Followers

Sponsored Advertisement

.

Showing posts with label VITAMINS. Show all posts
Showing posts with label VITAMINS. Show all posts

SET MENYUSU SHAKLEE

Cadangan set menyusu Shaklee
Set Menyusu Shaklee  2015



Kami kongsikan pula testimoni ini khas untuk anda. Tidak perlu tonton sekiranya tidak berminat tentang penyusuan.









Set menyusu Shaklee ini khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Cadangan set ini adalah mengikut keperluan ibu disamping mengikut kadar kewangan anda.

Selepas proses kelahiran (bersalin) , proses pengeluaran susu pula bermula dan bayi akan diberikan susu ibu selepas proses kelahiran. Menyusukan bayi merupakan pengalaman yang sangat unik. Bermulanya proses menyusu bererti tibalah masa pengambilan makanan mengikut cadangan diet ibu menyusu.


 .



Contoh diet bagi ibu menyusu (sumber )

Ibu menyusu haruslah mengamalkan diet pemakanan seperti yang di cadangkan  :

a) Makan makanan seimbang termasuklah membanyakkan pengambilan buah-buahan,bijirin, sayur-sayuran , protin dan juga makanan tenusu
b) Tambahkan secara konsisten 500 kalori yang sihat di dalam diet harian
c) Makan makanan seperti salmon, nenas dan blueberry untuk penghasilan susu yang tinggi nutrisi
d) Minum sekurang - kurangnya 8 gelas air putih sehari
e) Sekiranya anda penggemar kopi , ianya masih boleh di ambil 2-3 cawan sehari tetapi jika boleh dikurangkan adalah sangat digalakkan


Untuk memudahkan para ibu mengamalkan diet yang sihat sepanjang proses menyusukan bayi, berikut merupakan jadual menu diet ibu  menyusukan sebagai rujukan .




Jadual menu diet ibu menyusu mengikut kategori (sumber)


Dengan menjaga pemakanan dan pengambilan makanan mengikut keperluan (seperti yang dicadangkan), dapat membantu menggalakkan penghasilan dan mengekalkan jumlah penghasilan susu (milk production). Selain itu, pengambilan makanan ini juga adalah penting untuk mengekalkan kesihatan ibu lebih-lebih lagi yang telah melalui proses kelahiran .





Susu ibu merupakan satu keperluan untuk tumbesaran si comel anda

Sekiranya ibu-ibu kurang selera makan, sentiasa terlepas waktu makan dan kurang mengambil makanan seperti yang dicadangkan di dalam diet hierarki makanan ibu menyusu, maka  para ibu wajar membuat pertimbangan untuk mendapatkan vitamin yang boleh di ambil setiap hari bagi memastikan pengambilan nutrisi secara konsisten tidak terganggu.




Kenapa Kita Perlu Vitamin

Selain dari kurang pengambilan makanan berdasarkan keperluan mengikut hierarki makanan, para ibu juga berhadapan dengan beberapa risiko lain yang mana memerlukan vitamin dalam diet seharian. Berikut merupakan sebab-sebab lain mengapa kita perlukan vitamin:

•Makanan yang diambil bukan dari sumber organik. 

•Tanah pertanian yang tidak dirawat dan dipulihkan mengurangkan nilai nutrisi dalam tumbuhan (buah dan sayur). 
•Sayur yang dimasak terlalu lama merosakkan vitamin yang terkandung di dalamnya. 

• Pengendalian buah-buahan dari ladang ke gudang, kilang, kedai dan sebagainya mungkin menjejaskan kandungan vitamin buah-buahan tersebut. 

• Pengambilan ubat-ubatan boleh mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap vitamin dari makanan. 

• Makanan yang disimpan lama mengalami penyusutan vitamin. 

• Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan. 

• Pengambilan makanan rapu membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu contohnya MSG, garam, gula berlebihan dan sebagainya. 

• Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan boleh memudaratkan kesihatan. 


Vitamin dan penyusuan susu ibu

Seandainya para ibu mengambil vitamin untuk tujuan penyusuan, perlu di ingat bahawa tujuan vitamin-vitamin ini diambil adalah demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara tidak langsung membekalkan susu ibu yang mencukupi kepada si manja. Ianya adalah berhubung antara satu sama lain. Ibu yang sihat, bertenaga mampu mengurus dan mengendalikan jadual penyusuan dengan teratur seperti yang di rancang. Sebaliknya, sekiranya kerap sakit, lemah dan kurang tenaga akan menyebabkan jadual penyusuan akan terganggu dan akhirnya menyebabkan penghasilan susu juga boleh terganggu.

Berikut merupakan tip kejayaan penyusuan, yang bergantung kepada:

1) Kesihatan ibu

2) Konsep asas penyusuan iaitu "supply dan demand"
a. Lebih kerap bayi disusukan, atau
b. Lebih kerap sesi perahan

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang ketara pada ibu menyusu sekiranya ibu berdisiplin dan konsisten mengamalkan perkara berikut:

1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara Direct Feeding 

2. Untuk ibu yang bekerjaya, si ibu membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong

3. Si ibu memastikan mengambil bendalir yang mencukupi setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter

4. Si ibu sentiasa bertenang semasa sesi perahan atau ketika sedang menyusukan bayi. Kerana ketenangan dapat melancarkan susu ibu 

5. Si ibu banyak berdoa kepada Pencipta demi seimbangkan keperluan rohani, dan jasmani.

6. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa sesi perahan susu ibu, malah semasa sedang menyusukan bayi


Tiga jenis Set Khas Shaklee untuk Ibu Menyusu


Norzi Beautilicious House membawakan 3 jenis Set khas Shaklee  untuk keperluan ibu menyusu / breastfeeding. Kami kongsikan kebaikan dan manfaat set khas ini agar para ibu dan bayi anda dapat turut sama menikmati kebaikannya.




Selepas fasa mengandung dan bersalin, ibu-ibu akan melalui fasa menyusukan bayi dan memulihkan tubuh badan. Oleh itu nutrisi lengkap adalah penting untuk tujuan pemulihan tubuh badan, penghasilan susu , kesihatan tubuh badan serta emosi secara menyeluruh.


Dalam dunia penyusuan ini, beberapa pengetahuan am perlu diambil kira juga, contohnya seperti pengambilan kalsium semasa menyusu. Para ibu tentu sedia maklum, kalsium amat penting terutamanya kepada ibu yang menyusukan bayi. Sekiranya ibu yang menyusukan bayinya tidak mengambil makanan tambahan atau supplement seperti kalsium atau minum susu, susu badan yang kita hasilkan akan dibekalkan dengan mengambil khasiat kalsium daripada kalsium ibu itu sendiri bukan daripada makanan tambahan yang diambil! Perkara ini boleh menjadikan kebarangkalian osteoporosis semakin meningkat selain mungkin menjadi penyebab berlakunya kehilangan / kerapuhan gigi kerana kekurangan kalsium.

Oleh itu, Norzi Beautilicious House suka berkongsi dengan para ibu dan memberi fleksibiliti terhadap beberapa jenis set untuk pilihan ibu menyusu yang bersesuaian dengan budget kewangan anda. Berikut merupakan beberapa set khas ibu menyusu yang boleh dipilih:



Set B - Set Ibu Menyusu / Breastfeeding Shaklee




Set B - Set Menyusu / Breastfeeding Shaklee



Set  Menyusu / Breastfeeding Shaklee ini merupakan set paling asas yang terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa. Set ini sesuai untuk ibu-ibu menyusu yang masih baru lagi berjinak-jinak dengan produk Shaklee. Ini khas untuk ibu-ibu baru yang nak ingin mencuba tahap keberkesanannya.

Siapa yang perlukannya?


  • Ibu menyusu yang tidak mempunyai masalah penyusuan. Iaitu ibu yang memperoleh hasil perahan susu ibu melebihi 3 oz setiap kali memerah (pump) pada  setiap sesi perahan.
  • Ibu menyusu yang mahu memperkayakan nutrisi susu ibu khas untuk bayinya.
  • Ibu menyusu yang sihat dan mahu mengekalkan kesihatan tubuh badan ibu.

Satu Set Shaklee Ibu Menyusu ini mengandungi 4 item seperti berikut:





Harga Set B - Set Menyusu Shaklee ini adalah seperti di bawah:

Harga Set B - Set Menyusu Shaklee



Untuk membuat belian secara online, sila klik icon beli sekarang.
 








Set B1- Set Ibu Menyusu / Breastfeeding Shaklee
Set B1- Set menyusu Shaklee


Set B1 ini merupakan set asas penyusuan breastfeeding yang digabungkan dengan Ostematrix untuk sumber kalsium optimum untuk si ibu. Siapa yang sesuai mengambil Set B1-Set Menyusu Shaklee ini?
  1. Ibu menyusu yang seringkali merasai keletihan melampau.
  2. Ibu menyusu yang mempunyai alahan atau allergi dengan susu lembu. Sumber kalsium perlu diperolehi dari sumber lain selain susu lembu.
  3. Ibu menyusu yang ada masalah kekurangan kalsium.
  4. Ibu menyusu yang stress dengan kerja seharian.

Set ini terdiri daripada :


Harga Set B1 - Set Menyusu Shaklee ini adalah seperti di bawah:

Harga Set B1 - Set Menyusu Shaklee 

Untuk membuat belian secara online, sila klik icon beli sekarang.









Set TRIPLE M (3M- Make More Milk) - Set Ibu Menyusu / Breastfeeding Shaklee


Set 3M atau 'Make More Milk' -Set menyusu Shaklee yang penuh lengkap dan paling laris



Set ini adalah set ibu menyusu Shaklee penuh lengkap.Set ini menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?

1. Ibu yang mempunyai bayi kembar, anak susuan atau bayi yang kuat menyusu.

2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation (menyuskan tanpa mengandung), relaktasi iaitu ibu yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti.


3. Ibu yang nak ingin mula kumpul stok susu badan.

4. Ibu yang menghadapi masalah di mana berat badan bayi tidak meningkat tetapi berat badan si ibu sendiri semakin bertambah.

5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan terlalu sedikit kurang 1 oz untuk setiap kali perahan digalakkan untuk berikhtiar menggunakan set ini.
Maka, dengan adanya Set Ibu Menyusu / Set B Breastfeeding Shaklee yang berbeza-beza ini, kami dapat menyediakan pakej bersesuaian dengan budget anda. Usah khuatir. Kami juga ibu menyusu sama seperti anda.

Set 3M atau Make More Milk Shaklee ini terdiri daripada :



Harga Set 3M (Make More Milk) - Set Menyusu Shaklee ini adalah seperti di bawah:


                        Harga Set B1 - Set Menyusu Shaklee 



Untuk membuat belian secara online, sila klik icon beli sekarang.










Berikut merupakan fungsi setiap vitamin di dalam setiap set cadangan di atas :


-Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.* 
-Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. 
-Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. 
-Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh 
-Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.* 
-Untuk wanita, ia menggalakkan kesihatan tulang, payudara, imun sistem badan, kesihatan jantung, kesihatan organ pembiakan, kesihatan kulit, kuku dan rambut.


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.  B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.

Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.


1. Mencuci hati, darah dan usus - ia merupakan makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

2. Melawan alahan, allergy - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitif, kurap, bau badan dan kaki yang berbau. 

3. Baik untuk bakteria baik di dalam perut dan usus - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. 

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kerana alfafa mengandungi saponin, serat yang bertindak seperti span untuk menyerap lemak dan kolestrol. 

5. Melegakan keletihan 

Ostematrix yang terbukti secara klinikal membekalkan zat-zat penting yang unik bukan sekadar kalsium untuk membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat. Di samping pembentukan tulang dan gigi, Ostematrix berfungsi:

1. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal

2. Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf

3. Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan


1. ESP mampu membantu sebagai awet muda - Asid amino amat penting untuk membina kuku, otot, rambut, darah, organ, kulit, gland, dan lain-lain. Pengambilan yang konsisten adalah perlu kerana ini merupakan kunci kepada awet muda. 

2. Baik untuk hormon - ESP adalah berasaskan kacang soya. Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, yang mana fungsinya sama dengan hormon estrogen wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 

3. Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti berupaya menghalang pertumbuhan dan penularan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan yang mana sel radikal bebas ini berupaya menukarkan sel DNA asal kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat. 

4. Mengekalkan keremajaan kulit - Pengambilan ESP membantu merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan kelembapan kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. 

5. Pembekal tenaga - Pengambilan ESP mambantu membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun badan, mencegah migrain, imsomnia, dan tekanan. 

6. Membaiki pigmentasi kulit - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan penuaan. 

7. Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan. 




Dengan maklumat yang dikongsikan ini,  keputusan terbaik ibu-ibu menyusu dalam memilih nutrisi lengkap adalah di tangan anda. Pilihan nutrisi lengkap dan terbaik adalah kunci utama kesihatan kerana kesihatan adalah apa makanan yang kita ambil dan  dari dalam. Ingat, perkara paling utama adalah kesihatan merupakan aset yang paling berharga di dalam kehidupan.




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana vitamin Shaklee, Norzi adalah wakil pengedar sah anda.  Sebarang pertanyaan / consultaion / belian online boleh dibuat dengan menghubungi Norzi di talian berikut:





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE




Note : COD sekitar Putra Perdana , Puchong dan kawasan sekitarnya. 







TESTIMONI VITAMIN C SHAKLEE

tertimoni vitamin c shaklee Kelebihan Vitamin C Shaklee Sebagai Vitamin Harian kebaikan vitamin c, faedah vitamin c, vitamin c, vitamin untuk kulit, vitamin ... Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.Kulit Cantik dengan Vitamin C Shaklee
Kulit Cantik dengan Vitamin C Shakleeshajkee testimoni vitamin C shakele
Sedikit perkongsian testimoni tentang vitamin C yang Norzi ambil sekarang ni... Tahu tak, dalam banyak pembacaan Norzi tentang vitamin C, banyak review mengatakan bahawa vitamin C adalah salah satu nutrien yang paling selamat dan paling berkesan. Selain itu, Dr bertauliah pun menggalakkan pengambilan vitamin C. Umum mengetahui vitamin C baik untuk kesihatan dan kulit. Meh Norzi share khasiat dan kebaikan vitamin C Shaklee yang Norzi ambil ni:



Vitamin C : kepentingan, fungsi dan kebaikaannya. Amalkan pengambilan vitamin C


-Vitamin C Shaklee ini adalah vitamin C pertama yang natural bertindak secara 'Sustained release' yang berfungsi secara perlahan-lahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24jam

-Vitamin C ini didatangkan dengan rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin C secara perlahan-lahan dan berterusan selama 5 jam.

-Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren. 

-Membekalkan Bioflavonoids yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C 

- Tiada pembaziran berlaku kerana semua vitamin C yang digunakan ini akan dilepaskan ke dalam sistem tubuh kita secara perlahan-lahan mengikut keperluan tubuh badan

Selain itu , ianya sangat mudah untuk di telan . Biasanya Norzi ambil dengan segelas air suam







 Pengambilan vitamin C Shaklee , sehari satu biji sahaja :)



Dan...manfaat lain daripada kebaikan vitamin C ini termasuklah perlindungan terhadap kekurangan sistem imun, penyakit kardiovaskular , mengatasi masalah kesihatan pranatal , penyakit mata , dan kedutan kulit . Bila tahun silih berganti, usia kita pun semakin meningkat, pengambilan vitamin C dengan konsisten adalah penting bagi membantu mengekalkan kesihatan selain membantu memperlahankan proses penuaan. Ianya adalah fakta yang makanan yang seimbang dan cukup vitamin dan jika mendapat bekalan nutrien yang sempurna akan meninggalkan kesan terbaik untuk tubuh badan kita. Selain itu kalau di dalam pantang juga elok mengamalkan pengambilan vitamin C selain jamu-jamu tradisional.


Sustained release Vitamin C (500mg)



Selepas mencuba beberapa jenama, kini Norzi stick to Shaklee dan terkini , Norzi telah pun mendaftar menjadi ahli , jadi senang la kalau nak membeli pelbagai lagi produk rangkaian Shaklee kerana terdapat pelbagai makanan vitamin hinggalah ke set ibu mengandung, kulit muka , rambut, penjagaan rumah dan banyak lagi. 



Vitamin C Shaklee (180biji)

Vitamin C Shaklee ni atau pun nama lengkapnya Vitamin C and Citrus Bioflavonoids (Sustained Release Vita-C Plus didatangkan sebanyak 180biji sebotol. Maksudnya ianya tahan sehingga 6 bulan penggunaan, diambil sebiji sehari. Memang sangat berbaloi. Pengambilan vitamin C sangat digalakkan kecuali anda sangat patuh kepada jadual pemakanan tanpa meninggalkan buah-buahan yang kaya vitamin C setiap hari. Lagi satu, ibu mengandung atau ibu hamil sangat digalakkan untuk mengambil vitamin c . Set vitamin Pranatal atau vitamin set mengandung ni perlu di makan sepanjang proses kehamilan untuk perkembangan bayi.

Ok back to my story, sepanjang pengambilan Vitamin C ini , perkembangan baik yang Norzi boleh sharekan adalah struktur kulit Norzi nampak lebih baik berbanding sebelum mengambil vitamin C, selain dapat rasakan kulit semakin bersih dan kurang kena sakit tekak. Biasanya kalau Norzi tak tidur malam , or kurang tidur senang kena sakit tekak.


Kalau korang ada Vitamin C, sila habiskan...  ambil secara konsisten adalah terbaik. Tapi bagi yang berminat untuk mendapatkan sebotol Vitamin C ni boleh whatsapp Norzi di 019 3177872 at any time . 






Salam ceria,
 Norzi







PANDUAN MAKANAN TERBAIK SEMASA KEHAMILAN

Sepanjang proses kehamilan merupakan detik berharga bagi setiap ibu terpilih. Maka, dalam masa usia kandungan 9 bulan , adalah sangat mustahak untuk para ibu menghargai setiap detik itu dengan memberikan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengambilan makanan demi untuk kesihatan bayi yang dikandung dan juga diri sendiri. Pengambilan makanan yang sihat adalah  sumber terbaik bagi diri anda dan juga bayi di dalam kandungan anda. 

Didapati begitu banyak artikel tentang panduan kehamilan  ada menyentuh tentang jenis-jenis makanan terbaik untuk ibu hamil. Mengapa agaknya makanan terbaik adalah penting pada masa ini? Ini kerana dalam proses kehamilan ini, anda dan bayi anda memerlukan vitamin sebagai keperluan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi yang dikandung. Kedua-duanya memerlukan zat dan nutrien. Oleh itu , antara makanan terbaik dikongsikan untuk para ibu mengandung. Antara makanan terbaik untuk ibu hamil adalah seperti berikut.


1) Makanan sunnah 

Makanan sunnah sangat baik di amalkan sepanjang proses berpantang.  Rasulullah SAW bersabda, “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” Dengan itu sangat jelas , amat baik untuk kita mengamalkan memakan kurma sepanjang proses mengandung. Sebelum ini Norzi pernah menulis tentang khasiat dan kebaikan kurma di sini.  Para ibu boleh segera mendapatkan makanan sunnah lain seperti, madu dan kekacang kerana setiap makanan sunnah ini mengandungi khasiat kebaikan untuk ibu dan bayi yang dikandungnya. Meminum air zam-zam sepanjang 9 bulan ini juga sangat baik. Niatkanlah kerana Allah  agar anak yang dikandung sihat , permudahkan urusan mengandung dan melahirkan serta permudahkan setiap inchi perkara dalam proses kandungan tersebut.







2) Roti bijirin

Selain itu, roti bijirin penuh juga adalah pembekal tenaga jangka panjang dan penuh dengan serat. Ia mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B dan asid folik. Oleh itu, pengambilan roti bijirin sangat baik untuk  diamalkan oleh para ibu hamil . Bukan sahaja pada waktu mengandung, malahan sepanjang proses berpantang juga roti bijirin boleh diambil sebagai salah satu menu harian terutamanya di waktu pagi dan minum petang. 





3) Buah-buahan

Buah-buahan pula sangat baik untuk kesihatan dengan membekalkan kandungan serat dan vitamin C yang tinggi, mineral serta merupakan agen antioksidan. Secara peribadi sepanjang proses kehamilan Norzi jarang memakan buah-buahan. Tetapi tidak dinafikan pengambilan makanan tambahan adalah perlu bagi menggantikan keperluan khasiat seperti buah-buahan. Adalah menjadi tanggungjawab individu untuk mencari mencari alternatif penyelesaian terbaik dengan menggantikan buah-buahan ini sekiranya kurang konsisten dalam mengamalkan pengambilan buah- buahan. Pengambilan vitamin adalah sangat wajar sekiranya perkara ini berlaku. Khasiat dan kebaikan dari buat-buahan ini bermanfaat untuk bayi dalam kandungan dan si ibu. Norzi secara peribadi mengambil Vitamin C secara konsisten. Hasil dari penggunaan sendiri , kini Norzi bersedia berkongsi dengan pembaca kebaikan Vitamin C yang Norzi gunakan, bukan sahaja Norzi malahan ramai lagi di luar sana yang mengamalkan pengambilan vitamin C ini. Norzi mengamalkan Sustained Released Vita-C Plus  dan sangat mudah di ambil.

Semasa kelahiran anak kedua, Norzi memang kurang mengambil berat terhadap keperluan buah-buahan malahan tidak menggantikannya dengan pengambilan vitamin C . Kesannya , kulit tidak sekata, kelihatan tidak bermaya dan juga di serang eczima kecil di kaki sedangkan Norzi tiada eczima sebelum itu. Sejak itu , kesedaran terhadap pentingnya mengambil vitamin sebagai makanan kulit telah meninggi dan dari masa ke semasa Norzi mencari produk yang baik untuk kesihatan , kulit dan kebersihan secara keseluruhan. Norzi mencuba beberapa produk di pasaran, walaubagaimanapun setelah melihat testimoni rakan-rakan , kulit kelihatan lebih bersih dan berseri dengan pengambilan Shaklee Vitamin C atau dengan nama yang lebih dikenali sebagai Sustained Release Vita-C™ Plus, maka Norzi juga mencubanya. Hasilnya sangat memberangsangkan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sustained Released Vita-C Plus , sila baca di sini. Sekiranya berminat membuat belian , sila buat belian dengan menekan BUY NOW. Untuk pesanan terus kepada , sila hubungi Norzi- 019 3177872

Sebuah kajian British yang telah di lakukan di oleh University St Andrews mengatakan bahawa dua hidangan lebih buah-buahan dan sayur sayuran seperti lobak merah dan tomato dapat meningkatkan warna kulit-walaupun daripada pelbagai etnik. Para pengkaji mengatakan bahawa pigment karotenoid yang berwarna oren dan merah boleh membantu kulit untuk kelihatan berseri.


Jaga kesihatan dan salam ceria.
Norzi~

SHAKLEE : Sustained Release Vita-C™ Plus


Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari
Kod Produk:10104 (180 tablet)



Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.

Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Untuk pembelian secara online, sila klik BUY NOW seperti di bawah. 


Cara-cara belian SHAKLEE : Sustained Release Vita-C™ Plus secara online :
1) Klik BUY NOW
2) Klik Agree 
3) Klik Next
4) Masukkan kuantiti produk yang ingin di beli
5) Checkout
6) Masukkan maklumat dan seterusnya sehingga selesai proses pembayaran.


Untuk sebarang pembelian / pertanyaan, sila hubungi:
Norzi 
SMS / Whatsapp  :  019 3177872
Distributor ID No : 1175673 
Email                      : norzibeautilicioushouse@gmail.com
FB                            : nor.zie2 







“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...