Hari ni Norzi sampai rumah sedikit lewat. Oleh sebab itu, aktiviti memasak tidak dapat diteruskan. Kelewatan Norzi adalah disebabkan telah menghadiri majlis perpisahan seperti yang Norzi maklumkan di sini. Sampai rumah sahaja, hubby ajak makan di luar.Kami makan di SK Corner , Puchong. Walaupun pada mulanya kami hendak makan char kuey teow di Puchong Intan , tapi bila fikir semula, lebih baik di SK Corner kerana pada waktu malam terdapat stall seafood tomyam masakan panas dan juga stall menjual sate.
Norzi makan 3 cucuk sate daging. Tiga sahaja tau, sebab perut Norzi dah terlalu kenyang, banyak sangat minum di Secret Recipe sebelum itu. Bagi Norzi dan keluarga, resepi sate daging yang di jual di sini memang sedap, setanding dengan sate daging yang dijual di Batu Pahat Johor. Rasa sate dagingnya lembut, rempah perapan rasa di seluruh daging. Harga untuk set sate seperti gambar di bawah adalah RM9.00/ .Macam biasa, Norzi kurangkan kuantiti pengambilan makanan pada waktu malam.
Sate daging , kuah kacang dan nasi himpit
Anak-anak order merapu. Maggi adalah antara makanan yang dilarang dibeli di rumah. Tapi oleh sebab sudah lama tak makan maggi, hari ini anak-anak minta 2 pinggan 'maggi baby'. Satu untuk Khalisah dan satu pinggan lagi untuk Razin. Istilah maggi baby ni ialah code untuk dapatkan resepi maggi yang di goreng tidak pedas dan tanpa sayur-sayuran. Dari situlah lahirnya istilah maggi baby kerana hanya baby sahaja yang tidak makan pedas dan tidak mahu makan sayur... dan baby tersebut pada masa itu adalah baby khalisah. Tukang ambil pesanan tu suka sakat anak Norzi :)
Sabar menunggu
Makan time
Lepas makan semua kembali ceria..kembali bertenaga... barulah si manja comel intan payung mama boleh senyum :)
Salam XO,
~Norzi
No comments:
Post a Comment