIRYANI CYBERJAYA

Assalamualaikum , selamat malam.. suka tak makanan Arab? Kalau sekitar Cyberjaya , memang mudah untuk ke restoran - restoran makanan Arab. Selain di Cyberjaya, sekarang restoran-restoran Arab juga mudah didapati di sekitar Wangsa Maju, Ampang, Kota Damansara , Shah Alam dan banyak lagi lokasi yang mudah kita dapati Restoran Arab. Masakan Arab ni kebanyakannya memang sedap . Kalau tak sedap .. tu bukan salah makanan,tetapi mungkin salah tukang masak :)


Tengahari tadi Norzi dan rakan-rakan makan di Restoran Mr Kabab & Biryani di Cyberjaya. Restoran Mr Kabab & Biryani ini juga ada di Putrajaya . Untuk lokasi di Cyberjaya, Mr Kabab & Biryani terletak di Domain Berdekatan dengan bangunan Mustapha Kamal [Emkay], bertentangan dengan restoran Mat Ayam Kampung dan sebaris dengan Restoran Singgoti , Tutti Fruity. Kalau yang selalu ke Cyberjaya tentu familiar dengan restoran ini. Ini bukan kali pertama Norzi ke sini, tetapi sudah dah beberapa kali.. Kalau makan tengahari sesuai makan di sini kerana restoran yang dilengkapi dengan penghawa dingin jadi sangat selesa.


Norzi order Roti Nan cheese + come with kuah dal. Rakan Norzi order nasi . Lupa la nak capture nama nasi-nasi yang diorang order. Oleh sebab Norzi kawal pemakanan , jadi sekeping roti nan cheese , kuah dal dan secawan air buah tembikai sudah memadai., walaupun sebenarnya rasa macam nak makan banyak hehe. Tapi mengenangkan berat badan ni, kena la cekal sikit. Tetapi dengan menu Norzi yang super simple tu , Norzi rasa senak dan kenyang mungkin disebabkan minum terlalu banyak air batu. Gelas besar sangat , sesuai untuk orang bersaiz besar. Tapi orang bersaiz ordinary pun minum kasi habis...suka menikmati serat air tembikai.



Naan cheese dengan kuah dal. Nan cheese memang terbaik , sesuai dengan selera Norzi.



Ni pula nasi arab dengan daging

Sebelum ni Norzi pernah makan nasi Arab dan juga nasi Pakistan. Cuma Nasi Pakistan tu teksture nasinya macam beryani kita... tapi rasanya biasa-biasa sahaja. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Nak memudahkan rakan-rakan yang nakke Restoran Mr Kabab ni ; alamatnya seperti di bawah:
Mr. Kabab & Biryani
Jalan Diplomatik 3/1, Presint Diplomatik Putrajaya
62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 




Salam ceria,
“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) adalah “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.



~Norzi




roti nan , roti nan cheese , nan cheese sedap cyberjaya , roti naan , tempat makan selesa cyberjaya, nasi arab cyberjaya



RESTORAN HALAL DI GUANGZHOU (2014)


Assalamualaikum..salam sejahtera, akhirnya Norzi  berjaya juga mencari -cari waktu untuk mengupdate blog dengan cerita-cerita travel tahun 2014. Semakin lama dah tersimpan cerita di negara orang... sekejap je berjalan tapi banyak yang dipelajari..pengalaman-pengalaman yang menarik. Kali ini, Norzi entrikan di sini supaya ianya dapat menyimpan kenangan Norzi ketika di Guangzhoa, China. Cerita tentang makan adalah sesuatu yang perlu Norzi dikongsikan di sini. 

Makan di Guangzhoa tidaklah sesusah di Hong Kong. Walaupun masih dikategorikan susah berbanding makan di Malaysia , tetapi di sekitar tempat tinggal Norzi terdapat restoran halal masakan Cina Muslim. Walaubagaimana pun, tidak lah sesenang melangkah keluar terus boleh makan. Masih menuntut misi pencarian dan penggunaan kenderaan awam adalah perlu untuk sampai ke destinasi restoran.

Semasa tiba di Guangzhoa , segala bekalan makan Norzi bawa telah habis di makan semasa berada di Hong Kong dan Shenzen. Jadi memang sangat memerlukan kedai untuk membeli makanan. Sebagai back up, Norzi beli beberapa jenis buah-buahan untuk di makan di kala kelaparan, lepas makan buah mungkin lebih lapar , atau kena cepat-cepat tidur sebab takut lebihlapar  lebih -lebih lagi waktu malam. Tapi bagus kalau nak menurunkan berat badan ni.. Antara buah-buahan yang dibeli adalah seperti anggur, epal dan pear. 

Niat utama semasa di Guangzhoa adalah untuk bershopping. Selain dari alat  IT , langsir , baju-baju  dewasa, Norzi bercadang membeli pakaian untuk anak-anak (sebab ingatkan murah) . Tetapi bila berada di sana, Norzi berpendapat  tidak sesuai bershopping di Guangzhao kerana mereka tidak jual dengan kuantiti kecil ,untuk nikmati kadar harga yang murah semuanya dalam kuantiti besar... banyak yang tak dapat beli sebab bila hendak beli retail , harga jauh lebih mahal dan lebih baik beli di Malaysia kerana rasa beban pula nak bawa masuk luggage.. silap-silap boleh kena beli xtra luggage sebab overload.. itulah kesannya tak habis study / buat research pasal Guangzhoua... tapi tetap menarik.. 

Semasa perjalanan di kedai-kedai baju, Norzi terjumpa restoran  Bareka. Restoran ini menyediakan makanan arab dan bila lalu di restoran ini , teringat restoran Saba' di Cyberjaya memang sama je bau masakan... Lapar sangat so kami pun masuk la untuk makan tengahari.


Bareka Restaurant 

Masa Norzi ke The Fu Li Children's World , tempat borong kanak-kanak punya pakaian jumpa restoran Bareka Restoran.  Ini alamat kedai.

Zhong ShanBa Road No 41-8
(Next to The Fu Li Children's World)
Tel 020-81220389



Pilihan menu yang pelbagai ...masa tengah lapar rasa nak oder semua ni... tip : sangat  berbahaya  masuk kedai ketika perut kosong..abis nak beli semua.

Antara menu yang di jual di sini adalah nasi arab,  BBQ Chicken with liver rice meal, Kofta Sandwich  dan pelbagai lagi resepi burger dan ayam.Oleh sebab malam semalam Norzi banyak makan buah anggur, jadi siang je lapar sangat...sa jumpa kedai ni rasa lapar sangat... akibatnya rasa ingin order semua dalam gambar tu.. ei bernafsu makan tak ingat..  






Ini nasi yang Norzi pesan. Nasi arab kambing, nama menu tak ingat... sedap tau... yum yum yum.. lapar terus tengok nasi ni



Close up sikit nasi arab di Restoran Al Baraka di Guangzhou.





Sebagai bekalan , Norzi juga bungkus satu burger untuk dimakan di dalam bilik . Masa bungkus tu,perut dah kekenyangan, rasa tak perlu la dua pcs , tapi bila dah sampai bilik , rasa lapar.... memang kena beli lebih sebab jarak dari rumah ke restoran sangat lah jauh...memerlukan cab untuk ke sana.




Informasi yang terdapat pada plastik restoran. Kalau korang nak pergi Guangzhou , boleh la makan di sini jangan lupa restoran halal di Guangzhou Al Bareka .


Tunggu entri berkenaan dengan sate kambing di Guangzhou. Sedap tau!


Salam ceria.

Norzi~

MAKAN TENGAHARI DI LANGKAWI

Assalamualaikum ..kali ini Norzi sharekan tips makan di Langkawi... atau dengan kata lain Jalan-jalan cari makan di Langkawi. Dengan beberapa kali pengalaman Norzi ke Langkawi, Norzi akan sharekan beberapa lokasi restoran makan di sekitar Langkawi...tpi untuk entri kali ini kita fokus dekat restoran Trimula sahaja .. dah lewat malam ,Norzi tulis entri by entri ya.. Kalau sampai di Langkawi, terdapat dua bahagian utama yang kita akan pergi satu bahagian pantai sekitar Chenang iaitu di sekitar pantai Chenang Langkawi, dan satu lagi sekitar bandar Kuah , iaitu lokasi terbaik untuk bershopping barang bebas cukai khas bagi mereka yang datang ke Langkawi dengan niat untuk  membeli belah. 

Memandangkan Langkawi adalah tanah bebas cukai dah tentulah barangan yang di jual di Pulau Langkawi bebas cukai,  harga pula tentulah murah, jadi memang Norzi nak beristirehat dan bershopping je kali ni... .. tiada aktiviti air pada kunjungan kami kali ini ... Tetapi kami  ke Chenang juga untuk makan malam sahaja, iaitu makan seafood di Restoran Hj Ramli. Sementara aktiviti mandi manda di pantai dan naik bot Norzi tidak pergi..masa anak Norzi yang kedua berusia enam bulan kami pernah menaiki bot ke Tasik Dayang Bunting / Pulau Dayang Bunting. Pengalaman yang tak akan dilupakan.

Oleh sebab niat nak shopping, Norzi mengambil hotel di sekitar pekan Kuah, iaitu Dayang Bay Resort. Di pekan Kuah juga terdapat beberapa tempat makan tengahari untuk menjamu selera , tetapi Norzi sekeluarga makan tengahari di Restoran Trimula sahaja. Restoran ini berada dekat dengan Poliklinik Perdana Langkawi. Jadi jika ingin mencari lokasi Restoran Trimula ini, boleh sahaja cuba menggunakan aplikasi Waze . Hidangan makanan merangkumi ikan bakar, daging bakar , ayam bakar, lauk pauk yang pelbagai, ulam-ulaman, mee dan bihun sup kedah style, bubur nasi dan macam-macam lagi. Memang best kedai ni selain harga yang ditawarkan juga murah. 




Persekitaran  lokasi restoran Trimula 


Makan di Restoran Trimula ini memang selera kampung, sesuai dengan tekak makanan kampung kegemaran Norzi. Nak ulang lagi sekali.. sepanjang Norzi berada di Langkawi, setiap makan tengahari kami makan di sini. Ini menunjukkan betapa kami suka sangat makan kat sini :).  Malam makan ikan bakar atau seafood yang best dan segar ... seronoknya Langkawi. Sukaa sangat!  

Hari pertama Norzi dapat ayam panggang. Rasa memang best and highly recommended untuk ke restoran ni. Keesokkannya Norzi sekeluarga datang lagi , dan dapat makan daging panggang pula. Kali ini Norzi sempat la tangkap gambar makanan sebelum kehabisan.  Alhamdulillah memang sedap sangat makanan selera kampung ni sangat-sangat memenuhi citarasa dan selera kami sekeluarga.,lagi - lagi masa makan tu memang sah tengah lapar... apa yang masuk mulut ni semuanya sedap.. hihi. Kalau tak percaya, cuba pergi time lapar.. :)



Ini adalah lauk- pauk yang Norzi sempat tangkap.. lain-lain gambar sudah selamat di makan. Hidangn nasi di atas adalah nasi Norzi. Makan memang la banyak.. Norzi ada ambil udang masak kunyit  juga untuk ratah-ratah di pinggan lain.. udang yang di hidangkan di sini besar-besar dan segar. Udang yang dimaksudkan seperti gambar di bawah.





 besar tak udang ni? Sesekali memang tak fikir diet dah.. fikir makan aje :)


Persekitaran di dalam kedai makan. 

Sampai sini dahulu, selamat melancong.
Norzi~

PART 2 : RESTORAN HALAL DI HONG KONG

Assalamualaikum,
Ingin makan di restoran halal di Hong Kong? Jika melancong di Hong Kong, sukar untuk anda jumpa restoran-restoran halal.. Walaubagaimanapun,  restoran halal masih boleh di dapati di masjid-masjid disekitar Hong Kong.  Mungkin juga banyak di tempat lain cuma Norzi sahaja tidak sempat hendak explore dan melalui platform ini Norzi just share apa yang Norzi tahu ya.,

Norzi, anak dan rakan-rakan pergi ke sebuah restoran halal di Hong Kong Iaitu restoran Islamic Centre Canteen. Restoran ini menghidangkan Halal Chinese Cuisene , Dim Sum dan Refreshments. Bila menjejakkan kaki ke restoran ini, Norzi nampak hanya ada dim sum sahaja... ya.. pelbagai dim sum. Sebenarnya apa yang telah kami beli itu , itu sahaja yang tinggal, bila kami lihat  jam hampir 3 petang , patutlah banyak yang dah habis, kerana waktu operasi kedai ini adalah sehingga 3 petang..jadi banyak makanan yang habis di hujung waktu perniagaan... laku sungguh... tetapi kami masih bernasib baik kerana dapat makan beberapa jenis dim sum walaupun pekerja restoran sudah mula mengemas meja makan.

Semua pesanan masakan panas  pada masa itu sudah tiada kerana kedai hampir tutup... Jadi, mami memesan beberapa jenis dim sum di restoran ini mengikut apa yang ada. Secara jujur tidak semua dim sum Norzi boleh terima kerana tekstur nya dan selain itu makanannya kurang  pedas walaupun telah di tambah cili (chilli flakes) di dalam sos kicapnya .  Tapi tak mengapa , sebab food lover kena la rasa juga makanan ini... Kalau anda nak ke restoran ni di Hong Kong , boleh semak alamatnya di bawah . Dengan gambar business card sekali Norzi letakkan. Ni kira promosi percuma untuk restoran ni hehe :) . 



Niat sebenar nak berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja yang memerlukannya dan Norzi harap ianya memberi sedikit idea untuk anda dan memudahkan perjalanan anda..Ingat, sila rancang percutian anda dengan baik lebih -lebih lagi yang tidak menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong.. Lagi satu,kalau hendak bersolat di sini pun boleh. Tandasnya pun bersih. Di Masjid ini toiletnya ada menyediakan air, baldi dan gayung, jadi anda tidak perlu bimbang tentang kebersihan toilet di Masjid ini. Kalau tempat lain Norzi tidak singgah tau. Memang Norzi tidak sanggup kerana toilet di Hong Kong tiada paip dan air . Kena bawa botol kosong kemana2 pergi supaya saat terdesak anda boleh gunakan botol untuk tadah air bagi tujuan mencuci.




Business card Restoran Islamic Centre Canteen. Menyediakan makanan-makanan cina yang halal di Hong Kong

-Saparan pagi dan makan tengahari dari jam 10 pagi hingga 3 petang

-Makan malam dari jam 6 petang hinggan 9 malam.

Alamat : 5/F, Osman Ramju Sadick Islamic Centre,
40 Oi Kwan Rd, Wanchai , Hong Kong
Tel : (852) 28348211
Fax : (852) 28348051

Kalau nak rujuk peta , sila tengok di bawah  ni ya.

Business card Restoran Islamic Centre Canteen





Menuju ke destinasi. Memasuki kawasan masjid. Semasa ke sini, di bahagian tingkat atas ada ramai orang Indonesia sedang belajar mengaji Al Quran. 




Di pintu masuk menghala ke restoran ada gambar Kaabah yang besar. 



Alhamdulillah dapat juga sedikit hidangan dim sum. Banyak yang sudah habis kerana kami datang lewat. Makan sahaja la apa yang ada... Anak Norzi suka semuanya :) Apa-apa pun alhamdulillah.. 



Oleh kerana kami berjalan kaki dari stesen keretapi / MRT subway. Memang agak jauh dan benar - benar menguji stamina kerana terlalu banyak berjalan. Sakit kaki dibuatnya, sekali lagi Norzi hendak share dan ingatkan , pakai kasut yang dapat menyokong kaki anda dengan sempurna dan paling selesa! Dan perkara yang pasti..balik ke bilik Norzi kena masak lagi sebab perut masih lapar..hehe perut dan tekak orang melayulah katakan ..mesti hennak nasi. Norzi boleh kawal lagi , tapi sebab anak Norzi yang hendak makan, Norzi masak juga la.. lagi pun tidak susah pakai mini rice cooker . Kecil dan cepat masak sebab Norzi memasak di dalam kuantiti sedikit. 




Sepanjang kami di Hong Kong , kami hanya ke restoran ini sahaja. Lain-lain sessi di Hong Kong hanya makan di dalam bilik sebab Norzi bawa bekalan dari Malaysia. Jom Norzi share tips  apa yang patut bawa lebih-lebih lagi yang memang tidak boleh terima masakan  cina  :




Senarai perlu bawa ke Hong Kong/ melacong ke luar negara 



1.Periuk nasi mini 

2. Beras seeloknya kiraan 2 pot untuk sekali masak utk sehari (2 orang makan atau minimum kan lagi kerana kadar berat terkawal bila  menaiki kapal terbang) jadi,sila kira berapa pot yang perlu dibawa .Tips : sekiranya beg hand carry tidak penuh lagi, sila bawa beras secara hand carry (sumbat jela dalam beg sandang , selagi tidak melebih had berat, bolehlah dibawa semasa hendak naik flight - sangat recommended .)

3. Semua lauk pauk dalam tin (segera) . Boleh dibeli di mana-mana pasaraya. Boleh bawa tuna dalam tin juga. Beli lah dalam kuantiti lebih  kerana mengikut pengalaman, Norzi sendiri memang tidak cukup bekalan..catu habis makanan sendiri sebab hendak bagi anak kenyang...dan kesannya ..mama kurus la sikit (satu strategi baik untuk yang ingin mengurangkan berat badan). Norzi bawa tuna curry ( kari tuna), tuna mayonaise,  sambal ikan bilis dan kari ayam. Sekarang ini ada bermacam-macam makan segera di pasaraya , rendang ayam pun ada, rendang tok pun ada.. sesuai di bawa agar tidak kelaparan :).  Makanan dalam tin jangan hand carry ya, mesti masuk luggage, kalau bawa juga, sure kena tinggalkan masa security check.




4. Bawalah roti . Norzi bawa roti sandwich dan roti macam roti burger tu sebanyak 6 ketul buat sarapan pagi. Sedap makan dengan tuna mayonnaise, tuna curry, sambal bilis...


5. Bawa roti cream seeloknya  3 pcs untuk sehari, jadi darabkan lah dengan kuantiti berapa hari anda di sana. Masa jalan-jalan , roti cream atau roti tuna , letak di beg untuk bekalan . Kalau lapar cepat-cepat makan roti , supaya bekalan tenaga di perolehi serta merta , kalau nak cari kedai susah . Boleh harapkan 7 eleven untuk beli air.. itu pun beli air oren dan mineral sahaja.. 


6. Bawa sekali 3 in 1 air minuman kegemaran anda.







Norzi juga bawa 2 cawan plastik,  2 pinggan plastik dan sudu plastik yang super ringan. Jadi elok kiranya anda bawa benda yang sama. 


Sekian sahaja coretan makan-makan di Hong Kong . 


Salam melancong; 
~Norzi

Anda mungkin juga meminati: 






SPAGHETTI CHICKEN BOLOGNAISE AIR ASIA

Assalamualaikum,

Antara makanan yang Norzi pernah order di dalam pesawat Airasia adalah Spaghetti Chicken Bolognaise. Harganya RM12 untuk pembelian secara online. Pembelian online lebih menjimatkan , anda sebenarnya jimat 20% dengan pembelian makanan secara online melalui website Airasia. Tempahan ini di buat semasa penerbangan KL-Langkawi tempoh hari. 


 


Berat untuk sekotak ini adalah 270g.










Selain dari Spaghetti, Norzi juga memesan Nasi Baryani dan Nasi Lemak Pak Nasser. Kedua -dua hidangan nasi ini tidak menghampakan. Kami sekeluarga sukakannya. Walaupun perjalanan memakan masa lebih kurang 45minit ~ 1 jam, tetapi Norzi tetap beli juga kerana kami sukakan rasanya. Kalau perjalanan yang lebih lama,  sangat justify untuk nasi baryani dan nasi lemak .





Spaghetti Chicken Bolognese 



Biasanya Norzi lebih berminat dengan beef bolognaise. Oleh sebab yang dihidangkan di Airasia adalah ayam, jadi kurang memenuhi citarasa Norzi. Walaubagaimanapun, ini terpulang kepada citarasa masing-masing. 


Selamat menjamu selera.
Norzi~



Recent posts

Nasi Lemak Pak Nasser, Pesawat Air Asia..
Rumah Terbalik di Tamparuli , Sabah..
Pokok Kurma Berbuah di Malaysia...
Resepi Sambal Telur Puyuh..



“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...