Followers

Sponsored Advertisement

.

BUAH KURMA DAN KHASIAT SEMULAJADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar hari ini?   Selalu makan buah kurma?  Sejak dari kecil lagi, mak dan abah Norzi selalu pesan makan buah kurma atau tamar dahulu sebelum menjamah nasi atau air,..kerana sunnah Nabi (saw).Buah kurma ni ada terlalu banyak khasiat dan terkandung fiber yang tinggi secara  semulajadi. makan kurma di bulan Ramadhan  ni bagus untuk membekalkan tenaga lebih-lebih lagi di bulan ramadhan kerana seharian kita dah berlapar dan dahaga,. Kalau di bulan Ramadhan, memang berkotak la abah beli .i... bila dah berumahtangga kini suami Norzi yang kerap beli. 

Zaman sekarang ni tak payah tunggu bulan Ramadhan, kita boleh beli di kebanyakan supermarket,  jual kat stall dekat walk way.. Norzi selalu beli di Alamanda, Putrajaya dekat dengan The Chicken Rice Shop  atau Ayamas.. Dekat stall tu macam-macam ada jual .. kalau dekat rumah Norzi pula, pasar malam hari Ahad pun ada juga penjual yang jual kurma, kekacang-kekacang lain,  madu dan seumpamanya. Alhamdulillah memang senang nak makan kurma.

Norzi google tentang kurma ni dan  menemui satu info  yang mengatakan pengambilan kurma sebiji sehari adalah penting untuk mendapatkan diet yang seimbang dan sihat. Banyak nya kebaikan buah kurma ni .. dan bolehlah di rujuk seperti di bawah:


Menurut http://www.organicfacts.net

''These natural products contain oil, calcium, sulphur, ironpotassiumphosphorous,manganesecopper and magnesium which are advantageous for health. It is said that consumption of one date daily is necessary for a balanced and healthy diet. Dates help in fighting constipation, intestinal disorders, weight gain, heart problems, sexual weakness, diarrhoea and abdominal cancer.'




Buah Kurma


Oleh sebab khasiat inilah , kita mula melihat industri makanan kini menggunakan kurma sebagai bahan atau ingredients di dalam masakan. Sekarang ni bukan sahaja ada kuih tart nenas, dah banyak mengeluarkan tart kurma kerana faktor khasiatnya. Jadi , sambil2 makan kuih, kita makan kurma yang mana khasiatnya pun kita dapat. Kalau kita tengok minuman supplement pun banyak dan buat campuran atau ekstract buat kurma. Tapi lagi bagus kalau kita dapat beli dan buat stok dan makan yang original, makan la sehari sebiji, 3 biji atau 7 biji dan jangan lupa berselawat ke atas Nabi junjungan kita SAW.

Sepanjang mengandungkan tiga orang anak , Norzi juga mengamalkan makan buah kurma. Lebih2 lagi bila dah masuk 9 bulan. Sebenarnya Norzi pernah dimaklumkan, (maaf dah tak ingat siapa yang bagi tahu, tapi terima kasih kepada individu tersebut, serious lupa sangat sebab dah sebelas tahun dah berlalu) elok makan kurma sebelum dan selepas melahirkan anak. Sebelum melahirkan agar kita lebih bertenaga untuk meneran semasa proses kelahiran. Tapi kadang2 kita tak duga bila kita nak beranak , lebih-lebih lagi kalau terawal 2-3 minggu dari tarikh jangkaan.. Jika tak sempat tak apa, tapi boleh di makan semasa di dalam pantang untuk mengembalikan tenaga dalaman. Selepas kita menjalani proses kelahiran, badan sangat-sangat penat, pergerakan terbatas kerana ada jahitan dan kedudukan rahim, tak kira la bagi yang normal atau creaser . Dan proses berpantang adalah perkara yang agak menjemukan bagi Norzi , tetapi mesti dilakukan kerana kita perlu menjaga tubuh badan agar tidak sakit di kemudian hari. Proses berpantang selama 44 hari adalah bertujuan agar badan kita pulih dalaman dan luaran, inilah masanya proses rawatan bertungku, berurut, mandi air daun yang suam, makan jamu, berpilis, berstokin, berbengkung, mengikat rambut kuat dan tinggi , kurang pergerakan dan dalam masa yang sama menyusukan baby dan menyimpan stok susu. Wah ..dengar je dah penat..inikan pula orang yang kena melakukannya...proses berpantang adalah sangat mencabar, dan sebab itulah kita perlu menjaga pemakanan dan pengambilan buah kurma In sya Allah mampu mengembalikan tenaga kepada para ibu semua bagi menjalani 44 hari selepas kelahiran. Kepada yang bakal dan sedang berpantang, semoga bermanfaat dan selamat berpantang! 

Salam sayang dari Norzi~



No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...