Assalamualaikum
dan salam sejahtera…Apa khabar.. menulis sekejap ..banyak sangat nak update
tapi tak terupdate.. slow sikit lately ,sama mcam anda semuakan. Banyak
commitment :) .Masa dok belek2 album, Norzi terjumpa gambar kami ke Sabah iaitu RUMAH TERBALIK. Cepat-capat la recall perjalanan kami ke sana… Ya, rumah terbalik ni baru sahaja di bangunkan untuk tujuan pelancongan … dan ini yang pertama di Malaysia. Sebelum ni, Norzi pernah tengok rumah terbalik di dalam TV, lama dah… dalam cerita Jackie Chan. Tak pasti di Negara mana .
Sebelum terperam lebih lama , Norzi catatkan pengalaman semasa di Sabah tempohari untuk Norzi
kongsikan bersama di sini. Banyak sangat
tempat-tempat menarik di Sabah seperti Kaki
Bukit Kota Kinabalu, Beuford, Keningau, Pasar Philippines , Kedai Makan atau warung ikan Bakar
atau seafood yang memang sedap bah…cerita tentang Hotel-hotel di Sabah, Rumah
Terbalik ,Bunga Rafflesia dan banyak lagi… semuanya belum terluah lagi .
Harap-harap masih ingat lagi bila nak menaip nanti … InsyaAllah. Maafla Norzi cerita pun dah tunggang terbalik, tak tau mana awal n mana akhir ni hihi. Banyak cerita-cerita awal
yang Norzi belum ceritakan . InsyAllah lepas update semua Norzi link kan supaya
mudah untuk anda rujuk.
Oklah..kalau anda dah sampai Sabah untuk melancong, mana nak pergi? Jangan lupa ke salah
satu destinasi pelancongan, yang Norzi dan keluarga pun dah lawati iaitu Rumah
Terbalik. Rumah Terbalik ni kira tempat menarik untuk pelancongan, baru sahaja di
buka kepada orang ramai pada February 2012. Perjalanan ke rumah terbalik dari hotel kami
menginap agak jauh, tapi sebab datang pun bukan boleh selalu, kitorang pergi
juga. Rumah Terbalik Sabah atau dengan nama The Upside Down House ni terletak
di Tamparuli , Sabah. Ianya merupakan destinasi terakhir yang kami lawati pada
hari terakhir kami di Sabah.. kira hari ke 5 di Sabah, memang dah penat sangat dah rasanya sebab semalamnya pergi Kaki Bukit Kinabalu...Pergi Renau....muka pun masing-masing dan kepenatan..
Bila tiba
di rumah terbalik, sekitar kawasan semua berpagar. Jadi , kalau nak tengok,
kenala masuk ya.. dan bayaran dikenakan seperti berikut
DEWASA
(tanpa mykad) -----------------------------------RM18
DEWASA
Pemegang MYKAD ----------------------------RM10
KANAK-KANAK-----------------------------------------------RM5
Lepas beli tiket, Norzi sekeluarga masuk, dibawa oleh seorang penyambut tetamu.
Kami dilarang mengambil sebarang gambar di dalam kawasan rumah .. kat luar je boleh ambil gambar :). Sebab kalau semua ambil gambar, dah tak exlusive lagi la kan, nanti
semua dapat lihat dalam nya.
Masa masuk tu, hanya kawasan bercarpet merah je
boleh lalu, tujuannya ialah atas faktor keselamatan. Kawasan laluan yang anda pijak sebenarnya adalah syiling , jadi penuhla syiling anda dah jadi lantai... barang2 atas lantai sebenarnya barang2 di atas kepala.. pening tak? hahah nak menaip ni pun pening gak ni sebab rasa dah tonggang langgang dah ni.. Sebab takut kemalangan tak
berbau, manala tahu kerusi terjatuh ke kan… so hanya kawasan merah je boleh
lalu. Masa nak masuk tu, kami di brief bahawa anggaplah rumah ni dihuni
sepasang suami isteri dan seorang anak. Sebab persekitaran dalam rumah dia ada
mainan kanak2 …style rumah lama-lama..memang menarik..tapi ada orang pening
dalam rumah tu sebab dah jadi luar biasakan bila melihat benda-benda dalam
rumah tu melawan gravity. Bila tengok kerusi meja dan segala benda kat atas
kepala..lampu pulak kat kaki…dan anda sebenarnya akan berjalan di atas syiling!
Barang-barang tak jatuh bukan sebab
melawan tarikan gravity tapi sebab di paku ya… itulah faktor keselamatan yang diberi
perhatian. Di luar halaman pun ada sebuah kereta kancil yang di parkir terbalik
, basikal pun terbalik….:)
kereta terbalik
Selepas keluar dari Rumah Terbalik, ada pusat jualan barangan cenderahati , baju-baju dan ada cafe juga. Jadi kalau anda nak beli buah tangan boleh la beli di sini. Norzi belikan anak perempuan baju UPSIDE DOWN HOUSE. Harga dalam RM33 . Banyak lagi barang-barang lain yang dijual dan boleh la cuci mata di sini..
Di dalam kedai cenderamata
Rehat sekejap ... sambil minum-minum
Norzi
letak beberapa keping gambar rumah terbalik di seluruh dunia . Norzi google.. dapat la beberapa dari beberapa negara. Happy viewing. Kepada anda yang nak ke Rumah
Terbalik di MALAYSIA bolehlah ke Tamparuli , Sabah untuk melihat sendiri sekitar rumah dan di dalam rumah berkenaan.
Sakasa Restaurant, Japan
Norman Johnson's Upside-down House , Florida USA
Device to out of Evil, Canada
Wonderworks, Florida and Tennessee, USA
The World Stands on its Head, Germany
Upside down house , Russia
Upside down House, Poland
Turkish Upside down House
House Attack, Austria
House of Katmandu , Spain
All upside down houses source from here
No comments:
Post a Comment